Wednesday, August 21, 2024

IBN BATTAH AL-UKBARI

Saya membuat catatan mengenai tokoh ulama ini setelah menbaca sebuah kitab yang dinamakan Syarah Kitab Al-Ibanah Fi Usuli Ad-diyanah yang ditulis oleh Hasan Abu Asybal Az-Zuhairi. Dia membuat syarah atas kitab yang asalnya dinamakan Al-Ibanah 'An Syari'ati Al-Firqah An-najiyah yang dikarnag oleh Ibn Battah Al-Ukbari.

Ibn Battah Al-Ukbari , nama sebenarnya ialah Ubaidillah bin Muhammad bin Muhammad bin Hamdan bin Umar bin Isa bin Ibrahim bin Saad bin Utbah bin Farqad As-Sulami.

Beliau lahir tahun 304H dan meninggal tahun 387H

Beliau merupakan seorang daripada  ulama utama yang faqih dalam Mazhab Hambali.

Wednesday, August 14, 2024

ABU BAKAR AL-BAQILANI

 Beliau adalah Al-Qadhi Abu Bakar Al-Baqilani

Hidup antara tahun338-403H

Nama penihnya ialah Muhammad bin At-Tayyib bin Muhammad bin Jaafar bin Al-Qasim

Digelar Syeikh As-Sunnah dan Lisanul Ummah

Beliau adalah tokoh besar dalam Mazhab Asya'ari.

Tokoh Besar Ulama Maliki di zamannya.

seorang ahli usul dan ahli kalam

Banyak menghasilkan karya menjawab atas Muktazilah, Syiah, Khawarij, Jahmiyyah dan Karamiyyah.

Dibilang sebagai Mujaddid kurun ke-4

Murid-muridnya tersebar ke seluruh pelusuk negara Islam pada masa -masa selepasnya.

Wafat dan dikebumikan di Baghdad.

Thursday, August 1, 2024

KISAH THUFAIL BIN AMRU AD-DAUSI MASUK ISLAM

Thufail bin Amru Ad-Dausi adalah pemimpin kabilah Ad-Daus yang menghuni kawasan di sebelah Yaman. Dia telah datang ke Makkah pada tahun ke-10 daripada Kenabian dan masuk Islam di tangan Nabi SAW. Ketika di sudah masuk Islam dan ingin balik berdakwah kepada kaumnya, nabi SAW mendoakan agar dia diberikan cahaya di dahinya sebagai bukti untuk meyakinkan kaumnya. Cahaya itu kemdian dipindahkan ke tongkatnya kerana dia bimbang dianggap kaumnya dia terkena sumpahan. Kerana itu, Thufail bin AMru digelar " ZINNUR".

*Ad-Daus daripada kabilah Al-Azdi

Kisah masuk Islamnya Thufail diriwayatkan dalam banyaj turas seperti dalam kitab Al-Khasais Al-Kubra (Sayuthiu), Dalailun Nubuwwah (Baihaqi), Sirah Ibn Hisyam. dan Al-BIdayah Wan Nihayah (Ibn Kathir) serta lain-lain.

Ceritanya, Thufail itu seorang mulia dalam kaumnya dan pula merupakan seorang penyair yang henat. Dia berkunjung ke Kota Makkah dan para pemimpin kafir mendatanginya dan memberinya amaran agar tidak mendengar kalam-kalam ucapan nabi SAW. Hatta, untuk itu, dia menutup telinganya dan sumbatan. Namun, akhirnya dia mahu dengar kerana yakin dengan kebolehannya membezakan mana baik dan buruk. Dari situ dia mengenal Al-Quran dan masuk Islam.

Kisahnya dapat cahaya hasil doa nabi SAW diceritakan sendiri oleh Thufail dalam riwayat hadis. Cahaya yang mulanya muncul di dahainya sewaktu dia sampai dekat dengan kampungnya, dimintanya dalam dia agar dipindahkan ke tempat lain kerana takut dituduh kaumnya bahawa dia terkena sumpahan kerana tukar agama, maka cahaya itu berpindah ke hujung tongkatnya. Ia kelihatan seperti kandil yang tergantung di tongkatnya.

