Wednesday, December 27, 2023

Abdullah Al-Qusaimi

Namanya Abdullah bin Ali An-Najdi Al-Qusaimi. Lahir tahun 1907 di Buraidah, Arab Saudi dan meninggal pada 9 Januari 1996 di Kaherah Mesir.

Mulanya seorang tokoh pendakwah Salafiah yang hebat dari Arab Saudi. Dia dujuluki gelaran Ibn Taimiyyah II.

Awalnya dia dipabnggil Abdullah An-najdi.

Tapi akhirnya dia bertukar menjadi seorang mulhid mati sebagai Mulhid.

Kisah perjalanan hidupnya menjadi iktibar buat kita bahawa permulaan seseorang tidak semestinya sama dengan pengakhirannya. Jika dilihat kepada sirah pengajiannya, dia mengambil ilmu daripada ulama-ulama hebat zamannya

Tahun 1927 beliau menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar, namun berhenti kerana dia banyak mengkritik tokoh-tokoh ulama Al-Azhar dan mengangkat pemikiran yang dikatakan Salafiah Wahabiah. 

Mulanya di Tanah Haram Mekah dia mengarang  kitabnya yang bernama As-sira' baina Islam Wal watsaniyyah (Boleh semak-ada 2 jilid) mendapat sambutan ramai kerana hujah-hujahnya yang hebat. Ramai ulama memujinya

Namun, kemudiannya dia balik ke Mesir dan mengarang kitab bertajuk "Hazihi Hiyal Aghlal" yang menimbulkan kejutan. Dia dengan jelas mengkritik Islam dan mengisytiharkan kemutadannya.

Keadaan yang dialami oleh Abdullah Al-Qasimi ini disebut "Intikas".

إنتكاس


Ini adalah situasi yang amat menakutkan bagi ornag-orang yang beriman. Dalam sejarah, ramai orang yang mendapat fitnah ini dan amatlah rugi sesiapa yang ditimpa musibah ini.




Apa yang terjadi kepada Abdullah Al-Qasimi ini mengheramkan ramai ornag. Namun, satu hal yang boleh dijadikan rumusan adalah, sesiapa yang tidak benar-benar ikhlas dalam perjuangannya, dia akan dicopot oleh intikas.

Sunday, December 10, 2023

TAFSIR IBNU 'ATIYYAH

Tafsir Ibn Atiyyah dinamakan Al-Muharrirul Wajiz. Ibn 'Atiyyah  dilahirkan pada tahun 481H di Grenada, Andalusia. Ketika itu bermulanya kekuasaan Kerajaan Murabitin ke atas Andalusia dan kerajaan tersebut dikenali dengan nama Daulatul Fuqaha.

Nama lengkap Ibn 'Atiyyah ialah Muhammad Abdul Haq bin Ghalib bin 'Atiyyah.

Dia dituduh Zindik dan gurunya Al-Qadhi Al-Mufti Muhammad bin Ahmad Al-Qaljani menoilak tuduhan itu dan menyebtkannya dalam serangkap Syair:


أهل المرية قوم لا خلاق لهم يفسقون قضاة العدل تفسيقًا
قالو تزندق عبد الحق قلت لهم والله ما كان عبد الحق زنديقا

Mengomentari tentang bkitab Tafsir Muharrir Al-Wajiz karya Ibn 'Atiyyah itu, Imam Ibn Taimiyyah menyebukan:

تفسير ابن عطية خير من تفسير الزمخشري، وأصح نقلاً وبحثاً، وأبعد عن البدع، وإن اشتمل على بعضها، بل هو خير منه بكثير، بل لعله أرجح هذه التفاسير، لكن تفسير ابن جرير أصح من هذه كلها

Beliau mengarang kitab tafsirnya menggunakan manhaj yang sangat tinggi nilainya dan bolehlah dikatakan dia mengutamakan tafsir Quran dengan Quran. Dia menyebutkan riwayat Israiliyyat yang masyhur dan mengkritiknya. Ulama tafsir Andalusia yang datang selepasnya iaitu Imam Al-Qurtubi dilihat terinspirasi dengan manhaj Ibn 'Atiyyah ini.

Para pengkaji menyebutkan bahawa nama kitab tafsir Ibn 'Atiyyah itu bukanlah diberikan oleh Ibn 'Atiyyah . Dia menulis dan bukan diberikan nama kitabnya itu. Yang memberi nama kitab itu dengan nama Almuharrirul Wajiz Fi Tafsiril Kitabil 'Aziz adalah Mulla Katib Al-Halabi (Haji Khalifah) yang meninggal tahun 1067H.
 
Ibn 'Atiyyah wafat pada Ramadhan tahun 541H pada usia 60 tahun di Kota Lorca.



Tuesday, December 5, 2023

SYIAH RAFIDHAH DAN KEDUNGGUANNYA

Rujukan kajian:Al-Hesn.net

Istilah Rafidhah mula muncul dalam peristiwa keingkaran para pengikut Zaid bin Ali tatkala dia ditanya mereka tentang pendiriannya terhadap Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Al-Khattab. Kerana Zaid bertarahhum atas keduanya dan tidak membenci keduanya, maka pengikutnya tersebut mengingkarinya dan Zaid bin Ali pun menyebut mereka sebagai Rafidhah, yakni kelompok yang enggan.

Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah menyebutkan beberapa contoh kebodohan mereka. Saking bencinya mereka kepada Abu Bakar dan Umar Al-Khattab, mereka menulis nama kedua-duanya di bawah telapak kaki mereka. Kononnya sebagai penghinaan buat keduanya. Lalu, para penguasa di masa lalu yang menemui tabiat buruk mereka ini, membongkar apa yang ada bawah telapak kaki mereka mengenakan hukuman pukul tapak kaki mereka. Bila ditanya kenapa dipukul, lalu dengan nada mengejek, para penguasa itu mengatakan bahawa mereka memukul Abu Bakar dan Umar dan mereka akan pukul  terus-terusan sehingga hilang dua nama itu di tapak kaki!

Tidakkah ini adalah satu perbuatan bodoh oleh para penganut Syiah Rafidhah???

Ada kalangan mereka  yang meberikan nama anjing mereka dengan nama Abu Bakar atau Umar, lalu mereka melaknati kedua-duanya. Mereka menamakan anjing mereka dengan nama sahabat mulia itu dan memanggilnya dengan panggilan Bakkir dan mereka mengatakan dengan ayat mengejek: anjingku dibri nama dengan anma ahli neraka.

Bukankah perbuatan ini satu kebodohan?

Lihatlah bagaimana ada kalangan mereka boleh mengagungkan Abu Lu'lu' yang membunuh Umar Al-Khattab sedangkan Abu Lu'lu itu adalah kafir Majusi dengan ittifaq para ulama. Namun, kerana bodoh, meeka boleh mangagung kafir Majusi dan memberikan gelaran kepadanya dengan gelaran mulia iaitu Abu Syujak( Bapa Pemberani).

Kaum Rafidah ini suka memuliakan kubur. Kubur dijadikan Masyhad dan didakwa bahawa di bawahnya disemadikan seseornag kalangan AHlil Bait. Mereka buat cerita bahawa dia mati terbunuh padahal kubur itu adalah tempat bersemadinya sang kafir!

Kalau mahu dibentangkan hujah-hujah mengenai sifat bodoh golongan Syiah Rafidhah, akan panjanglah tulisan ini. Telah nyata dan jelaslah watak ahmaq yang ada pada mereka!





Monday, December 4, 2023

IBNU AL-ATHIR


Pendahuluan:

Mendengar nama Kitab Al-Kamil Fi At-Tarikh,  maka bagi orang rajin memutala'ah peristiwa sejarah akan kenal nama pengarangnya iaitu  Ibnu Al-Athir. Para Pencita sejarah, kalau tak kenal Ibn Al-Athir, maka perlu dipertanyakan kepadanya, daripada mana dia belajar sejarah. Apakah sejarah itu buah fikiran sendiri atau hasil bacaan koleksi peristiwa sejarah yang telah dikumpulkan oleh ulama-ulama hebat di masa lalu. Jika sejarah hanyalah terjahan ijtihad sendiri, maka kita akan mendapati banyak sekali kelompongannya. Apatah lagi kalau sejarah dirujuk kepada laman-laman yang tidak dapat dipertanggunjawabkan secara akademik seperti  laman Wikipedia ataupun Britanicca.

Kata orang, pelajar universiti pun bila buat assignment berkaitan sejarah, akan merujuk kepada sumber-sumber primari dan tidak akan menjadikan wikipedia atau Britanicca seabgai sandarannya, apatah lagi kalau para professor di menara kartaksis!

Maka, Al-kamil Fi At-Tarikh adalah sumber primari dalam riwayat sejarah dan layak diletakkan sebagai nota rujukan dalam pembikinan sesebuah tesis. Justeru, wajar kita mengenali tokoh besar yang menghasilakan ensiklopedia sejarah yang hebat ini.

