Showing posts with label Firqah Sesat. Show all posts
Showing posts with label Firqah Sesat. Show all posts

Tuesday, May 26, 2026

AGAMA QADYANI

Antara agama baru yang muncul selepas Islam adalah agama Qodyani. Pengasasnya bernama Mirza Ghulam Ahmad yang berasal dari Qodyan , Punjab, India. Beliau lahir pada tahun 1255=1835M.


Mirza Ghulam Ahmad 

Awal mulanya dia adalah seorang yang mendakwahi untuk Islam. Namun, kemudiannya, pada saat usianya menjangkau 50 tahun, dia mendakwa kenabian untuk dirinya.  Dia menafsirkan turunnya Nabi Isa A.S itu bukanlah turunnya secara hakikat, melainkan ia hanya satu gambaran simbolik datangnya seseorang yang membawa tugas Nabi Isa itu. Orang itu, menurutnya adalah dia sendiri. Dia mengatakan Nabi Isa sebenarnya mati tidak disalib dan dia mati di Kasymir.

Selepas mengaku sebagai Nabi Isa dan mendapat wahyu serta menulis wahyunya dan dinamakan " ALKITABUL MUBIN", penerimaan tidak cukup memberangsangkan orang ramai. Dia pun  membuat dakwaan baru itu dia adalah penjelmaan baru Nabi Muhammad SAW. Dia mengaku bahawa Nabi Muhammad bertajassud (menyatu dalam dirinya secara jasmani). Pada akhirnya dia meletakkan dirinya sebagai Nabi yang lebih tinggi kedudukannya daripada Nabi Muhamamd SAW yang pernah datang sebelumnya.

Ayat-ayat dalam kitabnya yang didakwa wahyu itu hanya ciplakan daripada Al-Quran. Cuma dia ubah-ubah susunnya mengikut kemahuannya. Sebagai contoh, ada ayat dalam kitabnya yang berbunyi:

يا أحمد بارك الله فيك، وما رميت إذ رميت ولكن الله رمى . الرحمن علم القرآن، لتنذر قوما ما أنذر آباؤهم، ولتستبين سبيل المجرمين، قل إني أمرت وأنا أول المؤمنين ، قل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا 

Mirza Ghulam itu banyak bohongnya dan berdolak dalik dalam ramalan kenabian yang didakwanya. Dia pernah marah kepada seroang Nasrani kerana kalah dalam debat. Lalu dia mengatakan Nasrani itu akan mati selepas 15 bulan. Itu yang Allah wahyukan kepadanya. Kecuali jika bertaubat. Namun, selkepas 15 bulan, Nasrani itu mati dan untuk menutup kebohongannya, dia katakan Nasrani ityu teleh bertaubat. Padahal Nasrani tidak bertaubat , bahkan menulis membalasnya dan mengejek dakwaanya itu serta dakwaan messiahnya.

Demikian juga, Mirza Ghulam Ahmad mendakwa bahawa taun atau gempa tak akan masuk ke negeri Qodyan. Walaupun 70 tahun taun merebak di negeri sekitar, katanya, negeri Qodyan akan selamat selama mana dia masih di dalamnya. Namun, yang terjadi, taun masuk ke negerinya dan dia sendiri mati kerana wabak taun!

 Pemikiran serta ilham-ilham dan wahyu yang didakwanya turun kepadanya ditulis dalam kitabnya yang dinamakan "At-tazkirah"

Inti Aqidah Qadyani

1) Percaya kepada tanasukh al-Arwah
2) Beri'tioqad bahawa Allah solat, puasa, tidur dan buat silap.
3) Kenabian belum tamat. Allah melantik nabi bila ada keperluan. Dia adalah nabi yang paling afdhol.
4) Percaya bahawa AL-Kitabul Mubin kitabnya mengatasi Al-Quran.
5) Meletakkan darjat murid-muridnya sama macam sahabat Nabi Muhamamd.
6) Haji yang sempurna perlu ke Qodyan dan ziarah kubur Mirza Ghulam. Qodyan adalah tanah suci selain Makkah dan Madinah.
7) Menghalalkan arak, opium dan dadah,
8) Orang yang tidak masuk agama Qodyan adalah kafir.
9) Wajib taat kepada penjajah yang menguasai kerana meeka itu adalah waliyul amri.

