Thursday, April 16, 2026
ĀḠĀ MOḤAMMAD KHAN QĀJĀR
Saturday, March 28, 2026
Dinasti Qajar di Iran
Antara tahun 1789 hingga 1925, sebuah kerajaan Dinasti yang dinamakan Dinasti Qajar memerintah tanah Iran yang kita kenal hari ini. Ia diasaskan oleh Agha Muhammad Khan Qajar yang menjalankan kempen penyatuan Iran antara tahubn 1779 hinngga 1796.
Sebelum berjaya dalam misinya, Agha Muhammad Khan telah pernah jadui tawanan kerajaan dari dinasti Asfar dan dinasti Zand. Dalam masa mehnahnya itu, dia telah dikasi dan ini menimbulkan dendam kesumatnya kepada dua kerajaan itu.
Nama Agha itu diberikan kerana dia adalah bekas sida istana dalam kerajaan Afsharid.
Pada tahun 1925, badan tertinggi dalam pemerintahan di Iran iaitu MAJLIS telah mengisytiharkan Reza Syah sebagai raja Iran yang baru setelah memecat Ahmad Syah, raja ke-7 Dinasti Qajar. Pengangkatan Reza Syah yang asalnya adalah seorang pegawai tentera menandakan bermulanya pemerintahan Dinasti Pahlavi. Dinasti Pahlavi berkuasa sehingga meletusnya Revolusi Islam yang membawa Ayatullah Ruhullah Khomeni menjadi Supreme Leader pertamanya.
Sebelumnya Dinasti Qajar memerintah, Iran diperintah oleh Dinasti Safawi yang berkuasa antara tahun 1501 hingga 1706.
* Sebenarnya, naiknya dinasti Qajar dan selepas runtuhnya Dinasti Safawi, ada satu dinasti yang diasaskan oleh Nader Syah, seorang pemimpin pasukan tentera dari puak Turkman Afshar di Khurasan. Ia dinamakan Dinasti Asfharid yang berlangsung hayatnya antara 1736 hingga 1796.
Namun, ada juga satu dinasti yang berkuasa di bahagian Selatan Iran iaitu Dinasti Zand yang berkuasa antara sela masa tahun 1750 hingga 1779. Dalam menyatukan Iran pengasas Dinasti Qajar telah menumpaskan dan melenyapkan Dinasti Zand.
Dari sudut mazhab atau aliran pegangan, sama seperti Safawi, Qajar juga mengikut fahaman Syiah.
Wednesday, March 15, 2023
Empayar Sasanid
Di tanah Iran hari ini, dulunya berdiri banyak kerajaan dan dinasti. Dinasti Achaemaned(550-330BC), Selekeus (330-248 BC), Parthia (248BC-224M) dan Dinasti Sasanid (224-651M). Kerajaan Dinasti Sasanid ditumbangkan oleh khalifah Islam pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab.
Dalam episod kali ini, kita akan menelaah sejarah kebangkitan hingga runtuhnya kerajaan yang dinamakan Sasanid ini.
Empayar Sasanid ini diasaskan oleh Ardasyir I. Beliau pada awalnya adalah pemerintah di kota Istakhar antara tahun 206-208M. Kemudian, dia memberontak melawan saudaranya yang menjadi raja Parsi dan menguasai Parsi pada tahun 208M. Beliau dikenali sebagai pengasas kepada Dinasti Sasaniah yang memerintah tanah Parsi selepas tumbangnya Kerajaan Parthia.
Kerajaan yang diasaskannya itu dapat bertahan selama 427 tahun. Beliau mendaki tampuk kuasa bila Kerajaan Parthia mula melemah akibat berperang dengan Rom. Setelah mengalahkan raja terakhir Dinasti Parthia, Syahansyah Artabanus IV, Ardasyir I mengambil alih kekuasaan dan empayar yang ditinggalkan.
Situasi terakhir kerajaan Parthia sebelum naiknya Kerajaan Sasanid.
Vologases V mati digantikan oleh anaknya Vologases VI. Abang Volagases VI yang bernama Artabanus IV memberontak dan melawan adiknya. Dia berjaya menguasai wilayah-wilayah dalam empayar parthia seperti Media dan Susa. Sementara Vologases VI hanya menguasai kawasan Seluecia. Pergaduhan dua beradik itu memberi ruang kepada Roman yang ketika itu diperintah oleh Caracalla untuk mengambil kesempatan menyerang empayar Parthia.
Ardasyir I adalah anak kepada Babak bin Sasan. Dia dilahirkan di Istakhar. Dia ada saudara lelaki bernama Shapur. Untuk naik berkuasa dia terpaksa berperang dengan saudara lelakinya itu.
Ardasyir memerintah kerajaan Sasanid yang diasaskannya antara tahun 224-242M
Salah seorang raja Sasani yang terkenal namanya Sabur I. Dia adalah anak kepada Ardasyir I.
Raja Khasrou I yang dikenali sebagai Anusyiwan Adil adalah raja Sasanid yang paling masyhur.
Kerajaan Sasanid ini berperang dengan Rom. Ada masa menang dan ada masa kalah. menang dan kalah itu ada direkodkan dalam Al-Quran, Surah Ar-Rom
Pada tahun 651M, masa pemerintahan Yazdajerd III, kerajaan Sasanid tumbang di tangan tentera Islam yang ketika itu sedang bangkit menjadi kekuasaan besar. Ianya di masa pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab.
PEMBUNUHAN YAZDAJERD III
Yazdajerd III bin Syahriyar bin Kisra menjadi raja Parsi pada zaman Khalifah Umar iaitu tahun 14H dan dia memerintahkan panglima Rustam untuk berperang melawan pasukan mujahid Islam. Kekalahan Rustam membawanya menjadi pelarian dari kota ke kota dalam empayarnya hingga dia terbunuh pada tahun 31H.Usianya kala itu 34 tahun. Yang membunuhnya adalah seorang tukang kayu yang tinggal di pinggir sungai Mirghab di Marw. Dia merampas harta yang ada bersama Yazdajerd III dan melempar mayatnya ke dalam sungai. Orang-orang Marw yang mencari Yazdajerd mengikuti kesannya dan sampai ke rumah tukang kayu itu. Disiasat dan akhirnya tukang kayu mengakui perbuatannya membunuh dan mengambil harta Yazdajerd itu. Tukang kayu serta keluarganya dibunuh dan hartanya dirampas. Mayat Yazdajerd dikeluarkan dari sungai dan disimpan dalam peti dan kemudian dikebumikan di Istakhar.
IMAM SARAKHSI ULAMA YANG DIPENJARA DALAM PERIGI BUTA
Kisah Imam Sarakhsi, seorang fakih mazahab Hanafi dipenjarakan adalah satu kisah yang membawa kita kagum dengan kuasa ilmu. Ia juga beri kit...
-
Syiah Zaidiyyah adalah salah satu cabang golongan Syiah yang mana nama Zaidiyyah itu dinisbahkan kepada Zaid bin Ali Zainal Abidin bin Hussa...
-
Beliau adalah seorang sahabat Nabi. Nama sebenarnya adalah Imran bin Husain bin Ubaid bin Khalaf bin Abdu Nahim bin Salim bin Ghadhirah bin ...
-
Nama beliau adalah Qotadah bin Di'amah, lahir pada tahun 60H. Dalam kitab tafsir kita akan sering menemui namanya disebut sebagai periw...