Beliau adalah Ibn Al-Athir Al-Jazari. Nama penuhnya adalah Izzuddin Abul Hasan Ali bin Muhammad bin Abdul Karim Al-Jazari Al-Musoli As-Syaibani. Beliau lahir pada 4 Jamadil Akhir tahun 555H di sebuah pulau yang dalam sejarah Islam disebut sebagai Jazirah Ibn Umar yang terletak dalam daerah Syarnaq iaitu di sebelah Timur Laut Anatolia. Dalam bahasa Turki disebut Cizre). Tidak dapat dimuktamadkan siapakah Ibn Umar yang menjadi awal nama penempatan tersebut. Ada yang mengatakan ia merujuk kepada Yusuf bin Umar As-Tsaqafi yang pernah menjadi gabenor negeri Iraq. Ada yang mengaitkan ia dengan nama Abdul Aziz bin Umar yang berasal daripada Barqa'id, Mosul yang telah membinanya. Kata Ibn Khalikan, dalam beberapa catatan sejarah ia dikaitkan juga dengan dua orang anak Umar yang bernama Aus dan Kamil dan dia tidak dapat mencari sumber pasti siapakah mereka itu.  

Gelaran Al-Jazari pada nama Ibn Al-Athir adalah nisbah kepada Jazirah Ibn Umar. Dia hidup sezaman dengan zaman Salahuddin Al-Ayubbi.

Beliau mendapat didikan agama yang kuat hasil perhatian ayahnya dan sejak keciil dia telah menghafaz Al-Quran. Bila dia bersama keluarganya berpindah ke  Mosul, di sana dia mendapat peluang mendalami ilmu dari tokoh-tokoh ulama di sana seperti Abu Al-Fadl Abdullah bin Ahmad, Abu Al-Faraj Yahya As-Tsaqafi dan kemudian dia merantau ke Baghdad dan Damsyiq untuk menuntuk ilmu dari tokoh-tokoh ulama di sana sebelum dia kembali ke Mosul dan mengisi masanya dengan mengarang kitab.

Antara kitab-kitab yang dihasilkan oleh Ibn Al-Athir:

1) Al-Kamil Fi At-Tarikh-12 Jilid . Kitab ini menceritakan sejarah sejak zaman awal hinggalan zaman kemunculan Islam. Kemudian, dari zaman awal Islam sehinggalah tahun-tahun pada zaman hidupnya dan berakhir pada tahun 628H. Beliau menggunakan metode penceritaan sejarah berdasarkan tahun.Ia menyentuh peristiwa-peristiwa sejarah di sebelah Timur maupun Barat Dunia Islam selama 7 kurun lebih.

Bagi para peneliti buku-buku sejarah, ada kewaspadaan terhadap satu unsur yang disebutkan sebagai "tasyayyu' ". Maka Al-Kamil  karya Ibn Athir ini tidak terlepas daripada pengaruh tersebut sungguhpun Ibn Al-Athir bukanlah seorang yang dilihat sebagai Syi'ah. Hanya, kelonggarannya dalam beberapa bahagian dalam kitabnya menyebabkan ia mirip kepada anasir tasyayyu'. Sesiapa yang membaca catatannya mengenai sejarah kerajaan Ubaidiyyah, akan menyedari sikap  positif Ibn Athir terhadap dakwaan bahawa keturunan penguasa mereka adalah bersambung kepada rasulullah SAW. Padahal, mengenai dakwaan salasilah para Ubaidiyyah itu sampai kepada Ali dan Fatimah telah dinafikan ramai kalangan ulama ali sunnah dan Ubaidillah Al-mahdi itu disebutkan sebagai berketurunan Yahudi Yaman iaitu Maimun Al-Qaddah. Namun Ibn Athir menyebutkan keturunan mereka tanpa kritikan dalam Al-Kamil. Demikian pula ketika Ibn Al-Athir mebentangkan peristiwa-peristiwa fitnah dan pertelagahan zaman sahabat, dia membawakan riwayat-riwayat mereka yang memusuhi sahabat. Di sini ada kecacatan dalam perekodan Al-Kamil oleh Ibn Al-Athir.

Komentar oleh:Fatwa Islamweb


2) Usdul Ghabah Fi Ma'rifati As-Sahabah-mengandungi biodata seramai kira-kira  7554 orang  sahabat nabi. Nama-nama sahabat yang dibentangkannya mengikut susunan abjad.

3) Al-Lubab Fi Tahzibil Ansab

4) At-Tarikh Al-Bahir Fi Ad-Daulah Al-Atabikiyyah


Baca: Youm7.com


Selepas pulang dari pengembaraannya dalam menuntut ilmu di Skota-kota Islam di Syam dan juga Iraq, dia bermukim di Kota Mosul dan hidup sebagai penulis. Dia menjauhi sebarang jawatan di samping pemerintah dan dia mewarisi kekayaan yang membolehkan dia hidupo senang dan tidak terganggu melaksanakan minatnya. Rumahnya di Kota Mosul menjadi tempat bekumup para pelajarnya serta para pelawat. Demikianlah kehidupannya dengan dunia ilmu dan penulisan sehnggalah wafatnya. 

Ibn Al-Athir meninggal pada bulan Sya'ban tahun 630H=1232M pada usia 63 tahun. Beliau dikebumikan di Mosul.


Perhatian:

Gelaran Ibn Al-Athir itu juga dipakai oleh dua tokoh ulama yang lain iaitu:

1) Majduddin Al-Mubarak yang lahir pada tahun 544H. (Maka dia lebih tua daripada Ibn Al-Athir yang kita bicarakan). Dia juga lahir di Pulau Ibn Umar , sama seperti Ibn Al-Athir yang kita bicarakan di atas. Dia menjawat jawatan penjaga Khazanah dalam pemerintahan Sultan Saifuddin Zinki, penguasa Mosul  pada tahun 556H. Kemudian dia mengetuai Dewan Insya' di bawah pemerintahan MUjahiduddin Qaimaz ( Ayah Muzaffiruddin Kukuburi). Meninggal tahun 606H. Antara kitabnya ialah: Manal At-Talib Fi Syar Thiwal Al- Gharaib dan Al-Badi' Fi Al-Ilmi A;-Arabiyyah, An-Nihayah Fi Gharibil Hadis, Jami;ul Usul Fi Hadis Ar-rasul,Al-Insaf Fil Jam'i Bainal Kasyfi Wal Kassyaf Fittafsir, Tajridu Asma'i Sahabah dan As-Syafi Fi Syarh Musnad As-Syafie.




2) Dhiauddin Nasrullah -Juga kelahiran Pulau Ibn Umar. Dikenali dengan gelaran Ibn Al-Athir Al-Katib. Dia lahir tahun 558H. (Maka dia lebih muda daripada Ibn Al-Athir yang kita  bicarakan di atas). Pernah menjawat jawatan Kadi bagi Sultan Salehuddin dan kemudian menjawat jawatan menteri di bawah Sultan Al-Afdhal bin Salehuddin. Namun, dia melepaskan jawatannya berikutan krisis politik yang terjadi dan dia beralih menjadi Katib Dewan Insya' bagi kerajaan Nasiruddin Mahmud bin Izzuddin Mas'ud di Mosul. Meninggal tahun 637H. Antara kitab yang ditinggalkannya ialah: Rasail Ibn Al-Athir, Al-Murasso' Fil Adabiyyat dan Al-Istidrak Fi Raddi 'Ala Ibn Ad-Dahhan.

Catatan: Nasiruddin Mahmud bin Izzuddin Mas'ud adalah salah seorang pemerintah dari keluarga Zinki di Mosul yang berkuasa antara tahun 615H hingga 631H.

Maka, tiga orang yang digelar Ibn Al-Athir ini adalah mereka yang pernah hidup dalam garis masa yang sama. Hanya berbeza tahun lahir dan tahun mati. Justeru, apabila kita membaca mana-mana kitab yang dinisbahkan kepada Ibn Al-Athir, maka semak dan teliti, Ibn Al-Athir manakah yang dimaksudkan sebagai pengarangnya.


