Showing posts with label Saljuk. Show all posts
Showing posts with label Saljuk. Show all posts

Saturday, October 14, 2023

Ke arah munculnya Nuruddin Zinki dan Salehuddin Al-Ayubi

Sejak tahun 334H, kerajaan Bani Abbasiyyah telah mula dikuasai oleh Kerajaan Buwaihiyyah. Kerajaan Buwaihiyyah bermazhab Syiah Ithna 'Ayariyahh. Maka, khlifah Abbasiyyah tidak lagi berkuasa apa-apa. Hanya sebagi simbul dan nama disebut dalam doa khutbah.  Ia berlangsung selama 113 tahun dengan 4 orang Khalifah Abbasiiyah menjadi tunggangan Kerajaan Buwaihiyyah. Empat Khalifah Abbasiyah yang malang itu ialah:

1) Khalifah Al-Muti' Lillah

2) Klahifah At-To-i' Lillah

3) Khalifah Al-Qadir Billah

4) Khalifah Al-Qaim Billah.

Pada masa Khalifah Al-Qaim, pengaruh Buwaihiyyah kian melemah. Khalifah, dengan bantuan wazirnya, meminta bantuan Tughrul Bek dari kerajaan Saljuq untuk datang ke Baghdad dan menyahkan kekuasaan Buwaihiyyah. Permintaan tersebut disahut oleh Tughrul Bek dan kedatangannya telah menamatkan kekuasaan Buwaihiyyah. Ketika itu Sultan Buwaihiyyah yang terakhir bernama Al-Malikurrahim 

Dalam proses mengukuhkan kekuasaan Saljuk sebagai pembela Khalifah Abbasiyyah itu, banyaklah mehnah dan tribulasi yang terpaksa dihadapi. Salah satunya adalah onar dan angkara pemberontakan yang dipimpin oleh Al-Basasiri yang mendapat tajaan sulit daripada Khalifah Fatimiyyah di Mesir.

Namun, Tughrul Bek berjaya menghadapi semuanya sehingga teguh dan kukuhlah kekuasaan Saljuq dan Khalifah Abbasiyyah mendapat berkat kepanjangan umur melalui perlidungan kerajaan Saljuk tersebut.

Selepas Tughrul Bek meninggal pada tahun 455H, kerajaan Saljuk dipimpin oleh Alp Arsalan, anak saudara kepada Tughrul Bek. Naiknya Alp Arsalan sebagai pengganti Tughrul Bek bukan berjalan mulus. Ada perebutan dan peperangan. Namun dia berjaya melepasinya. Antara faktornya utama kejayaannya adalah kebijaka siasat wazirnya yang bernama Nizamul Muluk At-Tusi. 

Dalam masa kekusaan Saljuk inilah pemimpin-pemimpin tentera berbangsa Turki dikirimkan oleh Sultannya untuk memimpin pasukan ke serata tempat. Ramai kalangan mereka , setelah berjaya dalam misi mereka, menjawat jawatan sebagai gabenor di kota-kota yang sudah dikuasai. 

Selpasa Alp Arsalan meninggal pada tahun 465H. Posisinya dilanjutkan oleh anaknya Maliksyah. Kerajaan Saljuk mencapai kemuncaknya pada zamannya. Maliksyah menggunakan kerabatnya untuk mentadbir wilayah-wilayah yang berada di bawah kekuasaan Saljuq. Adiknya yang bernama Tutus bin Al-Arsalan diserahkan untuk mentadbir kawasan Syam Selatan. Sepupunya yang bernama Sulaiman bin Qatulmus diserahkan mentadbir Anatolia.

Maliksyah di kelilingi oleh pegawai-pegawai tadbir yang pelbagai.

Salah satunya adalah uang menjawab jawatan Hajibnya. Namanya adalah Abu Sa'id Qasimuddaulah Aqsanqar.

Pada masa pemerintahan Sultan Maliksyah, berlaku permasalahan mengnai Kota Halab (Aleppo) di Syam. Kota itu mulanya berada di bawah kekuasaan Dinasti Uqaili yang dipimpin oleh Muslim bin Quraisy. Dinasti ini menganut mazhab Syiah. Mulanya Sulaiman bin Otalmus telah berjaya merebut Halab dari Dinasti Uqaili. Namun, Tutus bin  Alp Arsalan kemudiannya menyerang Halab dan merampasnya. Situasi in i membawa kepada Malik Syah turun tangan dan mengambil Halab. Lalu, di Halab itu diletakkan Aqsanqar menjadi gabenor yang mentadbir bagi pihaknya. Aqsanqar sorang yang cekap dan dia berjaya memulihkan Halab yang rosak teruk akibat perang.

Tutus yang terlepas Halab kerana tidak sanggup menentang abangnya , menyimpan dendam kepada Aqsanqar. Dia menggunbakan teknik menggencarkan serangan ke kota-kota lain di Syam yang ketika itu juga menjadi rebutan Daulah Fatimiyyah di Mesir. Dalam menjayakan misinya menguasai Syam ini, dia meminta sokongan abngnya agar mengarahkan gabenor-gabenor beberapa kota di bawah Saljuq agar menyokongnya. 

Aqsanqar nampak permainan politik Tutus dan matlamat akhirnya. Dia merasakan pada akhirnya Tutus akan memerdekakan diri dari Saljuq dan membina kerajaan sendiri. Dia mebantu Tutus tetapi tida bersungguh-sungguh. Tutus tidak puas hati dan meminta kepada abangnuya Sultan Maliksyah agar menyingkirkan Aqsanqar. namun, Sultan Maliksyah tidak mengendahkannya. Aqsanqar dikekal atas Halab.

Dalam polimik politik sedemikian, tidba-tiba ajal menjemput Maliksyah pada tahun 484H. Elit Saljuk di Kota  Ar-Ray melantik anaknya Berkyruq sebagai penggantui Maliksyah. Tutus selaku adik Malisyah mendakwa dia lebih berhak. Dia pun menggherakkan pasukannya untuk menyerang Ar-ray melawan Berkyruq. Dia menuntut agar Aqsanqar serta gebenor-gabenor saljuq di tanah Syam menyokongnya. Mulanya Aqsanqar menyatakan persetujuannya. Namun, kemduianya Aqsanqa berubah fikiran dan mengalis sokongan kepada Berkyruq. Demikian juga gabenor Ar-Raha yang bernama Buzan.

