Dua Beradik yang dimaksudkan dalam penulisan ini adalah Al-Amin dan Al-Makmun. Mereka berdua adalah putera kepada khalifah harun Ar-Rasyid. Al-Amin adalah anak dari isteri Khalifah Harun yang bernama Siti Zubaidah. Manakala Al-makmun adalah anak yang dilahirkan melalui hamba Harun yang bernama Marajil.
Al-Makmun adalah abang kepada Al-Amin. Mereka sama ayah tetapi berlainan ibu.
Bila sudah dewasa dan Harun pun kian tua, dia mula memikirkan cara mewariskan kerajaannya kepada dua anaknya. Maka, dilantiklah anaknya Al-Amin sebagai putera mahkota dan itu adalah pengaruh daripada isterinya yang bernama Zubaidah.
Kira Zubaidah itu iron lady dalam negara. Katanya diambil kira oleh Khalifah Harun. Maka, dia tentu mahu anaknya jadi pengganti dan Harun tidak mampu menolak. Sedangkan Al-Makmun juga anaknya.
Untuk melegakan perasaan Al-Makmun, dia ditetapkan sebagai putera mahkoa kedua iaitu pengganti kepada Al-Amin. Selain itu,Al-Makmun juga diberikan kuasa ke atas wilayah Khurasan dan Ar-Ray.
Ada satu watak yang bermain di belakang tabir dalam keluarga khalifah ini. Beliau adalah wazir Al-Fadhlu bin Ar-Rabi', yang mulanya merupakan wazir kepada Harun dan kemudian meneruskan posisinya di samping Al-Amin. Dialah penghasut yang mencetuskan api pepernagan antara dua saudara.
Al-Amin tidak sama dengan dengan Al-Makmun. Al-Amin membesar sebagai anak manja yang hidupnya senang lenang dan tidka memikirkan hal ehwal negara. Dia tidak mendalami politik dan membina perhubungan dengan seksyen-seksyen penting dalam negara seperti para ulamam ketua-ketua kabilah dan para gabaneor wilayah. Berbeza dengan Al-Makmun, dia bangkit sebagai seorang administrator yang berkaliber.
Api pergaduhan antara Al-Amin dan Al-makmun berakhir dengan terbunuhnya Al-Amin di tangan panglima tentera yang mendokong Al-Makmun iaitu Tahir bin Al-Hussain ( Baca Artikal Sebelum: Tahir bin Al-Husain)
Catatan Ibn Al-Athir dalam Al-Kamil Fi At-Tarikh menggambarkan kekejaman penguasa Abbasiyyah yang bernama Yahya bin Muhammad, iatu saudara kepada Abu Al-Abbas As-Saffah ke atas penduduk Mosul:
المجلد الخامس - ذكر ولاية يحيى بن محمد الموصل وما قيل فيها
وفي هذه السنة استعمل السفاح أخاه يحيى بن محمد على الموصل عوض محمدابن صول ، وكان سبب ذلك أن أهل الموصل امتنعوا من طاعة محمد بن صول وقالوا : يلي علينا مولى الخثعم وأخرجوه عنهم فكتب إلى السفاح بذلك ، واستعمل عليهم أخاه يحيى بن محمد وسيره إليها في اثني عشر ألف رجل فنزل قصر الإمارة مجانب مسجد الجامع ولم يظهر لاهل الموصل شيئاً ينكرونه ولم يعترضهم فيما يفعلونه ، ثم دعاهم فقتل منهم اثني عشر رجلاً فنفر أهل البلد وحملوا السلاح فأعطاهم الأمان وأمر فنودي من دخل الجامع فهو آمن ، فأتاه الناس يهرعون إليه فأقام يحيى الرجال على أبواب الجامع فقتلوا الناس قتلاً ذريعاً اسرفوا فيه فقيل : كان السبب في قتل أهل الموصل ما ظهر منهم من محبة بني أمية وكراهة بني العباس وأن امرأة غسلت رأسها وألقت الخطمي من السطح فوقع على رأس بعض الخراسانية فظنها فعلت ذلك تعمدًا فهاجم الدار وقتل أهلها فثار أهل البلد وقتلوه وثارت الفتنة وفيمن قتل معروف بن أبي معروف وكان زاهدًا عابدًا وقد أدرك كثيرًا من الصحابة ز ذكر عدة حوادث وفيها وجه السفاح أخاه المنصور واليًا على الجزيرة وأذربيجان وأرمينية وفيها عزل عمه داود بن علي عن الكوفة وسوادها وولاه المدينة ومكة واليمن واليمامة وولى موضعه من عمل الكوفة ابن أخيه عيسى بن موسى بن محمد فاستقضى عيسى على الكوفة ابن أبي ليلى.
Pada tahun ini (132H), Al-Saffah menggunakan saudaranya Yahya bin Muhammad untuk memerintah Mosul dan bukannya Muhammad bin Saul. Alasannya adalah kerana penduduk Mosul enggan mematuhi Muhammad bin Saul dan berkata: Hamba Al-Khat'am adalah datang kepada kami, dan mereka mengeluarkannya dari mereka. Maka dia menulis kepada Al-Saffah tentang hal ini, dan menggunakan saudaranya Yahya bin Muhammad untuk melawan mereka dan membawanya ke sana dalam dua belas ribu orang, maka Istana Emirat berkhemah di sebelah Al- Masjid Jami', dan tidak mendedahkan kepada penduduk Mosul apa-apa yang mereka nafikan, dan tidak pula membantah apa yang mereka lakukan, lalu dia memanggil mereka dan membunuh dua belas daripada mereka, maka penduduk negeri itu melarikan diri dan mengangkat senjata. memberi keselamatan kepada mereka dan memerintahkan supaya sesiapa yang masuk ke dalam masjid dipanggil selamat, maka orang ramai datang kepadanya, maka Yahya tinggal bersama orang-orang itu. Di pintu gerbang masjid, mereka membunuh orang dengan cara yang melampau lagi kejam, dan dikatakan:
Alasan membunuh penduduk Mosul adalah kecintaan mereka kepada Bani Umayyah dan kebencian kepada Bani Abbasiyah. Seorang wanita mencuci kepalanya dan melemparkan marshmallow dari atas bumbung dan jatuh ke atas kepala beberapa Khorasani. Dia menyangka dia telah melakukan itu dengan sengaja. , maka dia menyerang rumah itu dan membunuh penduduknya. Penduduk kota itu memberontak dan membunuhnya, dan timbul perselisihan. Dan siapakah yang membunuh Ma'ruf bin Ubay? Dia terkenal dan seorang zuhud dan ahli ibadah, dan dia bertemu dengan banyak orang. Beliau menyebutkan beberapa kejadian di mana pembunuh itu melantik saudaranya Al-Mansur sebagai gabenor Semenanjung, Azerbaijan, dan Armenia, dan di mana beliau mengeluarkan bapa saudaranya Dawud bin Ali dari Kufah dan wilayahnya, dan melantiknya gabenor Madinah. , Mekah, Yaman, dan Al-Yamamah. Anak saudaranya Isa bin Musa bin Muhammad mengambil alih tempatnya dari pekerjaan Kufah, dan dia melantk Ibn Abi Laila menjadi hakim di Kufah.
1) ابو العباس السفاح 749-754. 2 ) ابو جعفر المنصور 754- 775. 3 ) محمد المهدي 775-786. 4 ) موسى الهادي 786-787. 5 ) هارون الرشيد 787-809. 6 ) محمد الأمين 809-814. 7 ) عبد الله المأمون 814-833. 8) محمد المعتصم بالله 833-842. 9 )هارون الواثق بالله 842-847. 10) جعفر المتوكل على الله 847-862. 11 ) محمد المنتصر بالله 862 12 ) احمد المستعين بالله 862-866. 13 ) زبير المعتز بالله 866-869. 14 ) محمد المهتدي بالله 869-870. 15 ) احمد المعتمد على الله 870-892. 16 ) احمد المعتضد بالله 892-902. 17 ) علي المكتفي بالله 902-908. 18 ) جعفر المقتدر بالله 908-932. 19 ) محمد القاهر بالله 932-934. 20 ) محمد الراضي بالله 934-940. 21 ) ابراهيم المتقي لله 940-944. 22 ) عبد الله المستكفي بالله 944-946. 23 ) فضل المطيع لله 946-974. 24 ) عبد الكريم الطائع بالله 974-991. 25 ) احمد القادر بالله 991-1031. 26) عبد الله القائم بأمر الله 1031-1075. 27 ) عبد الله المقتدي بأمر الله 1075-1094. 28 ) احمد المستظهر بالله 1094-1118. 29 ) فضل المسترشد بالله 1118-1135. 30 ) منصور الراشد بالله 1135-1138. 31 ) محمد المقتفي لأمر الله 1138-1160. 32 ) يوسف المستنجد بالله 1160-1170. 33 ) حسن المستضئ بأمر الله 1170-1180. 34 ) احمد الناصر لدين الله 1180-1225. 35 ) محمد الظاهر بأمر الله 1225-1226. 36 ) منصور المستنصر بالله 1226-1242. 37 ) عبد الله المستعصم بالله 1242-1258.
