Tuesday, May 23, 2023

Khalifah Al-Mutawakkil dibunuh tentera Turki

Khalifah Al-Mutawakkil ialah khalifah ke-10 dalam senarai Khalifah Abbasiyyah. Nama beliau adalah Abu Al-Fadhl Jaafar Al-Mutawakkil 'Alallah bin Al-Mu'tazim bin harun Ar-Rasyid bin Muhammad Al-mahdi bin Abu Ja'jAafar Al-Mansur binj Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas bin Abdul Mutallib.

Beliau naik menjadi khalifah menggantikan saudaranya yang digelar Khalifah Al-Wathiq billah. Ibunya dalah seorsng hamba berbangsa Turki yang bernama Syuja'

Beliau mengambil mazhab Syafie sebagai ikutannya dan di kalangan ulama seperti Imam Az-Zahabi dan Khalifah ibn Khayyat, Almutawakkil dikenali sebagai Muhyi As-Sunnah Wa Mumitu Al-Bid'ah (Penghidup Sunnah dan Pemungkas Bid'ah) kerana pada zamannya golongan Muktazilah yang menimbulkan fitnah Khalqul Quran dan menjadikannya mazhab negara telah ditamatkan.

Qadhi Basrah, Ibrahim bin Muhamamd At-Taimi memujinya dengan mengatakan:

الخلفاء ثلاثة: أبو بكر الصديق قاتلَ أهل الردة حتى استجابوا له، وعمر بن عبد العزيز ردَّ مظالم بني أمية، والمتوكل محا البدع وأظهر السنة

" Khalifah (Yang berjasa) itu ada 3: Abu Bakar As-Siddik yang memerangi golongan Murtad, Umar bin Abdul Aziz yang memulangkan harta yang diambil zalim oleh Bani Umayyah dan Al-Mutawakkil yang menghapuskan bid'ah dan memenangkan Sunnah".


Artikal berkaitan: 

KHALIFAH AL-MUTAWAKKIL BIN AL-MU'TASIM BIN AR-RASYID



Monday, May 22, 2023

PEPERANGAN AL-FAKH

Peperangan ini berlaku pada 8 Zulhijjah tahun169H=11 Jun 786M. Ia merupakan peperangan antara tentera pendokong Al-Hussain bin Al-Hasan3 bin Al-Hasan2 bin Al-Hasan1 bin Ali bin Abi Talib dengan tentera Abbasiyyah di bawah khalifah Musa Al-Hadi.. Peperangan ini berlaku dio satu tempat bernama Al-Fakh iaitu kira-kira 3 batu jauhnya daripada Makkah. Pihak tentera Al-Hussain bin Al-Hasan telah tewas dalam peperangan ini Al-Hussain sendiri telah mati tebunuh. 

Sejak mati tebunuhnya Hussain bin Ali r.a di Karbala pada tahun 61H, semasa Yazid bin Mua;wiyah menajdi khalifah daripada dinasti Bani Umayyah, keluarga Alawiyyin (Keturunan Ali bin Abi Talib)  sering mengadakan aksi pemberontakan. Pemberontakan golongan Alawiyyin yang berskala besar pertamanya berlaku pada tahun 121H apabila Zaid bin Ali bin Al-Hussain memimpin pemberontakan melawan kerajaan Bani Umayyah. Namun, penduduk Kufah yang mulanya menyatakan sokongan buatnya, kemudian mengkhianati bai'ah mereka kepada Zaid bin Ali menyebabkan beliau terpaksa berdepan dengan gabenor bani Umayyah di Kufah, Yusuf bin Umar As-Tsaqafi bersama jumlah pengikutnya yang sedikit . Akhirnya Zaid bin Ali mati tebunuh.

Apabila kerajaan Bani Umayyah tumbang pada tahun 132H dan digantikan dengan kerajaan Bani Abbasiyyah, maka para Alawiyyin merasa dikhianati. Seharusnya yang menjadi khalifah adalah dari kalangan Alawiyyin. Maka Alawiyyin menajdi pembangkang pula dalam kerajaan Bani Abbasiyyah. Pada masa pemerintahan Khalifah Abu Ja'afar Al-Mansur, khalifah ke-2 Bani Abbasiyyah, tahun 145H-762M, meletus pemberontokan yang dipimpin oleh Muhammad bin Abdullah Al-Kamil bin Al-Hasan 2 bin Al-Hasan 1 bin Ali bin Abi Talib (Digelar Muhammad An-Nafsu Az-Zakiyyah). Pemberontakan ini juga digagalkan dan Muhammad An-Nafsu Az-Zakiyyah mati dibunuh. Saudaranya yang Ibrahim bin Abdullah Al-Kamil juga mengadakan pemberontakan di Basrah juga dikalahkan oleh gabenor Abbasiyyah ,  Isa bin Musa dan mati terbunuh di sana.

