Showing posts with label Tokoh Pengkhianat. Show all posts
Showing posts with label Tokoh Pengkhianat. Show all posts

Thursday, October 12, 2023

Hibbatullah As-Syirazi

Siapakah orang ini? Inilah seorang pendakyah. Dikatakan dia seorang pendakyah kerana dia tidak layak disebut pendakwah. Dakwah itu kata mulia untuk ajakan ke arah kebaikan. Tetapi, nama orang ini direkodkan dalam sejarah sebagai penyeru ke jalan-jalan kesesatan. Dia mendakyah orang agar menganut fahaman sesatnya iaitu Syiah Ismailiyyah, satu aliran Batiniyyah yang amat merbahaya. Bahayanya lebih daripada bahaya Yahudi dan Nasrani.

Orang ini dengan tindakan beraninya masuk ke jantung ibu kota Sunni iaitu Baghdad dan mengajak orang ramai agar memberikan wala' kepada khalifah Fatimiyyah yang ada di Mesir. Khalifah Fatimiyyah itu adalah musuh dan pesaing kepada Khalifah Abbasiyyah.

Hibbatullah bin Musa bin Daud As-Syirazi, nama penuhnya lahir dalam keluarga yang kuat berpegang dengan Syiah Ismailiyyah. Ayahnya tokoh dalam mazhab Syiah Ismailiyah.  Beliau lahir tahun 390H. Dikatakan juga tahun 400 H. lahir di bandar dalam wilayah Parsi iaitu Syiraz.

Ketika beliau bergiat dalam menyebarkan dakyahnya, kerajaan Abbasiyyah berada dalam kondisi lemah. Mulai tahun 334H, Kerajaan Khalifah Abbasiyyah dikuasai oleh Kesultanan Buwaihiyyah yang bermazhab Syiah. maka Hibbatullah As-Syirazi menjadi antek-antek Kerajaan Fatimiyyah yang cuba untuk menukarkan rantau Sunnah itu menjadi wilayah yang bermazhabkan Syiah Ismailiyyah.

Namun. Allah mentakdirkan keselamatan buat bumi Sunni itu daripada dikuasai Syiah Ismailiyyah. Usaha dan penat lelah Hibbatullah menanam benih lalang hitamnya yang beracun tidak berjaya apabila pada tahun 447H, kerajaan Saljuq yang bermazhab Ahli Sunnah mengambil alih kekuasaan Buwaihiyyah dan menjadi Sultan pelindung Khalifah Abbasiyyah.

Dari tahun 334H hingga tahun 447H para penguasa Buwaihiyyah mengendalikan kerajaan Abbasiyyah. Itulah masa yang sangat getir untuk Mazhab Sunni.

Selama 113 tahun Buwaihiyyah berkuasa ke atas daulah Khilafah Bani Abbas!.

Hendak dijadikan cerita, pada tahun 429H, Hari Raya Aidil Fitri tahun itu memperlihatkan penyimpangan Hibbatullah As-Syirazi. Penduduk Syiraz kala itu majoritinya adalah bermazhab Sunni. Syiah Ismailiyyah adalah mazhab yang bergerak secara sir dan sedikit pengikutnya. Situasi itu bukan sahaja di Syiraz, bahkan di mana-mana kota dalam wilayah Parsi. Beliau bersama pengikutnya telah solat Aidil Fitri sehari sebelum masyarakat Sunni. Ini menimbulkan geger dalam masyarakat yang membawa kepada tuntutan masyarakat kepada Sultan Abu Kalijar (anaknya Abu Naser Khasru Fairuz yang digelar  Al-malikurrahim merupakan Sultan bani Buwaih terakhir) untuk menghalau keluar Hibbatullah As-Syirazi dari Syiraz. Sementelahan, Khalifah Al-Qaim billah sendiri juga mahu Hibbatullah As-Syirazi itu ditangkap dan diserahkan kepadanya. 