Pemerintahan Khilafah Abbasiyyah bermula dari zaman Al-Makmun memperlihatkan pengaruh Parsi mula mendominasi kerajaan. Ini kerana Al-Makmun sendiri adalah anak kepada hamba Parsi kepunyaan Khalifah Harun Ar-Rasyid yang bernama Marajil. Al-Makmun dijadikan gabenor di Khurasan semasa ayahnya masih hidup. Apabila perlaku perang saudara antara Al-Makmun derngan Al-Amin, maka Al-Makmun telah memenangi sengketa itu dan wazirnya bernama Al-Fadhl bin Sahal.
Di sini, pengaruh Parsi sudah mula menguasai istana khalifah dan ia berlangsung sehingga zaman.
Namun, pada zaman Khalifah Al-Mu'tasim, dalam rangka mengurangkan pengaruh Parsi, beliau mula mengambil khidmat orang-ornag Turki dalam ketenteraan.
Fasa Kedua Khilafah Abbasiyyah adalah di mana pengaruh Turki mula meresap dan mengusai pemerintahan Daulah Khilafah. Ia bermula daripada masa naiknya Khalifah Al-Mutawakkil bin Al-Muktasim menjadi Khalifah hingga ke zaman pemerintahan Khalifah Al-Mustakfi Billah.
Zaman ini ditandai dengan kerapnya pertukaran khalifah dan khalifah tiada kuasa kerana kekuasaan sebenar ada pada para menteri dan jenderal tentera yang dipegang oleh orang-ornag Turki. Khlifah hanyalah lambang yang digunakan namanya dalam khutbah dan doa-doa.
Hinggalah orang Turki mula menguasai sektor penting dalam ketenteraan. Hal ini telah menimbulkan ancaman kepada kebebasan khalifah. Hatta, pada zaman Al-Mutawakkil, dia mati dibunuh oleh pegawai-pegawai tentera daripada bangsa Turki. Selepas naiknya anak Al-Mutawakkil iaitu Al-Mustansir, pengaruh Turki dalam pemerintahan sudah mengental.
Ketua-ketua tentera dikuasai oleh ornag Turki sehinggalah kemudiannya ornag Turkilah memegang urus tadbir di wilayah-wilayah dalam negara Islam.
Khalifah Al-Mutawakkil ialah khalifah ke-10 dalam senarai Khalifah Abbasiyyah. Nama beliau adalah Abu Al-Fadhl Jaafar Al-Mutawakkil 'Alallah bin Al-Mu'tazim bin harun Ar-Rasyid bin Muhammad Al-mahdi bin Abu Ja'jAafar Al-Mansur binj Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas bin Abdul Mutallib.
Beliau naik menjadi khalifah menggantikan saudaranya yang digelar Khalifah Al-Wathiq billah. Ibunya dalah seorsng hamba berbangsa Turki yang bernama Syuja'
Beliau mengambil mazhab Syafie sebagai ikutannya dan di kalangan ulama seperti Imam Az-Zahabi dan Khalifah ibn Khayyat, Almutawakkil dikenali sebagai Muhyi As-Sunnah Wa Mumitu Al-Bid'ah (Penghidup Sunnah dan Pemungkas Bid'ah) kerana pada zamannya golongan Muktazilah yang menimbulkan fitnah Khalqul Quran dan menjadikannya mazhab negara telah ditamatkan.
Qadhi Basrah, Ibrahim bin Muhamamd At-Taimi memujinya dengan mengatakan:
الخلفاء ثلاثة: أبو بكر الصديق قاتلَ أهل الردة حتى استجابوا له، وعمر بن عبد العزيز ردَّ مظالم بني أمية، والمتوكل محا البدع وأظهر السنة
" Khalifah (Yang berjasa) itu ada 3: Abu Bakar As-Siddik yang memerangi golongan Murtad, Umar bin Abdul Aziz yang memulangkan harta yang diambil zalim oleh Bani Umayyah dan Al-Mutawakkil yang menghapuskan bid'ah dan memenangkan Sunnah".
Musa Al-Hadi adalah cucu kepada Khalifah ke-2 Bani Abbasiyyah iaitu Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur. Namanya adalah Abu Muhammad Musa Al-Hadi bin Muhammad Al-Mahdi bin Abu Ja'far Al-Mansur.Beliau adalah khalifah yang ke-4 bagi Dinasti Bani Abbasiyyah. Sewaktu beliau menaiki tahta kekhalifahan, umurnya baru 25 tahun.Ibunya bernamaKhaizuran bin Ato' Al-Jursyiyyah Al-Yamaniyyah.
Ahli sejarah menyebutkan tentang pernagai dan akhlak Musa Al-Hadi. Dia digambarkan seorang sukakan nyanyian para penyanyi. Umpanya penyanyi bernama Ibrahim Al-Musili adalah penyanyi yang sering berdampingan dengannya. Dia juga digambarkan suka minum arak, sangat cemburu dan cepat marah.
Semasa usianya 16 tahun. dia telah dipilih menjadi putera mahkota oleh ayahnya Muhammad Al-Mahdi. Namun, ada rancangan oleh khalifah Muhammad Al-Mahdi untuk menggantikannya dengan Harun Ar-Rasyid atas sebab potensi diri Harun Ar-Rasyid yang lebih dan pujukan Khaizuran isterinya. Namun, kematian Muhammad Al-Mahdi memintas rancangan itu ia tidak sempat dilaksanakan. Hanya, diwasiatkan bahawa selepas Musa Al-Hadi, Harun Ar-Rasyhid akan menggantiukannya.
Musa Al-Hadi mengikut gaya pemerintahan ayahnya dalam membanteras ancaman puak zindi dalam negara. Pada zamannya juga berlaku pemberontakan dan dapat dipandamkannya. Antaranya adalah pemberontakanAl-Hussain bin Ali bin Al-Hasan Al-Mutsallath bin Al-Hasan Al-Muthanna bin Hasan As-Sabt bin Ali bin Abi Talib yang mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah di Kota Madinah. Pemberontakan itu dipadamkan dalam sebuah peperangan yang dinamakan Perang Al-Fakh. Apabila kalah dalam cubaan pemberontakan itu, anak saudara Al-Hussain bin Ali iaitu Idris bin Abdullah (Namanya Idris bin Abdullah bin Al-Hasan 3 bin Al-Hasan 2 bin Al-Hasan 1 bin Ali bin Abi Talib) telah berjaya melarikan diri ke wilayah Maghribi dan mengasaskan Keraajaan Idrisiyyah di sana..
Beliau menjadi khalifah dalam tempoh yang pendek aitu antara tahun 169H hingga 170H. Musa
Mengikut Imam As-Suyuthi dalam kitabnya Tarikh Al-Khulafaa, ms 181:
سمته أمه الخيزران لما عزم على قتل الرشيد ليعهد إلى ولده
" Ibunya Khaizuran telah meracuninya apabila dia berazam untuk membunuh Harun Ar-Rasyid dan menggantikannya dengan anaknya (Jaafar) sebagai putera mahkota".
Dia dikatakan dibunuh dengan cara diracun oleh ibunya Khaizuran dalam jamuan makan yang diadakan oleh ibunya itu. Ada tambahan yang mengaitkan bahawa racun itu tidak membunuhnya lansung, maka Khaizuran mengarahkan beberapa hambanya untuk membunuhnya dengan cara dicekik atau dititup buka dengan bantal.