Kekalahan dalam pemberontakan lepas itu tidak menamatkan terus pemberontakan berikutnya. Golongan Alawiyyin selalu dipandang serong, dinafikan hak dan dan ditindas. Ini menyebabkan tercetusnya pemberontakan golongan Alawiyyin pada masa Musa Al-Hadi dipimpin oleh Al-Hussain bin Al-Hasan Al-Mutsallath(3). Pemberontakan itu membawa kepada peperangan Al-Fakh yang mana berikutan kekalahan golongan Alawiyyin di sana, larilah seorang daripadanya ke wilayah Afrika Utara. Beliau adalah Idris bin Abdullah bin Al-Hasan. Dalam pelariannya itu, dia jadi buruan. Namun, kerana nilai Ahlul Bait yang dibawanya, ramai yang membantu melancarkan perjalananya melepasi Mesir sehingga sampailah ke tempat yang dituju iaitu wilayah Maghribi.

Sambung Bacaan:

Munculnya Kerajaan Idrissiyyah.

Sunday, May 21, 2023

Khalifah yang dibunuh ibunya

Musa Al-Hadi adalah cucu kepada Khalifah ke-2 Bani Abbasiyyah iaitu Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur. Namanya adalah Abu Muhammad Musa Al-Hadi bin Muhammad Al-Mahdi bin Abu Ja'far Al-Mansur. Beliau adalah khalifah yang ke-4 bagi Dinasti Bani Abbasiyyah. Sewaktu beliau menaiki tahta kekhalifahan, umurnya baru 25 tahun.Ibunya bernama Khaizuran bin Ato' Al-Jursyiyyah  Al-Yamaniyyah.

Ahli sejarah menyebutkan tentang pernagai dan akhlak Musa Al-Hadi. Dia digambarkan seorang sukakan nyanyian para penyanyi. Umpanya penyanyi bernama Ibrahim Al-Musili  adalah penyanyi yang sering berdampingan dengannya. Dia juga digambarkan suka minum arak,  sangat cemburu dan cepat marah.

Semasa usianya 16 tahun. dia telah dipilih menjadi putera mahkota oleh ayahnya Muhammad Al-Mahdi. Namun, ada rancangan oleh khalifah Muhammad Al-Mahdi untuk menggantikannya dengan Harun Ar-Rasyid atas sebab potensi diri Harun Ar-Rasyid yang lebih dan pujukan Khaizuran isterinya. Namun, kematian Muhammad Al-Mahdi memintas rancangan itu ia tidak sempat dilaksanakan. Hanya, diwasiatkan bahawa selepas Musa Al-Hadi, Harun Ar-Rasyhid akan menggantiukannya.

Musa Al-Hadi mengikut gaya pemerintahan ayahnya dalam membanteras ancaman puak zindi dalam negara. Pada zamannya juga berlaku pemberontakan dan dapat dipandamkannya. Antaranya adalah pemberontakan Al-Hussain bin Ali bin Al-Hasan Al-Mutsallath bin Al-Hasan Al-Muthanna bin Hasan As-Sabt bin Ali bin Abi Talib yang mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah di Kota Madinah. Pemberontakan itu dipadamkan dalam sebuah peperangan yang dinamakan Perang Al-Fakh. Apabila kalah dalam cubaan pemberontakan itu, anak saudara Al-Hussain  bin Ali iaitu Idris bin Abdullah (Namanya Idris bin Abdullah bin Al-Hasan 3 bin  Al-Hasan 2  bin Al-Hasan 1 bin Ali bin Abi Talib) telah berjaya melarikan diri ke wilayah Maghribi dan mengasaskan Keraajaan Idrisiyyah di sana..

Beliau menjadi khalifah dalam tempoh yang pendek aitu antara tahun 169H hingga 170H. Musa 

Mengikut Imam As-Suyuthi dalam kitabnya Tarikh Al-Khulafaa, ms 181:

سمته أمه الخيزران لما عزم على قتل الرشيد ليعهد إلى ولده

" Ibunya Khaizuran telah meracuninya apabila dia berazam untuk membunuh Harun Ar-Rasyid dan menggantikannya dengan anaknya (Jaafar) sebagai putera mahkota".

