Showing posts with label Salasilah. Show all posts
Showing posts with label Salasilah. Show all posts

Wednesday, October 5, 2022

SAUDARA-SAUDARA SUSUAN NABI MUHAMMAD SAW

 Ibu Susu Nabi SAW ada dua iaitu:

  1. Tsuwaibah Al-Aslami
  2. Halimahatun Saadiah
Saudara-saudara susuan nabi ada 5 orang iaitu:
  1. Hamzah bin Abdul Mutallib, pakcik nabi SAW.
  2. Abu Salamah
  3. Syaima' bt Al-Harith
  4. Abdullah bin Al-Harith
  5. Anisah bt Al-Harith
Hamzah dan Abu Salamah menajdi saudara susuan nabi melalui Tsuwaibah Al-Aslami. Manakala Syaima', Abdullah dan Anisah adalah anak-anak Halimatun Sa'diah

Tuesday, October 4, 2022

UQBAH BIN ABI MU'IT DIROSAKKAN TEMAN BAIK

Ketika membaca sepotong ayat dalam Al-Quran, Surah Al-Firqan, ayat 27-29 . aku terhimbau sebuah nama, Uqbah bin Abi Muit.

Firman Allah :


Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya, seraya berkata: "Aduhai kiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama-sama Rasul".Kecelakaan besarlah bagiku; kiranya aku (dulu) tidak menjadikan sifulan itu teman akrab(ku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al Quran ketika Al Quran itu telah datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mau menolong manusia.

Siapakah Uqbah bin Abi Muit? 

Kita telusuri nasabnya agar tahu siapa orangnya.

Beliau adalah Uqbah bin Abi Muit bin Abi Amru bin Umayyah bin Abdu Syams bin Abd Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'i bin Ghalib bin Fahr bin Malik bin Nadhor bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Madhor bin Nizar bin Ma'ad bin Adnan.
Ertinya, nasabnya bertemu dengan Nabi SAW pada datuk bernama Abdul Manaf. Dia daripada cabangnya Abd Syams sedangkan Nabi daripada cabang Hasyim.

Di Kota Makkah, pada zaman Jahiliyyah, dia adalah kalangan wujahaa (pemimpin) Quraisy. Dia berkawan akrab dengan seorang yang bernama Umayyah bin Khalaf Al-Jamhi.

Siapa Umayyah bin Khalaf Al-jamhi itu? Dia adalah tuan kepada kepada Bilal bin Rabah. Dialah yang menyiksa Bilal dengan dahsyat kerana islamnya Bilal.

Kita telusuri juga nasab Umayyah ini. 
Dia adalah Umayyah bin Khalaf bin Wahab bin Huzafah bin Jumuh bin Amru bin Hasis bin Ka'ab bin Lu'i bin Ghalib bin Fahr bin Malik bin Nadhor bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Madhor bin Nizar bin Ma'ad bin Adnan.
Uqbah bin Abi Muit mulanya seorang yang santun dengan Nabi. Dia tidak seperti orang lain yang selalu menyakiti Nabi SAW. Pada satu ketika dia adakan satu jamuan dan dijemput semua kerabat Quraisy ke jamuannya. Dijemput juga nabi Muhammad SAW. Namun Nabi SAW enggan hadir kecuali jika Uqbah masuk Islam. Adalah satu keaiban buat Uqbah jika ada orang Qurasiy yang tidak mahu hadir ke majlisnya. Maka dia pun syahadah dan masuk Islam. Nabi SAW pun hadir ke majlisnya.

Kala itu, sahabat baiknya Umayyah bin Khalaf (Ada kata kawan baiknya itu ialah Ubai bin Khalaf, saudara Umayyah bin Khalaf) sedang berurusan perniagaan di Syam. Orang Makkah bercakap tentang Uqbah yang sudah masuk Islam. Bila Umayyah pulang, dia pun dengar cerita itu. Alangkah marahnya dia. Uqbah bin Abi Mu'it datang melawat kawan yang baru pulang dari negeri orang. Namun, Umayyah tidak mahu berjumpa dengannya dan tidak menjawab ucapannya. Uqbah bin Abi Muit susah hati. Almaklum, kain baiknya berkelakuan demikian. Ditanya apa sebab dan dieritakan Umayyah. Disyaratkan , kalau nak berbaik dengannya semula, hendaklah pergi hina Nabi Muhammad serta meludahi mukanya

Demi sahabat, hal itu dibuat oleh Uqbah. Cuma ludahnya itu dikatakan tidak kena Nabi tetapi berbalik ke mukanya dan menimbulkan kesan lecur yang kekal hingga hari matinya. Maka Nabi pun memberitahunya bahawa satu masa dia akan membunuh Uqbah.