Setelah khalifah Abbasiyyah yang bergelar Al-Muntasir Billah meninggal kerana dibunuh oleh kelompok orang Turki dalam istana khalifah, tangkapan pun dibuat ke atas orang-orang yang rapat dan setia dengan Khalifah Al-Muntasir. Antara orang yang rapat dengan Al-Muntasir adalah seorang lelaki Parsi yang bernama Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Ali bin Isa bin Zaid bin Ali bin Al-Hussain bin Ali bin Abi Talib (Nasabnya ini dipertikaikan oleh sesetengah sejarawan Islam). Dia dipenjarakan bersama orang-orang lain yang ditangkap.Keadaan ini menimbulkan kekacauan dalam negeri. Sekelompok pasukan tentera bangun memberontak dan memecahkan penjara dan membebaskan tahanan termasuklah Ali bin Muhammad.
Orang yang bernama Ali bin Muhammad inilah kemudiannnya mengemudi pemberontakan panjang yang dinamakan Pemberontakan Az-Zanji. Ia berlangsung antara tahun 255-270H.
Ali bin Muhammad meninggalkan Baghdad dan pergi ke Samanraa. Seterusnya menuju ke Bahrin dan mengasaskan gerakan pemberontakan di sana. Az-Zanji merujuk kepada golongan hamba yang berasal afrika. Mereka Di bawa sebagai pekerja di ke ibu kota pemerintahan dan jumlah menjadi ramai. Zaman itu perdagangan hamba rancak sekali.
Tahir bin Al-Hussain juga dikenang sebagai pengasas dinasti Tahiriyyah di Khurasan yang berlangsung antara tahun 205H hingga 258H
Khalifah Al-Amin putera Khalifah Harun Ar-Rasyid dengan isterinya Siti Zubaidah naik tahta khilafah selepas kematian Harun Ar-Rasyid. Sebelum meninggal dunia pada tahun 193H, Khalifah Harun Ar-Rasyid telah membuat surat wasiat untuk menetapkan penggantinya. Dia telah menyusun penggantinya bermula daripada Al-Amin , kemudiannya Al-Makmun dan kemudian Al-Mu'tamin. Pada Masa Al-Amin naik menajdi khalifah, Al-Makmun telah diberi kuasa oleh Harun Ar-Rasyid sebagai gabenor atas wilayah Khurasan. Al-Makmun ini adalah anak pertama Harun Ar-Rasyid. Cuma dia bukan anak Hasyimiyyah seperti Al-Amin. Al-Makmun adalah anak kepada hamba Harun Ar-Rasyid yang berbangsa Parsi. Nama ibu Al-Makmun itu adalah Marajil. Sementara Al-Amin pula adalah anak kepada Zubaidah binti Abu Jaafar Al-Mansur, khalifah kedua Abbasiyyah.
Apabila Al-Amin naik tahta, dia dipegarui oleh wazirnya yang bernama Al-Fadhlu bin Ar-Rabi' agar melucutkan jawatan Al-Makmun dan digantikan dengan anaknya yang bernama Musa bin Al-Amin dan digelar An-Natiq Bil Haq. Hal itu masuk ke fikiran Al-Amin dan dia pun memecatkan Al-Makmun. Tentu sekali perbuatannya itu mencetus kemarahan Al-Makmun.
Dua beradik sebapa berlainan ibu itupun berperanglah antara satu sama lain. Al-Amin mengirmkan pasukan tentera yang ramai dengan dipimpin oleh Ali bin Isa bin Mahan ke Khurasan. Ali bin Isa ini memang menyimpan dendam kepada penduduk Khurasan kerana dahulu, di zaman Harun Ar-Rasyid dia diadukan penduduk Khurasan kepada khalifah sehingga dia ditangkap dan dipenjarakan. Jumlah tenteranya melebihi 40 orang. Sementara Al-Makmun yang ada di Khurasan mengirimkan pasukan tentera yang dipimpin oleh Tahir bin Al-Hussain dengan tenteranya hanya sekitar 4 ribu orang sahaja. Pertempuran berlaku di Ar-Ray.
Di sinilah nama TAHIR BIN AL-HUSSAIN menjadi tokoh penting. Dengan kecekapan, keberanian serta tekadnya yang jitu, tenteranya yang sedikit itu dapat mengalahkan tentera Khalifah Al-Amin.Ali bin Isa bin Mahan terbunuh. Kekalahan askar Al-Amin membawa kepada penguasaan bandar-bandar di Parsi oleh pasukan tentera Tahir bin Al-Hussain seperti bandar Al-Ahwaz, Ar-Ray, Al-Wasit dan Al-Mada-in. Kemudiannya tenteranya menyerbu Iraq dan mengepung Kota Bagdad. Tahir bin Al-Hussain sendiri telah berjaya membunuh Al-Amin pada tahun 198H.
Namun, setelah kejayaan itu dan Al-Makmun naik menjadi khalifah, hubungan Tahir bin Al-Hussain dengan khalifah Al-Makmun tidak berjalan mulus. Ada kecurigaan antara keduanya. Tahir minta agar dia ditugaskan ke Khurasan. Al-Makmun bersetuju dan dia pun diangkat jadi wakil khalifah di Khurasan pada tahun 205H. Akan tetapi Al-Makmun memasang pengintip kerana bimbang Tahir akan membawa Khurasan merdeka daripadanya.
Pada 20 jamadil Akhir tahun 207H, hari Jumaat, Tahir bin Al-Hussain telah melakukan sesuatu yang menimbulkan tuduhan atasnya menderhaka kepada Al-Maklmun. Dia tidak mendoakan untuk khalifah di atas mimbar sewaktu khutbah sebagaimana kebiasaannya. Mata-mata Al-Makmun menyampaikan berita itu kepada khalifah dan pada hari itu juga Tahir bin Al-Hussain ditemui mati dalam kamarnya.
Ada desas desus mengatakan kematiannya disebabkan diracun oleh orang-orang Al-Makmun. Ada yang menyebutkan matinya Tahir adalah disebabkan demam. Hanya Allah yang tahu apakah hakikat sebenar.
Selepas itu, posisi Tahir bin Al-Hussain digantikan dengan gabenor baru iaitu anak Tahir bin Al-Hussain bernama Talhah (208-213H).Dengan itu pemerintahan wilayah Khurasan berada di tangan keluarga Tahir bin Al-Husain. Mereka memerintah dengan bebas, namun pada nama, mereka berada di bawah kekuasaan Bagdad. Dari semasa ke semasa mereka terlibat mengirimkan pasukan bantuan untuk misi ketenteraan khalifah. Ketika bangkt memberontak Nasir bin Syabsin di Utara Aleppo, Abdullah bin Tahir memmimpin pasukannya ke sana dan menawan Nasir bin Syabsin dan menyerankannya kepada khalifah. Pada masa Al-Mu'tasim jadi khalifah, beliau juga bertindak bagi pihak khalifah memadamkan pemberontakan di Tibristan. Pemerintahan keluarga Tahir bin Al-Hussain ini disebutkan sebagai Kerajaan Tohiriyyah. Mereka terus berdiri sebagai sebuah pemerintahan yang taat kepada khalifah Abbasiyyah. Seramai 4 orang penguasa lagi selepas Tahir bin Al-Hussain. Kedudukan mereka berakhir pada masa Muhamamd bin Tahir bin Abdullah bin Tahir bin Al-Hussain pada tahun 258H . Dengan itu, naik dinasti baru dengan nama Kerajaan Sofariyyah.
Pemimpin yang memegang jawatan lalu memperkayakan diri adalah pemimpin yang buruk dan tidak layak berada pada posisi kepimpinan. Ia hanya akan merosakkan negara dan kelak di akhirat akan berdepan dengan soalan yang amat sukar jawapannya. Sepanjang sejarah ramai sekali pemimpin yang sedemikian. baik pemimpin yang kafir maupun yang beriman. Soal tamak harta dan melahap harta negara , ini merentas agama dan kepercayaan.