Tutus kalah melawan Bekyruq dan menyimpan dendam kepada Aqsanqar.Dia kemudain membawa pasukannya seramai 20 ribu menyerang Halab dan dia bertjaya membunuh Aqsanqar. Dengan itu Tutus menguasai wilayah Saljuq di kawasan Syam.  Bila dia mati, kekusaannya di wariskan kepada anaknya Ridhwan dan Daqqaq yang masing-msing mengusai Aleppo dna Damsyiq. 

Dalam masa yang sama, banyak kota di bumi Syam telah jatuh ke tangan pasukan Salib.

Aqsanqar yang mati ada meningaglkan seorang anak bernama Imaduddin yang masih berusia 10 tahun ketika itu. Imaduddin itu diselamatkan oleh sahabat-sahabat ayahnya dia di jaga oleh elit Saljuq. Perhatian dan latihan dibekalkan kepadanya. Sultan Berkyruq juga memantau perkembangannya.

Pada zaman Sultan Saljuq yang bernama Sultan Mahmud bin Sultan Muhammad bin Maliksyah, iaitu pada tahun 516H, Imaduddin Zinki mendpaat kepercayaan untuk dilantik sebagai gabenor di Mosul. Pada tahun 521H, dia diamanahkan pula Halab dan kemudian beliau menguasai Ar-Rahbah, Jazirah Furatiyyah dan yang paling membanggakan ialah apabila dia  berjaya membuka Ar-Raha pada tahun 539H yang telah dikusai oleh tentera Salib yang dipimpin oleh Juslan. Penaklukan Ar-raha memberi tamparan besar kepada pasukan Salib kerana ia memutuskan jalur perjalanan mereka ke kota-kota lain di kusai pasukan Salib.

Kehadiran Imaduddin Zinki di pentas sejarah telah mengangkat semangat kaum Muslimin untuk berdepan dengan tentera Salib yang menjarah kota-kota kepunyaan kaum Muslimin.

Pada tahun 541H, beliau mengepung kota Ja'bar di pinggir sungai Furat dalam wilayah Syam. Malangnya, di satu malam, dia dibunuh ketika sedang tidur oleh  khadamnya sendiri. Khadamnya itu merupakan antik-antik Hasyasyin yang bekerjasama dengan tentera Salib untuk melenyapkan bahaya Imaduddin Zinki. Dia kemudian di kebumikan di Siffin. Anaknya yang bernama Saifuddin menggantikannya memerintah kota Mosul , manakala anaknya yang bernama Nuruddin Mahmud Zinki diamanahkan kota Halab dan kemdian Damsyiq.

Nuruddin Mahmud punya semangat dan cita-cita yang tinggi untuk mengambil kembali kota-kota yang dirampas oleh tenetra Salib di bumi Syam, termasuk Baitul Maqdis. Beliau banyak menyerang dan mengepung kota-kota tersebut. Beliau juga menyelamatkan Ar-Raha daripada dirampas kembali oleh Raja Juslin II yang mana Ar-Raha telah berjaya dirampas dari tentera Salib di zaman ayahnya Imadudin Zinki.

Sewaktu kota Damsyiq sedang digempur tentera Salib, Nuruddin Mahmud serta abangnya Saifuddin bersatu tenaga untuk membantu penguasa muslim di Damsyiq mempertahankannya. Kota Damsyiq dapapt diselamatkan.

Dalam pada itu, ada krisis politik di Mesir yang ketika itu di bawah pemerintahan Khalifah Al-'Adhid lidinillah dari Daulah Fatimiyyah. Wazirnya yang bernama Syawir bin Mujir As-Sa'di berkonflik dengan seorang petinggi tentera bernama Abu Al-Asybal Dorghom. Dalam konflik itu, Syawir tewas dan dia lari ke Syam lalu meminta pertolongan kepada Nuruddin Mahmud.. Nuruddin Mahmud bersetuju membantu dengan bebeapa syarat imabal balas.

Nuruddin Mahmud mengirimkan pasukan yang dipimpin oleh orang kepercayaannya Asaduddin Syirkuh dan ditemani anak saudaranya Salahuddin Ayub. Asaduddin Syirkuh berjaya menewaskan Abu Al-Asybal Dorgham dan memulihkan pergolakan politik Mesir tersebut. Namun, kemudiannya dia terpaksa pula berdepan dengan pengkhianatan Syawir yang mana akhirnya Syawir dihukum bunuh. Asaduudin Syirkuh menjadi wazir kepada Khalifah Fatimiyyah, Al'Adhid Lidinillah. Namun, ajal segera menyapanya dan posisinya itu diteruskan oleh Salehuddin Ayyub. 

Pada Masa Salehuddin Ayyub menjadi menteri di sana, keputusan berani telah dibuatnya iaitu menamatkan pemerintahan khalifah Fatimiyyah. Dia mengembalikan Mesir ke bawah lindungan khilafah Abbasiyyah di Baghdad dan dia mengasaskan pemerintahan baru di sana yang dinamakan kerajaan Ayyubiyyah.


Sambung nanti....



Wednesday, October 11, 2023

SEBAB-SEBAB KEJATUHAN KERAJAAN SALJUQ

Kemunculan dan kebangkitan kerajaan Saljuq memberi dampak panjangnya umur kerajaan Abbasiyyah yang sedang berdepan saat getir persainbgan dengan pengaruh kerajaan Syiah Fatimiyyah. Amat mungkin sekali, kalau tidak munculnya kuasa seperti kerajaan Saljuq, Syiah telah mengambil alih Baghdad dan lenyaplah kerajaan Sunni yang diwakili oleh Abbasiyyah di Kota Baghdad.

Namun, sebagaimana halnya kerajaan yang pernah membina nama di persada sejarah, akhirnya kerajaan Saljuq juga tumbang: Ada beberapa faktor tumbangnya kerajaan Saljuq:

1) Persengketaan dalaman dan perang saudara sesama keluarga Saljuq.

2) Campurtangan perempuan dalam pemerintahan

3) Ketidakpekaam para penguasa Saljuq terhadap api fitnah dan menganggap remeh kepadanya sehingga ia menjadi besar dan marak , sudah terlambat untuk ditangani.

4) Kelemahan khalifah Abbasiyyah di bawah pengaruh ketenteraan Saljuq dan tidak menghargai Sultan yang memerentah lalu mendorong khalifah mengintai peluang untuk membuat aliansi dengan kuasa lain.

5) Kegagalan kerajaan Saljuq untuk menyatukan Syam, mesir dan Iraq di bawah khilafah Abbasiyyah.