Dia dikatakan dibunuh dengan cara diracun oleh ibunya Khaizuran dalam jamuan makan yang diadakan oleh ibunya itu. Ada tambahan yang mengaitkan bahawa racun itu tidak membunuhnya lansung, maka Khaizuran mengarahkan beberapa hambanya untuk membunuhnya dengan cara dicekik atau dititup buka dengan bantal.

Siapa Khaizuran?

Baca: Aljazeera

Monday, May 15, 2023

Kejatuhan Kerajaan Khawarizmi

Sejarah Kemunculan Kerajaan

Dari lingkungan kerajaan Saljuk, muncullah kerajaan Khawarizmi. Semasa Sultan Maliksyah dari Kerajaan Saljuk berkuasa, ada seorang panglima tenteranya bernama Anusytakin. Dia mendapat kepercayaan Sultan Maliksyah dan ditaklifkan sebagai gabenor di wilayah Khawarizmi. Anusytakin pun menjawat posisi itu hinggalah dia meninggal pada tahun 490H/1097M. Kedudukan dan jawatan serta kemampuan mentadbirnya dipusakai pula oleh anaknya Muhammad bin Anusytakin. Muhammad tersebut telah memerintah selama 30 tahun dan telah berjaya mewujudkan kerajaan yang stabil di bawah nama kerajaan Saljuk. Beliau dikenali juga sebaga sebagai Khawarizmi Syah.

Muhammad Khawarizmi syah meninggal tahun 551/1126M. Ketika ini, kerajaan Khawrizmi bertambah kukuh sementara kerajaan Saljuk kian lemah. Maka, ia mula menjadi kerajaan tersendiri dan beberapa daerah yang dulunya di bawah kekuasaan Saljuk dapat dikuasai oleh kerajaan Khawarizmi. Pada masa Sultan  Khawarizmi yang bernama Taksyin memerintah iaitu antara tahun 568-596H/1173-1200M, kerajaan Khawarizmi berada pada zaman keemasannya. Sultan Taksyin adalah pemerintah yang berwibawa dan pahlawan perang yang hebat.

Sumber: Islamonline

Bila Sultan Taksyin meninggal dunia pada tahun 596H, dia digantikan oleh anaknya yang bernama Ala'uddin Muhammad Syah. Seperti ayahnya, dia juga hebat dalam peperangan dan suka meluaskan wilayah sehingga dia dapat menakluki sebahagian besar tanah Khurasan. Tahun 606H, dia dapat menumpaskan Kerajaan Khata dan menguasai negeri-negeri di semberang sungai Jaihun (Disebut dengan nama Transoxiana iaitu negeri-negeri yang terletak di selatan Asia Tengah terdiri daripada Timur Uzbekistan, Barat Tajikistan, Sebahagian daripada Selatanm Kazakhstan, sebahagian daripada Turkminstan dan bahagian selatan Kyrgystan). Pada zamannya, wilayah kerajaan Khawarizmi mencapai keluasan terbesar. Dari sebelah barat, ia mencecah sempadan Iraq dan ke timur hingga ke perbatsan India. Dari utara, laut Qazwin hingga ke selatan laut Arab.


Ketika ini, di wilayah Mongol naik rajanya yang bernama Timujin dan bergelar Genhiz Khan iaitu pada tahun 602H=1206M. Genhiz Khan. Dia dapat menyatukan labilah-kabilah di sana dan menjadikan Karakorum sebagai ibu kota pemerintahannya. Dia punya wawasan untuk meluaskan kerajaannya. Negara Cina adalah antara sasarannya. Pada tahun 612H=1215M , Peking dapat ditakluki. Kemunculan kekuatan Mongol ini menjadi ancaman besar kepada kerajaan Khawarizmi yang bersempadan dengannya.

Pada satu ketika, tentera Sultan Alauddin Muhammad Syah telah bertembung dengan tentera Mongol yang dipimpin oleh Gogi bin Genhiz Khan. Sekalipun jumlah tentera Sultan Alauddin Muhammad Syah lebih ramai, mereka dikalahkan oleh tentera Gogi dan ini menambahkan kebimbangan Sultan Alauddin mengenai keselamatan kerajaannya. Ditambah pula bila sampai berita kepadanya mengenai kejatuhan Peking ke tangan Mongol. Berita itu sukar dipercayainya. Dia pun menghantar utusan ke Cina dan menawarkan bantuan dan sebagai balasannya Cina mengirinkan surat dan hadiah kepada Sultan Khawarizmi.