Tambahan :

Semak: https://islamic.alfehrest.org/2011635.5/states/45

Sunday, December 3, 2023

Riwayat Sejarah: Kekejaman As-Saffah atas warga Mosul


Catatan Ibn Al-Athir dalam Al-Kamil Fi At-Tarikh menggambarkan kekejaman penguasa Abbasiyyah yang bernama Yahya bin Muhammad, iatu saudara kepada Abu Al-Abbas As-Saffah ke atas penduduk Mosul:


المجلد الخامس - ذكر ولاية يحيى بن محمد الموصل وما قيل فيها

وفي هذه السنة استعمل السفاح أخاه يحيى بن محمد على الموصل عوض محمد ابن صول ، وكان سبب ذلك أن أهل الموصل امتنعوا من طاعة محمد بن صول وقالوا : يلي علينا مولى الخثعم وأخرجوه عنهم فكتب إلى السفاح بذلك ، واستعمل عليهم أخاه يحيى بن محمد وسيره إليها في اثني عشر ألف رجل فنزل قصر الإمارة مجانب مسجد الجامع ولم يظهر لاهل الموصل شيئاً ينكرونه ولم يعترضهم فيما يفعلونه ، ثم دعاهم فقتل منهم اثني عشر رجلاً فنفر أهل البلد وحملوا السلاح فأعطاهم الأمان وأمر فنودي من دخل الجامع فهو آمن ، فأتاه  الناس يهرعون إليه فأقام يحيى الرجال على أبواب الجامع فقتلوا الناس قتلاً ذريعاً اسرفوا فيه فقيل :‏ كان السبب في قتل أهل الموصل ما ظهر منهم من محبة بني أمية وكراهة بني العباس وأن امرأة غسلت رأسها وألقت الخطمي من السطح فوقع على رأس بعض الخراسانية فظنها فعلت ذلك تعمدًا فهاجم الدار وقتل أهلها فثار أهل البلد وقتلوه وثارت الفتنة وفيمن قتل معروف بن أبي معروف وكان زاهدًا عابدًا وقد أدرك كثيرًا من الصحابة ز ذكر عدة حوادث وفيها وجه السفاح أخاه المنصور واليًا على الجزيرة وأذربيجان وأرمينية وفيها عزل عمه داود بن علي عن الكوفة وسوادها وولاه المدينة ومكة واليمن واليمامة وولى موضعه من عمل الكوفة ابن أخيه عيسى بن موسى بن محمد فاستقضى عيسى على الكوفة ابن أبي ليلى‏.‏




Pada tahun ini (132H), Al-Saffah menggunakan saudaranya Yahya bin Muhammad untuk memerintah Mosul dan bukannya Muhammad bin Saul. Alasannya adalah kerana penduduk Mosul enggan mematuhi Muhammad bin Saul dan berkata: Hamba Al-Khat'am adalah datang kepada kami, dan mereka mengeluarkannya dari mereka. Maka dia menulis kepada Al-Saffah tentang hal ini, dan menggunakan saudaranya Yahya bin Muhammad untuk melawan mereka dan membawanya ke sana dalam dua belas ribu orang, maka Istana Emirat berkhemah di sebelah Al- Masjid Jami', dan tidak mendedahkan kepada penduduk Mosul apa-apa yang mereka nafikan, dan tidak pula membantah apa yang mereka lakukan, lalu dia memanggil mereka dan membunuh dua belas daripada mereka, maka penduduk negeri itu melarikan diri dan mengangkat senjata. memberi keselamatan kepada mereka dan memerintahkan supaya sesiapa yang masuk ke dalam masjid dipanggil selamat, maka orang ramai datang kepadanya, maka Yahya tinggal bersama orang-orang itu. Di pintu gerbang masjid, mereka membunuh orang dengan cara yang melampau lagi kejam, dan dikatakan:
Alasan membunuh penduduk Mosul adalah kecintaan mereka kepada Bani Umayyah dan kebencian kepada Bani Abbasiyah. Seorang wanita mencuci kepalanya dan melemparkan marshmallow dari atas bumbung dan jatuh ke atas kepala beberapa Khorasani. Dia menyangka dia telah melakukan itu dengan sengaja. , maka dia menyerang rumah itu dan membunuh penduduknya. Penduduk kota itu memberontak dan membunuhnya, dan timbul perselisihan. Dan siapakah yang membunuh Ma'ruf bin Ubay? Dia terkenal dan seorang zuhud dan ahli ibadah, dan dia bertemu dengan banyak orang. Beliau menyebutkan beberapa kejadian di mana pembunuh itu melantik saudaranya Al-Mansur sebagai gabenor Semenanjung, Azerbaijan, dan Armenia, dan di mana beliau mengeluarkan bapa saudaranya Dawud bin Ali dari Kufah dan wilayahnya, dan melantiknya gabenor Madinah. , Mekah, Yaman, dan Al-Yamamah. Anak saudaranya Isa bin Musa bin Muhammad mengambil alih tempatnya dari pekerjaan Kufah, dan dia melantk Ibn Abi Laila menjadi hakim di Kufah.
















Thursday, November 30, 2023

Ibn Al-Muqaffa'

Ibn Al-Muqaffa' dilahirkan pada tahun 106H. Nama sebenarnya adalah Ruzbah bin Dazwaih iaitu namanya sebelum Islam. Dia berasal daripada agama Majusi dan berbangsa Parsi. Selepas masuk Islam, namanya ialah Abdullah bin Al-Muqaffa'. 




Dikatakan asal nama Al-Muqaffa' itu adalah gelaran yang masyhur untuk bapanya yang lumpuh tangannya  pada zaman Hajjaj bin Yusuf As-Tsaqafi jadi gaben0r Iraq. Demikian itu kerana Dazwaih ditugaskan untuk memungut cukai tetapi dia mengambil cukai itu yang dipungutnya, maka dihukum pukul oleh Hajjaj bin Yusuf As-Tasaqafi hingga menjadikan tangannya jadi lumpuh. 

Ada juga menisbahkan Ibn Al-Muqaffa' itu kepada perkerjaan Rizbah sendiri sebelum Islamnya iaitu mengusakan pengangkutan rentas sungai guna sampan kecil yang disebut sebagai Al-Qaffa'..

Semasa kecil , Ibn Al-Muqaffa' membesar sebagai Majusi bermazhab Manawi. Ketika itu, dia banyak melakukan kerja-kerja pentyerjemahan ke dalam bahasa Arab bahan-bahan agamanya. Kemudian dia masuk Islam di tangan Isa bin Ali iaitu bapa saudara kepada Abu Al-Abbas As-Saffah . Kehidupan Islamnya tidak lama kerana dia telah dibunuh oleh Sufyan bin Mu'awiyah bin Yazid bin Mahlab bin Safrah, Gabenor Basrah  semasa kerajaan Abbasiyyah di bawah kepimpinan Khalifah Al-Mansur. Dia meyakinkan Khalifah keabsahannya untuk membunuh Ibn Al-Muqaffa' itu atas kesalahan Zindiq. Tuduhan tersebut diragui oleh ahli sejarah dan diandaikan bahawa pembunuhannya bukan sebab Zindiq tetapi masalah melindungi sesuatu. Sesetengah Ahli Sejarah menyebutkan bahawa Islamnya Ibn AL-Muqaffa' itu hanyalah helah untuk mendekati para elit kerajaan Abbasiyyah.

Sufyan bin Mu'awiyah bin Yazid bin Mahlab bin Safrah adalah mulanya pemimpin pasukan tentera yang dipertanggungjawabkan oleh Khlaifah Al-Mansur untuk menakluk Basrah dan menghapus pengaruh Bani Umayyah di sana. Dalam rangka kerja dan misi itulah Sufyan bin Mu'awiyah berdepan dengan pendokong Bani Umayyah yang masih bersisa dan bertebaran. Mereka menghimpun kekuatan di Basrah dan jumlah mereka dikatakan mencecah 4000 orang. Berlaku pertembunagn perang yang berlangsung selama 7 hari dan diakhiri dengan kemenagan Sufyan bin Mu'awiyah. Catatan-catatan menyebiutkan bahawa 12 ribu korban jiwa jatuh dan 7 ribu rumah musnah serta separuh dari pasar-pasar dalam kota Basrah rata ke bumi. Barulah Basrah jatuh ke tangan Abbasiyyah dan meeka yang sebelumnya berwala' kepada Bani Umayyah pun diberi kemaafan. Demikianlah kisah susah payah Sufyan bin Mua'wiyah memasukkan Basrah ke dalam kekuasaan Abbasiyyah. Ia melakar bumi dengan darah dan kekejaman.

Allahul Mus'ta'an, Demikianlah kisah para penguasa. Sebab itu, kata nabi Muhammad SAW kepada Abu Zar sahabatnya sebagaimana dicatatkan dalam hadis:

وَإِنَّهَا أَمَانَةُ ، وَإِنَّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وَنَدَامَةٌ ، إِلَّا مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا ، وَأَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ فِيهَا

Ada krisis yang menjadi latarbelakang kepada pemunuhan Ibn Al-Muqaffa' oleh Sufyan bin Mu'awiyah.

Baca: wiki



Ibn Al-Muqaffa' banyak mengarang kitab-kitab dalam bentuk sastera Arab. Ada antaranya yang sampai kepada tangan orang hari ini. Ada yang hilang dan hanya nama kitabnya disebuytkan kitab-kitab biografi para ulama.

1) Kalilah Wa Dhimnah

2) Al-Adabus Soghir

3) Al-Adabul Kabir

4) Ad-Durrah Al-Yatimah (Dikatakan menyanggah Al-Quran)

5)Risalah Sohabah-Mengandungi surat kepada Khalifah Al-Mansur.