Ghulam Ahamd pada masa hayatnya, di Mana Inggeris menjajah India, dia menyeru agar ketaatan diberikan kepada Inggeris. Dia menolak jihad melawan penjajahan Inggeris. Ummat Islam yang bangkit melawan Inggeris adalah golongan jahil kerana melawan ulil amri yang wajib ditaati. Kerana sikapnya sebegini, banyak pihak mempercayai bahawa kelompok Qadyani asalnya racun suntikan inggeris ke dlaam tubuh ummat Islam untuk mematikan semangat perlawanan kepad penjajahan mereka.

Tokoh-tokoh Qodyani:

1) Al-Hakim Nuruddin Al-Bahriri (Lahir: 1258)-khalifah kedua selepas Mirza Ghulam.
2) Mahmud Ahmad bin Ghulam Ahmad- anak Mirza
3) Khawajah Kamaluddin

Sebenarnya, Qodyani telah mengalami pecahan sejak tahun 1914. Ia terpecah kepada dua cabang iatu:
  1. Qadyani yang menjadi mainstream ahmadiah.
  2. Gerakan Ahmadiah di Lahore-Enggan mengiktiraf akidah kenabian Ghulam Ahamd tetapi mengangkatnya sebagai seorang mujaddid dalam agama.

Pemimpin Qodyani sekarang ialah Hadrat Mirza Masrur Ahmad yang dianggap sebagai Khalifah Al-Masih yang ke-5. Beliau tinggal di London.

Mirza Masrur Ahmad

Slogan Qodyani: LOVE FOR ALL HATRED FOR NONE















Friday, October 6, 2023

Firqah Al-Mughiriyyah

Ini adalah salah satu di antara sekian banyak firqah sesat yang pernah muncul dalam sejarah. Firqah ini dinisbahkan kepada Al-Mughirah bin Sa'id Al-'Ajli Al-Kufi. Beliu adalah seorang yang mengaku pencinta Ahlil Bait dan mendakwa Muhammad bin Abdullah bin Al-Hasan bin Al-Husain bin Al-Hasan bin Ali bin Abi Talib (yang dikenali sebagai An-Nafsu Az-Zakiyyah) sebagai Imam Al-Mahdi.

Ketika Muhammad An-Nafsu Az Zakiyyah itu bangkit memberontak melawan khalifah Abu Jaafar Al-Mansur Al-Abbasi dan mengusai Madinah, khalifah Abbasiyyah itu pun mengirimkan bala tentera yang ebsar dan mengalahkannya serta membunuhnya. Namun, puak Al-Mughiriyyah tidak percaya bahawa Muhammad An-Nafsu Az-Zakiyyah terbunuh. Mereka percaya yang terbunuh di medan perang itu adalah Syaitan yang menyerupai Muhammad An-Nafsu Az-Zakiyyah. Sementara Muhammad  An-Nafsu Az-Zakiyyah tetap hidup dna menghuni pergunungan Hajiz di sebelah Najad. Dia menunggu masa untuk kemunculan semula sebagai Imam Al-Mahdi yang ditungu-tunggu.

Al-Mughirah bin Sa'id , setelah terbunuhnya Muhammad An-Nafsu Az-Zakiyyah , mula mendakwa mendapat wahyu dan akhirnya mengaku sebagi nabi. Dia pun menghalalkan yang haram dalam agama dan mendakwa Ali sebagai Tuhan dan mengatakan Allah berjisim. 

Inilah orang yang banyak membuat jenayah ilmiah dan mengubah kitab-kitab rujukan Syiah. Hadis-hadis yang ghuluw dan tahqir ke atas sahabat-sahabat  nabi adalah angkara tangan najis Al-Mughirah bin Said.

Pengikutnya menyamar dalam majlis Ja'far Sodiq lalu meminjam kitab-kitab yang digunakan dan diberikan kepada Al-Mughirah dan Mughirah pun menanam di dalamnya hadis-hadis rekaannya.

Khalid bin Abdullah Al-Qasri yang menjadi gabenor di Kufah telah menangkapnya dan menyalibnya serta membakarnya bersama 5 pengikutnya.

Kalangan ulama Syiah yang mufakkir banyak mendedahkan peranan Al-Mugirah bin Said ini dalam memasukkan riwayat-riwayat rekaan dalam kitab-kitab Syiah. Sayangnya, kebanyakan orang Syiah mengikut para ulama mereka yang berpaut erat dengan kitab-kitab tersebut tanpa ada minda kritis. Walhasil, jadilah meeka mangsa pembohongan para penipu dalam sejarah seperti Al-Mughirah bin Sa'id tersebut.