6) Perpecahan dalaman sesama elit Saljuq yang membawa kepada konflik ketenteraan sehingga membawa kepada retak dan terbelahnya kekuasaan mereka di kawasan Iraq.

7) Gerakan-gerakan puak Batiniyyah yang merencana pembunuhan ke atas Sultan-sultan dan para pembesar kerajaan Saljuq. Umpamanya Gerakan Hasyasyin.

8 Serangan-serangan Salibi yang tidak pernah putus dari arah lautan dan kemaraan ketumbukan Eropah.


Tuesday, October 10, 2023

TUGHRUL BEK PENYELAMAT DAULAH ABBASIYYAH

Tughrul Bek, nama sebenarnya adalah Abu Talib Tughrul Muhammad bin Mikail bin Saljuk. Beliau lahir pada tahun 385H dan meninggal pada tahun 455H. Beliau digelar Malikul Muluk yang memerintah kerajaan Saljuk. Beliaulah yang mengasaskan Kerajaan Saljuk. 

Nama Saljuk itu merujuk kepada Saljuq bin Daqaq yang merupakan seorang jeneral tentera Turki yang terkenal. Daqqaq ayahnya juga merupakan seorang yang berkhidmat untuk raja Turki yang bernama Bighu. Saljuk kemudian menggantikan ayahny. Prestasi cemerlangnya dalam ketenteraan menajdikan raja Turki mengangkatnya di atas pegawai-pegawai tenteranya lain. Namun, kemudiannya, raja Turki rasa terancam dan merancang untuk membunuhnya. Maka Saljuk dan keluarganya telah meninggalkan negara Turki dam mengambil tempat dalam wilayah yang dikuasai Islam. Beliau dan keluarganya masuk Islam dan berazam untuk berjihad melawan negara Turki yang kafir ketika itu.

Petikan Kitab Daulah As-Salajiqah oleh dr. Muhammad As-Solabi.


Saljuq mempunyai tiga anak lelaki iaitu Mika'il, Arsalan dan Musa. Mikail telah gugur syahid ketika berperang belawan kagir Turki. Dia mneinggalkan tiga anak lelaki iaitu Tughrul Bek Muhammad, Ibrahim Enal dan Jaafar Bek Daud. Anak-anaknya itu sangat dihormati di kalangan keluarga Saljuq.  Tughrul Bek Muhamamd adalah anak sulung dan dia menjadi pusat penyatuan keluarga Saljuq. 

Keluarga Saljuk bercadang untuk berhijrah dan tinggal di Bukhara. Raja Bukhara , Bughra Khan rasa terancam dan dia telah menangkap Tughrul Bek dan dipenjarakan. Saudaranya, Jaafar Bek Daud memimpin pasukan Saljuk dan membebaskan Tughrul Bek. Setelah itu Bani Saljuk pun menuju ke Khurasan sebagai tempat untuk tinggal. Ketika itu Kerajaan Ghaznawi sedang berkuasa di sana dengan Kota Ar-ray sebagai pusat. Lama kelamaan, bentrokan terjadi antara Keluarga Saljuk dengan kerajaan Ghaznawi. Dalam persaingan inilah para Bani Saljuk mendapat kemenangan dan dapat mengalahkan Ghaznawi.

Tahun 429H, Tughrul Bek  berjaya menguasai Kota Marw. Tahun 432H, kekuasaan Tughrul Bek dilebarkan ke Nisabur, jarjan,Tibristan, Karman dan negeri Dailam. Perluasan kekuasaan Saljuk khirnya bentrok dengan kerajaan Buwaihiyyah yang mengasai Daulah Abbasiyyah. Pada tahun 434H, Saljuq menguasai Khawarizm dan menandatangani perjanjian damai dengan Buwaihiyyah.

Tahun 441H berlaku konflik antara Saljuk dengan negeri Rom. Ini mengangkat tinggui nama Tughrul Bek. Raja Rom terpaksa mengambil jalan mengadakan perjanjian damai dengan Tughrul Bek dan ia diterima olehnya dengan syarat Masjid lama yang ada di Qastantiniyyah dikembalikan kepada iorang Islam dan dia boleh berkhuitbah jumaat di sana. Kejayaan ini mengharumkan nama Tughrul Bek dan para khatib di seluruh negeri Islam menceritakan kemenangannya dalam khutbah-khutbah mereka.

Tahun 447H, Khalifah Abbasiyyah di Baghdad, Al-Qaim billah menjemputnya datang ke Baghdad untuk membantunya membersihkan pengaruh syiah Buwaihiyyah di sana serta mengembalikan marwah khalifah. Tentera Saljuk pun bergerak ke Kota Bagdad. Namun, kala itu ada pemberontakan Al-Basasiri yang ketaatannya adalah kepada khalifah Fatimiyyah di Mesir. Tughrul Bek mengirimkan adiknya Ibrahim Enal untuk berdepan dengan pemberintakan Al-Basasiri tersebut.

Ibrahim Enal tidak punya jiwa yang teguh, Al Basisiri menghasutnya dengan kekuasaan menggantikan abangnya jika dia mahu bergabung. Ibrahim Enal tertarik dan dia berpihak kepada Al- Basasiri. Ini membawa kepada perang saudara yang makan masa bertahun. Al-Basasiri dapat menangguk di air keruh dan dapat menyingkir khalifah Abbasiyyah di Baghdad pada tahun 450H. Khalifah terpaksa lari berlindung di Mosul. Tughrul Bek berjaya mengalahkan pemberontakan adiknya Ibrahim Enal dan menjatuhkan hukuman bunuh atasnya atas dakwaan khianat kepada agama, negara dan khilafah. Manakala pemberontakan Al-Basasiri kemudiannya dapat di padamkan serta dikembalikan semula kedudukan khalifah Abbasiyyah pada tahun 451H.

Baca : Islamstory

Kejayaannya menewaskan tentera Rom Timur dan memacakkan benderanya tidak jauh dari Qastaniiyyah mengangkat namanya menjadi terkenal. Khalifah Abbasiyyah di Baghdad ketika itu, Al-Qaim Billah serta wazirnya yang bernama Ibn Maslamah menjemputnya untuk melupuskan pengaruh Kerajaan Buwaihiyyah Syiah yang menguasai Baghdad .