Thufail mendakwahi ayahnya dan masuk Islam. Isterinya masuk Islam. Dia menyampainya dakwahnya kepada kaumnya yang menyembah berhala yang bernama Zi-As-Syaryi.  Bebrapa lama dia berdakwah, kaumnya kurnag menyambut seruannya. Dia kembali bertemu Rasulullah SAW dan minta agar Rasulullah mendoakan bencana atas kaumnya. Tetapi, baginda doakan agar kaumnya diberi haidayah. Doa Nabi SAW:

اللهم اهد دوسا، 

Nabi SAW menyuruh Thufail bin Amru pulang ke kampungnya dan meneruskan dakwah dan hendaklah berlemah lembut kepada kaumnya itu.


Pada tahun ke-7 H, Thufail bersama rombongannya daripada kabilah Daus, termasuk di dalamnya Abu Hurairah yang masih kecil, berhijrah ke Kota Madinah. Ada sekitar 70 atau 80 keluarga dari kabilah Daus yang ikut bersamanya ketika itu. Ketika itu Rasulullah SAW sedang dalam misi memerangi Yahudi di Khaibar. Lalu, rombongan Thufail itu bertolak ke Khaibar dan apbila Khaibar dapat ditawan, Rasulullah SAW memberikan bahagian ghanimah kepada kabilah Ad-Daus juga.

Mimpi Thufail:

Masa perang melawan Musailamah Al-Khazzab( Zaman Khalifah Abu Bakar) , Thufail menceritakan mimpinya kepada rakan-rakannya; Dia bermimpi melihat kepalanya dicukur dan keluar dari mulutnya burung. Kemudian dia bertemu seorang perempuan , lalu perempuan itu memasukkannya ke dalam farajnya. Anaknya mencari-carinya tetapi dia dihalang  dan tak ketemu.

Thufail minta mereka takwil mimpinya. Mereka kata itu mimpi baik tetapi tidak dapat menebak maksudnya.

Lalu Thufail sendiri menyatakan takwilannya : Kepala dicukur maksudnya dia akan mati tebunuh dan kepala dipotong. Burung keluar dari mulut bermaksud roh tinggalkan badan. Perempuan masukkannya ke dalam faraj , ertinya ditanam dalam bumi. 

Kata Thufail, dia harap matinya Syahid. Tentang anaknya, dia mengatakan bahawa anaknya akan menyusulnya tetapi bukan dalam peperangan itu. Ternyata kemudiannya Thufail matyi terbunuh dalam perang melawan Musailamah itu. Perang yang yang dianamakn Perang Yamamah.Sementara anaknya pula terluka tetapi kemudian sembuh dan meneruskan misi jihad sehingga dia gugur syahid dalam perang Yarmuk di zaman Mirul Mukminin Umar Al-Khattab radiallahu anhum ajma'in.



Bacaan Tambahan: Said.org
 
Tatimmah:

Bila kita mengkagumi Abu Huirairah yang banyak meriwayatkan hadis, ingatlah bahawa Abu Huirairah itu Islam di tangan Thufail bin Amru. Kendati Thufail bukan kalangan sahabat yang alim, tidak meriwayatkan hadis, tetapi, kelebihan dan kemuliaan Abu Hurairah berada di bawah bebayang Thufail. Pahala dan kelebihan Abu Hurairah itu mengalir juga kepada Thufail. Thufail adalah orang yang membuka lorong hidayah buat Abu Hurairah!

Ingatlah sabda Nabi SAW dalam Saheh Muslim:

 من دعا إلى هدى كان له من الأجر مثل أجور من تبعه لا ينقص ذلك من أجورهم شيئا

Dan pula Sabda baginda seperti dalam Saheh Bukhari:


لَأَنْ يهدي الله بك رجلا واحدا خير لك من حُمُرِ النَّعَمِ

Thufail adalah kalangan yang tertakluk kepada makna hadis di atas!













Syeikh Sulaiman al-Bujairimi

Syeikh Sulaiman al-Bujairimi: Pengarang Hashiyyah al-Bujairimi - Nama beliau ialah Sulaiman bin Muhammad bin ‘Umar al-Bujairimi. Beliau dila...