Antara ulama Syiah yang mufakkir dan saya suka menadah telinga mendengar video penjalasan mereka adalah:

  1. Sayyid Kamal Haidari
  2. Syeikh Yasir Audah


Sunday, June 25, 2023

Yazidiyyah menyembah Syaitan?

Yazidiyyah adalah satu agama yang diasaskan olehseorang yang bernama 'Adi bin Musafir. Ia juga dikenali dengan nama Yazdaniyyah. Agama ini wujud di kalangan orang-orang Kurdi di wilayah Iraq. Jumlah penganut agama  ini dianggarkan sekitar 600 ribu. Namun, kalau diseluruh dunia jumlah mungkin mencapai lebih sejuta orang.



Iblis yang enggan sujud kepada Adam A.S sebagaimana dikisahkan mengenainya dalam Al-Quran dinamakan oleh golongan yang beragama Yazidiyyah sebagai "Tawus Al-Mala-ikah". Ini kerana, menurut mereka, Allah telah menghargainya kerana dia menegakkan prinsipnya tidak mahu sujud kepada yang lain selain Allah SWT. Maka Tawus Al-Mala-ikah itu adalah gelaran buat Iblis yang diangkat sebagai ketua para malaikat.

Pegangan dan kepercayaan golongan Yazidiyyah ini juga menyerap dalam pemikiran Sufi Falsafah yang boleh ditemui dalam kitab-kitab mereka yang menyentuh tentang ketauhidan Iblis. Iblis yang dilaknat Allah SWT menjadi makhluk yang terpuji kerana digelar sebagai makhluk yang sempurna tauhidnya.


Penganut Yazidiyyah hanya solat sekali iaitu pada malam Nisfu Sya'ban dan menganggapnya menyamai solat setahun.Puasa mereka pula hanya 3 kali setahun iaitu pada bulan Disember iaitu tarikh kelahiran Yazid bin Muawiyah menurut kepercayaan mereka. Menurut mereka hari Kiamat dan mahsyar akan berlaku di depan Syeikh Adi bin Musafir di pergunungan Sanjar yang mana mizan akan diletakkan depan Syeikh Adi dan para pengikutnya akan dimasukkan ke syurga.





Namun, para pemuka Yazidiyyah tidak mengakui bahawa mereka menyembas Iblis. Menurut mereka , Yazidiyyah hanya membesarkan dan memuliakan Iblis disamping mereka tetap menyembah Allah SWT.

Sumber: Sabeel.net


'ADI  BIN  MUSAFIR

Individ ini digungkan oleh penganut Yazidiyyah. Kuburnya dianggap tempat paling suci di muka bumi. Banyak sejarawan Islam menganggapnya sebagap pengasas sebenar kepada agama Yazidiyyah.


Menurt Mythology Yazidiyyah, Tawus Al-Malik telah bersatu dengan jasad 'Adi bin Musafir dan mengatakan: 




كنت حاضراً عندما كان أدم يعيش في الجنة، وكذلك عندما القى النمرود إبراهيم في النار، وكنت حاضراً عندما قال لي الله أنت الحاكم وأنت إله الأرض

Kisah-kisah yang berlegar di kalangan orang-orang yazidiyyah menyebutkan bahawa bapa 'Adi iaitu Musafir adalah seorang yang zuhud lagi soleh. Dia telah meninggalkan isterinya kerana mengambil jalan mujahadah dan siyahah selama 40 tahun. Lalu pada satu ketika, malaikat datang kepadanya dan mengarahkannya balik menemui isterinya dan menjimaknya , kelak akan lahir seornag anak yang soleh. Maka pulanglah Musafir itu dan berlakulah jimak dengan isterinya. (Rujuk: Wiki)





Wednesday, June 14, 2023

Qaramitah sebuah kumpulan batiniyyah dalam sejarah

Al-Imam As-Safarayini menyebutkan bahawa bahaya Qoramitah ke atas kaum Muslimin adalah melebihi bahaya Yahudi , Nasrani dan Majusi. Malahan bahayanya itu melebihi bahaya golongan Dahriyyah dan firqah-firqah sesat  yang lain. Bahkan bahayanya melebihi bahaya Dajjal yang bakal muncul di akhir zaman. Ini kerana orang yang tersesat angkara dakwah batiniyyah Qaramitah itu lebih banyak daripada yang disesatkan oleh Dajjal yang membuat fitnah di atas muka bumi cuma selama 40 hari sahaja. Sementara kesesatan Qoramitah telah berlanjutan selama berkurun dan keburukan yang ditimbulkannya lebih banyak daripada kerikil pasir dan titisan air hujan.