Kali ini kita sentuh satu nama yang pernah menjawat jawatan gabenor kerajaan Abbasiyah di wilayah Samarkand. Namanya adalah Ali bin Isa bin Mahan (M; 195H). Beliau adalah seorang gabenor kerajaan Abbasiyyah pada zaman Khalifah Harun Ar-Rasyid dan anaknya Al-Amin. Tahun 180H, dia dilantik oleh Harun Ar-Rasyid jadi gabenor di Khurasan , namun 2 tahun kemudian, apabila Harun Ar-Rasyid hantar anaknya Al-Makmun ke Khurasan, dia dijadikan pembantu Al-Makmun.
Pada tahun 190H, di Samarkand bangkitlah pemberontakan Rafi' bin Al-Laith. Ali bin Isa bin Mahan cuba memadamkan pemberontakan itu tetap dia dikalahkan oleh Rafi' bin Al-Laith. Ini membuatkan Khalifah Harun Ar-Rasyid menjadi marah. Lebih-lebih lagi apabila Khalifah mendapat tahu kezaliman dan kekerasannya terhadap rakyat serta tidak memuliakan pemimpin setempat. Ditambah pula laporan tentang kekayaannya yang melampau yang telah dihimpunkannya sepanjang dia menjawat jawatan sebagai gabenor.
Maka, pada tahun 192H, dia dipecat dari jawatannya. Dia dipenjara dan hartanya diselongkar dan dirampas. Dikatakan hartanya berjumlah 80 juta. Apabila harta-hartanya dikumpulkan, didapati semuanya berjumlah tunggangan 1500 unta. Semuanya dirampas oleh Khalifah Harun Ar-Rasyid Tempatnya digantikan dengan Harthamah bin A'yun.
Catatan Selingan:
1) Rafi' bin Al-Laith yang memberontak itu, pada zaman Al-Makmun jadi khalifah, dia telah kembali taat kepada kerajaan dan Al-Makmun memaafkannya.
2) Harthamah bin A'yun, ketika konflik antara Al-Amin dengan Al-Makmun memuncak dia mengambil pendekatan lunak dan cuba menyelamatkan nyawa Al-Amin dari dibunuh. Sikapnya ini menjadi punca dia dituduh tidak setia kepada Al-Makmun dan ditambah mpula menteri kepada Al-Makmun yang bernama Al-Fadhlu bin Sahal As-Sarkhasi tidak menyukainya. Maka Harthamah dijebloskan ke penjara dan mati di dalamnya. Dikatakan Al-Fadhli bin Sahal, sang menteri itulah yang meracuninya dalam penjara.
Namun, bila Al-Amin anak Harun Ar-Rasyid jadi khalifah pada tahun 193H, dia membebaskan Ali bin Isa bin Mahan dari penjaran. Hartanya yang dirampas turut dikembalikan. bahkan dia dikembalikan posisi gabenor di Ar-Ray, Asfahan, Hamdan dan Nahawand.
Dulu masa hayat harun Ar-Rasyid, dia telah membuat surat bai'ah khalifah sesudahnya. Dia menetapkan penggantinya adalah Al-Amin, kemudian Al-Makmun dan seterusnya Al-Muktamin. Tindakan Harun Ar-Rasyid ini telah membawa negara ke kancah perang saudara kemudiannya. Al-Amin telah dihasut oleh Ali bin Isa bin mahan serta wazirnya yang bernama Al-Fadhlu bin Ar-Rabi' untuk memecat Al-Makmun dan Al-Mu'tamin dari senarai Putera Mahkota dan menggantikannya dengan anak sendiri iaitu Musa yang digelar An-Natiq Bilhaq. Al-Amin telah menurut nasihat keji itu yang kemudiannay memakan diri sendiri.
Al-Makmun yang berkuasa di wilayah Khurasan tidak boleh menerima tindakan Al-Amin. Dia bangkit menentang. Al-Amin pun kirimkan pasukan tentera 40 ribu personal dengan gari dari perak dengan tujuan membelenggu Al-Makmun. Tentera itu dipimpin oleh Ali bin Isa bin Mahan.
Ketika itu, askar Al-Makmun berada di Kota Marw dengan jeneralnya yang bernama Tahir bin Al-Hussain. Dia bukan bandingan Ali bin Isa bin Mahan yang tamak harta. Tahir bin Hussain seorang yang berani, bijak dan cekap. Dia menghadapi tentera Ali bin Isa bin Mahan dengan tentera tak sampai 4 ribu orang. Pun begitu tenteranya menang dan Ali bin Isa dapat dibunuh. Kepalanya diarak dalam negeri dan ini menyebabkan warga Iraq menjadi gerun.
Gerun sambil menunggu perang saudara yang akan menelan Kota Baghdad!
Khalifah Al-Mutawakkil adalah khalifah ke-10 dinasti Abbasiyyah. Beliau menjadi khalifah menggantikan saudaranya Khalifah Al-Wasiq pada tahun 232H.
Beliau adalah Abu Al-Fadhli Jaafar Al-Mutawakkil 'Alallah bin Al-Mu'tasim bin Harun Ar-Rasyid bin Al-Mahdi bin Al-Mansur Al-Abbasi. Ibunya adalah hamba berketurunan Turki bernama "Syuja' "
Sebahagian ulama seperti Imam Az-Zahabi menyifatkan Khalifah Al-Mutawakkil sebagai " pembela Sunnah" kerana dengan naiknya dia ke kerusi khilafah, pengaruh muktazilah disingkirkan dan fitnah "Khalqul Quran " ditamatkan.
Qadhi Basrah, Ibrahim bin Muhammad At-Tayyimi menyanjungnya dengan mengatakan:
" Sesungguhnya khalifah itu ada 3. Khalifah Abu Bakar As-Siddiq yang memerangi golongan murtad, khalifah Umar bin Abdul Aziz yang memulangkan kezaliman Bani Umayyah dan Khalifah Al-Mutawakkil yang membela sunnah dan membungkam Bid'ah".
Ibn Al-Jauzi menyebutkan: Al-Mutawakkil telah memadamkan maraknya api bid'ah dan menghidupkan lampu sunnah".
Pun begitu, ada tuduhan bahawa dia adalah seorang Nasibi kerana langkahnya meruntuhkan kubur Saidina Hussain dan penduduk Syiah di Baghdad menuliskan di dinding-dinding cemuhan ke atasnya.
Apa nak heran, seorang pemimpin yang disanjung, pastui ada yang mencela.
Khaliafah Al-Mutawakkil sedar akan pengaruh berlebihan jenderal tentera Turki dalam kerajaan. Sejak datuknya Al-Mutasim melibatkan orang-orang Turki dalam kerajaan, roda pemerintahan banyak dikawal oleh mereka. Maka, Al-Mutawakkil cuba menjarakkan dirinya dari Kota Samanraa yang menjadi pusat aktiviti para umara tentera Turki. Dia juga bercadang untuk memindahkann pusat pemerintahan ke Damsyiq. Usaha-usaha oleh Al-Mutawakkil ini dicium baunya oleh para ketua tentera Turki. Mereka memngambil kesempatan konflik antara al-Mutawakkil dan anaknya Al-Muntasir untuk menggunakan sang anak itu supaya terlibat dalam membuhuh ayahnya.
Tentera Turki telah membunuh khalifah Al-Mutawakkil dan wazirnya Al-Fathu bin Khaqan cuba mempertahankannya. Wazir itu pun dibunuh dan ditohmah sebagai membunuh khalifah dan kerana itu dia dibunuh. Itulah helah politik dan perbuatan menkambinghitamkan seseorang agar pelaku sebenar terselamat. Teknik yang sebegini banyak dimainkan dalam dunia politik.
Sejarawan menyebutkan bahwa khalifah Al-Mutawakkil telah melantik 3 orang puteranya sebagai Putera Mahkota iaitu Al-Muntasir, Al-Mu'taz dan Al-Muayyad. Perlantikan 3 putera mahkota ini adalah apa yang pernah dibuat oleh Khalifah Harun Ar-Rasyid, datuknya dulu. Ini sebenarnya membuka pintu kepada fitnah perang saudara. Tindakan Al-Mutawakkil itu telah menimbulkan ketidakpuasan hati Al-Muntasir sehingga dia berada di belakang tabir pembunuhan ayahnya itu oleh para askar Turki.