Tughrul Bek menyahut seruan itu dan beliau berjaya melenyapkan pengaruh Daulah Buwaihiyyah di Baghdad. Apabila masuknya Tughrul Bek ke Baghdad, Sultan Buwaihiyyah yang bernama Al-Maliku Ar-Rahim (440-447H) tiada kemammpuan melawannya. Dia cuba berbaik dengan Tughrul Bek , namun Tughrul Bek tidak mahu menyimpan duri dalam daging. Al-Malikur Rahim ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Ini adalah susulan daripada bantahan awam terhadap kemasukan tentera Saljuq ke Iraq yang dipertanggungjawabkan sebagai rancangan yang diatur oleh Al-malikurrahim itu. 

Kedatangan Tugrul Bek untuk membantu khalifah ketika itu terpaksa membayar harga mahal apabila tenteranya terpaksa berdepan dengan pemberontakan Basasiri yang menjadi antek-antek kepada kerajaan Fatimiyyah syiah di Mesir.

Saudara Tughrul Bek yang bernama Ibrahim telah dipengaruhi oleh Al-Basasiri untuk menentang abangnya. Maka berlakulah perang saudara yang lama dan khalifah Al-Qaim telah ditewaskan dan lari ke Mosul. Namun, Tughrul Bek telah datang ke Bangdad dan berjaya mengalahkan saudaranya itu. Dia dihukum bunuh atas pengkhianatan terhadap Islam, sunnah dan khilafah.  Kemudian Al-Basasiri juga dapat dikalahkan serta dihukum bunuh. Khalifah Abbasiyyah, Al-Qaim pun diangkat kembali ke singgahsananya di kota Baghdad setelah hampirlah kerajaan Fatimiyyah mengambil alihnya melalui Al-basasiri.

Tughrul Bek  kemudian berkahwin dengan puteri khalifah untuk pengukuhan kerjasama politik pada tahun 453H. Pada dasarnya khalifah tidak menyetujuinya. namun, kerana pengaruh Saljuk telah menguasai pengaruh khalifah, maka beliau menerima perkahwinan itu. Demikian, untuk merapatkan lagi aliansi politik, keluarga Abbasiiayyah berkahwin dengan puteri-puteri dari Saljuk. Khalifah Al-Qaim sendiri berkahwin dengan anak saudara Sultan Tughrul Bek.


Rujuk: youm7


Nihayatul Mataf

Apabila Sultan Sanjar wafat pada tahun 552H, kewujudan kerajaan Saljuq di walayah Parsi pun mula menuju kehancuran. Sultan Sanjar adalah sultan yang kuat dan  dan dikasihi rakyatnya. dia memerintah lebih 60 tahun.Selepas kematian Sanjar, kerajaan Saljuq menjadi lemah dan ketika kerajaan Khawarizmi pula bangkit menguasai. Dari puing-puing kerajaan Saljuq yang kian lemah, hatta berlakunya perang antara sisa Saljuq di bawah pimpinan Tughrul (the last ) dengan kerajaan Khawarizmi Syah. Khalifah An-Nasir Lidinillah meminta bantuan  Kerajaan Khawarizmi untuk menlenyapkan pengaruh kerajaan Saljuk ketika itu.


Sunday, February 26, 2023

Jatuh Kerajaan Buwaihiyyah naik Kerajaan Saljuqiyyah

Buwaih hanyalah seorang lelaki berbangsa Parsi yang menyara hidup sebagai nelayan negeri Dailam yang terletak di Barat Parsi) (Seletan Laut Qazwin). Nama penuhnya adalah Abu Syuja' Buwaih bin Fanasru. Dia dikatakan keturunan raja-raja Parsi di zaman silam. Dia ada tiga anak lelaki yang dinamakan Ali, Hasan dan Ahmad yang terlibat dalam ketenteraan seornag pemimpin  di Dailan yang bernama Makan bin Ali. Mereka bertiga meningkat prestasi dan kemudian meninggalkannya dan bergabung pula bersama Madawij bin Ziyad yang lebih berkuasa ke atas Dailam. Mereka menjadi pendokongnya pada mulanya tetapi akhirnya menentangnya pula serta terlibat dalam pembunuhannya.

Madawij bin  Ziyad itu mendakwa ruh Sulaiman bin Daud menguasai tubuhnya dan dia duduk di atas katil dari emas dan dikelililingi oleh tentera-tentera dari bangsa Atrak. Dia mendakwea mereka itu adalah bangsa jin sebagaimana Nabi Sulaiman ada tentera dari bansga Jin.Dia merendahkan orang sekelilingnya sehingga akhirnya dia dibunuh oleh mereka dalam bilik mandi.
-Ziyarid Dynasty
- Dia Keturunan raja-raja Sasan. Cita2nya dan menghidupkan kembali Daulah Sasaniyah dan mengembalikan Budaya Parsi serta agama Zoroaster.
-Dengan jalan itu, dia mahu menamatkan kekuasaan Kerajaan Abbasiyah.
-Pemimpin yang tidak men jaga maruah bawahan ankhirnya menguindang pengkhianatan. 
-Anak-anak Buwaih yang saat itu mempunyai posisi berpengaruh dalam askarnya yang merencana pembunbuhannya.
-Selepas itu anak-anak Buwaih dapat menguasai Dailan dan seterusnya kawasan yang luas dalam wilayah Parsi.
Madawij digantikan oleh saudaranya yang bernama Syamkir bin Ziyad

Tahun 322H, Ali bin Buwaih telah berjaya menguasai Syiraz dan menghalau keluar gabenor Abbasiyyah di sana yang bernama Yaqut. Dengan itu, seluruh wilayah Parsi tunduk kepadanya. 

Khalifah Abbasiyyah ketika itu adalah Ar-Radhi Billah. Beliau adalah khalifah ke-10 dalam susunan khalifah Abbasiyyah. Namanya adalah Abul Abbas Muhammad bin Al-Muqtadir bin Al-Mu'tadhid bin Al-Muwaffiq bin Al-Mutawakkil bin Al-Mu'tasim bin Harun Ar-Rasyid

Ali bin Buwaih meninggal tahun 338H dan meninggalkan sebuah kerajaan Syiah yang kuat di sebelah Timur.

Pada tahun 440H, Daulah Buwaihiyyah dibawah kepimpinan Al-Malikurrahim. Dizamannya, kerajaan Buwaiiyyah mengalami kelemahan dan dalam masa yang sama ada kekuatan baru sednag mara bangkit. Mereka adalah Daulah Saljuqiyyah. 

