Pada tahun 1453, kerajaan Byzantine tamat apabila ibu kotanya Kostantinopel jatuh ke tangan Khilafah Othmaniyah. Ketika itu, di Moscow berada di bawah kekuasaan Putera Agung Moscow ketika itu iaitu Vasily II yang juga dikenali sebagai Vasily The Blind. Dia bertahta antara tahun 1425 hingga 1462. Semasa pemerintahannya, dia berjaya menamatkan Perang Saudara Muskovit yang telah berlangsung lama sebelumnya. Perang saudara itu berlangsung antara tahun 1425 hingga 1453. Dia telah menewaskan pencabarnya yang bersaing untuk kekuasaan iaitu Dmitry Shemyaka yang merupakan anak kepada Yuri Dmitrievich. Dahulu, pada ketika usia Vasily II 10 tahun naik tahta, bapa saudaranya, Yuri Dmitrievich merasakan dia lebih layak menggantikan saudaranya Vasily I.
* Vasily II berhadapan dengan tuntutan bapa saudaranya Yuri Dmitrievich serta anak-anaknya Vasily Kosoy dan Dmitry Shemyaka. Dia pernah dikalahkan oleh pasukan Tartar dan ditawan. lalu ketika itu Dmitry Shemyaka (sepupunya) menguasai tahta Moscow dan Vasily II dibutakan matanya supaya hilang kemampuan. Namun itu tidak menjadikan dia kalah dalam persaingan tahta. Dia akhirnya berjaya mengalahkan Dmitry Shemyaka dan mengambil tahtanya semula. Dmitry Shemyaka melarikan diri ke Novgorod pada tahun 1452. Menurut cerita yang beredar, Vasily II yang buta kerana perbuatan Dmitry Shemyanka mengirim mata-mata yang berjaya merasuah tukang masak Dmitry Shemyaka agar memasukkan racun dalam makanannya. Muslihat itu berjaya menamatkan riwayat Dmitry Shemyaka.
Muhammad Al-Fatih daripada Othmaniah berjaya mengambil alih Kostantinopel. Vasily II pula berjaya mengukuhkan kedudukan di Moscow dan mengalahkan pesaingnya. Kerana dia buta (dibutakan oleh musuh-musuhnya), dia dibantu oleh anaknya Ivan III (yang digelar Ivan The Great) sebagai raja bersama. Anaknya itu saat itu (1453) berusia 13 tahun.
Apabila Vasily II mangkat pada tahun 1462, Ivan III mengambil alih kekuasaan sepenuhnya. Kehilangan kekuasaan Kristian Orttodok akibat kejatuhan Kostantinopel menyebabkan terdapat kempen agar legasinya diteruskan di Moscow dengan menjadikan Moscow sebagai Kota Rom yang ketiga. Sementelahan pula, Ivan III telah mengahwini anak saudara maharaja terakhir Byzantine ( Constantine XI Palaiologos) yang bernama Zoe Palaiologina. Perkahwinan itu menjadikan tradisi istana Bayzantine dibawa ke Moscow.
*Kisah perkahwinan Zoe Palaiologos (yang kemudiannya dikenali Sophia) bermula daripada kisah pelariannya meninggalkan wilayah Morea, Greek, yang diperintah ayahnya yang kalah dan ditawan Sultan Muhammad Al-Fatih. Dia dan adik beradiknya lari ke Rom dan dijaga oleh Paus Paul II , ketua Krintian Katolik di Vetican City. Sophia menampilkan dirinya sebagai penganut Katolik sehingga Paus Paul II pun merencanakan perkahwinan dengan Putera Agung Moscow , Ivan III yang baru kematian isteri. Harapan Paus Paul II adalah untuk menjadikan ia jambatan penyatuan antara gereja Katolik Barat dengan Gereja Ortodok Timur.
*Morea terletak di Semenanjung Peloponnese, selatan Greece. Waktu Konstantinopel jatuh, Morea berada dibawah kekuasaan ayah Sophia iaitu Thomas Palaiologos. Beliau itu adalah saudara kepada Maharaja Byzantine terakhir yang mati terkorban dalam mempertahankan Konstantinopel. Namanya Constantine XI Palaiologos. Maka, dari sudut kerabat maharaja, Sophia itu adalah anak saudara maharaja Byzantine. Morea bertahan sampai tahun 1460. Sultan AL-Fatih akhirnya dapat tawan Morea pada tahun itu.Thomas Palaiologos melarikan diri ke Pulau Corfu dan seterusnya ke Itali bersama keluarganya. Usia Sophia saat itu masih kecil. Tahun 1465, Thomas dan isterinya Catherine dari Achaea meninggal meninggalkan anak-anaknya yatim. Paus Paul II melihat mereka sebagai peluangnya untuk rancnagan jangka panjangnya, iaitu penyatuan gereka timur dengan geraja barat. Antara Katolik dengan Ortodok. Sophia dan dua abangnya Andreas dan Manuel telah dipelihara Kardinal Bessarion, seorang yang asalnya dari tradisi gerreja timur tetapi juga mahu menyatukan dua aliran kristian itu.