Pada satu ketika, Al-Mutawakkil tidak sihat dan dia menyuruh anaknya Al-Mu'taz untuk naik ke membar dan menyampaikan khutbah Jumaat. Maka, Al-Mu'taz telah melakukan dengan baik dan orang ramai memujinya. Ini membimbangkan Al-Muntasir kalau-kalau ayahnya mendahukan Al-Mu'taz atasnya. Kerana itu dia berkonspirasi dengan para para pegawai tentera Turki untuk melenyapkan ayahnya.Maka pada 4 Syawal 247H, berlakukan peristiwa Al-Mutawakkil di bunuh. Al-Muntasir naik jadi khalifah tetapi khalifah sudah tidak bertaring lagi. Beberapa khalifah sesudah Al-Muntasir semuanya jadi bidak catur para ketua tentera Turki.
Khalifah Ababsiyyah telah hilang kehaibatannya. Zaman kemerosotan telah bermula.
Dicatatkan dalam sejarah, pada masa pemerintahan Al-Mutawakkil, telah berlaku ribut kencang yang sangat pelik. Angin ribut itu melanda negeri Irak. ladang-ladang di Kufah, Basrah dan Baghdad terbakar. Hal ini tidak pernah berlaku sebelumnya. Ia membunuh ramai para musafir dan berlangsung selama 50 hari. Angin ribut tersebut juga melanda Hamazan dan mebakar padang ternak dan jalan-jalan. Ia juga melanda Mosul dan Sinjar serta mengganggu aktiviti perniagaan di pasar-pasar dan menghalang lalu lintas di jalan-jalan. Ramai korban akibat musibah tersebut.
Sebenarnya pada awal pemerintahannya juga ditandai dengan peristiwa gempa bumi di Damsyiq yang merebak hingga ke Antakiah lalu meranapkanya. Ia juga menjejaskan bahagian Jazirah dan menyebabkan berlaku kebakaran. Juga menggegarkan Mosul dan menelan korban sekitrar 50 ribu jiwa.
Disebutkan dalam kitab Tarikh As-Suyuthi,
Yahya bin Aksam dilantik menjadi Qodhi Al-Qudhat oleh Khalifah Mutawakkil setelah mendapat nasihat daripada Imam Ahmad bin Hambal.
Tahun 247 H, Khalaifah Abbasiyyah yang bernama Al-Mutawakkil telah dibunuh oleh orang-orang Turki yang sebelumnya diletakkan dalam istana Khalifah pada posisi-posisi penting. Mereka mencabut kesetiaan kepada khalifah dan tega membunuhnya. Namun, selepas itu, mereka melantik anak khalifah Al-Mutawakkil yang dipanggil Al-Muntasir untuk duduk di atas kerusi kekhilafahan. Al-Muntasir itu sendirilah yang menjadi dalang dalam pembunuhan ayahnya Al-Mutawakkil.
Sejak itu, khalifah yang bertahta telah hilang kehaibatannya. Al-Muntasir akhirnya mati diracun sebelum sampai 6 bulan dia jadi khalifah.Dia diangkat selepas Aidil Fitri dan pada 5 Rabi'ul Akhir tahun selepasnya dia mati dan usianya baru 26 tahun.
Khalifah Al-Musta'in sesudahnya digulingkan dan kemudian mati dibunuh juga oleh askar-askar tamarrud berbangsa Turki itu. Khalifah Al-Mu'taz yang berikutnya juga diturunkan tahta oleh askar tamarrod Turki dan kemudiannya di kurung dan tidak diberikan air hingga mati!
Ada juga khalifah kemudiannya seperti Al-Muhtadi dan Al-Mu'tadhid yang cuba mengembalikan kehaibatan khalifah namun, usaha mereka gagal.
Naik khalifah Al-Muqtadir billah ke tahta dan usianya baru 11 tahun dan dia jadi khalifah selama 24 tahun namun hanya jadi catur para umaraa Turki dalam istana khalifah. Akhirnya dia pun mati dibunuh di tangan Mu'nis seornag khadam berbangsa Parsi.
Kemudianya naik tahta khalifah Al-Qohir dan dia pun kemudiannya mati dibunuh. Ini khalifah terakhir yang jadi mangsa dan bidak catur para umaraa Turki. Khalifah sesudahnya bernama Ar-Radhi Billah. Dia naik tahta tahun 322H=933M. Pada zamannya, kerajaan Buwaihiyyah telah bangkit dan kota Bagdad pun dikuasai dan sultan-sultan Buwaihiyyah pun menjadi umaraa kepada khalifah pula.
Kerajaan Buwaihiyyah menjadi pemerintahan sebenar yang menatadbir urusan daulah khilafah selama 113 tahun.Selama itu, perebutan kuasa sesama mereka berlangsung dan konflik mazhab Sunni dan Syi'i membara. Hingga tahun 447H=1055M, Abu Nasir bin Abi Kalijar yang merupakan penguasa terakhir Bani Buwaih melepaskan kekuasaan. Pada Saat itu, kerajaan Saljuk yang dipimpin oleh Tughrul Bik sedang bangkit dan menguasai Bagdad dan mengambil alih kuasa bani Buwaih.
Abdullah bin Ali merupakan saudara kepada Muhamamd bin Ali yang merupakan ayah kepada Ibrahim Al-Imam, Abu Al-Abbas As-Saffah dan juga Abu Ja'far Al-Mansur. Beliau merupakan tokoh penting dalam mendirikan kerajaan Abbsiyyah. Beliau memimpin pasukan Abbsiyyah mengalahkan pasukan Bani Umayyah. Beliau merupakan bapa saudara kepada Abu Al-Abbas As-Saffah dan Abu Ja'far Al-Mansur yang menjadi khalifah pertama dan kedua Daulah Bani Abbasiyyah.
Namanya adalah Abdullah bin Ali bin Abdullah bin Abbas bin Abdul Mutallib.
Mengenai peribadi Abdullah bin Ali ini, Imam Az-Zahabi menyebutkan mengenai dalam Siyar A'lam An-Nubalaa sebagai berikut:
عبد الله بن علي ابن البحر عبد الله بن عباس عم السفاح والمنصور من رجال العالم ودهاة قريش كان بطلا شجاعا مهيبا جبارا عسوفا سفاكا للدماء به قامت الدولة العباسية سار في أربعين ألفا أو أكثر فالتقى الخليفة مروان بقرب الموصل فهزمه ومزق جيوشه ولج في طلبه وطوى البلاد حتى نازل دار الملك دمشق فحاصرها أياما وأخذها بالسيف وقتل بها إلى الظهر نحوا من خمسين ألف مسلم من الجند وغيرهم ولم يرقب فيهم إلا ولا ذمة ولا رعى رحما ولا نسبا ثم جهز في الحال أخاه داود بن علي في طلب مروان إلى أن أدركه بقرية بوصير من بلاد مصر فبيته فقاتل المسكين حتى قتل وهرب ابناه إلى بلاد الحبشة وانتهت الدولة الأموية ولما مات السفاح زعم عبد الله أنه ولي عهده وبايعه أمراء الشام وبويع المنصور بالعراق وندب لحرب عمه صاحب الدعوة أبا مسلم الخراساني فالتقى الجمعات بنصيبين فاشتد القتال وقتلت الأبطال وعظم الخطب ثم انهزم عبد الله في خواصه وقصد البصرة فأخفاه أخوه سليمان مدة ثم ما زال امنصور يلح حتى أسلمه فسجنه سنوات فيقال حفر أساس الحبس وأرسل عليه الماء فوقع على عبد الله في سنة سبع وأربعين ومئة فالأمر لله
Apabila Abu Al-Abbas As-Saffah meninggal, Abdullah bin Ali mendakwa dialah yang berhak menggantikannya sebagai khalifah. Ini menyebabkan berlaku konflik antaranya dengan Abu Ja'far Al-Mansur yang mendakwa dialah pewaris sah kekhalifahan Abbasiyyah. Dengan kelicikan politik Abu Ja'far Al-Mansur, dia mempergunakan kemampuan Abu Muslim Al-Khurasani untuk mengalahkan Abdullah bin Ali. Akibatnya Abdullah bin Ali dapat dikalahkan oleh Abu Muslim Al-Khurasani dan dengan itu lenyaplah ancaman Abdullah bin Ali ke atas kekhalifahan Abu Ja'far Al-Mansur.