Syiah 12 atau dikenali juga Syiah Ja'fariyyah mengakui keimaman anak Jaafar Sodiq yang bernama Musa Al-Kazim.  Namun, ada sekelompok kalangan pengikut Jaafar Sadiq yang tidak mengakui keimaman Musa sebaliknya mereka mendakwa abang Musa Al-Kazim yang layak jadi Imam. Namanya Ismail. Cuma, Ismail itu meninggal lebih awal dari ayahnya Jaafar As-Sodiq. Kerana Jaafar As-Sadiq pernah mengatakan Imam sesudahnya adalah Ismail, maka perkataan tersebut dipegang sebagai wasiat oleh kelompok pendokongnya. Keturunan Ismail menjadi penerus kepada keimaman Ahli Bait, menurut tanggapan mereka. Kelompok inilah yang muncul sebagai Syiah Ismailiyyah.

Berlalu masa, ada seorang pendakwah Ismailiyyah yang bernama Hamadan bin Al-Asy'ath dan digelar Qurmut. Dia membentuk jemaah yang berpegang dengan akidah dan citra Syiah Ismailiyyah. Besama penggerak Syiah Ismailiyyah lain dia menyebarkan fahaman Ismailiyyah. Namun, kumpulan ini yang kemudiannya dipanggil Qaramitah telah meluncur laju dan menjadi lebih ekstrim.Mereka membina akidah bid'ah baru di atas bid'ah yang sedia ada. Mereka menjadi kelompok Syiah Ismailiyyah yang melampau.

Pada awalnya kelompok ini bahu membahu dengan kerajaan Ubaidiyyah yang berjaya diasaskan di Utara Afrika oleh Ubadillah Al-Mahdi yang mengakui keturunan Ismail bin Jaafar.(Kalau hendak dinilai sebenar-benarnya, maka pengasas sebenar adalah Abu Abdullah As-Syi'i). Demikian juga bila Kerajaan Fatimiyyah ditegakkan di Mesir pada zaman Al-Mu'iz Lidinillah pada tahun 358H, Qaramitah awal menunjukkan kebersamaan dengan Kerajaan Fatimiyyah.

Namun kecerobohan dan aktiviti irhab banyak dilakukan oleh Qaramitah. Selain menyerang kota-kota yang dikuasai oleh Kerajaan Abbasiyyah di Bagdad dan mengapikan pemberontakan , mereka juga menyekat perjalanan para hujjaj, membunuh dan merampas harta. Lagak mereka sudah menajdi seperti lanin-lanun padangh pasir yang menyebabkan keamana perjalanan dalam negara Islam Abbasiyyah telah tidak lagi terjamin.




Peritiwa hari Tarwiyyah (8 Zulhijjah) tahun 317H tidak dapat dilupakan dalam sejarah Islam. Ia peristiwa paling tragis dalam sejarah Makkah. Kumpulan Qaramitah yang ketika dibawah pimpinan Abu Tahir Al-Janabi telah menyerang kota Makkah,dan membunuh para hujjaj. Dikatakan jumlah korban kalangan hujjah dalam peristiwa itu mencapai 30,000 jiwa. Bahkan ada yang mengatakan ianya melebihi jumlah itu. Mayat-mayat bergelempangan dan darah membanjiri dataran kaabah sehingga paras buku lali di beberapa tempat. Lalu, mayat mereka dihumbankan ke dalam telaga zam-zam. Qoramitah ini kemudiannya mencungkil pintu Kaabah yang bersadur emas. Mereka, bahkan mencungkil dan membawa balik ke negeri mereka Hajaral Aswad . Abu Tahir, berdiri dengan angkuhnya di tepi Kaabah dan menuturkan bait-bait syairnya yang penuh kekufuran:

أنا بالله، وبالله أنا
يخلق الخلق، وأفنيهم أنا

Ada lagi syair yang diungkapnya dan ulama sejarah menisbahkan ia kepada Abu Tahir Al-Janabi:

فَلَوْ كَانَ هَذَا البَيْتُ للهِ رَبِّنَا
لَصَبَّ عَلَيْنَا النَّارَ مِنْ فَوْقِنَا صَبَّا

لِأَنَّا حَجَجْنَا حَجَّةً جَاهِلِيَّةً
مُحَلَّلَةً لَمْ تَبْقَ شَرْقًا وَلاَ غَرْبَا

وَإِنَّا تَرَكْنَا بَيْنَ زَمْزَمَ وَالصَّفَا
جَبَابِرَ لاَ تَبْغِي سِوَى رَبِّهَا رَبَّا

Selama 22 tahun Hajaral Aswad tiada di penjuru Kaabah. Qaramitah yang dipimpin oleh Abu Tahir Al-Janabi itu membawanya balik ke ibu kotanya di Bahrin iaitu dan ditempatkan di Hajar.