Pada tahun 447 H, Tugrul Bek dari kerajaan Saljuqiyyah menguasai Baghdad dan dengan itu lenyaplah kerajaan Buwaihiyyah setelah memerintah selama 113 tahun dengan jumlah raja 11 orang bermula Mu'izuddaulah Ali bin Buwaih hingga Al-Malikurrahim.

Rujuk: 


Friday, January 13, 2023

Nizamul Muluk At-Tusi dibunuh seorang Hasysyasyin.

Ketika Nizamul Muluk At-Tusi telah menjadi tua dan umurnya 77 tahun, dia banyak dibantu oleh anak-anaknya  serta kerabatnya dalam mentadbir wilayah-wilayah dalam Kerajaan Saljuq. Di kalangan mereka, ada yang bersikap lebih sudu dari kuah dan menimbulkan ketidakpuasan hati kalangan rakyat. Mereka hanya bergantung dengan reputasi Nizamul Muluk At-Tusi. Keadaan yang sedemikian menjadikan para pendengki Nizamul Muluk At-Tusi menghasut Sultan Maliksyah. Sultan Maliksyah dikatakan bercadang untuk memecatnya tetapi, dia tidak berani mengambil langkah itu. Apa yang dia boleh lakukan hanyalah menulis surat kepada Nizamul Muluk At-Tusi yang mengandungi ancaman dan ugutan. Namun, ketika surat itu sampai kepada Nizamul Muluk At-Tusi, dia pun berkata kepada utusan Sultan Maliksyah:

" Katakan kepada Sultan, jika kamu tidak tahu bahawa aku adalah rakan longsimu dalam pemerintahan, maka aku berutahumu bahawa dia tidak sekali-kali mendapat tampuk pemerintahan melainkan dengan bantuan pentadbiranku dan pandangan-pandanganku. Tidakkah dia tahu, dulu ketika ayahnya dibunuh, akulah yang telah bangkit mengatur pentabiran negara dan  menghancurkan puak-puak penentangnya dari kalangan keluarganya sendiri serta lain-lain...."


Maka, Sultan Maliksyah membiarkannya sehingga Nizamul Muluk At-Tusi dibunuh oleh seorang pembunuh yang menyamar sebagai seorang sufi . Dia merupakan anggota kumpulan Hasysyasyin yang menganut mazhab Batiniyyah Ismailiyyah. Sang pembunuh itu berpura-pura datang mengadu kesnya dan minat diadili. Bila dia mendekati wazir tua yang bijaksana itu, dia pun mengeluarkan pisaunya dan menikamnya sehingga seketika itu juga jatuhlah rebah. Sang pembunuh itu pun kemudiannya ditangkap dan dibunuh. Namun, Wazir Nizamul Muluk sudah tidak dapat diselamatkan dan dia meninggal pada tanggal 10 Ramadhan tahun 485H/1092M.

Takdir Allah, 35 hari selepas kematian Nizamul Muluk At-Tusi itu, iaitu pada tanggal 15 Syawal tahun 485H/1092M, meninggallah pula Sultan Malik Syah. 

Kehilangan dua tokoh hebat dalam kerajaan Saljuq ini menajdi titik sejarah kemerosotan zaman kegemilangan Kerajaan Saljuq.

Tuesday, January 10, 2023

Alp Arsalan

Alp Arsalan, nama sebenarnya adalah Dhiyaudunya waddin Abu Syuja' Muhamamd Alp Arsalan bin Daud bin Mikail bin Saljuk bin Daqqaq. Beliau adalah pemerintah kedua Kesultanan Saljuk. Beliau menggantikan pakciknya, Tughrul Bek yang dianggap sebagai pengasas kerajaan Saljuk. Beliau lahir pada tahun 425H.  Semasa Tughrul Bek menerajui kerajaan Saljuk, Alp Arsalan menjadi gabenor kerajaan Saljuk yang mentadbir Khurasan dan kawasan semberang sungai. Dia mewarisi posisi itu daripada ayahnya (Jughrai Bek) Daud bin Mikail (Saudara kandung Tughrul Bek) yang meninggal pada tahun 1059M.

Alp Arsalan mempunyai seorang wazir yang hebat bernama Nizamul Muluk At-Tusi. Apabila Tughrul Bek meninggal pada tahun 455H=1063M, beliau tiada anak untuk mewarisinya. Berlaku situasi cekcok dalam pemerintahan yang kemudiannya dapat dikuasai oleh Alp Arsalan, berkat kebijakan dan kecekapan wazirnya Nizamul Muluk dalam menyusun siasat. Alp Arsalan naik tahta dan beliau seorang yang kuat peribadinya, bersemangat juang untuk Islam dan cintakan jihad. Beliau berhasrat untuk meluaskan Islam ke wilayah-wilayah yang sedang dikuasai oleh kerajaan Kristian Byzentain. Setelah 6 tahun beliau menstabilkan kekuasaan dalam negeri, barulah nampak dasar luarnya.

Alp Arsalan naik menjadi Sultan Saljuk pada 8 Ramadhan 455H bersamaan 4 Sept 1063 M. Beliau mewarisi wilayah yang luas dari pantai Turkistan hingga ke Sungai Dajlah. Beliau bukan terus mendapat kekuasaannya. Beliau terpaksa berdepan dengan cabaran dari dalam keluarganya sendiri. Setelah Tughrul Bek meninggal wazirnya yang bernama Abu Nasir Al-Kandari berkira-kira untuk mengangkat seorang saudara bukan sekandung Alp Arsalan yang bernama Sulaiman  menjadi pengganti Tughrul Bek. Sulaiman itu masih kanak-kanak dan tujuan wazir itu tidak lain adalah memerintah atas nama Sulaiman. Maka Alp Arsalan segera berangkat dari Khurasan menuju ibu kota Saljuk di Array dan menguasainya. Wazir berserta Sulaiman dipaksa mengakui kekuasaannya. Setelah itu Alp Arsalan terpaksa berdepan pula dengan Qotalmusy bin Israil, pakciknya yang merasakan dia lebih layak mewarisi kerusi kepimpinan. Konflik dengan pakciknya itu membawa kepada peperangan di satu kawasan berdekatan Kota Array dan dimenangi oleh Alp Arsalan. Ancaman Qotalmusy akhirnya hilang apabila dia mati terbunuh pada 456H/1063M.