Saifuddaulah Al-Hamdani terkenal dengan panggilan Saifuddaulah Al-Abbasiyyah (303-356H). Nama penuhnya adalah Ali bin Abi Al-Haija' bin Hamdan bin Al-Harith Saifuddaulah At-Taghallubi. Waktu lahirnya Saifuddaulah, bapanya Abul Haija' telah dilantik menjadi gabenor di Mosul. Tika itu khalifah Abbasiyyah di Baghdad adalah Al-Muqtadir. Oleh itu, sejak kecil lagi Saifuddaulah dibesarkan dengan didikan ketentreraan dan dia banyak menyertai peperangan mengikut ayahnya dan abangnya.
Keturunan kabilah Hamdan ini sampai kepada Taghlib bin Wa'il bin Qasit, seorang pemimpin Bani Taghlib yang terkena dan mereka bersambung nasab hingga ke Bani Rabi'ah bin Nizar. Taghlib adalah puak yang paling berpengaruh di kalangan Bani Rabi'ah sebelum Islam. Ketika banyak kabila berduyun-duyun masuk Islam, kabilah Taghlib tidak masuk Islam. Mereka menunjukkankebencian dan permusuhan terhadap Islam. Pada waktu nabi palsu perempuan bernama Sajjah muncul, mereka menjadi penyokongnya dan membantuinya melawan pasukan ISlam di zaman khalifah Abu Bakar As-Siddiq. Hatta, setelah fitnah Sajjah dapat dipadamkan, kabila ini tidak dapat menyerah kepada Islam. Mereka membawa kebencian mereka dengan berskutu dan membantu pihak Romawi melawan Islam.
Inilah kabilah yang punya sejarah hitam yang menjadi asal kepada keluarga Hamdan yang daripadanya lahirnya Saifuddaulah.
Tatkala wilayah kekuasaan Islam makin meluas pada zaman khalifah Umar Al-Khattab, Bani Taghlib tidak menyerah kepada Islam. Hanya sedikit kalangan mereka yang masuk Islam. Umar memberi layanan khusus buat bani taghlib dengan mewajibkan atas mereka zakat dan bukan Jizyah. Namun zakat yang meeka perlu jelaskan adalah 2 kali ganda berbanding zakat ke atas ornag-orang Islam.
Saifuddaulah terlibat dalam peperangan dengan kerajaan Ikhsyiddiyyah di Mesir kerana bertembung merebut beberapa bandar di Syam. Dia pernah mengalahkan Iksyidiyyah sehingga diadakan perdamaian pada tahun 335H.
Saifuddaulah meninggal pada 5 Safar tahun 356H dan dikebumikan di Mayafariqain (Silvan), Satu awasan di Turki. Dia mewasiatkan agar debu-debu peperangan yang diikutinya dijadikan seketul bata dan dijadikan bantal waktu dikebumikannya.
Umar bin Hafsin Al-Mahlabi adalah salah seornag Jenderal angkatan tentera Daulah Abbasiyyah yang hebat dan berjasa. Beliau adalah dari keluarga Mahlab bin Abi Safrah yang mana bintang keluarga ini telah bersinar sejak zaman awal terbinanya Daulah Umayyah lagi. Ketika berlaku pemberontahan Jahwar bin Mirar Al-'Ajli di wilayah sebelah Timur, beliau diperintahkan oleh Khalifah Abu Jaafar untuk turun tangan memadamkan apinya. Dia berjaya menyelesaikannya bersama pasukan yang dipimpin oleh Muhammad bin Al-Asy'ast Al-Khuza'i. Setelah itu dia diberi amanah untuk memimpin pasukan tentera Abbasiyyah ke sebelah Barat, iaitu wilayah-wilayah sebelah Utara Afrika. Kala itu puak Khawarij sedang menginjak kehormatan daulah di sana.
Pemimpin puak Khawarij di sana adalah Abu Hatim Al-Khariji. Dia dan pasukannya selalu menimbulkan gejolak dan negeri. Sebuah bandar yang dibina oleh Umar bin Hafsin di sana diserang dan dibakar ranap. Kemudian, Umar bin Hafsin membina bandar Tangiers (Kekal hingga kini) dan Puak Khawarij mengepungnya. Namun Umar bin Hafsin dapat mengalahkan mereka dan menghancurkan kekuatan mereka.
Abu Hatim Al-Khariji tidak berhenti menyusun rancangan untuk mengalahkan Umar bin Hafsin dan pada satu tahap, dia berjaya mengepung Umar bin Hafsin di Qairawan. Setelah berperang dengan gagah berani akhirnya Umar bin Hafsin gugur syahid di sana.
Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur kemudiannya mengirimkan pasukan lain yang lebih besar ke Utara Afrika, juga daripada keluarga Mahlab bin Abi Safrah bernama Yazid bin Hatim Al-Mahlabi (Beliau adalah gabenor Azerbaijan ketika pemberontakan Jahwar bin Mirar Al-'Ajli). Berlaku perang hebat di Pergunungan Nufusah yang menyaksikan Abu Hatim Al-Khariji terbunuh.
Sunbaz adalah seorang pemimpin tentera yang beragama Majusi di Nisabur dan berwala'kan Abu Muslim Al-Khurasani. Dia dan Abu Muslim Al-Khurasani ada hubungan persahabatan yang erat. Ini kerana Abu Muslimlah yang menaikkannya ke pososi selesa dalam ketenteraan di Khurasan dan mengmanahkannya menjaga ketenteraan di Nisabur.
Maka apabila sampai kepadanya khabar bahawa Abu Muslim Al-Khurasni telah dibunuh oleh Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur, dia pun menjadi marah dan memutuskan untuk memberontak melawan Abu Jaafar Al-Mansur, sekaligus menuntut bela atas terbunuhnya Abu Muslim Al-Khurasani. Dia memimpin pasukannya dari Nisabur menuju Ar-Rayy.
Sumbaz mendapat sokongan daripada pengikut Mazdakiyyah dan juga Syiah. Perkembangan seterusnya memperlihatkan motif tersirat Sunbaz adalah menghancurkan Islam dan meletakkan objektif menghancurkan Kaabah..
Sunbaz, dalam rangka untuk membangkitkan semangat penyokongnya membuat cerita khurafat mengenai Abu Muslim Al-Khurasani. Katanya, Abu Muslim tidak mati kerana sewaktu dia hendak dibunuh oleh para pengawal Abu Jaafar, dia telah membaca "Asmaul A'zom' maka dia telah bertukar menjadi merpati putih dan terbang ke angkasa.
Lihat, demikianlah feel dan kelakuan orang-orang yang kalah dalam pertarungan. Mereka mencari jalan berbentuk mistik dan kerohanian untuk memperkuat jiwa mereka. Mereka cipta dongengan untuk mengikat kepercayaan para pengikut mereka. Demikianlah apa yang dilakukan oleh golongan Syiah dan para Ahli Sufi Tariqat yang mencipta khayalan untuk para pengikut. Khayalan mengenai kerajaan Al-Mahdi dan juga kerajaan para ahli Naubah! Syiah yang kalah dalam penindasan kerajaan beralih kepada cerita-cerita kerajaan ghaib Al-Mahdi. Para Sufi tariqat yang dikehendaki membuang dunianya kerana dogma kesufian melampau mereka, mencipta satu khayalan kerajaan para wali yang mempuyai hak tasarruf dan digolongkan sebagai ahli naubah dan dapat menunaikan istighathah para "cult".(Idea penulis)
Ibn Jarir dalam Tarikh Ar-Rusul Wal Muluk menyebutkan bahawa Sunbaz adalah seorang Majusi. Nizamul Muluk At-Tusi dalam kitabnya "Siyaar Al-Muluk" menyebutkan bahawa Sunbaz adalah seorang Mazdaki (iaitu satu cabang kepercayaan Puak Tsanawiyyah -Kumpulan yang mempercayai dualisma Tuhan iaitu Cahaya dan Kegelapan sebagai dua Tuhan dan percaya keazalian kedua-duanya). Agama ini lebih dahsyat daripada Majusi yang hanya percaya ketuhanan dan keazalian cahaya sahaja).