Demikian perbuatan cerobohnya melampaui kejahatan Abrahah Al-Asram. Abrahah sebelum sempat menjejaki kaki ke Kota Makkah . telah dihancurkan Allah oleh burung Ababil. Namun, kenapa Abu Tahir yang melakukan kebejatan yang lebih dahsayat itu tidka mendapat akibat yang sama??

Persoalan di atas ada jawapannya dan telah dijelaskan oleh para ulama. Imam Ibn Kathir menulis dalam Al-Bidayah Wan Nihayah:

وقد سأل بعضهم ههنا سؤالا، فقال: قد أحل الله سبحانه بأصحاب الفيل ـ وكانوا نصارى ـ ما ذكره في كتابه، ولم يفعلوا بمكة شيئا مما فعله هؤلاء، ومعلوم أن القرامطة شر من اليهود والنصارى والمجوس، بل ومن عبدة الأصنام، وأنهم فعلوا بمكة ما لم يفعله أحد، فهلا عوجلوا بالعذاب والعقوبة، كما عوجل أصحاب الفيل؟ وقد أجيب عن ذلك بأن أصحاب الفيل إنما عوقبوا إظهارا لشرف البيت، ولما يراد به من التشريف العظيم بإرسال النبي الكريم، من البلد الذي فيه البيت الحرام، فلما أرادوا إهانة هذه البقعة التي يراد تشريفها وإرسال الرسول منها أهلكهم سريعا عاجلا، ولم يكن شرائع مقررة تدل على فضله، فلو دخلوه وأخربوه لأنكرت القلوب فضله، وأما هؤلاء القرامطة: فإنما فعلوا ما فعلوا بعد تقرير الشرائع وتمهيد القواعد، والعلم بالضرورة من دين الله بشرف مكة والكعبة، وكل مؤمن يعلم أن هؤلاء قد ألحدوا في الحرام إلحادا بالغا عظيما، وأنهم من أعظم الملحدين الكافرين، بما تبين من كتاب الله وسنة رسوله، فلهذا لم يحتج الحال إلى معاجلتهم بالعقوبة، بل أخرهم الرب تعالى ليوم تشخص فيه الأبصار، والله سبحانه يمهل ويملي ويستدرج ثم يأخذ أخذ عزيز مقتدر، كما قال النبي صلى الله عليه وسلم: إن الله ليملي للظالم حتى إذا أخذه لم يفلته ـ ثم قرأ قوله تعالى: ولا تحسبن الله غافلا عما يعمل الظالمون إنما يؤخرهم ليوم تشخص فيه الابصار {إبراهيم: 42} وقال: لا يغرنك تقلب الذين كفروا في البلاد متاع قليل ثم مأواهم جنهم وبئس المهاد {آل عمران: 196} وقال: نمتعهم قليلا ثم نضطرهم إلى عذاب غليظ {لقمان: 24} وقال: متاع في الدنيا ثم إلينا مرجعهم ثم نذيقهم العذاب الشديد بما كانوا يكفرون {يونس: 70}. 
Intinya: menurut Ibn Kathir, kes pencerobohan oleh Abu Tahir Al-Qaramti ke t atas Kaavah itui tidak boleh diserupakan dengan kes Abrahah. Kes Abrahah, di mana kedatangannya dihadang oleh gerombolan burung-buirung yang melemparkan batu kepada mereka adalah pada ketika Makkah sedang menanti kedatangan seorang Rasul akhir zaman. Maka kejadian tersebut menjadi satu tanda kemuliaan buat Kota Makkah. Sementara kedatangan Abu Tahir itu adalah pada saat Syariat telah bertapak di Kota Makkah dan hal itu telah dimaklumi oleh semua orang Islam. Kejahatan golongan Qoramitah itu adalah adalah sebuah ilhad dan Allah menjadikan is istidraj buat mereka.

Kerajaan Abbasiyyah di Bagdad ketika itu tidak mampu menangani mereka, bahkan terpaksa tunduk dan membuat perjanjian damai dengan menghinakan diri memberikan ufti tahunan sebanyak 120 ribu dinar. 