Setelah itu , beberapa tahun Alp Arsalan disibukkan dengan misi memadamkan pemberontakan beberapa wilayah untuk melepaskan diri daripada pusat pemerintahan. Pemerintah daerah Kirman dan lain-lain terlibat dalam menyokong penderhakaan kabilah-kabilah Turkman yang biasa dengan aktiviti rompakan dan rampasan. Pakciknya Baiju di Herat juga cuba melepaskan diri dan mewujudkan wilayah merdeka. Alp Arsalan berjaya menghadapi semuanya dan akhirnya menyatukan kerajaannya menjadi kuat dan padu.

Setelah kerajaannya stabil, itulah masanya dia menumpukan perhatian ke wilayah-wilayah bersempadan yang berada di bawah kekuasaan Bayzantine. Penaklukan dibuat ke wilayah Armenia, Georgia dan sepanjang sempadan Rom. Kaisar Rom pun bertindakbalas menyerang kawasan Syam dan menakluk Aleppo. Alp Arsalan mengirimkan anaknya Maliksyah memimpin pasukan tentera merampas kembali Aleppo. Pasukan Maliksyah juga berjaya menguasai hingga ke Baitul Maqdis.

Alp Arsalan memimpin pasukan Saljuk melawan pasukan Byzabtine yang dipimpin oleh kaisar Romanus Jalinus pada bulan Zulkaedah 463H ke dalam perang yang terkenal dinamakan Perang Manzikert. Pasukan Saljuk memenangi perang ini walaupun jumlahnya kauh lebih kecil berbanding jumlah pasukan Byzantine. Malah kaisar Romanus Jalinus sendiri ditawan dan Kerajaan Bayzantine terpaksa membayar tebusan yang sangat mahal untuk kebebasannya iaitu 10 juta keping emas.. Bahkan, kerajaan Byzantine sesudah perang itu terikat dengan perjanjian  yang menuntut mereka membayar jizyah kepada kerajaan Saljuk. Mereka juga minta perjanjian damai selama 50 tahun dan menyerahkan wilayah-wilayah yang telah dikuasai Saljuk dari tanah Byzantine.

Alp Arsalan tidak sempat lama di atas tahta menikmati hasil pencapaiannya. Kira-kira setahun lebih selepas Peperangan Manziket, Alp Arsalam telah terbunuh di tangan seorang yang membalas dendam dan usianya ketika itu baru 44 tahun. Kekuasaannya dilanjutkan oleh anaknya Maliksyah.

Rujukan: https://ar.wikipedia.org/

Baca : Artikal Islamweb

(Akan bersambung)

Monday, September 26, 2022

NURUDDIN ZINKI (511H-569H)

Satu hal yang tidak dapat dinafikan, Islam tidak pernah ketandusan tokoh-tokoh hebat yang mencapai tahap "rijal". Rijal bukan shaja dikenali dalam bidang ilmu seumpama ilmu hadis, fekah, tauhid dan selainnya. Rijal juga terbit mempersembahkan ketangkasannya dalam lapangan politik. Salah satu rijal yang dikenang sejarah Islam adalah Sultan Nuruddin Mahmud Zinki.

Nuruddin Mahmud Zinki lahir pada 17 Syawal tahun 511H dan berketurunan Turki. Ayahnya Imaduddin Zinki adalah anak kepada Aq Sunqur QASIMUDDAULAH.

Nama beliau adalah Al-Malikul 'Adil Abu Al-Qasim Nuruddin Mahmud bin Imaduddin Zinki.  Beliau adalah anak kedua Imaduddin Zinki bin Aqsunqur selepas Saifuddin Ghazi. Kedua-dua anak lelaki Imaduddin Zinki ini mewarisi semangat dan kepahlawanan ayah mereka dalam jihad.

Selepas ayahnya mati dibunuh oleh Puak Hasyasyin, dia mewarisi kerajaan ayahnya tanah Syam dengan Halab (Aleppo) sebagai ibu kotanya sedangkan abangnya Saifuddin Ghazi memerintah Mosul.

Siasah Nuruddin telah memulihkan keadaan tanah Syam dan membangkitkan semula keyakinan rakyat terutama dalam menghadapi pasukan Salib. Terdapat percubaan Juslin II untuk merampas semula Arraha (Raqqa) yang dulunya pada zaman Imaduddin Zinki telah berjaya diambil dari tangan Salibi. Cubaan itu dapat ditumpaskan oleh Nuruddin Zinki dan Juslin II kalah lari menyelamatkan diri.




Perang Salib II meletus apabila raja Prancis menyerang tanah Syam . Damsyik dikepung. Nuruddin bersama abangnya Saifuddin Ghazi turun tangan untuk membantu. Mereka menggerakkan tentera menuju Damsyik dan ketika mereka berada di Homs, pasukan Damsyik sudah dapat membebaskan dari kepungan tersebut. Pasukan Salib lelah dan berundur kerana mereka mengalami kekurangan bekalan air kerana disekat oleh pasukan Zinki.

Pasukan Salib yang merasakan sukar untuk menguasai tanah Syam mengalihkan perhatian mereka ke Mesir. Mereka melihat bahawa menakluki Mesir akan membuka jalan menguasai Syam. Ketika itu Daulah Fatimiyyah di Mesir dalam keadaan lemah kerana persengketaan dalaman antara wazir Syawir bin Mujir As-Sa'di dengan Abu Al-Asybal Dhorgham. Syawir yang kalah kepada Dhorgham lari ke Syam dan minta tolong kepada Sultan Nuruddin Zinki. Menyahut "istinjad" dari Syawir itu, Sultan  Nuruddin Zinki pun hantar Asaduddin Syirkuh dan ditemani anak saudaranya Salehuddin Ayyub untuk memimpin pasukan bantuan ke Mesir. Berlaku peperangan antara pasukan kiriman Sultan Nuruddin Zinki itu dengan pasukan wazir Dorgham di Kaherah yang berakhir dengan kekalahan Dorghom dan terbunuhnya dia. Syawir kembali jadi wazir tetapi dia khianat kepada Asaduddin Syirku , malah minta tolong pasukan Prancis  untuk mengalahkan Asaduddin Syirkuh. Pada akhirnya dia dibunuh oleh Asaduddin Syirkuh atas arahan Khalifah Fatimiyyah Al-Mu'tadhid.

