Showing posts with label Ismailiyyah. Show all posts
Showing posts with label Ismailiyyah. Show all posts

Thursday, October 12, 2023

Hibbatullah As-Syirazi

Siapakah orang ini? Inilah seorang pendakyah. Dikatakan dia seorang pendakyah kerana dia tidak layak disebut pendakwah. Dakwah itu kata mulia untuk ajakan ke arah kebaikan. Tetapi, nama orang ini direkodkan dalam sejarah sebagai penyeru ke jalan-jalan kesesatan. Dia mendakyah orang agar menganut fahaman sesatnya iaitu Syiah Ismailiyyah, satu aliran Batiniyyah yang amat merbahaya. Bahayanya lebih daripada bahaya Yahudi dan Nasrani.

Orang ini dengan tindakan beraninya masuk ke jantung ibu kota Sunni iaitu Baghdad dan mengajak orang ramai agar memberikan wala' kepada khalifah Fatimiyyah yang ada di Mesir. Khalifah Fatimiyyah itu adalah musuh dan pesaing kepada Khalifah Abbasiyyah.

Hibbatullah bin Musa bin Daud As-Syirazi, nama penuhnya lahir dalam keluarga yang kuat berpegang dengan Syiah Ismailiyyah. Ayahnya tokoh dalam mazhab Syiah Ismailiyah.  Beliau lahir tahun 390H. Dikatakan juga tahun 400 H. lahir di bandar dalam wilayah Parsi iaitu Syiraz.

Ketika beliau bergiat dalam menyebarkan dakyahnya, kerajaan Abbasiyyah berada dalam kondisi lemah. Mulai tahun 334H, Kerajaan Khalifah Abbasiyyah dikuasai oleh Kesultanan Buwaihiyyah yang bermazhab Syiah. maka Hibbatullah As-Syirazi menjadi antek-antek Kerajaan Fatimiyyah yang cuba untuk menukarkan rantau Sunnah itu menjadi wilayah yang bermazhabkan Syiah Ismailiyyah.

Namun. Allah mentakdirkan keselamatan buat bumi Sunni itu daripada dikuasai Syiah Ismailiyyah. Usaha dan penat lelah Hibbatullah menanam benih lalang hitamnya yang beracun tidak berjaya apabila pada tahun 447H, kerajaan Saljuq yang bermazhab Ahli Sunnah mengambil alih kekuasaan Buwaihiyyah dan menjadi Sultan pelindung Khalifah Abbasiyyah.

Dari tahun 334H hingga tahun 447H para penguasa Buwaihiyyah mengendalikan kerajaan Abbasiyyah. Itulah masa yang sangat getir untuk Mazhab Sunni.

Selama 113 tahun Buwaihiyyah berkuasa ke atas daulah Khilafah Bani Abbas!.

Hendak dijadikan cerita, pada tahun 429H, Hari Raya Aidil Fitri tahun itu memperlihatkan penyimpangan Hibbatullah As-Syirazi. Penduduk Syiraz kala itu majoritinya adalah bermazhab Sunni. Syiah Ismailiyyah adalah mazhab yang bergerak secara sir dan sedikit pengikutnya. Situasi itu bukan sahaja di Syiraz, bahkan di mana-mana kota dalam wilayah Parsi. Beliau bersama pengikutnya telah solat Aidil Fitri sehari sebelum masyarakat Sunni. Ini menimbulkan geger dalam masyarakat yang membawa kepada tuntutan masyarakat kepada Sultan Abu Kalijar (anaknya Abu Naser Khasru Fairuz yang digelar  Al-malikurrahim merupakan Sultan bani Buwaih terakhir) untuk menghalau keluar Hibbatullah As-Syirazi dari Syiraz. Sementelahan, Khalifah Al-Qaim billah sendiri juga mahu Hibbatullah As-Syirazi itu ditangkap dan diserahkan kepadanya. 

Dalam keadaan penolakan masyarakat Syiraz itu, beliau lari ke bandar lain  dalam wilayah Parsi juga  yang dinamakan Basa dan seterusnya pergi ke Ahwaz. Di situ pun dia dikejar dan dihalau. Maka dia melarikan diri hingga ke Mesir dan bergabung dengan induknya dan pelindungnya  di sana iatu Khalifah Fatimiyyah, Khalifah Al-Mustansir. Namun, selama dia di Mesir (Antara tahun 430 hingga 439), dia tidak berkesempatan untuk bertemu dengan Imam Syiah Ismailiyyah di sana (Khalifah Al-Mustansir). Orang yang berkuasa di sana ketika itu namanya Abu Sa'id Al-Tustari (wazir al-Mustansir). Ketua pendakyah (da'i ad-du'at) dijawat oleh Abdul Aziz bin Muhammad bin An-Nu'man Al-Qadhi.