Kalilah Wa Dhimnah adalah karyanya yang paling masyhur. Ia asalnya adalah karya seorang Ahli Falsafah India yang bernama Baidaba yang menulsinya untuk raja India yang bernama Dabsyalin. ia adalah cerita-cerita hikmah yang berwatakkan haiwan-haiwan. Baidaba menulisnya dalam dalam bahasa Hindi dalam satu Muqaddimah dan Lima fasal. Kemudian kitabnya diterjemahkan ke dalam bahasa Pahlavi (Bahasa Parsi Klasik) oleh Barzawaih (Ketua Doktor raja Anusyirwan)  dan menambahkan satu bab yang menceritakan pengembaraannya sendiri ke bumi India. Dari karya Barzawaih itu dalam bahasa Pahlavi itu, Ibn Muqaffa' mentrejemahkannya ke dalam bahasa Arab yang indah  susunannya  dan menjadi Kalilah Wa Dhimnah yang mengandungi 4 Bab dan 15 Fasal.

Ironinya, tulisan dan kata-kata hikmah yang diungkapkan oleh Ibn Al-Muqaffa' dalam kitabnya seperti Al-Adabus Saghir maupun Al-Adabul Kabir serta Kalilah dalam hal-hal berhubung dengan kelakuan dan pergaulan dengan para penguasa tidak dia laksanakan. Dengan kata lain , dia sendiri mendapat natijah tragis daripada makar penguasa yang membawanya terbunuh di tangan Sufyan bin Mu'awiyah.

Satu petikan dari kitabnya menyebutkan:


إذا أصبت عند الوالي لطف منزلة لغناء يجده عندك أو هوى يكون له فيك فلا تطمحنَّ كلَّ الطماح.. ولا تكوننَّ صحبتك للملوك إلا بعد رياضةٍ منك لنفسك على طاعتهم في المكروه عندك، وموافقتهم فيما خالفك، وتقدير الأمور على ميلهم دون ميلك… فإنَّك لا تأمن عقوبتهم إن كتمتهم، ولا تأمن غضبهم إن صدقتهم، ولا تأمن سلوتهم إن حدَّثتهم؛ إنَّهم إن سخطوا عليك أهلكوك، وإن رضوا عنك تكلَّفت من رضاهم ما لا تطيق


Jika kamu memperoleh kebaikan dan kedudukan di hadapan penguasa kerana kekayaan yang dia dapati dengan kamu atau keghairahan yang dia miliki terhadap kamu, janganlah kamu bercita-cita dengan segala cita-cita... dan janganlah kamu berada dalam kumpulan raja-raja kecuali setelah kamu melatih diri untuk taat mereka dalam perkara yang tidak menyenangkan kamu, bersetuju dengan mereka dalam apa yang berbeza daripada kamu, dan menilai perkara mengikut kecenderungan mereka dan bukan kecenderungan kamu... kerana kamu tidak akan selamat daripada azab mereka. Jika kamu menyembunyikannya, kamu tidak akan selamatlah dari kemarahan mereka jika kamu berkata benar kepada mereka, dan kamu tidak akan selamat daripada kesenangan mereka jika kamu bercakap dengan mereka. Jika mereka tidak senang kepada kamu, mereka akan membinasakan kamu, dan jika mereka berpuas hati dengan kamu, kamu akan dibebani dengan kepuasan mereka melebihi apa yang kamu mampu tanggung.




Bahana terlibat dengan orang siasah.

Abdullah bin Ali adalah pakcik kepada Abu Jaafar Al-Mansur. Dia tidak mahu menerima kekhalifahan Abu Jaafar kerana merasakan dirinya lebih berhak menggantikan Ab Al-Abbas As-Saffah. Lalu terjadilah peperangan antaranya dengan Abu Ja'afar. Dia kalah dan lari berlindung dengan Isa bin Ali dan Sulaiman bin Ali, saudaranya yang tinggal di Basrah. Mereka berdua memohon kepada Abu Jaafar keselamatan nyawa Abdullah bin Ali. Untuk itu diminta kepada Ibn Al-Muqaffa' untuk menuliskan surat minta kemananan nyawa Abdullah bin Ali itu. Ibn Al-Muqaffa' telah menulis ayat yang sempurna dan menutup ruang-ruang helah dan muslihat yang mungkin dibuat oleh Abu Jaafar Al-Mansur. Surat Kemanan itu menuntut tandatangan Abu Jaafar Al-mansur. 

Begini antara kandungannya:

وإن أنا نلتُ عبد الله بن علي أو أحدًا ممَّن أقدمه معه بصغيرٍ من المكروه أو كبير، أو أوصلت لأحدٍ منهم ضررًا، سرًّا أو علانية، على الوجوه والأسباب كلِّها تصريحًا أو كنايةً أو بجبلةً من الجبل، فأنا نفي من –محمد بن عبد الله– ومولودٌ لغير رشدة، ولقد حل لجميع أمَّة محمد خلعي وحربي والبراءة مني، ولا بيعة لي في رقاب المسلمين، ولا عهد ولا ذمَّة، وقد وجب عليهم الخروج عن طاعتي، وإعانة من ناوأني من جميع الخلق

ومتى غدر أمير المؤمنين بعمِّه عبد الله فنساؤه طوالق، ودوابه حبس وعبيده أحرار

Jika saya menimpakan kepada Abdullah bin Ali atau salah seorang daripada mereka yang saya hadirkan bersamanya dengan apa-apa kemudaratan, sama ada kecil atau besar, atau menyebabkan kemudaratan kepada salah seorang daripada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, dalam semua cara dan untuk semua sebab, secara jelas atau kiasan, atau dengan sebuah gunung, Maka aku layak diusir daripada Ummat Nabi Muhammad bin Abdullah - dan aku menjadi orang yang dilahirkan tanpa kebijaksanaan. Maka jika demikian, halallah bagi semua Ummat Muhamamd memecatku, memerangiku dan bebaskan diri daripada mentaatiku. Tiada lagi kewajipan bai'at kepadaku di atas batang leher kaum Muslimin. Tidak ada lagi perjanjian, tidak ada lagi pemeliharaan dan wajib bagi mereka untuk meninggalkan ketaatan kepadaku dan menolong mereka yang menentangku dari seluruh makhluk.


Dan apabila Amirul Mukminin mengkhianati bapa saudaranya Abdullah, isteri-isterinya tertalak, haiwannya dipenjarakan, dan hamba-hambanya bebas merdeka.

Surat keamanan bikinan Ibn Al-Muqaffa' yang mengandungi susunan ayat sedemikian membuatkan perhatian Khalifah jatuh kepadanya. Sungguh lancang penulis surat kemanan tersebut. Sungguh berani dia membuat sayart-syarat akibat atas khalifah. Ini membuatkan Khalifah menyimpan rasa tidak puas hati kepada Ibn Al-Muqaffa' dan dia menyatakan keinginannya agar Ibn Al-Muqaffa' dilenyapkan kepada gabenornya di basrah iaitu Sufyan bin Muawiyah.

Hasrat khalifah itu bagi Sufyan adalah bagi ornag mengantuk disorongkan bantal. Dia sendiri mempunyai konflik dalaman dengan Ibn Al-Muqaffa'. Beberapa perselisihan dan pergeseran memang telah sedia terjadi antaranya dengan Ibn Al-Muqaffa'.

Ibn Al-Muqaffa' tidak menghargainya dan meletakkannya pada tempat yang mulia sebagai gabenor Basrah. Dia berdepand dengan siddiran dan kata-kata yang mengandungi penghinaan dan ejekan daripada Ibn Al-Muqaffa'.

Telah terjadi satu kejadian, bila Ibn Al-Muqaffa' masuk kepada Sufyan bin Mu'awiyah, dia memberi salam dengan berkata: Assalamualaikuma!

Maksud Ibn Al-Muqqaffa' adalah salam atas kamu berdua yakni Sufyan dan juga hidungnya (Hidung Sufyan besar.


Ibn Al-Muqaffa' bertanya kepada Sufyan dan bila Sufyan jawab dia mengatakan : Salah!. Lalu Ibn Al-Muqaffa' mentertawakannya.


Sehinggalah pada satu ketika Ibn Al-Muqaffa' memperlecehkan Sufyan dengan menyebutkan tentang ibunya. Katanya:

يا ابن المُغْتَلِمَة والله ما اكتفت أمك برجال أهل العراق حتى تعدتْهم إلى أهل الشام

Wahai anak perempuan yang dizalimi, demi Allah, ibumu tidak puas dengan lelaki penduduk Iraq sehingga dia melampaui mereka kepada penduduk Syam.

Banyaklah peristiwa yang membuatkan Sufyan bin Mu'awiyah tidak  puas hati dengan Ibn Al-Muqaffa' sehingga dia menyimpan azam untuk membunuhnya.

Sufyan akhirnya dapat peluang melaksanakan niatnya. Ibn Al-Muqaffa' dibunuh dengan cara dinyalakan api lalu dipotong anggota Ibn Al-Muqaffa' dan dilemparkan ke dalam api dalam keadaan Ibn Al-Muqaffa' menyaksikan dengan matanya . Satu- demi satu anggotanya dipotong untuk itu sehingga dia mati dalam keadaan seksaan itu.