Misi berjaya dan Asaduddin Syirkuh dapat menacapkan pengaruh Sultan Nuruddin di Mesir. Dia dilantik menjadi wazir kepada khalifah Fatimiyyah iaitu Al-Mu'tadhid billah. Bila Asaduudin Syirkuh meninggal, dia digantikan dengan Salhuddin Ayyub dan di tangan Salehuddin Ayyublah hayat Daulah fatimiyyah pun ditamatkan di Mesir. Maka bangkitlah dinasti baru memerintah Mesir iaitu Dinasti Ayyubiyyah.


CATATAN USANG:


Raja Nuruddin Zinki mengutuskan Asaduddin Syirkuh dengan pasukan 1000 orang untuk mengalahkan Menteri Dhorgham dan menolong Menteri Syawir mendapatkan kembali posisinya dalam kerajaan Fatimiyyah.

Syarat yang diminta oleh Nuruddin untuk bantu Syawir ialah 1/3 cukai Mesir hendaklah diserahkan kepadanya.

Pasukan Asaduddin berkhemah di luar kaherah menunggu janji dilaksanakan. Namun Syawir khianat. Dia minta tolong pasukan Salib. Pasukan Asaduddin balik Bilbis dan di sana tentera Salib mengepungnya selama 3 bulan.

Saat itu Nuruddin membuat serangan atas pemerintahan Salib di Baitul maqdis dan menawan Tal Harim. Maka pasukan Salib yang mengepung pasukan Asaduddin pun merisaukan kerajaan mereka, ajak berdamai dan balik.

Asaduddin balik jumpa Nuruddin dan yakinkannya keperluan mengalahkan Mesir.

Baginda kirimkan 200 tentera di bawah pimpinan Asadudin.

Menteri Syawir takut lalu minta bantuan Salibi menyebabkan Salibi hantar ribuan tentera ke Mesir.

Dalam siri peperangan dengan pasukan Asaduddin dan dibantu Salehuddin, pasukan Salibi kalah.

Perbuatan Syawir yang bersekutu dengan Salibi menyusahkan rakyat. Khalifah Al-Adidh sendiri turun tangan dan minta campurtangan Nurudin. Pasukan Asaduddin dengan 2 ribu askar dikirim. Dan pasukan bantuan lain bersiap sedia di Syam seramai 6 ribu. Askar salibi pun takut dan tinggalkan Mesir.

Maka masuklah pasukan Asaduddin dan Syawir yang khianat itu akhirnya dapat ditangkap dan dihukum bunuh pada tahun 1169M.

Salasilah keturunan Syawir ini sampai kepada Abu Zuaib Abdullah, iaityu ayah kepada halimatun Sa’diyyah, ibu susu nabi Muhamamd SAW.
 
هو أبو شجاع شاور بن مجير بن نزار بن عشائر بن شأس بن مغيث بن حبيب بن الحارث بن ربيعة بن يخنس بن أبى ذؤيب بن عبد الله  بن الحارث

Asaduddin menjawat kedudukan sebagai Menteri kerajaan di Mesir tetapi hanya sempat 2 bulan . Dia sudah sakit setelah berperang sebanyak 150 perang. Panggantinya adalah anak saudaranya Salehuddin Ayyub.




AQ SUNQUR QASIMUDDAULAH (Meninggal :487H)

Daulah Abbasiyyah telah dibersihkan daripada pengaruh Syiah Buwaihiyyah pada tahun 447H. (Kerajaan Buwaihiyyah berkuasa selama 113 tahun dari tahun 334H dan mebidakcaturkan 4 khalifah Ababsiyyah iaitu Al-Muti' Lillah, At-To'i Lillah, Al-Qodir Billah, Al-Qoim Bi Amrillah) .Kerajaan Saljuk mengambil alih sebagai pembela Kerajaan Khilafah Abbasiyyah. dari situ, pemimpin-pemimpin tentera daripada kerajaan Saljuk ini bertebaran ke wilayah di bawah pemerintahan Khalifah Abbasiyyah untuk menabur bakti dan sumbangan tenaga meluaskan serta mempertahankan kerajaan disamping menjadi pembela kepada kelamatan ummat dari musuh.

Pada tahun 465H, Empayar Saljuk di bawah seorang raja bernama Maliksyah. Beliau seorang pemerintah Dinasti Saljuq yang hebat, adil dan soleh. Untuk mengenali peribadinya, cukuplah untuk tahu bahawa di masa pemerintahannyalah berkhidmat seorang wazir yang hebat bernama Nizamul Muluk At-Tusi. Wilayah kekuasaannya sangat luas. Di sebelah Timur bersempadan dengan China. Sebelah Barat sampai ke persisiran laut Mediteranean. Sebelah utara sampai Teluk Marmara yang menghadap Costantinapel (Istambul). Maka untuk mentadbir kerajaan yang begini luas, dia dibantu oleh anggota keluarganya seperti saudara lelakinya yang bernama Tutus bin Alp Arsalan yang mentadbir kawasan Syam Selatan. Sepupunya, Sulaiman bin Qotalmus pula mentadbir Anatolia ( Pengasas kerajaan Saljuq Rom). Demikianlah beberapa anggota keluarganya mentadbiran negeri di sana sini.

Kaum keluarga pemerintah Saljuk dibantu oleh panglima-panglima tentera berasal daripada bangsa Turki dan Turkman. Antara tokoh penting yang membantu Maliksyah adalah wazirnya sendiri iaitu Nizamul Muluk At-Tusi dan Hajibnya iaitu Abu Sa'id Qasimuddaulah Aqsanqar. Beliau sangat dekat dengan Sultan Maliksyah dan kepercayaannya sehingga diberi gelaran Qasimuddaulah yang membawa maksud orang yang berkongsi dengannya dalam mentadbir kerajaan.

Berlaku perang saudara dalam kerajaan Saljuk antara Sulaiman bin Qotalmus dengan Tutus bin Alp Arsalan (adik kepada Sultan Maliksyah). Perang saudara ini adalah kerana merebutkan Aleppo (Halab). Di kala itu Aleppo berada di bawah kekuasaan bangsa Arab iaitu Muslim bin Quraisy dari Dinasti Uqaili yang bermazhab Syiah. Sulaiman bin Qotalmus berjaya mengalahkan Dinasti Uqaili dan membunuh Muslim bin Uqaili. Namun penduduk Hala enggan menerima Sulaiman bin Qotalmus dan mereka menghantar utusan menjemput Sultan Maliksyah untuk diserahkan Halab kepadanya. Sultan Maliksyah pun datang dengan tenteranya. Tutus yang menaruh minat kepada Halab. Berlaku peperangan antaranya dengan Sulaiman bin Qotalmus dan Sulaiman bin Qotalmus kalah. Dia dapat menawan Halab. Sulaiman tidak boleh terima kekalahannya, dan catatan sejarah menyebutkan dia membunuh diri pada tahun 497H.