Sementara Al-Mas'udi dalam Murawwiju Az-Zahab menyifatkannya sebagai Kharmi iaitu agama yang mendakwa keimaman Abu Muslim dan dia tetap hidup dan akan kembali semula. Agama ini juga disebut dengan nama-nama lain seperti Al-Muhammarah, Al-Khaddasyiyyah, Ar-Rawandiyyah, Al-Babakiyyah dan juga dinamakan Al-Abu Al-Muslimiyyah. Mereka mengamalkan konsep ibahiyyah iaitu wanita dan harta dikongsi bersama. Setengah sejarawan mengatakan agama ini adalah akar kepada komunisme zaman moden.
Sesungguhnya Sunbaz adalah produk yang dihasilkan oleh Abu Muslim.
Dalam menghadapi pemberontakan Sunbaz ini, Khalifah Abu Jaafar mengirimkan pasukan yang terdiri beberapa puluh ribu tentera yang dipimpin oleh Jahwar bin Mirar Al-'Ajli. Sunbaz kalah perang dan lari ke Tibristan. Raja Tibristin yang bernama Khursyid yang telah bersekutu dengannya sebelum itu dan mendapat hadiah sebanyak 6 juta Dirham daripadanya, telah menghantarkan sepupunya yang bernama Tus untuk menyambutnya. Berlaku perselisihan antara Tus dengan Sunbaz atas sebab kebiadapan Sunbaz dan kesombongannya. Dalam keadaan Sunbaz yang tiada lagi kekuatan pasukan bersamanya, dia mahu dirinya dihormati dan itu tidak boleh diterima oleh Tus. Maka Tus telah membunuhnya.
Ada riwayat lain oleh Abu 'Ali Al-Bal'ami dalam kitabnya "Turjumah Tarikh At-Tobari" menyebutkan bahawa Sunbaz yang kalah perang lari ke Ar-Rayy dan kemudian ke Gorgan (Sebuah bandar di Iran hari ini) dan di sana dia telah dibunuh oleh Asbahbad Gorgan Hurmuz bin Al-Farrakhan atas arahan Khalifah Abu Jaafar.
Demikian berakhirnya pemberontakan Sunbaz.
Cuma sedikit tambahan, selepas berjaya memadamkan pemberontakan Sunbaz, berlaku perselisihan antara Jahwar bin Mirar Al-'Ajli dengan Khalifah Abu Jaafar. Ini adalah kerana ghanimah yang diperolehi oleh Juhur bin Mirar tidak dikirimkan kepada khalifah. Arahan khalifah agar diserahkan ghanimah perang itu tidak diendahkan oleh Jahwar. Maka khalifah hantar tentera yang dipimpin oleh Muhammad bin Asy-'Ast Al-Khuza'i untuk mengajarnya. Tentera itu dibantu pula oleh pasukan Umar bin Hafsin Al-Mahlabi. Pasukan khalifah bertembung dengan pasukan Jahwar di Ar-Rayy dan Asfahan. Kemenangan adalah milik pasukan khalifah dan Jahwar dibunuh serta kepalanya dikirimkan kepada khalifah.
Itulah hakikat Abu Muslim Al-Khurasani. Mulanya dia mendakwa dirinya berasal dari keturunan Yazdajird, Kisra Parsi. Namun, ketika Gerakan Abbasiyyah sudah menang, dia mendakwa dari keturunan Arab iaitu salsilah Sulait bin Abdullah bin Abbas.
Dia juga cuba memperkuatkan asosiasinya dengan keluarga Abbas dengan meminang seornag makcik Abu Jaafar Al-Mansur iaitu Aminah binti Ali.
Kebanyakan Ahli Sejarah menyebutkan bahawa dia adalah anak hamba perempuan seornag lelaki Parsi yang beragama Islam Kerana kesempitan kewangan, bapanya menjual ibunya itu kepada seorang yang bernama Isa Al-'Ajli yang memiliki banyak tanah di sekitar Asfahan. Ketika itu ibunya mengandungkanya. Bila dia lahir dia dinamakan Ibrahim. Dia menjadi hamba kepada Isa Al-'Ajli dan menjalankan kerja-kerja yang diperintahkan tuannya.
Ketika menghuni Kufah, Abu Muslim rapat dengan seorang yang bernama Abu Musa As-Sarraj yang memperkenalkan dengan idea-idea kepimpinan Ahli Bait.dari situ dia mula kenal Bakir bin Mahan, pemimpin utama gerakan Abbasiyyah di Iraq.
Inilah jejak-jejak yang membawa beliau kemudiannya memimpin gerakan Abbasiyyah di Khurasan..
Namanya Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas bin Abdul Mutallib. Beliau adalah cucu kepada Ibn Abbas, sahabat nabi yang terkenal sebagai ahli tafsir yang hebat. Beliau adalah seorang yang alim lagi zuhud. Beliau menjadikan Humaimahm sebuah kota di Jordan sebagai tempat tinggalnya. Dikatakan bahawa di sana beliau ada lima ratus batang pokok yang dia beribadat di bawahnya secara berganti-ganti. Saking banyak ibadatnya, dahinya pun menghitam dan dia dijuluki dengan panggilan As-Sajjad (Bukan As-Sajjad Zainul Abidin bin Hussain yang menajdi imam ke-3 golongan Syiah Imamiyyah). Muhammad bin Ali sentiasa mengajarkan anak-anaknya agar menambah ilmu dna ibadah.
Beliau diwasiatkan oleh Abu Hashim Abdullah bin Muhammad Al-Hanafiyyah untuk meneruskan perjuangannya dan menjadi pemimpin keluarga nabi Muhammad sebelum wafatnya. Maka selepas wafat Abu Hasyim, Muhammad bin Ali menjadi pusat gerakan penentangan golongan Alawiyyin dan Abbasiyyin ke atas bani Umayyah.
Muhammad bin Ali ini lebih muda daripada bapanya hanya 14 tahun setengah. Sebab itu orang sukar membezakan keduanya. Lalu dia menginaikan janggutnya sementara bapanya menghitamkan janggut. lalu, dengan cara itu, dapatlah orang membezakan siapa bapa dan siapa anak!
Muhammad bin Ali meninggal tahun 125H pada usia 70 tahun dan kepimpinannya diteruskan oleh anaknya Ibrahim Al-Imam.
Selain Ibrahim Al-Imam, anak Muhamamd bin Ali adalah ramai lagi dan yang terkenal dua orang:
Abu Al-Abbas As-Saffah
Abu Ja'far Al-Mansur
Abu Al-Abbas As-Saffah dari isterinya yang bernama raithoh binti Ubaidullah Al-Harithiyyah, seorang wanita meredeka dari keturunan Arab sementara Ibu kepada Abu Ja'far Al-Mansur adalah hamba wanita berbangsa Barbar yang dikatakan namanya adalah Salamah.
Kedua-dua anak Muhamamd bin Ali ini kemudiannya menjadi khalifah Bani Abbas yang pertama dan kedua setelah tumbangnya daulah Bani Umayyah.
Catatan tambahan: Saudara lelaki Muhamamd bin Ali bernama Abdullah bin Ali. Beliau adalah antara tokoh penting dalam membangunkan gerakan Abbasiyyah. Namun, setelah tumbang kerajaan bani Umayyah, dia menjadi mangsa revolusi itu. Seperti kata-kata yang masyhur:
الثورة تأكل أبناءها
"Revolusi itu akhirnya makan tuan"
Abdullah bin Ali adalah pemimpin revolusi. Penumpah darah dan kejam. Catatan dalm sirah menyebutkan bahawa pada hari dia masuk ke Kota Damsyiq bila kalahnya bani Umayyah, dia membunuh 30 ribu jiwa! Dia yang mengangkat Bani Abbasiyyah dan menumpaskan bani Umayyah. Dialah pemimpin Abbasiyyah dalam poerang Az-Zab Al-Kubra yang menjadi garis penamat pertahanan bani Umayyah. Namun akhirnya, revolusi itu menelannya sendiri. Anak saudaranya , Abu Jaa'far Al-Mansur kemudiannya bertindak menyingkirkannya dari persada kuasa dan memenjarakannya.
Menelusuri sejarah kebangkitan kerajaan Bani Abbasiyyah, kita perlu mengamati peristiwa seawal peralihan kuasa daripada Saidina Mu'awiyah ke tangan anaknya Yazid. Di situ bermula diaspora ketidakpuasan hati beberapa kalangan ummat Islam. Ia menjadi benih yang memarakkan api penentangan. Bila Hussin terbunuh di Karbala ia menjadi baja yang menyuburkan semangat penentangan terhadap bani Umayyah.