Di Mesir dia diberikan beberapa jawatan seperti Ketua Jabatan Insya'. Namun, apa yang dia mahu adalah jawatan sebagai Ketua Pendakyah. Maka dia dihantar ke Iraq sebagai Pendakyah dengan sokongan dana yang besar dari Khalifah Fatimiyyah Mesir.. Dia dimanahkan untuk menyebarkan fahaman Syiah Ismailiyyah dan menjad agen kerajaan Fatimiyyah yang ada laporan langsung kepada khalifahnya. Dalam misi inilah dia berjaya menelurkan pemikiran anti khalifah Abbasiyyah dalam otak seorang pemimpin tentera Abbasiyyah yang dikenali sebagai Al-Basasiri. Ketika itu Al-Basasiri berkonflik dengan khalifah dan dia sangat memerlukan dahan besar buat berpaut.

Al-Basasiri kemudiannya menjadi walaun kepada khalifah Fatimiyyah. Dia berutus surat dengan Khalifah Fatimiyyah dan menyatakan taat kepadanya serta menjalankan arahan dan siasat mereka.

Apabila Tughrul Bek dari Kerajaan Saljuq memasuki Baghdad, kerja-kerja jahat lagi khianat Al-Basasiri dan Hibbatullah As-Syirazi pun terbantut. Hibbatullah As-Syirazi lari ke Ar-Rahbah. Dari sana dia mengatur siasat jahatnya dengan bantuan daripada Khalifah Fatimiyyah di Mesir yang bernama Al-Mustansir Bilah. Kerjasama dengan Al-Basasiri diteruskan dan dalam satu episod Al-Basasiri berjaya menghasut adik kepada Tughrul Bek agar berkhianat kepada abangnya. Ini menyebabkan Tughrul Bek terpaksa meninggalkan Baghdad untuk menumpaskan adik itu. Kesempatan itu digunakan oleh Al-Basasiri dan pasukannya yang terdiri daripada sekutunya serta Hibbatullah As-Syrazi untuk menyerang Baghdad dan mengambil alih kekuasaan atasnya

Kejadian itu berlaku pada Zulkaedah tahun 459H. Kota Baghdad dimasuki oleh Al-Basasiri dan Hibbatullah As-Syirazi dengan membawa panji yang tertulis nama Khalifah Al-Mustansir Billah dari Kerajaan Fatimiyyah. Banyak fasad yang terjadi dan ramai ahli sunnah yang dibunuh. Turut dibunuh adalah wazir Ibn Maslamah.

Khutbah Jumaat pun disebutkan doa untuk Al-Mustansir Billah  Al-Fatimi. Khalifah Abbasiyyah Al-Qaim dibuang negeri ke Al-Anbar. Matawang dicetak daln diletakkan nama  Khalifah Fatimiyyah.

Namun tak lama mereka berseronak dengn pencapaian sementara itu. Setelah Tughrul Bek berjaya memadamkan pemberontakan adiknya (Ibrahim Yanal) dan dihukum bunuh atas pengkhianatannya, maka Tughrul Bek balik ke Baghdad dan menumpaskan Al-Basasiri. Al-Basasiri terbunuh dan Khalifah Al-Qaim dikembalikan kepada posisinya.  

Manakala Hibbatullah As-Syirazi lari balik ke  Mesir mengheret ekor kehinaannya. Di sana dia dituduh dengan tuduhan penggubahan wang haram (pecah amanah dana  para pendakyah di Irak) . Namun, akhirnya dia diberikan jawatan sebagai Ketua Pendakyah yang jadi impiannya itu dan duduklah dia sampai mati di Mesir.

Beliau meninggal pada tahun 470H menut catatan Ivanow dalam bukunya Guide to Ismaili Literature  ms 73. Namun, menurut apa yang dicatatkan oleh Al-Hasan bin Nuh Al-Hindi dalam bukunya Kitab Al-Azhar, As-Syirazi meninggal tahun 490H. Dr Kamil Husain menyatakan bahawa As-Syirazi seharusnya mati lebih awal daripada 490H kerana catatan mengatakan Khalifah Al-Mustansir solatkan jenazahnya  dan Al-Mustansir pula meninggal pada tahun 489H.