Ibn Al-Muqaffa' mengatakan kepada Sufyan bin Mu'awiyah saat dia disiksa demikian rupa:

والله إنَّك لتقتلني؛ فتقتل بقتلي ألف نفس، ولو قُتِل مائة مثلك لَمَا وفُّوا بواحد

Demi Tuhan, kamu akan membunuh saya. Dengan pembunuhan saya, anda akan membunuh seribu jiwa, dan jika seratus orang seperti anda dibunuh, mereka tidak akan memenuhi satu orang pun


Baca : Islamstory


Penafian Kezindikan Ibn Muqaffa':

Seorang penulis asal Mesir bernama Dr. Syauqi Daif  (1910-2005) menolak dakwaan bahawa Ibn Al-Muqaffa' adalah Zindik. Ini kerana dalam kitabnya Al-Adabus Soghir, dia menulis:

أما بعد، فإن لكل مخلوق حاجة، ولكل حاجة غاية، ولكل غاية سبيلًا. والله وقَّت للأمور أقدارها، وهيأ إلى الغايات سبلها، وسبب الحاجات ببلاغها.

فغاية الناس وحاجاتهم صلاح المعاش والمعاد، والسبيل إلى دركها, العقل الصحيح, وأمارة صحة العقل اختيار الأمور البصر، وتنفيذ البصر بالعزم.

Amma ba'du... setiap makhluk ada keperluan, setiap keperluan ada tujuan, dan setiap tujuan ada jalannya.Allah telah menetapkan masa untuk sesuatu mempunyai nasibnya, telah menyediakan jalan mereka untuk matlamat, dan telah menyediakan keperluan dengan mencapainya.

Matlamat dan keperluan manusia ialah kehidupan dan masa depan yang baik, 3 dan jalan untuk mencapainya 4 ialah fikiran yang betul, dan tanda  kesihatan minda ialah basirah, dan perlaksanaan basirah adalah dengan keazaman



Tulisan seperti di atas tidak terbit dari pemikirna ornag zindik. Ia adalah pemikiran ornag yang beriman.





Sunday, November 26, 2023

ADOLF HITLER



Adolf Hitler dilahirkan pada 20 April 1889 di sebuah perkampungan kecil Braunau Am Inn, Austria berhampiran dengan sempadan Jerman di Bavaria.


Bapanya, Alois Hitler seorang pegawai kastam telah berkahwin sebanyak dua kali sebelum mengahwini ibu Hitler, iaitu Klara Pölzl. Sebelum melahirkan beliau, ibunya telah melahirkan dua anak lelaki dan seorang anak perempuan. Malangnya, ketiga-tiga anaknya mati pada usia yang muda. Oleh itu, apabila beliau dilahirkan, ibunya telah memanjakannya bagai 'menatang minyak yang penuh'.

Pada September 1939, Hitler menyerang Poland dengan serangan taktik blitzkrieg (serangan darat, udara secara besar-besaran dan mengejut) mencapai kejayaan yang memeranjatkan musuh dan jeneralnya sendiri. Serangan terhadap Poland bagaimanapun menyebabkan musuh-musuhnya kini bertindak balas dan pihak British dan Perancis mengumumkan perang terhadap Jerman, dengan itu memulakan Perang Dunia II.

Ketika berlakunya Peperangan Dunia II, pihak British dipimpin oleh Sir Winston Churchill.

Setelah lama berperang dan setelah mengalami kekalahan di setiap medan pertempuran, Hitler menyedari bahawa kekalahan sudah tidak dapat dielakkan. Hitler kemudiannya mengahwini wanita simpanannya Eva Braun, dan kemudiannya membunuh diri bersama-sama pada 30 April 1945. Mayatnya dibakar untuk mengelak daripada jatuh ke tangan musuh.

Adolf Hitler menjadi tokoh utama Nazi mulai tahun 1934 sampai 1945. Dikutip dari The Coming of the Third Reich oleh Richard J Evans, kepemimpinan Hitler di Partai Nazi mulai brutal ketika dia membunuh semua penentangnya pada Juni 1934. Di mana Hitler menghabisi seluruh penentangnya seperti Roehm dan para pemimpin Strum Abteilungen.


Kematian Hitler

Pada akhir 30 April 1945, ibu kota Jerman, Berlin, dikepung oleh Uni Soviet. Adolf Hitler tahu riwayatnya akan segera tamat. Maka ia pun memutuskan untuk bunuh diri bersama istrinya, Eva Braun, yang dinikahinya sehari sebelumnya.

Pada hari itu, Hitler bunuh diri bersama istrinya di bunker mereka, dengan cara menembak kepalanya sendiri. Sebelum melakukan tindakan tersebut, Hitler menyalami para pengawalnya yang masih setia, dan berpesan kepada mereka agar membakar mayatnya, agar tidak jatuh ke tangan musuh. Sementara isterinya, Eva Braun pula meneguk racun sianida.

Ada teori menyebutkan bahawa Hitler tidak mati bunuh diri, sebaliknya lari ke negara lain. Di antara teori yang disebut-sebut ialah lari ke Indonesia dan mati di sana. Tepatnya di sebuat kota bernama Garut

baca: Kompas


Akan bersambung.....



Wednesday, November 22, 2023

Perang saudara Guatemala

 Guatemala adalah sebuah negara yang terletak di Amerika tengah.

Selama tahun 1940-an, pemerintah sayap kiri berkuasa di Guatemala, dan Jacobo Árbenz, seorang perwira militer populis dengan dukungan dari kelompok komunis, terpilih menjadi presiden pada tahun 1951.



Jacobo Arbenz, the son of a Swiss pharmacist who had immigrated to Guatemala, was educated at the National Military Academy of Guatemala. He joined a group of leftist army officers that overthrew the Guatemalan dictator Jorge Ubico in 1944, and in 1949 he was the minister of war in Juan José Arévalo’s government. In March 1951 he succeeded to the presidency, supported by the army and the left-wing political parties, including the Guatemalan Communist Party.

Arbenz made agrarian reform the central project of his administration. This led to a clash with the largest landowner in the country, the U.S.-based United Fruit Company, whose idle lands he tried to expropriate. He also insisted that the company and other large landowners pay more taxes. As the reforms advanced, the U.S. government, cued by Secretary of State John Foster Dulles, became increasingly alarmed, fearing the threat to sizable American banana investments and to U.S. bank loans to the Guatemalan government as well. Also of concern to the United States were the increasingly close relations between Guatemala and the communist bloc of nations. A public-relations campaign painted Arbenz as a friend of communists (whose support he undoubtedly had); however, the contention of the U.S. government, the Central Intelligence Agency (CIA), and much of the U.S. media that Arbenz had close connections with the Soviet bloc proved to be unsubstantiated. Working in Honduras and El Salvador, the CIA helped to organize a counterrevolutionary army of exiles led by Col. Carlos Castillo Armas. Exaggerations of the size of the invading force panicked the capital; the Guatemalan army refused to fight for Arbenz, and he was forced to resign (June 27, 1954) and go into exile. He traveled to Mexico, Switzerland, and Paris and was offered asylum in the Soviet-bloc countries for a time. Meanwhile, in Guatemala, Castillo Armas, who soon became president, reversed most of the reforms of the previous decade and offered generous concessions to foreign investors. In 1957 Arbenz moved to Uruguay, then to Cuba, and in 1970 he returned to Mexico, where he was granted permanent asylum. One year later he drowned in his bathtub in Mexico City.


Antara tahun 1960 hingga 1996 meletus Perang Saudara yang memakan ribuan korban. Ia melibatkan kerajaan Guatemala dengan para pemberontak berhaluan kiri dari pelbagai suku seperti Suku Maya dan Petani-petani Lidino.


Pada tanggal 29 Desember 1996, di bawah presiden baru, Álvaro Arzú, pemberontak URNG dan pemerintah Guatemala menandatangani perjanjian damai yang mengakhiri konflik Perang Dingin paling berdarah di Amerika Latin.

Perang saudara di Guatemala menyisakan duka yang mendalam akan banyaknya korban jiwa yang tewas selama berlangsungnya konflik. Diperkirakan hingga berakhirnya perang, 240.000 jiwa terbunuh dan 45.000 orang lagi hilang tidak dapat dikesan dan tragedi ini dikenang sepanjang sejarah, khasnya bagi Guatemala.

Pada rahun 2018, pecah berita seorang bekas tentera Guatemala dihukum penjara selama 5160 tahun di atas jenayah yang dilakukannya selama perang saudara di Guatemala. (Baca: Tribunjogja)



Saturday, November 18, 2023

SISTEM BERAJA TERAKHIR DI MESIR

Raja Terakhir di Mesir adalah Raja Farouk 1. Pemerintahannya ditumbangkan oleh pemberontakan tentera (Coup d'tet) yang dipimpin oleh Muhamed Naguib dan Gamal Abdul Naseer pada 23 Julai 1952. Setahun kemudian , sisem beraja dimansuhkan dan Muhamed Naguib kemudiaannya menjadi  menjadi Presiden Pertama Pemerintahan Republik di Mesir.

Rujuk: Wiki

Kisah sistem beraja yang terakhir di Mesir ini bermula dengan pemerintahan Muhammad Ali Pasha. Dialah yang mengasaskan sistem beraja Dinasti Muhammad Ali yang berlangsung sehingga Raja Farouk I dan anaknya Fuad II.