Atas nama keluar Muhamamd SAW, kepimpinan untuk menyalurkan penentangan itu berpusat kepada seorang anak Saidina Ali bernama Muhammad Al-Hanafiyyah ( Kerana ibunya berasal dari bani Hanifah). Setelah wafatnya Muhammad bin Al-Hanafiyyah, kepimpinan keluarga nabi Muhammad berpindah kepada anaknya yang bernama Abu Hashim Abdullah bin Muhammad Al-Hanafiyyah. Dia menjadi simbol keluarga Nabi dan para pendokongnya pun jadi ramai. Mereka meyakini bahawa kekhalifahan adalah lebih patut berada pada tangan anggota keluarga nabi SAW berbanding Bani Umayyah.
Pendirian-pendirian politik ini menjadi bualan rakyat. Ia merayap menjadi barah dalam wilayah kekuasaan Daulah Bani Umayyah.
Politik menjadi makanan lazat sejak dulu hingga kini. Sembang politik di kedai-kedai kopi adalah topik menarik berbanding sembang pasal agama, kerjaya, dan selainnya. Bualan politik adalah permulaan kepada sebuah gerakan ekstrim dalam politik. Ingat itu wahai para politikus semua!
Seorang Khalifah Bani Umayyah yang bernama Sulaiman bin Abdul Malik melihat permasalahan ini dan mahu membina hubungan harmoni dengan Abu Hasyim Abdullah. Dijemputnya Abu Hasyim ke Damsyiq dan dia melayan dengan baik serta memberikannya hadiah-hadiah. Selepas itu Abu Hasyim pulang menuju Hijaz dan dalam perjalanan dia jatuh sakit. Ada dakwaan cerita mengatakan sakitnya Abu Muslim itu adalah kerana Khalifah Sulaiman memberikannya racun semasa jamuan dan makan-makan di istananya. Namun, dakwaan ini tidak dapat dibuktikan dan ia kekal hanya sebagai prasangka.
Politik adalah satu bidang seribu kemungkinan.!
Abu Hasyim mengubah arah perjalanannya menuju Humaimah yang ketika itu pusat kegiatan keluarga Bani Abbas. Di sana sakitnya memburuk. Abu Hasyim tidak punya anak untuk menggantikan posisinya sebagai pemimpin keluarga Nabi Muhammad SAW. Sementara pimpipinan Bani Abbas ketika itu ialah Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas bin Abdul Mutalib (boleh dibilang sepupu kepada Abu Hasyim),
Maka Abu Hasyim Abdullah bin Muhammad Al-Hanafiyyah pun menyerahkan pimpinan keluarganya kepada Muhammad bin Ali. Dia wasiatkan Muhammad sebagai imam yang wajib ditaati oleh para pendokongnya. Lalu wafatlah Abu Hasyim Abdullah pada tahun 125H. Maka sejak itu, Bani Abbas yang menjadi pengendali kepada gerakan menentang kerajaan Bani Abbasiyyah dan Bani Alawiyyin menyokong.
Ketua pembangkang dalam daerah kerajaan Bani Umayyah pun berada di tangan keluarga Bani Abbas. Pemimpinnya adalah Muhammad bin Ali. Beliau merupakan seorang alim lagi zuhud.
Namanya Ibrahim bin Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas bin Abdul Mutallib. Beliau lahir tahun 82H di Hamimah(sebuah kota di Jordan) dan meninggal tahun 131H. Beliau dikenali sebagai Ibrahim Al-Imam dan merupakan pemimpin gerakan Bawah tanah Abbasiah pada masa-pasa akhir zaman Daulah Bani Umayyah. Beliau telah berkahwin dengan anak perempuan Ali bin Husain bin Ali bin Abi Talib yang bernama Ummu Jaafar.
Selepas ayahnya Muhammad meninggal, dia ditunjukkan sebagai pemimpin gerakan rahsia Abbasiyyah. Khalifah Marwan II (Dikenali juga Marwan Al-Himar) mendapat tahu tentangnyua lalu dia ditangkap dan dipenjarakan. Setelah itu puak Abbasiyyah pun melantik saudaranya Abdullah As-Saffah sebagai pengganti memimpin gerakan tersebut.
Kewujudan Ibrahim Al-Imam sebagai pemimpin memang dirahsiakan. Sesuai sebagai sebuah gerakan politik bawah tanah, maka pemimpinnya hendaklah disirkan. Sokongan politik untuk gerakan Abbasiyyah marak di kawasan Khurasan. Wakil gerakan bernama Abu Muslim menjadi tokoh penting di sana. Hubungan para pejuang mereka di Khurasan dengan Ibrahim Al-Imam hanya melalui surat menyurat yang mana figura pemimpin mereka itu tidaklah mereka kenali. Hanya tahun nama sahaja.
Diriwayatkan bahawa pada satu ketika Abu Muslim telah menghantar seorang utusan untuk melaporkan gerakan mereka di Khurasan kepada Ibrahim Al-Imam. Akan tetapi utusan itu seorang berbangsa Arab dan fasih bahasa Arab. Ini tidak disukai oleh Ibrahim Al-Imam kerana amat berbahaya buat gerakan mereka. Lalu dia menulis surat untuk dibawa utusan itu kepada Abu Muslim Al-Khurasani yang mengandungi perintah agar bunuh utusan itu bila sampai. Namun, utusan itu membuka surat itu dan dia pun berpaling mengadab Khalifah Marwan II dan menceritakan mengenai Ibrahim Al-Imam. Maka pecahlah rahsia dan Khalifah Marwan II pun memerintahkan gabenornya di Damsyik agar menagkap Ibrahim Al-Imam. Ibrahim Al-Imam dipenjarakan di Najran sehingga beliau meninggal dan usianya ketika itu 48 tahun.
Kita telah tahu bahawa pada tahun 132H, rebah tersungkurlah kerajaan Bani Umayyah dan tegak berdirilah pula kerajaan Bani Abbasiyyah. Di antara tokoh yang berjasa membangunkan kerajaan Bani Abbasiyyah ini adalah seorang yang bernama Abdullah bin Ali. Siapakah dia? Secara ringkasnya, dia adalah pakcik kepada khalifah Abbasiyyah pertama iaitu Abu Abbas Abdullah As-Saffah dan Abu ja'far Al-Mansur. Beliaulah yang memimpin tentera Abbasiyyah dalam Peperangan Az-Zab Al- Kubra, satu peperangan penentu yang mengakibatkan kalahnya tentera Bani Umayyah.
Beliau merupakan seorang jenderal tentera yang gagah berani, kejam dan berdarah dingin. Ini dapat dilihat terhadap tindakan terhadap warga Damsyiq apabila beliau telah dapat menawannya. Kekalahan tentera Marwan Al-Himar telah menyebabkan penduduk Damsyiq menanggung akibatnya. Kubur-kubur Bani Umayyah dibongkar dna tulang belulang mereka dibakar. Marwan Al-Himar yang lari ke Mesir diburu sehingga tertangkap dan dibunuh. Semua saki baki putra Bani Umayyah dibunuh.
Demi mencapai cita-cita politiknya, dia bertindak semahu-mahunya.
Tetapi, demikianlah hukum Tuhan. Siapa menyemai badai, dia bakal menuai taufan!
Abu Al-Abbas As-Saffah mati pada tahun 136H, pada usia yang sangat muda iaitu 32 atau 33 tahun. Ada yang kata lebih muda lagi iaitu 28 tahun. Dia mati kerana penyakit campak.
Setelah matinya Abu Al-Abbas, abangnya Abu Ja'far pula menjadi khalifah. Abdullah bin Ali tidak boleh menerima kerana dia merasakan dia yang paling layak. Abu Jaafar telah minta tolong Abu Muslim Al-Khurasani. Maka terjadilah peperangan antara tentera Abu Muslim Al-Khurasani dengan tentera Abdulalh bin Ali. Abdullah bin Ali kalah dan dia lari berlindung dengan dan disembunyikan oleh Sulaiman bin Ali di Basrah.
Tapi Abu Ja'afar memperdayanya sehingga dia keluar daripada persembunyiannya. Lalu dia dihumbankan ke dalam penjara dan mati dalam penjara.