Beliau meninggalkan beberapa kitab, antaranya:
  1. Al-Majalis Al-Muayyidiyyah
  2. Diwan Al-Muayyid
  3. Sirah Al-Muayyid Fiddin
Ironinya, siapa yang membaca kitab Sirah Al-Muayyid karyanya, akan ditemui kritikan kerasnya hingga ke peringkat mempersendakan terhadap Imam Syiah Ismailiyyah, Al-Mustansir dan ini menyalahi pengajaranya dan dakyahnya yang mengatakan para imam Syiah Ismailiyyah adalah mereka yang maksum dan tidak melakukan dosa sama sekali.

Baca: Alrased

Rujukan Kitab: Ehsan Ilahi Zahir, Al-Isma'iliyyah-Tarikhun Wal Aqaid (Ms 714-718)





Sunday, February 19, 2023

Asal keturunan Ubaidilah Al-Mahdi

Disebutkan kisah dalam Al-Kamil Fittarikh oleh Ibn Al-Athir: Apabila Abdullah bin Maimun Al-Qoddah meninggal, anaknya yang bernama Ahmad mengaku bahawa dia adalah keturunan Aqil bin Ali bin Abu Talib. Kemudian, setelah beliau, anaknya yang bernama Muhammad diangkat menjadi imam kepada oleh para pendakwah Syiah Ismailiyyah. Muhammad meninggalkan dua anak bernama Ahmad dan Hussain. Hussain itu kemudiannya berpindah dan tinggal di Salmiyyah di Kota Homs. Husssain ini dianggap sebagai wasi dan pemimpin oleh para Syiah Ismailiyyah di Yaman dan juga di Maghrib. Mereka selalu berutusan surat dengannya.

Hussain ini telah berkahwin dengan seorang janda cantik kepada seorang tukang besi yahudi yang telah meninggal. Janda itu aa seornag anak lelaki yang cantik parasnya seperti ibunya juga. Maka, Hussain sangat menyayangi anak lelaki itu dan mendidiknya  sehingga besar kedudukannya di sisinya. Di kalangan sesetengah pendakwah Syiah Ismailiyyah, mereka peraya bahawa Hussain tidak meninggalkan anak, akan tetapi dia telah mewasiatkan kepimpinan kepada anak Yahudi si tukang besi itu yang namanya adalah Ubadillah. Hussain telah menurunkan kepadanya segala rahsia dakwah kumpulan, memberikannya harta, memperkenalkannya kepada orang-orang setia dengannya serta mengahwinkannya dengan puteri pakciknya yang bernama Abu Syalaghlagh.

Kata Abu Qosim Al-Abyadh Al-'Alawi dan lain-lain, begitulah asal mulanya perkaitan antara Ubaidillah dengan Hussain. Kemudiannya, Ubaidillah pun membuat nasab keturunannya iaitu Ubaidillah bin Al-hasan bin Ali bin Muhammad bin Ali bin Musa bin Ja'far bin Muhammad bin Ali bin Al-Hussain bin Ali bin Abu Talib.

Ubaidillah Al-Mahdi ini telah menjadi buruan kerajaan Abbasiyyah. Khalifah ketika itu ialah Al-Muktafi. Maka Ubaidillah Al-Mahdi serta anaknya yang ketika itu masih kanak-kanak bernama Abu -Qasim Nizar( Kelak namanya Al-Qaim), melarikan diri dan bersembunyi di Mesir. Dia menyamar sebagai saudagar.  Gabenor Mesir waktu itu ialah Isa An-Nusyari*. Dia mendapat surat arahan daripada khalifah agar menangkap orang yang disifatkan rupanya seperti Ubaidillah itu.

* Isa An-Nusyari datang bersama Muhammad bin Sulaiman Al-Katib, jeneral perang yang dihantar oleh khalifah Abbasiyyah untuk menamatkan kekuasaan keluarga Tuluniyyah di Mesir.

Akan tetapi ada para pegawai Isa An-Nusyri sendiri merupakan Syiah Ismailiyyah. Mereka menyelamatkan Ubaidillah dan menyuruhnya meninggalkan Mesir. Ubaidillah Al-Mahdi hampir tertangkap, tetapi dengan kelicikannya dia dapat selamat hingga sampai ke wilayah Maghrib. Pada ketika itu Ziyadatullah dari kerajaan Aghlabiyyah adalah pemerintah Utara Afrika. Dia juga cuba untuk menangkap Ubaidillah Al-Mahdi.  Ubadilllah Al-Mahdi akhirnya jatuh ke tangan gabenor Sijilmasah, Al-Yasa' bin Midar  yang walak kepada Ziyadatullah.

Namun, tak lama berselang Abu Abdullah As-Syia'i dan pasukannya telah berjaya menyelamatkan serta membebaskan Ubaidillah Al-Mahdi.