Dalam keadaan penolakan masyarakat Syiraz itu, beliau lari ke bandar lain  dalam wilayah Parsi juga  yang dinamakan Basa dan seterusnya pergi ke Ahwaz. Di situ pun dia dikejar dan dihalau. Maka dia melarikan diri hingga ke Mesir dan bergabung dengan induknya dan pelindungnya  di sana iatu Khalifah Fatimiyyah, Khalifah Al-Mustansir. Namun, selama dia di Mesir (Antara tahun 430 hingga 439), dia tidak berkesempatan untuk bertemu dengan Imam Syiah Ismailiyyah di sana (Khalifah Al-Mustansir). Orang yang berkuasa di sana ketika itu namanya Abu Sa'id Al-Tustari (wazir al-Mustansir). Ketua pendakyah (da'i ad-du'at) dijawat oleh Abdul Aziz bin Muhammad bin An-Nu'man Al-Qadhi.

Di Mesir dia diberikan beberapa jawatan seperti Ketua Jabatan Insya'. Namun, apa yang dia mahu adalah jawatan sebagai Ketua Pendakyah. Maka dia dihantar ke Iraq sebagai Pendakyah dengan sokongan dana yang besar dari Khalifah Fatimiyyah Mesir.. Dia dimanahkan untuk menyebarkan fahaman Syiah Ismailiyyah dan menjad agen kerajaan Fatimiyyah yang ada laporan langsung kepada khalifahnya. Dalam misi inilah dia berjaya menelurkan pemikiran anti khalifah Abbasiyyah dalam otak seorang pemimpin tentera Abbasiyyah yang dikenali sebagai Al-Basasiri. Ketika itu Al-Basasiri berkonflik dengan khalifah dan dia sangat memerlukan dahan besar buat berpaut.

Al-Basasiri kemudiannya menjadi walaun kepada khalifah Fatimiyyah. Dia berutus surat dengan Khalifah Fatimiyyah dan menyatakan taat kepadanya serta menjalankan arahan dan siasat mereka.

Apabila Tughrul Bek dari Kerajaan Saljuq memasuki Baghdad, kerja-kerja jahat lagi khianat Al-Basasiri dan Hibbatullah As-Syirazi pun terbantut. Hibbatullah As-Syirazi lari ke Ar-Rahbah. Dari sana dia mengatur siasat jahatnya dengan bantuan daripada Khalifah Fatimiyyah di Mesir yang bernama Al-Mustansir Bilah. Kerjasama dengan Al-Basasiri diteruskan dan dalam satu episod Al-Basasiri berjaya menghasut adik kepada Tughrul Bek agar berkhianat kepada abangnya. Ini menyebabkan Tughrul Bek terpaksa meninggalkan Baghdad untuk menumpaskan adik itu. Kesempatan itu digunakan oleh Al-Basasiri dan pasukannya yang terdiri daripada sekutunya serta Hibbatullah As-Syrazi untuk menyerang Baghdad dan mengambil alih kekuasaan atasnya

Kejadian itu berlaku pada Zulkaedah tahun 459H. Kota Baghdad dimasuki oleh Al-Basasiri dan Hibbatullah As-Syirazi dengan membawa panji yang tertulis nama Khalifah Al-Mustansir Billah dari Kerajaan Fatimiyyah. Banyak fasad yang terjadi dan ramai ahli sunnah yang dibunuh. Turut dibunuh adalah wazir Ibn Maslamah.

Khutbah Jumaat pun disebutkan doa untuk Al-Mustansir Billah  Al-Fatimi. Khalifah Abbasiyyah Al-Qaim dibuang negeri ke Al-Anbar. Matawang dicetak daln diletakkan nama  Khalifah Fatimiyyah.