Namun, yang berlaku adalah tidak seperti yang dikehendaki Paus. Apabila Sophia tiba di Moscow pada 1572 dia kembali menjadi penganut Ortodok yang menjadi agama leluhurnya. Zoe atau Sophia itu mempunyai pengaruh besar dalam istana Moscow. Dia menerapkan adat istiadat Byzantine menggantikan adat istiada Muskovit. Dia juga mengangkat lambang helang berkepala dua yang digunakan kerajaan Byzantine dulu untuk dijadikan lambang kerajaan di Moscow.
Sophia melahirkan 11 anak. Antara anaknya itu ialah Vasily III yang naik tahta pada tahun 1505 apabila Ivan III mangkat. Dia menjadi Putera Agung Moscow sehingga mangkatnya pada tahun 1533. Setelah itu anaknya Ivan IV (dikenali Ivan The Terrible)-Ivan yang ganas, naik tahta.
Ivan IV adalah Putera Agong Moscow yang pertama menggunakan gelaran Czar/Tsar.
Pemerintahan pada peringkat awal sangat disukai rakyat dan cemerlang. Dia meluaskan kekuasaan dan membuat pelbagai reformasi dalam negara. Namun, apabila isterinya Anastasia Ramanovna mati pada tahun 1560, dia mengalami gangguan mental atau lebih tepat terperangkap dalam paranoia. Dia menuduh ada kalangan bangsawan yang bunuh isterinya dan mahu menjatuhkannya. Ini menjadikan dia menjadi ganas dan sukar diduga tindakannya.
Sebenarnya perkataan Terrible yang disandarkan kepadanya asalnya adalah terjemahan kata "Grozny" da;am bahasa Rusia yang bermaksud hebat, berkuasa dan ditakuti musuh. Ia adalah satu bentuk pujian dan sanjungan. Tapi bile diterjemahkan kepada bahasa Inggeris, ia menjadi terrible, satu gambaran negatif. Walaubagaimanapun, jika dilihat perubahannya pada akhir kekuasaannya, gelaran teriible itu ada benarnya.
Apabila Ivan IV mangkat pada 1584, anaknya yang bernama Feodor naik tahta dan memerintah hingga tahun 1598. Namun, Feodor seornag raja yang tidak berfungsi. Mujur ada abang iparnya(Boris Godonov) yang bijak memerintah , menguruskan negara bagi pihaknya. Sementara Feodor seorang yang wataknya lemah lembut, kristian yang taat dan banyak berdoa di gereja.
Apabila Feodor mangkat tahun 1598, Boris Godonov menonjolkan dirinya sebagai Tsar kerana Feodor tiada pewaris. Melalui pengiktirafan oleh Zemsky Sabor ( Perhimpunan Kebangsaan Rusia yang terdiri daripada golongan bangsawan, paderi, dan rakyat), dia akhirnya dinaikkan jadi Tsar walaupun dia bukan dari keturunan Rurik.
Naiknya beliau jadi Tsar tidak membawa kestabilan panjang. Masalah timbul apabila muncul seorang yang mengaku sebagai Putera Dmitry(iaitu anak Ivan IV) yang terselamat daripada konspirasi bunbuh oleh Boris Godonov.
*Putera Dmitry Ivanovich adalah anak bongsu Ivan IV. Namun dia dikatakan mati padda tahun 1591 di Uglich. Kematian dikatakan kerana serangan sawan dan tertikan pisau yang dipegangnya. Ada juga teori mengatakan ia dibunuh atas siasast Boris Gudonov yang ketika itu berkuasa di belakang Tsar Feodor I. Kemudiannya muncul cerita mengatakan dia tidak mati tetapi diselamatkan oleh oleh seseorang dari keluarga Nagoy dan dibesarkan secara rahsia. Sehingga apabial masalah kelayakan Boris Godonov dipertikaikan, teori hidupnya Dmitry menjadi laku.
Ia disebut dalam cerita sejarah sebagai Dmitry palsu kerana dia sebenarnya adalah seorang rahib pelarian bernama Grigory Otrepyev. Tentera Poland dan Masyarakat Petani Rusia menyokong kempennya melawan Tsar Boris.
Pada tahun 1605, Boris Godonov mangkat kerana serangan jantung. Dia digantikan pula oleh anaknya iaitu Feodor II sebagai Tsar. Namun, dia tidak lama sebagai Tsar. Dmitry palsu telah mula memasuki Moscow dan tentera Rusia berpaling tadah meninggalkan Feodor II. Dia dan ibunya telah ditangkap dan dibunuh dengan kejam.
Kemudian Dmitry Palsu itu pun jadi Tsar. Namun, dia hanya bertahan sekitar 11 bulan. Dia akhirnya jatuh digulingkan rakyat pada tahun 1606 kerana kepalsuannya sebagai anak Ivan IV kelihatan. Antaranya dia tidak mengamalkan adat-adat Tsar tradisonal dan cuba memasukkan anasir katolik ke dalam istana.
Ppada 17 Mei 1606 sekumpulan bangsawan dipimpin oleh seorang yang bernama Vasily Shuisky memberontak dan menggulingkannya. Mereka membunuh Tsar Dmitry palsu.