Dalam keadaan negara berdepan dengan kekuatan Mongol itu, Kerajaan Khawarizmi mengambil tindakan konfrontasi dengan Khalifah Abbasiyyah di Baghdad iaitu An-Nasir Li Dinillah. Dia mahu memiliki kekuasaan sebagaimana pernah dicapai oleh kerajaan Saljuk. Berdasarkan kredit keberhasilannya menguasai negeri-negeri di Tansoxiana ( Ma Wara annahri) dia menuntut pengiktirafan dari Khalifah Abbasiyyah di Baghdad. Namun, khalifah semasa itu, An-nasir Li Dinillah enggan mengiktirafnya. Ini menyebabkan Sultan Alauddin mengambil tindakan untuk menyerang Baghdad dengan tujuan memakzulkan khalifah. 

Tentera yang besar digerakkan menuju ke Bagdad. Namun, pergerakan tenteranya itu berdepan dengan cabaran hujan lebat dan banjir menyebabkan ramai tentera mati dan kuda-kuda tenteranya berselarakan. Akhirnya Sultan Alauddin Muhammad Syah pulang dengan kecewa ke Khawarizmi pada tahun 614H/1217M. Inilah bencana terburuk menimpa pasukan tenteranya sejak dia naik tahta pada tahun 596H/1199M.

Kemudian, berlaku masalah dengan Mongol mengenai kerjasama perdagangan. Sekumpulan pedagang daripada Mogol datang ke wilayah Atrar yang bernaung di bawah kerajaan Khawarizmi. Gabenornya telah menahan para pedagang tersebut dan melaporkannya kepada Sultan Alauddin. Sultan Alauddin , menganggap mereka adalah pengintip dan diperintahkan hukum bunuh. 

Genhiz Khan merasa marah dengan kejadian itu dan menghantar utusan kepada Sultan Alauddin Muhammad Syah menuntyut agar gabenornya di Atrar diserahkan untuk diadili atas kelancangannya membunuh pedagang Mogol. Namun , Sultan Alauddin enggan melayan permintaan itu, bahkan dia menambah bencana baru dengan membunuh utusan Genhiz Khan itu.

Perbuatan membunuh utusan adalah satu pengisytiharan perang!

Pada tahap ini. dia kerajaan sudah berada di ambang perang dan tiada lagi jalan penyelesaiannya. Kedua-dua kerajaan pun mempersiapkan angkatan dan persenjataan serta pertahanan.

Genhiz Khan menyusun angkatan menyerang pelbagai penjuru. Pasukan tentera Khawarizmi mengalami kekalahan demi kekalahan. Sejarah mencatatkan kekalahan tersbut bukan kerana kurangnya tentera, tetapi adalah kerana lemahnya strategi dan perpecahan dalaman angkatan tentera tersebut. Tenteranya juga lebih cintakan dunia, takut mati dan tel;ah tercabut keluar roh jihad. La haula wala quwwata illa billah!

Inilah yang nabi Muhammad pernah sebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh sahabat nabi bernama Tsauban:

يوشك الأمم أن تداعى عليكم، كما تداعى الأكلة إلى قصعتها. فقال قائل: ومِن قلَّةٍ نحن يومئذ؟ قال: بل أنتم يومئذٍ كثير، ولكنكم غثاء كغثاء السَّيل، ولينزعنَّ الله مِن صدور عدوِّكم المهابة منكم، وليقذفنَّ الله في قلوبكم الوَهَن. فقال قائل: يا رسول الله، وما الوَهْن؟ قال: حبُّ الدُّنيا، وكراهية الموت

Nyaris sudah para umat (selain Islam) berkumpul (bersekongkol) menghadapi kalian sebagaimana berkumpulnya orang-orang yang makan menghadapi bejana makanannya.” Lalu bertanya seseorang, “Apakah kami pada saat itu sedikit?” Beliau menjawab, “Tidak, bahkan kalian pada saat itu banyak, akan tetapi kalian itu buih seperti buih banjir, dan Allah akan menghilangkan dari diri musuh-musuh kalian rasa takut terhadap kalian dan menimpakan ke dalam hati-hati kalian wahn (kelemahan).” Maka seseorang bertanya, “Wahai Rasulullaah, apakah wahn itu?”. Kata beliau, “Cinta dunia dan takut mati.