Qoramitah pada akhirnya melemah apabila kepimpinan Qaramitah di Ihsaa itu diserakan oleh Abu Tahir Al-Janabi kepada seorang pemimpin pelapis yang muda berasal Parsi. Dia melihat pemuda itu sebagai Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu. Namun, sebenarnya Abu Tahir Al-Janabi terpedaya dengan sangkaannya sendiri. Pemuda itu, setelah naik berkuasa telah melakukan tindakan sewenang-wenangnya. Dia membunuh banyak pembesar negeri yang diperintah Qoramitah dan dia sampai ke peringkat menghina kenabian nabi Muhammad SAW. Di situ nampaklah kedajalannya dan Abu Tahir Al-Janabi pun kemudiannya menjatuhkan kembali setelah dia memerintah selama 80 hari. Namun, ini telah membuatkan Qoramitah semakin lemah.

Pada usia 38 tahun, tahun 332H si Abu Tahir itu dimatikan Allah. Syukurlah umurnya pendek dan kekajaman itu tidak mampu ditanggung ummat jika umurnya memanjang!

tahun 337H, Abu Muhammad Syanbar bin Al-Hasan telah membawa balik semula Hajaral Aswad ke Kaabah atas perintah Kerajaan Fatimiyyah ketika itu.

Pada pertengahn Kurun ke-5, Uwainiyyun dan beberapa kabilah yang berwala' kepada Abbasiyyah- Saljuqiyyah dapat menamatkan Qaramitah di Bahrin dan mengambil alih pemerintahan negeri tersebut setelah hampir 2 kurun Qaramitah membuat onar  atas darah dan maruah ummat Islam.


Bahan : Youm7
Rujuk Kitab :Al-Mas'udi

Friday, May 12, 2023

Agama Druz

 


Fakta tentang agama Druz

  1. Dinisbahkan kepada seorang yang bernama Muhammad bin Ismail Nasytakin Ad-Druzi
  2. Mereka menisbahkan diri meeka sebagai golongan Muwahhidin.
  3. Ada nama lain iaitu Bani Ma'ruf
  4. Tokoh utama agama Druz adalah Al-Hakim Bi Amruillah, khalifah ke-10 kerajaan Ubaidiyyah/Fatimiyyah di Mesir.
  5. Orang Druz beriman dengan Allah tetapi mereka juga juga beriman bahawa Allah bertajassud dalam tubuh manusia dan Al-Hakim bi Amrillah adalah jelmaan Allah.
  6. Golongan Druz beriman dengan 5 nabi iaitu, Syuaib, Isa termasuk dianggap nabi adalah ali falsafah Greek iaitu Plato, Aristotle, Socrates dan Akhnatun (Firaun Mesir) adalah nabi-nabi jelamaan Alalh pada zaman meeka.
  7. Druz menerima Al-Quran tetapi mereka ada tafsiran Batiniyyah sendiri dan mereka juga menganggap Quran telah mengalami tahrif( Perubahan).
  8. Kitab utama Druz dinamakan "Kitab Al-Hikmah".
  9. Mereka beriman dengan Tanasukh Al-Arwah
  10. Rumah ibadat orang Druz dinamakan Al-khulwah dan imam di dalamnya yang bertugas dinamakan As-Sayis.
  11. Solat Jumaat di malam jumaat.




Thursday, May 4, 2023

Akidah Mu'attilah Jaham bin Safwan

 Jaham bin Safwan Abu Mihraz As- Samarqandi Ar-Rasibi, telah menyebutnya tentang oleh Imam Az-Zahabi:

الجهم بن صفوان أبو محرز السمرقندي الضال المبتدع رأس الجهمية، هلك في زمان صغار التابعين، وما علمت أنه روى شيئاً لكنه زرع شراً عظيماً

Jaham bin Safwan telah belajar dengan Al-Ja'du bin Dirham yang telah mati di tanagan Khalid bin Abdullah Al-Qasri pada tahun 105H. Kerana menyebarkan fahaman Mu'attilah , Jaham bin Safwan telah dibuang negeri ke Turmuz. Berbekalkan kemahiranya dalam Ilmu Kalam, dia menyebarkan kesesatannya di Turmuz hingga dia diikuti oleh sebilangan orang. Pemikirannya pun meresap hingga ke Balakh, sebuah kota yang besar di Khurasan pada zaman itu. Jaham bin Safwan suka berdebat dengan tokoh-tokoh yang ada di sana. Antaranya yang didebatinya adalah Muqatil bin Sulaiman (Tokoh Mufassir). Muqatil dikenali dengan akidah Musyabbihah Murji'ah sedangkan Jaham bin Safwan Mu'attilah.