Kematian Dmitry Palsu itu penuh dengan penghinaan. Dia dibunuh dan ditelanjangkan serta dipamerkan. Dia ditanam kemudiannya digali semula dan mayatnya dibakar jadi abu. Abu itu dicampur dengan ubat bedil meriam dan ditembak menghala ke Poland.
Selepas matinya Dmitry palsu itu, Vasily Suisky diangkat jadi Tsar. Namun konflik, ketidakpuasan dan persaingan kuasa terus berlaku. Keadaan masih kacau. Tiba-tiba muncul pula orang yang mendakwa dirinya Dmitry yang sebenar. Kita namanya orang itu Dmitry Palsu II. Dia muncul di bandar Starodub pada tahun 1607 dan bangkit melawan Vasily Shuisky. Di menjadikan Tushino sebagai pusat aktivitinya. Dia membina pasukan tentera dan istana. Isteri Dmitry Palsu I, Marina Mniszech mengakui Dmitry Palsu II sebagai suaminya.
Walaubagaimanapun, tahun 1610, Vasily Shuisky dengan dibantu oleh tentera Sweden berjaya menekam kem Dmitry Palsu II menyebatkan dia lari ke Kaluga. Dari sana dia berusaha melawan dan merebut tahta. Tetapi, akhirnya dia dibunuh oleh salah seorang pengikutnya sendiri
Kematian Dmitry Palsu II tidak menjadikan Vasily Shuisky menang. Dia sendiri digulingkan oleh bangsawan istana. Berlaku kekosongan kuasa. Campurtangan asing pun semakin parah.
Dalam keadaan kacau, moscow tiada pemimpin utama, muncul pula seorang lagi Dmitry Palsu. Kita namakan Dmitry Palsu III. Dia disokong oleh sebahagian Cossack dan penduduk Pskov. Namun, padda tahun 1612, dia ditangkap dan dihukum mati.
Pada msa-masa penuh krisi ini, kuasa asing mengambil alih Moscow dan wilayah-wilayah Rusia. Poland berkuasa di Moscow. Tentera Sweeden menguasai wilayah-wilayah sekitar. Bangsawan Rusia hilang arah dan cuba melantik Putera Władysław, anak Raja Sigismund III ari Poland sebagai Tsar. Namun upaya itu tidak berjaya.
Usaha pihak tertentu dalam Rusia membentuk pasukan tentera yang dinamakan Second Militia membawa kepada kejayaan menghalau keluar tentera Poland. Bila pengaruh asing disingkirkan dari Rusia, barulah penentuan siapa Tsar baru yang akan dilantik disidangkan. Persidangan Zemsky Sabor pun diadakan pada tahun 1613. Hasil persidangan itu, pilihan jatuh ke atas Mikhail Fyodorovich Romanov, seorang pemuda berusia 16 tahun yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan dinasti Rurikid terdahulu. Beliau dipilih pada Februari 1613 dan ditabalkan pada Julai tahun yang sama.
Perlantikan Mikhail Fyodorovich Romanov membawa Rusia ke era yang lebih baik. Masa-masa kacau sedikit demi sedikit beransur hilang. Ada pemberontakan dari saki baki penyokong Dmitry palsu namun akhirnya dipadamkan. Ancaman kuasa asing diselesaikan di meja rundinga. Rusia korbankan beberapa wilayah demi menstabilkan diri melalui perjanjian dengan Poland dan Lithuania.
Mikhail Fyodorovich Romanov menjadi Tsar hinggalah mangkatnya pada tahun 1645. Namun, pewarisan tahta berjalan lancar kepadda anaknya Alexei Mikhailovich. Setelah itu peralihan kuasa berjalan lancar dalam keluarga Ramanov. Dinasti ini dinamakan Dinasti Ramanov. Ia bertahan selama sekitar 300 tahun sehinggalah Tsar terakhir iaitu Nicholas II yang digulingkan pada tahun 1917.
Pada tahun itu berlaku revolusi Februari yang menjatuhkan sistem beraja dan berlaku revolusi Oktober yang membawa kepada naiknya golongan Bolshevik pimpinan Vladimir Lenin ke tampuk kuasa.
Pada 16-17 Julai 1918, dibawah pemerintahan Bolshevik, Nicholas II beserta lima anaknya dan beberapa pengiring diraja telah dibunuh. Pembunuhan itu dibuat oleh pihak berkuasa Bolshevik tempatan bagi menutup kemungkinan ancaman masa depan dari pengaruh keluarga Tsar.
Zaman sudah berubah. Rusia suddah mennjaid negara baru tanpa raja. Pemimpinnya adalah presiden. Ia sudah jadi republik. Elit istana sudah lama hidup mewah dalam negara. Mereka perlu ditamatkan riwayat dan dilenyapkan! Mereka yang telah mencapai kemuncak tidak perlu disedikna bila terbenam di lubang paling dalam.
Jika pernah mencapai langit yang tinggi, bersedialah juga jatuh ke dasar terendah.
Demikianlah hukum dalam sejarah.