Muhammad Ali Pasya.


Muhammad Ali Pasya memimpin Mesir antara tahun 1805 hingga 1848. Beliau bukanlah orang Mesir. Asalnya adalah dari Albania yang berdarah Turki. Mulanya , kedatangannya ke Mesir adalah di bawah misi Daulah Othmaniyah.

Perang Napoleon Ke atas Mesir.
Napoleon Bonarparte mula melancarkan kampen menguasai Mesir pada 19 Mei 1798,


Apabila Napolean Bonaparte meninggalkan Mesir setelah kalah perang melawan Pakatan British-Othmaniyyah, berlaku lakuna dalam pemerintahan di Mesir. Para Mamluk yang mempunyai sejarah pemerintahan di Mesir melihat itu peluang untuk mereka kembali ke persada kuasa. Semasa Mesir dikuasai Napoleon, mereka lari berlindung di Istambul. Kini, setelah Perancis kalah, mereka menaruh harapan untuk kembali menguasai Mesir. Perkembangan ini membawa kepada berlakunya Perang Mamluk-Othmaniyyah yang berakhir dengan kekalahan Mamluk.


Bacaan tambahan: Wiki

Raja Farouk naik tahta menggantikan ayahnya Raja Fuad I pada tahun 1936. Dia memerintah selama 16 tahun. Berikutan kudeta tentera pada 23 Julai 1852, dia digulingkan dan kemudian anaknya yang masih bayi (beusia 6 bulan) dijadikan penggantinya dengan nama Fuad II. Kira-kira setahun kemudian, iaitu 18 Jun 1953, sistem beraja dimahsuhkan dan digantikan dengan sitem republik.


Zaman Raja Farouk, kemarahan rakyat memuncak disebabkan penjajahan British ke atas Mesir, kerosakan pemerintahan dan kelemahannya. Ditambah pula dengan kekalahan dalam Perang Arab-Israel 1948. Ini membawa kepada Pemberontakan 1953 yang dipimpin oleh Muhammad Naguib dan Gamal Abdul Naseer.  Dinasti beraja yang diasaskan oleh Muhammad Ali dimansuhkan dan Mesir digantikan dengan pemerintahan Republik dengan Presiden sebagai ketuanya.



Perjanjian Sykes-Picot




Perjanjian Sykes-Picot adalah penjanjian rahsia yang dibuat oleh dua orang diplomat iaitu Sir Mark Sykes dari Britain dengan François Georges-Picot dari Perancis pada Mei 1916. Perjanjian ini membahagi-bahagikan tanah Arab kepada Britain dan Perancis. Iraq, Syria, Lubnan dan Turki Cilicia diserahkan kepada Perancis manakala Palestin, Jordan, kawasan sekitar Teluk Arab dan Kota Baghdad diserahkan kepada Britain.

Perjanjian tersebut dianggap oleh negara Arab sebagai sebuah pengkhianatan kerana sebelum itu, pada tahun 1915, mereka telah buat perjanjian dengan T.E Lawrence menerusi perjanjian yang dinamakan Perjanjian McMohan di imana pemimpin Arab bersama Tentera Berikat memerangi Tentera Othmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama dan sebaagai balasannya mereka akan memiliki pemerintahan sendiri setelah menang.

Perjanjian ini, bagi Para Pemimpin Arab yang bersekuti dengan Tentera Berikat untuk memberontak melawan Pasukan Othmaniyyah adalah bak kata pepatah yang dikejar tak dapat, yang dikendong berkeciciran.

Pemberontakan Para Pemimpin Arab saat itu terhadap Othmaniyyah tidak dapat lari daripada Al-Wala' dan Barra'. Sesungguhnya mereka telah mengubah wala' mereka kepada orang yang beriman dan memalingkannya kepada ornag kafir. Apakah kedudukan bagi sikap sedemikian dari suidut pandang agama.
Sila lihat Surah Al-maidah ayat 51:

 أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَىٰ أَوْلِيَاءَ ۘ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
 Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

Kerana tindakan mereka tidak dibimbing oleh petunjuk Allah, maka mereka tidak meraih kemuliaan daripada apa yang mereka lakukan. Mereka tidak dapat mengangkat harakat keberadaan negara yang mereka bina di depan musuh-musuh Islam dan ia berlangsung sehinggalah hari ini.







Friday, November 17, 2023

SEBUAH NEGERI BERNAMA SURIAH


Inilah bumi yang penuh sejarah. Manusia sejak zaman beribu tahun tinggal di sini. Pelbagai konflik dan peperangan telah menyimbahkan ini dengan darah. Bumi ini juga pernah mencapai kemakmuran dan pembangunan yang bersejarah. Inilah Bumi yang dikenali hari ini dengan nama Republik Arab Suriah. Disebut dan ditulis dengan nama Syria.

Kini, presidennya adalah seornag yang bernama Bashar Al-Asad, anak kepada hafiz Al-Asad.

Dia pernah hampir kehilangan kuasa setelah berlaku kecamuk perang hasil dari Perang Saudara dan ditambah pula dengan kebangkitan kumpulan yang dinamakan ISIS. Namun, bantuan dan campurtangan Amerika Syarikat serta Rusia telah mengukuhkan kembali kedudukannya. Pihak yang memberontak dapat ditewaskan. Namun, harganya mahal sekali. banyak nyawa yang terkorban dan banyak pula bangunan yang runtuh ranap. 

Negara  di beberapa kota utamanya jadi seperti dilanggar garuda....bukan garuda...gempa. Bukan gempa...bom...


Senarai pemimpin-pemimpin yang memerintah Republik Arab Syria: Wiki


Sisipan: Politik Iraq

Pada tahun 1920, Kongres Nasional Syria mengistiharkan Faisal bin Hussain sebagai raja untuk Syria dan menolak Hak Mandat Perancis ke atas Syria. Akibatnya Perancis menyerang dan membuang negeri Raja Faisal. Pada Ogos tahun 1821, berdasarkan Konferen Khaerah, British melantik Faisal bin Hussain sebagai raja Iraq di bawah pentadbiran British. Sepanjang pemerintahannya, dia cuba menyatukan antara Sunni dan Syiah yang bertelagah dan  mempromosikan idea Pan-Arab iaitu pemerintahan kebangsaan Arab dari utara Afrika segingga Semenanjung Arab. Tahun 1932, beliau mengetuai tuntutan Irak untuk menamatkan hak Mandat British dan membawa masuk Irak sebaagai anggota PBB. Tahun 1933, Raja Faisal meninggal di Bern, Switzerland akibat serangan jantung pada usia 48 tahun. Dia digantikan oleh anaknya Ghazi bin Faisal. Ghazi menjadi raja Iraq sehingga tahun 1939. Dia mati kerana kemalangan semasa sedang lumba kereta. Dia ada anak namanya Faisal (Faisal II) dan diangkat jadi raja Iraq. Oleh kerana dia masih di bawah umur, maka sepupu dan juga ipar ayahnya yang bernama Abdullah menjadi wakil sehingga tahun 1953. Pada tahun 1958, Faisal II mati terbunuh dalam satu pemberontakan tentera yang dikenali sebagai Revolusi 14 Julai. Kematiannya menamatkan pemerinahan keluarga Hashemiyyah di Iraq dan terbentuknya pemerintahan Republik. Ia juga membatalkan pembentukan Persekutuan Arab Hashemiyyah yang menggabungkan Iraq dan Jordan kira-kira 6 bulan sebelumnya. Republik Iraq yang pertama ditubuhkan tahun 1958 dengan Presidennya ialah Muhammad Najib Ar-Ruba'i dan Perdana Menterinya Abdul Karim Qasim.  Kemudian, berlaku rampasan kuasa pada Februari 1963 (Dikenali dengan nama Revolusi Ramadhan), maka tumbanglah kerajaan Republik yang pertama itu. Selepas itu ketidaktentuan dan rampasan kuasa sering terjadi sehinggalah naiknya Saddam Husain sebagai Presiden Iraq pada tahun 1979. Kemudian pada Disember 2006, Sadam Hussein telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atas jenayahnya. Amerika adalah dalang di sebalik kejatuhan Sadam Hussin.

Wilayah Mandat
Perang Dunia Pertama (1914 hingga 1918) ,4 negara yang disebut sebagai Kuasa Pusat (Central Power) mengalami kekalahan iaitu  Jerman, Austria-Hungary, Bulgaria dan Turki Othmaniyyah. Manakala negara-negara yang disebut sebagai Negara Bersekutu (Allies Power) iaitu, Perancis, United Kingdom, Rusia, Amerika, Itali dan Jepun telah memenangi perang.
Pergolakan dan kelemahan kerajaan Khalifah tatkala itu menyaksikan terlepasnya pegangan Othmaniyyah ke atas negera-negara Arab. Tanah Hijaz mengalami pemberontakan oleh keluarga Saud. Syarif Hussain bin Ali juga memberontak dan dibantu oleh negara barat. Sehingalah mereka mebahagi-bahagikan tanah Arab, khusunya rantau yang disebut sebagai "THE LEVANT" sesama mereka. Perancis mendapat tanah Syria. Pembahagian ini disebut sebagai MANDAT. Dalam bahasa Arab  diistilahkan " intidab".