Kata Imam Abu Hanifah:

أتانا من المشرق رأيان خبيثان: جهم معطل، ومقاتل مشبه

" Telah datang kepada kami dari sebelah Timur dua pandangan yang jelik iaitu pandangan Jaham si mu'attil dna Muqatil si musyabbih."
( Kitabul Arsy oleh Imam Az-Zahabi)

* Para ulama menerima tafsiran Muqatil , tetapi menolak periwatan hadisnya.Para imam hadis seperti Yahya bin Ma'in, Muhammad bin Sa'ad, Al-Bukhari, An-Nas'i dan Ibn Hibban menuduh Muqatil sebagai Pendusta.(Baca: Islamqa)

Catatan: Tuduhan ke atas Muqatil bin Sulaiman bahawa dia seorang Musyabbihah tidaklah boleh dipercayai sepenuhnya. Pertama, tuduhan tersebut datamng dari para penentangnya. Keduanya, response para ulama seperti Imam Abu Hanifah adalah atas apa yang sampai kepada mereka daripada riwayat-riwayat golongan muktazilah. Ketiga, Kitab-kitabnya yang ada tidak menggambarkan demikian. Keempat, dalam Tahzibul Kamal(Jil 28/MS 439 menyebutkan tentang jawapan Muqatil bila ditanya oleh khalifah. Beliau membaca surah Al-Ikhlas dan menyatakan itulah akidahnya.

Sewaktu di Turmuz, Jaham berkawan dengan Al-Harith bin Suraij , pemimpin kabilah Al-Azdi di Khurasan yang bangkit memberontak melawan Bani Umayyah.

Dia ditangkap oleh pasukan tentera pembanteras pemberontakan yang dipimpin oleh Abu Harbin Sullam bin Ahwaz bin Arbad bin Muharraz Al-Mazini At-Tamimi yang berkhidmat di bawah gabenor Khurasan yang bernama Nasir bin Sayyar Al-Kanani. Nasir bin Sayyar Al-Kanani dilantik jadi gabenor Khurasan oleh Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik pada tahun 120M dan berlangsung sehingga dia digulingkan oleh gerakan bani Abbas.

Maka, Jaham bin Safwan telah ditangkap ketika ikut serta dalam pemberontakan Al-Harith bin Suraij terhadap pemerintahan Bani Umayyah di Khurasan. Jaham bin Safwan merayu agar dirinya dimaafkan kepada Sullam At-Tamimi. Namun, dengan tegas Sullam At-Tamimi berkatanya:

" Demi Allah, jika engkau berada dalam perutku, akan aku belah perutku untuk membunuhmu".

Maka Jaham bin  Safwan pun telah dibunuh pada tahun 128H. 

Alasan pembunuhannya itu bukan kerana keterlibatannya dalam gerakan khawarij menentang kerajaan Bani Umayyah. Ia adalah kerana menyebarkan kerosakan akidahnya dengan  fahaman "Mu'attilah" iaitu menafikan sifat Tuhan.

Jaham bin Safwan bukanlah kalangan ahli ilmu dan bukan juga kalangan ahli Ibadah. Bahkan, dikatakan dia tidak pernah sekalipun melaksanakan ibadah haji. Namun, dia punya kecerdikan dan petah berhujjah. Dia memanfaatkan akalnya dan tidak merujuk kepada wahyu. Jalannya adalah sepertimana jalan para ahli falsafah.

Akidah Mu'attilah Jaham bin Safwan:

Dia menafikan sifat-sifat yang menyerupakan Allah dengan makhluk seperti sifat tangan dan muka. Dia juga menafikan sifat-sifat Allah yang azali seperti Qudrat, Iradat dan llmu, lalu dia mengatakan bahawa sifat tersebut adalah bermaksud zat Allah itu sendiri dan bukan berasingan dengannya.Menurutnya:

ليس قادراً بقدرة غير ذاته، و ليس مريداً بإرادة غير ذاته، و ليس عالماً بعلم غير ذاته

Dia juga menafikan sifat KALAM atas dasar ia menyerupakan Allah dengan makhluk. Katanya KALAM Allah itu adalah Allah sendiri. Maka dari pemahaman sebegini, diangkatlah akidah bahawa Quran itu makhluk!