Namun tak lama mereka berseronak dengn pencapaian sementara itu. Setelah Tughrul Bek berjaya memadamkan pemberontakan adiknya (Ibrahim Yanal) dan dihukum bunuh atas pengkhianatannya, maka Tughrul Bek balik ke Baghdad dan menumpaskan Al-Basasiri. Al-Basasiri terbunuh dan Khalifah Al-Qaim dikembalikan kepada posisinya.  

Manakala Hibbatullah As-Syirazi lari balik ke  Mesir mengheret ekor kehinaannya. Di sana dia dituduh dengan tuduhan penggubahan wang haram (pecah amanah dana  para pendakyah di Irak) . Namun, akhirnya dia diberikan jawatan sebagai Ketua Pendakyah yang jadi impiannya itu dan duduklah dia sampai mati di Mesir.

Beliau meninggal pada tahun 470H menut catatan Ivanow dalam bukunya Guide to Ismaili Literature  ms 73. Namun, menurut apa yang dicatatkan oleh Al-Hasan bin Nuh Al-Hindi dalam bukunya Kitab Al-Azhar, As-Syirazi meninggal tahun 490H. Dr Kamil Husain menyatakan bahawa As-Syirazi seharusnya mati lebih awal daripada 490H kerana catatan mengatakan Khalifah Al-Mustansir solatkan jenazahnya  dan Al-Mustansir pula meninggal pada tahun 489H.

Beliau meninggalkan beberapa kitab, antaranya:
  1. Al-Majalis Al-Muayyidiyyah
  2. Diwan Al-Muayyid
  3. Sirah Al-Muayyid Fiddin
Ironinya, siapa yang membaca kitab Sirah Al-Muayyid karyanya, akan ditemui kritikan kerasnya hingga ke peringkat mempersendakan terhadap Imam Syiah Ismailiyyah, Al-Mustansir dan ini menyalahi pengajaranya dan dakyahnya yang mengatakan para imam Syiah Ismailiyyah adalah mereka yang maksum dan tidak melakukan dosa sama sekali.

Baca: Alrased

Rujukan Kitab: Ehsan Ilahi Zahir, Al-Isma'iliyyah-Tarikhun Wal Aqaid (Ms 714-718)





PEMBERONTAKAN AL-BASASIRI

Nama penuh Al-Basasiri ialah Abu Al-Harith Arsalan bin Abdullah At-Turki Al-Basasiri. Beliau adalah hamba yang dimiliki oleh Baha'uddaulah bin 'Adhaduddaulah bin Buwaih. Reputasinya mula bersinar pada tahun 425H apabila dia berjaya memimpin tentera kerajaan menumpaskan pemberontakan Arab yang dinamakan Bani Mizyad yang meletus di sebelah Barat Baghdad. Kejayaannya itu menarik hati kerjaaan Buwaihiyyah yang menguasai Daulah Abbasiyyah ketika itu. Lalu, Al-Basasiri diberikan kepercayaan untuk misi-misi ketenteraan kerajaan.

Sementara itu, keadaan kerajaan Bani Buwaih mula melemah dengan konflik dalaman. Al-Basasiri pun memperkuatkan kedudukannya dan dia mengulang kembali perangai para askar Turki yang dulu (sebelum masuknya Bani Buwaih ke Baghdad) di mana khalifah menjadi buah catur yang tidak punya kekuasaan. Urusabn negara berada di tangannya. 

Khatib Al-Baghdadi yang hidup pada zaman itu menyebutkan bahawa khalifah Al-Qaim billah tidak boleh memutiskan sesuatu perkara melainkan dengan pandangan daripada Al-Basasiri.

Khalifah dan wazirnya Ibn Maslamah cuba menghalang kemaraan Al-Basasiri ini. Al-Basasiri bukan sahaja merampas kuasa-kuasa khalifah, tetapi dia berskongkol dengan Khalifah Fatimiyyah yang bertapak di Mesir. Antek-antek pendakyah Syiah Ismailiyyah berkeliaran di wilayah kekuasaan Khilafah Abbasiyyah dan ini menimbulkan keresahan khalifah dan wazirnya. Khaligah memberi amaran kepada kerajaan Buwaihiyyah, jika pemimpin gerakan Ismailiyyah dalam wilayah khilafah Abbasiyyah yang bernama Hibbatullah  Syirazi tidak ditangkap, bantuan daripada kerajaan Saljuk akan diminta.