Ketika orang kafir  Makkah bersiap hendak ke medan Badar, Uqbah enggan ikut serta. Dia teringat kata-kata Nabi SAW. Namun, kawan-kawan memujuknya. Mereka kata Uqbah ada unta merah, kalau kalah boleh cabut lari dengan untanya. Uqbah pun ikut serta dan berlakulah apa yang telah tertulis. 


Pasukan kafir Quraisy kalah perang. Umayyah bin Kahalf terbunuh di medan perang. Uqbah bin Abi Muit dapat ditawan. Dia dihukum bunuh.  Itu adalah hukuman buat kejahatannya yang menghina dan meludahi Nabi SAW.


Catatan tambahan:

  • Matinya Umayyah bin Khalaf adalah dibunuh oleh Bilal bin Rabah
  • Sementara matinya Ubai bin Khalaf adalah kerana terkena lemparan tombak Rasulullah SAW yang tidak mematikan terus tetapi membuatkan Ubai bin Khalaf ketakutan dan mengatakan "Muhammad telah membunuhku!". Dia mati dalam perjalanan balik ke Makkah setelah usai perang Badar.

AL-MUGHIRAH BIN ABDULLAH AL-MAKHZUMI DATUK ABU JAHAL DAN KHALID BIN AL-WALID

 Abu Jahal adalah anak saudara kepada Al-Walid bin Al-Mughirah yang merupakan bapa kepada Khalid bin Al-Walid, sang Saifullah Al-Maslul.

Bapa Abu Jahal namanya Hisyam bin Al-Mughirah.

Catatan: Abu Jahal terkenal dengan gelaran Abu Al-Hakam. Kerana permusuhannya dengan Nabi sangat ketat, Nabi menukar gelarannya dengan Abu Jahal. Maka terkenallah dia sebagai Abu Jahal. Nasabnya dengan nabi bertemu pada leluhur bernama Murrah bin Ka'ab. 

Anak Murrah bernama Kilab meneruskan keturunan sampai ke nabi Muhammad SAW. 

Anak Murrah yang bernama Yaqazoh meneruskan zuriat sampai ke Abu Jahal.


Kita lihat nasab Abu Jahal.

Namanya Amru bin Hisyam bin Al-Mughirah bin Abdullah bin Umar bin Makhzum bin Yaqazoh bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'i bin Ghalib bin Fahr bin Malik bin Nadhor bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Madhor bin Nizar bin Ma'ad bin Adnan

Ertinya Al-Walid adalah anak Al-Mughirah.

Demikian pula Hisyam, bapa Abu Jahal, juga anak Al-Mughirah.

Ada anak Al-Mughirah namanya Hasyim, iaitu bapa kepada Hantamah, ibu Umar Al-Khattab.


Berapa berapa anak-anak Al-Mughirah bin Abdullah Al-Makhzumi  ini?

Kita cuba senaraikan:

Anak-anak lelaki:
  1. Hasyim
  2. Hisyam
  3. Al-Walid
  4. Abdus Syams
  5. Mahsyam (Abu Huzaifah)
  6. Amru (Abu Rabi'ah)
  7. Huzaifah (Abu Umayyah-digelar Zadurrakib)
  8. Khidasy
  9. Zuhair
  10. Tamim( Abu Zuhair)
  11. Abdullah
  12. Alfakah
  13. Hafsin
  14. Uthman

Anak-anak perempuan:
  1. Tamadhar
  2. Salma
  3. Ramlah
  4. Hindun
  5. Sufiyyah


IMAM SARAKHSI ULAMA YANG DIPENJARA DALAM PERIGI BUTA

Kisah Imam Sarakhsi, seorang fakih mazahab Hanafi dipenjarakan adalah satu kisah yang membawa kita kagum dengan kuasa ilmu. Ia juga beri kit...