Penyakit wahan telah melanda pasukan tentera kerajaan Khawarizmi. Bagaimanalah hendak menang melawan pasukan Mogol kalau wahan telah merajalela dalam hati-hati para tenteranya???

Sultan Alauddin terpaksa berundur dari satu kota ke satu kota dan akhir sekali bertahan di Hamdan dengan hanya 20 ribu tenteranya. Wilayah Khawarizmi telah ditakluk oleh Genhiz Khan. Ibunya yang Turkan Khatun (Boleh baca: Peranan dan keterlibatan politik oleh Rurkan Khatun dalam kerajaan Khawarizmi serta putera dan puteri Sultan Alauddin  ditawan. Mereka dibawa ke depan Genhiz Khan dan diperintahakan bunuh para putera Sultan walaupun masih kecil serta anak puteri-puterinya pula diserahkan kepada para pegawai tenteranya untuk dinikahi.

Turkan Khatun adalah isteri kepada Sultan Taksyin dan puteri kepada Khan Jenkisy, salah seorang raja bangsa Turki. Dia hidup dalam limpahan harta dan kekuasaan. Ketika anaknya Alauddin Muhamamd Syah naik tahta, dia makin berpengaruh dan kabilahnya, Kabilah Qonqili membanjirinya posisi-posisi penting dalam kerajaan. Bila Mogol sudah menakluk Khawarizmi, orang menasihatkanya agar menyertai pasukan Jalaluddin Syah Munkabirati Al-Khawarizmi, namun dia enggan kerana permusuhannya dengan cucunya itu. Dia lebih relah jatuh dalam tawanan Mogol daripada mencari keselamatan dengan tentera Jalaluddin Syah. Maka dia menjadi tawanan bersama anak-anak dan cucunya yang lain. Ramai kerabatnya dibunuh dan ada yang dijadikan hamba tawanan. Dia sendiri telah disumbat ke dalam penjara kerajaan Mogol di ibukota Karakarom dan mengalami penghinaan dan siksaaan hinggalah dia mati dalam penjara itu pada tahun 630H.

Baca: Turkan Khatun 

 

Akhirnya , Sultan Ala'udin Muhammad Syah Khawarzmi terpaksa lari bersembunyi di sebuah pulau di Laut Qazwin. Hilanglah segala kuasa dan kemegahannya selama ini. Kerajaannya yang besar  rebah tersungkur di depan serangan pasukan Moghol yang dipinpin oleh Genhiz Khan. Hidupnay bersenadung duka dan menambah deritanya. Hatta, matilah dia sebattang kara di pulau tersebut pada 3 Syawal 617H /9 Disember 1220. 

Perjuangan mengembalikan kekuasaan di bumi Khawarizmi dan menumpaskan cengkaman Mogol, kemudiannya dilanjutkan oleh anaknya Jalaluddin Syah Munkabirati. Namun, kendatipun beliau dikenali dengankegigihannya serta keberaniannya, dia tidak berjaya mengubah keadaan atau menghalau  sang batu derhaka Mogol yang dipacak kukuh dalam wilayah Khawarizmi. Atas segala penat jerihnya, dia akhirnya mati terbunuh di tangan seornag Kurdi yang membalas dendam. Demdam tas kematian saudaranya yang dibunuh oleh Jalaluddin Syah Munkabirati.

Jika dihitung tempoh berdirinya kerajaan Khawarizmi dari tahun 490H himngga matinya Jalaluddin Syah Munkabirati , maka kerajaan Khawarizmi berdiri hanya 138 tahun.

Ini adalah sebuah tragedi yang membuka pintu hunjaman banjir kemusnahan yang meranapkan seluruh daulah Islamiyyah hingga ke jatuhnya Kota Baghdad, ibu kota kerajaan Khilafah Abbasiyyah ke tangan Hulagu Khan pada tahun 656H=1258M

Friday, May 12, 2023

Agama Druz

 