Khalifah dan Wazirnya merencanakan agar Saljuk yang sedang bangkit di sebelah Asia Tengah, Khurasan dan sebahagian Iran dijemput untuk membantunya menyelesaikan ancaman itu. Kekuatan baru itu bermazhab Sunni, sama dengan mazhab para khalifah Abbasiyyah sejak zaman berzaman.

Kedatangan pasukan Saljuq yang dipimpin oleh Tugrul Bek memaksa Al-Basasiri mencari tempat selamat. Dia berlindung di Ar-Rahbah dan dari sana dia berhubung dengan Khalifah Al-Mustansir dari Kerajaan Fatimiyyah Mesir. Pihak kerajaan Fatimiyyah Mesir menugaskan Hibbatullah Syirazi, seornag pendakwah Syiah Ismailiyah yang ta'sub untuk membimbing dan memebri nasihat kepada Al-Basasiri. Dalam pada itu, Tugrul Bek menugaskan adiknya Ibrahim Enal untuk berdepan dengan Al-Basasiri yang menjadi ancaman keberadaan Saljuq di Iraq. 

Namun, dengan helah dan tawaran yang dikemukakan oleh kumpulan Al-Basasiri , termasuk kepintaran mengatur siasast oleh Hibbatullah Syirazi itu, Ibrahim Yanal berubah dan mengkhianti abangnya Tghrul Bek. Dia mufaraqah dengan fasukannya dab menguasai Hamazan. Bila hal itu diketahui oleh Tughrul Bek, alangkah marahnya dia. Dia pun mengamanahkan Baghdad kepada Amidul Malik Al-Kandari bersama sebahagian kecil pasukannya. Kemudian sampai khabar kepada pasukan di Baghdad bahawa Tughrul Bek dikalahkan oleh adiknya itu.

Sementara Al-Basasiri, bile dia mendangatr bahawa Tughrul Bek sudah keluar dari Baghdad (untuk memadam pemberontakan adiknya) , dia mengambil peluang untuk masuk ke Baghdad. Nurullah Dabbis mendahului Al-Basasiri datang ke Baghdad untuk menyelamatkan Khalifah dan memberitahu mereka rancangan Al-Basasiri itu. Dia mengajak mereka berlindung di negerinya. Cuma Khalifah dan Wazirnya Ibn Masalmah enggan meninggalkan Baghdad. Wazir kepada Tughrul Bek, Amidul Malik Al-Kandari mengambil peluang untuk mengikut Nurullah Dabbis dan dengan itu dia terselamat daripada bahaya Al-Basasiri yang sedang mampir.

Al-Basasiri dan juga Quraisy bin Badran memasuki dan menakluki Baghdad pada tahun 450H . Mereka menyerang istana khalifah. Khalifah dan mereka yang bersamanya menyerah dan minta kemanan.Quraisy bin Badran pun memberikannya keamanan. Hal itu menimbulkan ketidakpuasan hati di pigak Al-basasiri kerana menurutnya mereka sudah berjanji akan buat keputusan bersama.  Namun, Quraisy bin Badran menegaskan bahawa dia tidak melanggar janji. Cuma dia mahukan khalifah dan wazirnya Ibn Maslamah diserahkan kepada Al-Basasiri. Oleh Quraisy bin Badran, khalifah diserahkan kepada pakciknya yang bernama Maharisy bin Mujla Al-Uqaily  (seorang pemimpin Arab di tempat bernama Hadithah). Dia seorang yang banyak solat dan suka bersedekah. Khalifah dimuliakannya dan kerana itu, khalifah kemudiannya menghargai budinya dan membalasnya dengan baik. Sementara nasib wazir Ibn Masalamah yang berada di tangan Al-Basasiri amatlah malang. Kerana Al-Basasiri melihatnya sebagain biang keladi yang menyebabkan apa yang telah menimpanya, wazir itu kemudiannya dihukum bunuh.