Friday, January 13, 2023

KERJA-KERJA SUBVERSIF PUAK HASY-SYASYIN.

Telah dinyatakan sebelum ini bahawa seornag wazir hebat kerajaan Saljuk yang bernama Nizamul Muluk At-Tusi telah menjadi korban pembunuhan terancang seorang pembunuh dari golongan Hasy-syasyin. Dalam sejarah, puak Hasy-syasyin telah membuat banyak onar dan membunuh ramai tokoh. Mereka adalah satu gerakan subversif yang paling berbahaya dan tidak pernah berjaya ditumpaskan oleh kerajaan yang memerintah pada masa itu. 

Siapakah puak Hasysyasyin ini?

Kita mulakan tolehan sejarah pada kemunculan satu firqah Syiah yanh dinamakan Syiah Ismailiyyah. Firqah Syiah ini muncul di persada sejarah bila Imam Jaafar Sodiq meninggal pada tahun 148H/765M.  Meninggalnya Imam Jaafar Sodiq meninggalkan pertikaian kalangan pengikut Syiah tentang siapakah pewaris keimaman keluarga Ahli Bait. Syiah Imam 12 menetapkan penerusnya ialah Musa Al-Kazim. Namun, ada yang menetapkan bahawa imam seterusnya adalah Ismail bin Ja'far Sodiq padahal dia meninggal sebelum ayahnyaDaripada namanyalah kelompok ini kemudiannya dinamakan Ismailiyyah. Kelompok ini telah mencetuskan secara ekstrim konsep-konsep kebatinan sehingga mereka dikenali sebagai Golongan Batiniyyah di kalangan Ulama Milal wan Nihal.

Syiah Ismailiyyah telah berpecah kepada beberapa cabang. Kerajaan Fatimiyyah yang berjaya ditegakkan di Mesir pada tahun 297H/909M adalah berdiri di atas alirah Syiah Ismailiyyah. Demikian juga kumpulan Qoramitah yang pernah membina kerajaan di Bahrain, adalah satu cabang aliran Syiah Ismailiyyah. Kecenderungan batiniyyah Syiah Ismailiyyah ini kemudiannya mempengaruhi banyak kumpulan dalam Islam, termasuklah aliran tasawwuf Sunni pada fasa-fasa terkemudian.

Kumpulan Hasysyasyin adalah salah satu pertubuhan dalam Syiah Ismailiyyah. ia diasaskan pada tahun 483H oleh seorang yang bernama Hasan bin As-Sobah Al-Ismaili. Mereka adalah sayap kepada Syiah Ismailiyyah Nizariyyah yang berbeza pandangan dengan Syiah Ismailkiyyah Fatimiyyah di Mesir. Syiah Ismailiyyah Nizariyyah telah menguasai satu kota yang dinamakan KOTA AL-MAUT yang terletak di sebelah Barat Daya Tasik Qazwin (Laut Caspian) iaitu dalam wilayah Parsi. Kota ini terletak di atas Banjaran Alborz iaitu tanah tinggi yang menganjur dari selatan Azerbaijan, melalui kawasan selatan laut Caspian ( Tasik Qazwin) hingga bertemu dengan selatan Turkmenistan. Bentuknya seolah-olah busur anak panah.


Ilustrasi Qol'ah Al-Maut

Lokasi di puncak gunung


Kedudukan Kota Al-Maut


Hasan bin As-Sobah mendapat inspirasi daripada seorang pendakwah dari kerajaan Fatimiyyah yang bernama Abdul Malik bin Attosy yang menghasut orang agar menyokong fikrah Fatimiyyah dalam wilayah pemerintahan kerajaan Saljuk.  Hasan As-Sobah telah pergi ke Mesir dan bertemu dengan Khalifah Fatimiyyah di sana yang bernama Al-Mustansir. Khalifah itu memintanya menyebarkan dakwah Fatimiyyah agar orang ramai mengakui kekhalifahannya. Hasan bin As-Sobah bertanya tentang khalifah sesudahnya. Dijawabnya bahawa anaknya yang bernama Nizar adalah pengantinya. Maka Hasan As-Sobah pun berwalak kepada Nizar. Namun di Mesir ketika itu, penyokong Al-Musta'li, anak Al-Mustansir yang lain juga bergerak aktif. Hasan bin As-Sobah tidak betah tinggal di Mesir lagi. Setelah 18 bulan di Mesir, dia pun meninggalkan Mesir dan belayar melalui laut Merah hingga tiba di Asfahan. Dia mula menyebarkan dakyahnya mengajak orang ramai kepada walak untuk Nizar dan pengikutnya pun berambah. Mereka yang mendokongnya dinamakan An-Nizariyyah.  Dia tidak berani beraktiviti di Ar-Rayy, ibu kota kerajaan Saljuq kerana tidak sanggup berdepan dengan wazir Nizamul Muluk At-Tusi. Wazir Nizamul Muluk At-Tusi telah mengeluarkan arahan agar ditangkap Hasan As-Sobah, tetapi dia melarikan diri.