Wialyah yang dulunya menjadi wilayah negara yang kalah diserahkan kepada negara yang menang sebagai Wilayah Mandat

Syria jadi wilayah mandat Perancis!

Maka, selepas Perang dunia Pertama, wilayah bekas Otmaniah diserahkan kepada negara-negara yang memenagi perang sebagai wilayah MANDAT.

Dalam tempoh awal abad ke 20, masing-masing negera , termasuk wilayah-wilayah kekuasaan mencari pihak masing. Negeri-negri Islam yang bearada di bawah Turki Othmaniyyah seperti Nejad, Baidah an Asir mendapat sokongan British untuk memberontak melawan Turki Othmaniyyah.

Tahun 1922, Perancis mengangkat Subhi Barakat Al-Khalidi sebagai pemimpin Syria mencakup hingga kawasan yang dinamakan Lubnan. Dia adalah orang yang pertama membentuk sebuah negara yang bernama Syria hari ini.



Ia adalah sebuah kebangkitan dan perlawanan terhadap penjajahan Perancis. ia digerakan oleh para pemberontak kawasan Pergunungan Huran yang merupakan permukiman puak Druz. Pemimpin pemberontakan adalah Sultan Basya Al-Atrasy yang merupakan seorang Drus. Kebangkitannya melawan Perancis memanggil pelbagai puak lain bergabung dan berjuang di bawah kepimpinannya. ia adalah reaksi ke atas tindakan penjajah Perancis yang memaksa untuk membentuk pemerintahan yang berpecah kepada beberapa wilayah berdasarkan puak.  Perjuangan ini berlanjut hingga pada akhirnya dapat menamatkan penjajahan Perancis pada tahun  1946.


Sejak Syria berada di bawah penjajahan Perancis mulai 1922, Pemimpin Syria adalah bergantian dalam tempoh yang rata-ratanya singkat. Hatta, ada yang memerintah hanya sehari.

Tuesday, November 14, 2023

Sejarah terbinanya Kerajaan Saudi.




Sejarah terbinanya sebuah kerajaan yang menguasai bumi Hijaz hari ini iaitu Kerajaan Saudi harus dimulakan dengan dengan menyebut kemunculan sebuah kota bernama Ad-Dar'iyyah. 

Kota Ad-Dar'iyyah dari segi sejarahnya diasaskan pada trahun 1446 oleh Mani' bin Rabi'ah Al-Muridi (Datuk ke-13 King Abdul Aziz bin Abdurrahman ). Beliaulah yang meletakkan batu asas pembinaan kota Ad-Dar'iyyah yang kemudiannya menjadi penempatan ramai dan persinggahan para kafilah perdagangan dan haji  yang menuju ke Makkah. Pada tahun 1744, Muhammad bin Sa'ud menjadi pemimpin Dar'iyah dan beliau mempunyai wawasan besar untuk menjadikannya sebagai awal kepada penubuhan kerajaan Sa'udiyyah. Kemunculan kuasa di tengah Semenanjung Arab ini membimbangkan kerajaan Othmaniyyah, terutama apabila wilayah taif dapat dikuasai kerajaan Da'iyyah.
Muhammad bin Sa'ud mengasaskan kerajaan Saudi pertama yang dinamakan Imarah Ad-Dar'iyyah pada tahun 1744. Dia disokong dan dibantu oleh seorang tokoh reformis Tanah Arab yang bernama Muhammad bin Abdul Wahab. Setelah masa yang panjang, kawasan Najad pun dapat disatukan di bawah pemerintahan keluarga Saud. Kerajaan Othmaniyyah mengambil langkah mengekang kebangkitan pemerintahan itu dan menitahkan gabenornya di Mesir iaitu Muhammad Ali Basya untuk mengalahkan kerajaan Saudi pertama itu. Beliau telah mengirimkan pasukan tentera Mesir yang dipimpin anaknya Ibrahim bin Muhammad Ali Basya dan dia berjaya menjalankan misinya pada tahun 1818. Dar'iyyah dikepung buat kesekian kalinya dan pemimpin Ad-Dar'iyyah ketika itu Abdullah bin Saud (Dikenali dengan Abdullah bin Saud Al-Kabir), akhirnya menyerah kalah. Dia bersama orang-orang rapatnya ditawan ke Mesir dan kemduian dihantar ke Istambul. Kemudian dia dijatuhkan hukuman bunuh. Dengan itu tamatlah cubaan pertama menegakkan kerajaan Keluarga Saud.


Catatan-catatan Saudi menyebutkan Ibrahim bin Muhammad Ali Basya itu telah melakukan kekejaman di Ad-Dar'iyyah.  Dia membunuh, menangkap para ulama dan membakar kitab-kitab dan makhtutat serta merampas athar nabi dan dihantar ke Istambul. Kisah kehancuran Ad-Dar'iyyah itu ada dalam catatan memoir seorang orientalis bernama George Forste Sadleir,

*Saudara Abdullah bin Saud Al-Kabir, namanya Misyari bin Saud Al-Kabir bin Abdul Aziz bin Muhammad bin Saud.

Namun, kemudiannya muncul kembali kerajaan Saudi ke-2 di bawah kepimpinan Turki bin Abdullah bin Muhammad bin Sa'ud yang telah berjaya mengalahkan pasukan Mesir pada tahun 1824. Kerajaan Keluarga saud yang kedua ini mengalami jatuh bangun sehingga tahun 1891 apabila  Keluarga Ar-Rasyid menewaskannya dan membuang negeri Keluarga Saud ke Kuwait.

*Abdurrahman bin Faisal dikira sebagai penguasa terakhir kerajaan keluarga Saud siri ke-2. Ketika matinya ayahnya Faisal bin Turki, umurnya baru 14 tahun. Abdurrahman banyak mendalami ilmu syriat dari ulama-ulama hebat pada masa itu antaranya Syeikh Abdullatif bin Abdurrahman. Kematian ayahnya pada tahun 1866 membawa kepada dilantiknya abangnya yang bernama Abdullah bin Faisal sebagai pengganti. Akan tetapi berlaku pemberontakan oleh saudaranya yang lain iaitu Saud bin Faisal. Saud bin Faisal menguasai Ihsaa dan pada tahun 1971, Abdullah bin Faisal dipecat dari kepimpinan.Pendiran Abdurrahman bin Faisal dalam krisis keluarga ini adalah pendirian para ulama ketika itu iaitu menyokong dan memberi bai'ah kepada Saud bin Faisal. Abdullah bin Faisal lari minta tolong kepada kerajaan Othmaniyyah. Peluang ini diambil oleh kerajaan Othmaniyyah untuk menguasai Ihsaa. Masalah dalam keluarga Saud ini juga memberi peluang kepada Keluarga Ar-Rasyid untuk menguasai beberapa kawasan Najad. Daalnm situasai ini, keluarga Saud terpaksa lari berlindung di Kuwait. Mereka terbuang sehinggalah anak Abdurrahman bin Faisal, iaitu Abdul Aziz bin Abdurrahman dapat membina kembali kekuatan dan menguasai kota-kota di Najd dan menewaskan Keluarga Ar-Rasyid. Berkat anaknya itu, keluarga Saud kembali berkuasa dan Aburrahman bin faisal dapat kembali ke Riyadh dan diserahkan kembali kekuasaannya yang dulunya hilang. Namun, melihat kemampuan anaknya, Abdurrahman  dengan rela hati tanazul daripada kepimpinan untuk diserahkan kepada anaknya yang kelak dicatat sebagai pengasas Kerajaan Arab Saudi Moden yang berlangsung sehingga hari ini. Kerajaan Arab Saudi moden adalah siri ke-3 daripada urutan jatuh bangun usaha keluarga Saud untuk bertapak sebagai penguasa di Tanah Arab.

 


Pada tahun 1902, seorang keluarga Saud bernama Abdul Aziz iaitu anak kepada Abdurrahman bin Faisal kembali membina kerajaan Saud yang ke-3. Dia kemudian dapat menguasai Najad. dan sterusnya seluruh Hijaz menjelang tahun 1932.

*Abdul  Aziz bin Abdurrahman bin Faisal Ali Saud adalah pengasas kerajaan Saudi Moden yang ada hari ini. Setelah kekalahan  Abdurrahman bin Faisal bin Turki di tangan Muhammad bin Abdullah Ar-Rasyid, Abdul Aziz bersama keluarganya mendapat suaka politik di Kuwait dan diberi pelindungan oleh Syeikh Kuwait yang bernama Muhammad As-Sobah.
Abdul Aziz  peringkat mula hanya bersama sekitar 60 orang pengikutnya , pada 2 Januari 1902 telah menuju ke Riyadh dan menguasai Istana Al-Musammak yang merupakan istana pemerintahan di Riyadh.  Setelah dia menguasai Riyadh, langkah seterusnya adalah menyatukan kawasan-kawasan sekitarnya. Beliau menghabiskan masa selama 32 tahun yang penuh dengan peperangan yang pelbagai. Akhirnya pada tanggal 23 September 1932, dia mengistiharkan pembentukan kerajaan yang dinamakan Kerajaan Arab Saudi.