Kekalahan khalifah Al-Qaib dari Bani Abbas itu amat mengembirakan Khalifah Fatimiyyah, Al-Mustansir. Dia mengirim hadiah kepada Maharis 10 ribu dinar dan meminta agar Khalifah Bani Abbas itu dikirimkan kepadanya. Rancangan Al-Mustansir adalah dia mahu menangap khalifah Al-Qaim dan kemudian mengembalikan tahtanya dan kekhalifahannya semula. Namun, rancangan itu tidak berjaya. Ada dua sebab kenapa khalifah Al-Qaim tidak jadi diminta hantar ke Mesir iaitu:

1) Wazir khalifah Al-Mustansir yang bernama Abul Faraj Al-Maghribi menasihatinya khalifah Al-Mustansir agar berwaspada dengan Al-Basasiri  kerana ketika dia ke Iraq dan duduk bersama Al-Basasiri, dia telah berkonflik dengan Al-Basasiri dan mencelanya. Setelah itu dia lari balik ke Mesir. Dia bimbang Al-Basasir akan mebalas atasnya.

2) Mesir sedang mengalami kemerosotan ekonomi, inflasi dan wabak. Dalam keadaan demikian, penyaluran dana kepada Al-Basasiri tidak dapat dibuat. Jika tidak dapat dibuat, bagaimana mahu membuat tukar ganti dengannya?

Selama setahun selepas pemberontakannya, Al-Basasiri menguasai kota Baghdad. Selama itu, khutbah-khtbah jumaat di masjid kota Baghdad dipaksa membacakan doa untuk khalifah Al-Mustansir dan matawang dicetakkan nama Al-Mustansir.

Sementara Tughrul Bek ketika itu sibuk menangani pemberontakan adiknya, Ibrahim Yanal di Hamzan. Pun begitu, dia cuba membuat tawaran dan kesepakatan kepada Quraisy bin Badran. Dia mengutuskan surat kepadanya dan dan mengajaknya menjauhi Al-Basasiri. Tughrul Bek juga menyatakan penghargaannya atas layanan baik kepada Sayyidah Arsalan Khatun binti Daud yang merupakan isteri kepada khalifah Al-Qaim. (dia adalah anak saudara kepada Tughrul Bek ).

Siasat Tugrul Bek ini berhasil memecahkan antara Al-Basasiri dengan Quraisy bin Badran. Qurasiy bin Badran mula mempersoalkan kepada Al-Basasiri rasional atas apa yang mereka lakukan. Mereka memilih berpihak kepada Khalifah Fatmiyyah, namun mereka dalam keadaan terbiar dan tiada bantuan. Maka dia mengajak Al-Basasiri mengembalikan khalifah kepada posisinya Namun, pendapat Quraisy bin Badran itu tidak diendahkan oleh Al-Basasiri.

Dalam pada itu, Tughrul Bek telah dapat menewaskan pemberontakan adiknya. Hukuman tegas dan setimpal telah diberikan. Ibrahim Yanal dihukum bunuh tanpa ampun. Biarpunsaudara darah daging sendiri. pengkhinatan adalah dosa politik yang jawapannya hanya satu. Bunuh. Demikian tercatat dalam sejarah panjang bahawa para pengkhianat akhirnya dihukum bunuh!

Quraisy bin Badran  yang mengetahui bahawa Tughrul Bek akan kembali merebut Baghdad mengambil keputusan untuk membawa kaum kerabatnya menyisih ke kawasan pendalaman sebelum Tughrul Bek kembali menyerang Baghdad dan jika itu berlaku, dia terpaksa berdepan langsung dengan Tughrul Bek.