Ketibaan tentera Sultan Maliksyah tidak sanggup dihadapi oleh Tutus, lalu dia mengundurkan diri meninggalkan Halab.

Halab telah banyak musnah. Sultan Maliksyah merasakan ia perlu diserahkan kepada seornag yang mampu memulihnya. Tidak ada ornag lain yang dia lebih yakin untuk tujuan tersebut melainkan Hajibnya sendiri iaitu Aqsunqur Qasimuddaulah. Aqsanqar telah mentadbir Aleppo dengan baik dan cemerlang bagi pihak Sultan Maliksyah. 

Kecemerlangan pentadbiran Aqsunqur itu direkodkan dengan pujian oleh Ibn Al-Athir di dalam "al-Kamil". Katanya:


كان قسيم الدولة أحسن الأمراء سياسةً لرعيته، وحفظًا لهم، وكانت بلاده بين رخص عام وعدل شامل وأمن واسع


Qasimuddaulah merupakan pemerintah yang paling smart siyasahnya untuk rakyat dan sangat memelihara kebajikan mereka. Negerinya berada dalam situasi kelegaan yang meliputi, keadilan yang meyeluruh dan keamanan di mana-mana".

Tutus tidak boleh terima kehilangannya atas Aleppo. Dia menggunakan siasat politik liciknya iaitu dengan mnguasai kota-kota yang ada di Syam kecuali Aleppo. Dia minta agar Sultan Saljuk, Maliksyah menyokongnya dan memerintah para gabenor Saljuk di Syam membantunya termasuk Aqsunqur. Alasannya adalah untuk menyingkirkan pengaruh Kerajaan Ubaidiyyah Syiah Isimailiyyah dari bumi Syam. Aqsunqur mengerti muslihat Tutus dan ke arah mana dia nak bawa kerajaannya. Dia ingin merdekakan diri dari kerajaan Saljuq pada masa nanti. Namun Aqsunqur tidak membantah arahan Sultan Maliksyah. Dia tetap membantu Tutus dalam misinya, namun tidak bersungguh-sungguh.

Hal ini disedari oleh Tutus dan dia mengadu kepada Sultan Maliksyah. Satu  persidangan di ibu kota kerajaan Saljuk diadakan pada Ramadhan 484H. Hasrat Tutus adalah menyingkirkan Aqsunqur daripada jawatannya di Halab. Namun Sultan Maliksyah enggan dan mengekalkan Aqsunqur pada posisinya. 

Tiba-tiba pada Syawal tahun berikutnya (484H) Sultan Malisyah meninggal. Anak Sultan maliksyah, Berkyaruq naik tahta menggantikan ayahnya. Tutus mendakwa dia lebih berhak atas tahta itu. Aqsanqar dalam situasi sukar ini mengambil sisi menyokong Tutus bersama putera-putera Saljuk dari wilayah selatan Anatolia.Tutus nekad untuk memerangi Berkyaruq dan memimpin pasukannya ke Ar-Rayy. Namun, Aqsanqar dan Buzan (raja Arraha) yang mulanya menyatakan komitmen menyokong Tutus. telah berpaling dari menyokongnya dan menyatakan sokongan kepada Berkyaruq. Ini menyebabkan Tutus kalah dan balik ke Damsyiq dengan dendam terhadap Aqsanqar.

Baca: Islamstory

Kemudiannya Tutus memimpin 20 ribu pasukan tentera memerangi Aqsanqar. Dia berjaya mengalahkan Aqsanqar dan membunuhnya . Itu terjadi pada 9 Jamadil Awal tahun 487H. Maka seluruh Syam berada dalam kekuasaan Tutus. Apabila tutus meninggal, dia mewariskan kerajaannya kepada dua orang anak lelakinya bernama Ridhwan dan Daqqaq. Ridhwan diberi kekasaan atas Aleppo dan Daqqaq pula atas Damsyiq.

Pada ketika, tentera Salib telah masuk ke tanah Syam dan menguasasi beberapa bandar utama seperti Arriha, Antakia, Tarabulus, Bairut, Saida, Yafa dan Baitul Maqdis.

Aqsanqar mati meninggalkan seorang anak lelaki iaitu Imaduddin Zinki yang baru berusia 10 tahun.  rakan-rakan ayahnya serta Sultan Berkyaruq mendidiknya agar bangkit menjadi pahlawan yang mewarisi nama besar ayahnya.Di Mosul, dia dididik oleh para Atabik di sana. Apabila Aqsanqar Bursuqi didatangkan ke Mosul untuk mentadbirnya, pada tahun 507H, dia banyak terjun dalam perang menghalau tentera Salib. Dalam misi ini Imaduddin banyak menyertainya. Para pengusa kerajaan Saljuq melihat peranannya dan mereka mengangkat kedudukannya. Dia diberi gelaran Atabik oleh Sultan Mahmud bin Muhammad Saljuk. Pada tahun 521, dia diberikan wilayah Mosul dan Semenanjung Furat (Mesopotamia Utara) serta mana-mana wilayah yang dapat dibukanya di Syam.

Pada ketika ini aa krisis dalaman antara Khalifah Abbasiyyah dengan Para penguasa kerajaan Saljuq. Bila naik Khalifah Al-Mustarsyid, dia cuba membebaskan dirinya dari pengarus kerajaan Saljuq. Pengarus Saljuq dikeluarkan dari kawasan Iraq. Imadudin Zinki terpaksa mengimbangkan antara Abbasiyyah dan Saljuq. Kerana masalah ini, Imaduddin mengalami keadaan yang memaksakan dia lari berlindung di Tikrit pada tahun 525H. Di sana dia mendapat perlindungan daripada Najmuddin Ayyub, pemerintah Tikrit. Kerana itu , Najmudin Ayyub disungkirkan dari Tikrit dan bergabung dengan Zinki di Mosul. Bermula kerjasama antara keluarga Zinki dengan keluarga Ayyubi.

Baca: 

Aljazeera



IMAM SARAKHSI ULAMA YANG DIPENJARA DALAM PERIGI BUTA

Kisah Imam Sarakhsi, seorang fakih mazahab Hanafi dipenjarakan adalah satu kisah yang membawa kita kagum dengan kuasa ilmu. Ia juga beri kit...