Pada 7 Rejab tahun 483, Hasan bin As-Sobah serta pengikutnya dapat menakluki KOTA AL-MAUT, satu kota lama yang berada di atas kemuncak gunung pada ketinggian lebih 6 ribu meter. Ia telah dibina lama sebelumnya dan binaanya sangat rumit dan sukar ditembusi. Dikatakan yang membinanya adalah salah seorang raja Dailam dan kemudiannya jatuh ke tangan puak Alawiyyin sebelum diambil alih oleh Hasan As-Sobah.

Setelah mengambil alih kekuasaan atas KOTA Al-MAUT ini, Hasan bin As-Sobah berlindung di sana dan tidak pernah keluar selama 35 tahun sehinggalah dia mati. Dia menjadikan kota itu sebagai pusat gerakan Nizariyyah dan menyebarkan pengaruh serta mencari ahli baru yang akan menjalankan kerja-kerja yang diperintahkannya. Hasan bin As-Sobah, dari kotanya itu menyusun strategi menguasai kawasan-kawasan sekitar dengan askar-askar upahannya. Ini menyebabkan berlaku bertembungan dengan kerajaan Saljuk. 

Gerakan mereka ini dinamakan Hasy-syasyin kerana aktiviti tersembunyi mereka dalam membunuh penentang mereka.  Dikatakan juga ia merujuk kepada Hasyisy (sejenis dadah) yang mereka gunakan untuk mengkhayal diri mereka sebelum operasi membunuh sehingga mereka tidak takut dan berubah fikiran lagi dari misi mereka. 

Gerakerja subversif kumpulan Hasy-syasyin ini telah memakan korban ramai kalangan ulama, raja-raja dan para pembesar kerajaan. Mereka menjadi ancaman yang ditakuti bukan sahaja kalangan pemimpin Muslim Sunni, tetapi juga kalangan raja-raja Kristian Salibi. Selama 2 kurun mereka bergerak aktif dan tidak dapat ditumpaskan, akhirnya datang Hulago Khan, penakluk berbangsa Mongol. Dia menyapu bersih kerajaan Islam di wilayah Parsi termasuklah ancaman dari KOTA AL-MAUT yang menjadi sarang ampuh golongan Hasysyasyin itu.  Pemerintah Islam gagal membanteras para munafiqin itu, tetapi kafir harbi yang datang dari daerah Utara Cina itu yang akhirnya dapat memadamkan api kejahatan mereka.

Mogol telah menghancurkan Hasy-syasyin sehingga tidak dapat bangkit lagi sebagai sebuah herakan Subversif yang paling bahaya. Namun, akidah Syiah Ismailiyyah Nizariyyah tidak lenyap. Ia terus hidup hingga hari ini di seluruh dunia. Yang paling menonjol kalangan mereka adalah kumpulan yang dinamakan Al-Agha Khaniyyah yang mana ketuanya Aga Khan IV adalah antara orang terkaya dalam dunia. Pengikutnya dianggarkan 10 juta di seluruh dunia. Kumpulan ini adalah pengikut kepada Hasan Ali Syah yang muncul di Iran dan menamakan dirinya sebagai Aga Khan I


Tonton Video Kekayaan Aga Khan ke -4: https://www.youtube.com/watch?v=P4yKXCZaMsI

Lihat fatwa mengenai kumpulan Aga Khan:https://islamqa.


Tokoh-tokoh yang dibunuh oleh puak Hasy-syasyin:


1) Wazir Nuzamul Muluk At-Tusi ( Tahun  1092 M)

2) Corrado di Monferrato - Raja Salibi di Baitul Maqdis (1192 M)

3) Qadhi Asfahan- Ubaidillah Al-Khatib.

4) Al- Aamir bi Ahkamillah, Khalifah Fatimiyyah Mesir.

5) Al-Mustarsyid Billah, Khalifah Abbasiyyah.




IMAM SARAKHSI ULAMA YANG DIPENJARA DALAM PERIGI BUTA

Kisah Imam Sarakhsi, seorang fakih mazahab Hanafi dipenjarakan adalah satu kisah yang membawa kita kagum dengan kuasa ilmu. Ia juga beri kit...