Demikianlah pula, Jaham bin Safwan menolak bahawa Allah dapat dilihat di akhirat dan dia berdalilkan Ayat Quran:

لا تدركه الأبصار

Akidah-akidah Jaham bin Safwan ini kemudian berkembang menjadi akidah Muktazilah. Namun, Jaham berbeza dengan Muktazilah dalam beberapa perkara seperti fahaman perbuatan hamba. Muktazilah kata hamba bebas tetapi jaham kata hamba mujbar (terpaksa). Manusia tiada kuasa. Allah yang berkuasa.

Syurga dan nerakan menurut Jaham bin Safwan, akan binasa KEDUA-DUANYA.

Tafsiran iman baginya seperti pemahaman kaum Murji'ah iaitu dengan hati. Walau mulut melafazkan kata kufur, yang penting hati.

Jaham bin  Safwan juga mendakwa Allah ada di semua tempat.

Ibn Khuzaimah dalam kitabnya At-Tauhid menyebutkan bahawa pada satu hari Jaham bin Safwan di atas jambatan di bandar Turmuz. Lalu orang bertanya kepadanya .

صف لنا ربك
" Sifatkan untuk kami Tuhanmu"


Lalu, dia balik rumah dna berkurung selama beberapa hari. Apabila keluar rumah dia pun berkata:

هو هذا الهواء مع كل شيء وفي كل شيء ولا يخلو منه شيء


Dia (Allah) adalah udara ini. Dia bersama segala sesuatu dan dalam segala sesuatu. Tidak sunyi dari Allah apapun!".



Kerana Jaham bin Safwan menyandarkan akidahnya kepada akal dan ilmu kalam, maka para ulama dari kalangan fuqaha dan ahli hadis sangat keras menentangnya. Mereka menghukumkannya sebagai kafir dan sesat kerana menyalahi Quran dan Hadis. Dia membawa pemahaman akidah baru dalam Islam.

Bacaan Tambahan: Marefa




Tuesday, May 2, 2023

GOLONGAN MUKTAZILAH

Muktazilah adalah satu fiqah dalam Islam yang dinisbahkan pengikut kepada Wasil bin Ato' yang telah mengambil sikap mengasingkan diri daripada halaqah ilmu Hasan Al-Basri kerana masalah khilaf tentang hukum orang Islam yang fasiq.  Muktazilah terkenal dengan pendirian mereka mengutama akal di atas naqal dan ia berpecah kepada pelbagai aliran,namun aliran-aliran muktazilah itu berdiri di atas 5 prinsip yang samam, disebut sebagai USULUL KHAMSAH iaitu:

1) Usul Tauhid-iaitu menetapkan keesaan Allah dan menafikan keserupaanNya dengan makhluk. Lalu, dalam perbahasaan tentang sifat-sifat Allah, mereka menolak Allah bersifat dengan sebarang sifat kecuali Sifat Salbiyah. Adapun sifat-sifat Tsubutiyyah seperti Qudrat, Ilmu Qidam dan seumpamanya, maka mereka menafikannya.


2) Al-Adl

3) Al-Wa'du Wal Wa'iid

4) Al-Manzilatu Baina Manzilatain

5) Amar Ma'ruf nahi Munkar


Golongan Muktazilah menerima hadis jika hadis itu selari dengan Quran dari segi sebutan dan makna. Jika ia menyalahi Quran, sekalipun perbezaan antara Hadis dan Quran itu hanya dari segi zahir sahaja, padahal boleh diharmonikan antara keduanya, maka muktazilah menolak hadis itu sekalipun dajat kesahihannya tinggi. Dengan kata lain, muktazilah menolak hadis yang berdiri sendiri (Hadis Mustaqillah).

Antara contoh hadis yang ditolak oleh golongan muktazilah adalah hadis yang menceritakan tentang Ru'yatulah di akhirat, hadis penjelmaan kematian sebagai kibasy di hari akhirat dan hadis-hadis yang mengithbatkan penyerupaan sifat Allah dengan makhluk.(Baca: Hadis Ru'yah)

Muktazilah juga menolak hadis Syafaat untuk ahli tauhid yang derhaka dari dalam neraka.

Baca: Youm

Baca: Islamweb

Baca: Saaid

Baca: Alukah

IMAM SARAKHSI ULAMA YANG DIPENJARA DALAM PERIGI BUTA

Kisah Imam Sarakhsi, seorang fakih mazahab Hanafi dipenjarakan adalah satu kisah yang membawa kita kagum dengan kuasa ilmu. Ia juga beri kit...