Al-Basasiri kemudiannya kehilangan kawan-kawan yang sebelum ini bersamanya. Dia cuba mendapat dokongan daripada Nurullah Dabbis. Namun, Nurullah Dabbis juga tidak mahu terjun dalam perang terbuka dengan Sultan Tughrul Bek. Ketika para pemimpin kota-kota sekitar juga terpana dan terpaku kebingungan. Ketakutan telah menyelinap dalam diri masing-masing.

Al-Basasiri, pandai makan pandai tanggung. Dengan baliknya Tuhrul Bek ke Baghdad pada tahun 451, pengkhianatan Al-Basasiri pun dapat ditumpaskan. Al-Basairi, hukumnya tidak ada yang lain kecuali dipengal leher. Demikian balasan yang layak buatnya. Tempoh berbulan madu setahun itu amatlah nipis jika dibandingkan dengan kesudahan tragis yang dia hadapi.

Dengan kemenangan Tughrul Bek, pengaruh Fatimiyyah di Baghdad pun dipadamkan. Syaitan-syaitan Syiah Ismailiyyah yang selama ini berdansa di kota warisan Sunni itu pun lari terbirit-birit. Ada yang masuk bersumbunyi dalam sirdab. Ada yang reban bangun mengheret ekor lari menuju Mesir.

Maka, pemberontakan Al-Basasiri telah menjadi satu kenangan pahit dalam sejarah Islam Sejarah Khilafah Sunniyyah Bani Abbas. Bahawa , kemunculan seseorang ke perdu kuasa hendaklah sentiasa dipantau. Pemimpin jangan sambil lewa. Membiarkan kuasa dibidakcaturkan oleh pihak lain akan menatijahkan netapa dan kerugian di belakang hari. 

Satu hal yang hendaklah kita ingat dan kita berterimakasih sentiasa ialah jasa para pahlawan Saljuk, khusunya pemimpin awalnya yang bernama Tughrul Bek. Dia adaalh pemimpin kiriman Allah untuk menyelamatkan dunia Islam dan menegakkan Sunnah serta menghancurkan bid'ah yang sedang merajalela dewasa itu. Hampir keseluruhan dunia Islam, dari Timur hingga ke Barat, mencecah Sijilmassah di Maghrib, Syiah dengan pegangan dan akidah bid'ah mereka sedang mlahap ganas.

Andainya tidak muncul tokoh seulung Tughrul Bek, entah apa lah akan jadi pada dunia Islam. Dunia Islam hanya akan mengenal Syiah yang menunggang dakwaan Ahlil Bait dalam dakway mereka. Padahal, Ahlul bait tiada kaitan dengan mereka dan bukan wahana Ahlil Bait yang mereka perjuangkan. Hanya demi kekuasaan, mereka mencicipi madu manis Ahli Bait.

Pengkhianat seperti Al-Basasiri akan sentiasa ada dalam putaran sejarah. Setiap kali muncul pengkhianat, di sana pastu bangkit pejuang kebenaran yang akan menumpaskannya . Itulah sunnatullah yang tidka pernah dimungkiri!




Bersambung....

Pada tahun 451H, dalam peperangan antara pasukan Tughrul Bek dengan Pasukan para pengkhianat khalifah yang didiketua Al-Basasiri, Al-Basasiri dapat dibunuh . Kepalanya di bawa kepada Tughrul Bek dan dihantar kepada khalifah Al-Qaim . Penduduk baghdad menyambut kejayaan itu dengan gembira.

Rujukan: Aljazeera

IMAM SARAKHSI ULAMA YANG DIPENJARA DALAM PERIGI BUTA

Kisah Imam Sarakhsi, seorang fakih mazahab Hanafi dipenjarakan adalah satu kisah yang membawa kita kagum dengan kuasa ilmu. Ia juga beri kit...