Perkembangan pembinan kerajaan keluarga Saud yang ketiga ini melalui penjenamaan berperingkat. Mulanya ia dikenali Imarah Najad dan Ihsaa' sehingga tahun 1921. Setelah itu, ia  dikenali pula dengan nama Kesultanan Najad sehingga tahun 1922. Sehingga tahun 1926, ia dikenali dengan nama Kesultanan Najad dan Naungannya. Setelah itu, hingga tahun 1932, namanya disebut sebagai Kesultanan Hijaz, Najad dan sekitarnya. Selepas tahun itu, namanya mula dikenali sebagai Kerajaan Arab Saudi( Mamlakatul Arabiyyah As-Su'udiyyah).


Raja Abdul Aziz bin Abdurrahman , pengasas Saudi Arabia Moden itu akhirnya meninggal pada tahun 9 November  1953 di Taif. Jenazahnya disemadikan di Pekuburan Al-'Aud di Bandar Riyadh.

Raja Abdul Aziz bin Abdurrahman mewariskan tahta kerajaan kepada anak-anaknya. Jumlah anak-anaknya tidak dapat dimuktamadkan. Ada yang kata sampai 50 orang. Namun hanya beberapa orang sahaja yang naik tahta bergantian selepas ketiadaannya. berikut adalah nama-nama Raja Arab Saudi sesudahnya dari kalangan anak-anaknya:

1) Raja Saud bin Abdul Aziz (1953-1964)
2) Raja Faisal bin Abdul Aziz (A964-1975)
3) Raja Khalid bin Abdul Aziz ( !975-1982)
4) Raja Fahad bin Abdul Aziz (1982-2005)
5 ) Raja Abdullah bin Abdul Aziz (2005-2015)
6) Raja Salman bin Abdul Aziz ( 2015 hingga sekarang)

Naiknya raja Salman sebagai Raja Arab Saudi adalah berawal dari kewafatan putera mahkota kepada Raja Abdullah iaitu Nayef bin Abdul Aziz. ia diangkat sebagai putera mahkota pada 18 Jun 2012. Pada 23 januari 2015, apabila raja Abdulallah meninggal pada usia 90 tahun, Salman pun diangkat menjadi raja , menggantikan raja Abdullah. Usianya ketika itu adalah 79 tahun. Bersama dengan perlantikannya, dia mengumumkan Muqrin bin Abdul Aziz sebagai putera mahkota.

Pada Julai 2017, anak raja salman yang bernama Muhammad diangkat sebagai putera mahkota menggantikan Muhammad bin Nayef bin Abdul Aziz yang saat itu adalah Menteri Dalam Negeri.

Muhammad bin Salman (lahir pada 31 Ogos 1985) adalah aktor sebenar dalam pemerintahan Arab Saudi di belakang ayahnya Raja Salman. Perubahan-perubahan yang sedang terjadi di Arab saudi pada masakini adalah olah Muhammad bin Salman. Dia juga dikatakan dalang sebalik pembunuhan seorang wartawan Arab Saudi yang bernama Jamal Ahmad Kashoggi di Konsulat Arab Saudi di Istambul, Turki. Pada tarikh 2 Oktober 1918, wartawan itu masuk ke konsulat tersebut atas urusan penceraiannya dan tidak pernah dilihat keluar. Kes Kashoogi sempat memacu hubungan panas antara US dengan Arab Saudi apabila CIA yang menyelidik kes itu,  mendakwa pembunuhan Kashoggi adalah atas arahan Muhammad bin Raja Salman. Muhammad bin Salman menafikan keterlibatannya.



Akan disambung....

Raja-raja Jordan

Dulu, Kerajaan Otmaniyyah menguasai tanah Hejaz termasuk Mekah dan Madinah. Di Mekah, kerajaan Othmaniyyah meletakkan Syarif Hussain sebagi wakilnya. Namun, kemudiannya Syarif Hussain memimpin pemberontakan Arab menentang Othmaniyyah

Namanya Al-Hussain bin Ali bin Mhammad Al-Hasyimi, dilahirkan di Istambul pada tahun 1853. Mulanya dia mengisi masa kecilnya di Istambul dan kemudian berpindah ke makkah dan tinggal bersama pakciknya. Pakciknya memberikan beberapa peranan kepadanya. Taujihat beliau adalah membebaskan Bangsa Arab dari pengaruh asing dan kemudiannya melebar kepada memerdekakan Hijaz dari kekuasaan Othmaniyyah. Kerana ada krisis antaranya dengan pakciknya Aun Arrafiq, dia disingkirkan ke Isrambil pada tahun 1893, namun pada tahun 1909 dia dihantar oleh Othmaniyyah ke Mekah sebagai Emir Oleh Khalifah Sultan Abdul Hamid atas keperayaannya dan di situlah dia mula mengajak ke aras kemerdekaan total Semenanjung Arab dari Othmaniyyah.


Syarif Al-Hussain bin Ali


Pada 5 Oktober 1924, Syarif Hussain bin Ali telah tanazul dari kekuasaannya di tanah Hijaz apabila dia kalah dalam berdepan dengan serangan pasukan Ali Saud. Namun, kekalahan itu tidak menamatkan terus kekuasaannya kerana ada dua anaknya yang berahta di Jordan dan Iraq. Syarif Hussain ada 4 anak lelaki iaitu Ali, Abdullah, Faisal dan Zaid. Ali menggantikannya ke atas tahta Hijaz selepas tanazul ayahnya, tetapi setahun kemudian, dia juga tanazul.

Selepas Tanazul, pihak British membawa Syarif Hussain tinggal di Cyprus. Dia tinggal di sana sehingga tahun 1930 dan setelah itu dia balik ke Amman Jordan dan tinggal bersama anaknya Abdullah I sehingga dia wafat tahun 1931. 

Baca: Wiki

Abdullah I bin Al-Hsssain memerintah dari 11 April 1921 hingga dia terbunuh pada tahun 1951.Beliau adalah Emir bagi wilayah Trans Jordan yang merupakan negeri naungan British hingga kemerdekaannya pada tahun 1946. Selepas tahun itu dia dingkat menajdi raja Jordan. Beliau dilahirkan di Mekah dan merupakan anak kedua daripada empat orang anak Syarif Hussain bin Ali yang mentadbir Mekkah ketika di bawah kekhalifahan Othmaniyyah.

Selepas Perang Dunia Kedua, bapanya Syarif Hussain memimpin Pemberontakan Arab melawan kerajaan Othmaniyyah pada tahun 1916. Abdullah I turut serta dalam perlawanan gerila melawan kerajaan Otmaniyyah. Setelah dapat menyingkirkan pengaruh Othmaniyyah di Hijaz, Abdullah I menubuhkan Emiriyah Transjordan dan menjadi wilayah naungan British.

Abdullah I mati terbunuh ketika berada di Jurusalem dan sedang bersiap untuk solat Jumaat di Masjidil Aqsa Pembunuhnya adalah seorang Nasionalis Palastin. Cucunya, Hussain yang ikut sertanya terselamat daripada pembunuhan tersebut. Upaya pembunuhan itu adalah didasarkan kepada tindakan normalisasi hubungan dengan Israel yang diikuti oleh Raja Abdullah I.


Raja Abdullah I bin Syarif Hussain



Posisinya digantikan oleh anak sulungnya yang bernama Talal, namun dia tidak lama atas tahta. Sumber-sumber menyebutkan bahawa beliau ada keecenderungan anti-british dan ini menyebabkan kerja-kerja orang dalam agar dia disingkirkan dan digantikan dengan anaknya Hussain yang ketika itu belum cukup umur. 


Raja Talal bin Abdullah I





Raja Husain bin Talal

Hussain adalah generasi ke-40 keturunan Rasulullah SAW.

Dia memerintah selama 46 tahun

Semasa Perang 6 Hari dialah raja Jordan.



Raja Jordan pada masakini adalah raja Abdullah bin Raja Hussain. Dia naik tahta pada 7 Januari 1999 hingga sekarang . Ibunya adalah wanita British yang berkahwin dengan raja Hussain bernama Muna. Muna adalah isteri ke-2 raja Hussain.


Raja Abdullah II bin Raja Hussain


Raja Abdullah II punya anak sulung dengan isterinya Puteri Rania iaitu Putera Hussain yang kini diangkat sebagai Putera Mahkota Jordan.


Putera Hussain bin Raja Abdullah II


Akan disambung...............




IMAM 'AMIR AS-SYA'BI

 Nama sebenarnya ialah Amir bin Syarahil bin Abd bin Zi Kibar Abu Amru Al-Hamdani As-Sya'bi Al-Kufi Ahli Sejarah berbeza pendapat tentan...