Fakta tentang agama Druz

  1. Dinisbahkan kepada seorang yang bernama Muhammad bin Ismail Nasytakin Ad-Druzi
  2. Mereka menisbahkan diri meeka sebagai golongan Muwahhidin.
  3. Ada nama lain iaitu Bani Ma'ruf
  4. Tokoh utama agama Druz adalah Al-Hakim Bi Amruillah, khalifah ke-10 kerajaan Ubaidiyyah/Fatimiyyah di Mesir.
  5. Orang Druz beriman dengan Allah tetapi mereka juga juga beriman bahawa Allah bertajassud dalam tubuh manusia dan Al-Hakim bi Amrillah adalah jelmaan Allah.
  6. Golongan Druz beriman dengan 5 nabi iaitu, Syuaib, Isa termasuk dianggap nabi adalah ali falsafah Greek iaitu Plato, Aristotle, Socrates dan Akhnatun (Firaun Mesir) adalah nabi-nabi jelamaan Alalh pada zaman meeka.
  7. Druz menerima Al-Quran tetapi mereka ada tafsiran Batiniyyah sendiri dan mereka juga menganggap Quran telah mengalami tahrif( Perubahan).
  8. Kitab utama Druz dinamakan "Kitab Al-Hikmah".
  9. Mereka beriman dengan Tanasukh Al-Arwah
  10. Rumah ibadat orang Druz dinamakan Al-khulwah dan imam di dalamnya yang bertugas dinamakan As-Sayis.
  11. Solat Jumaat di malam jumaat.




Sunday, May 7, 2023

GERAKAN BARELVI

Gerakan Barelvi diasaskan oleh seorang yang bernama Ahmad Redha Khan Taqi Ali Khan di bumi India, dan dia menggelarkan dirinya sebagai Abdul Mustafa. Gerakan ini diasaskan pada zaman penjajahan British ke atas benua India. Dari Segi akidah, gerakan ini berpegang dengan kesufian dan dari segi fekah, mereka bermazhab Hanafi.

Ahmad Redha Khan lahir pada tahun 1272H=1865M di sebuah bandar bernama Bereilly dalam daerah Uttarpradesh. Beliau meninggal pada tahun 1340H=1921M


Pegangan-pengangan kaum Barelvi:

1) Mempercayai bahawa nabi Muhammad SAW mempunyai haq tasarruf ke atas alam ini

2) Mempercayai bahawa para wali-wali ada hak tasarruf ke atas alam semesta ini.

3) Meragui manusiawinya nabi Muhammad SAW dan meletakkannya pada tahap uluhiyyah.

Seperti apa yang dikatakan oelh Ahmad Redha Khan dalam Hadaiq Baksyisy:

أي يا محمد صلى الله عليه وسلم لا أستطيع أن قول ‏لك الله، ولا أستطيع أن أفرق بينكما، فأمرك لله هو أعلم بحقيقتك

"Wahai Muhamamd! Aku tidak mampu mengatakan engkau Adalah Allah. Aku tidak dapat bezakan antara kamu berdua. Maka urusanmu kuserahkan kepada Allah dan Dialah yang mengetahui hakikatmu".

4)  Mereka menganggap Ibn Taimiyyah dan Muridnya sebagai kafir.

5) Mempercayai konsep Hadir danm Nazhir yang disandarkan kepada nabi SAW. Kepercayaan ini disebut sebagai Akidah As-Syuhud. Nabi Muhammad SAW dipercayai  mempunyai kekuatan suci yang memungkinkan baginda melihat alam ini seperti melihat tapak tangannya, mendengar walau di mana sahaja penjuru alam ini dan baginda bertawaf menolong orang yang memohon pertolongan dalam sekelip mata.

6) Menggalakkan para pengikutnya agar beristighasah dengan para nabi dan auliya di kubur mereka  dan siapa yang mengingkari keharusan beristighasah dengan cara itu,  dianggap sebagai mulhid.

7) Mereka beramalkan dengan Isqat iaitu mengeluarkan kadar tertentu seperti kadar zakat fitrah kerana si mati meninggalkan solat. puasa  dan lain-lain kewajiban. Amalan bayar fidyah solat yang diamalkan oleh orang-orang tua kita, adalah serapan daripada amalan Barelwi ini. Tiada petunjuk Quran maupun hadis yang menyarankan agar orang yang tinggalkan solat digantikan dengan bayaran fidyah!

8)  Menyakini hakikat Nur Muhammad, bahawa nabi SAW itu dari Nur Allah dan semua makhluk dari Nur Muhammad SAW.

9) Menyakini bahawa Ahmad Redha Khan, pengasas Barelwi itu seorang yang maksum dari salah silap dalam kata-katanya maupun tulisannya.

10)Mereka bertabarruk dengan kubur, membangunkannya, memasang lampu, menabur bunga, memasang kelambu, menunaikan nazar padanya dan bertawaf padanya serta adakan ihtifal untuk ahli kubur tersebut.

Mereka menggelarkan Ahmad Redha sebagai hadhratul a'la yang berada di tangan Al-Ghauthul A'zom (Syeikh Abdul Kadir Jailani) dan Al-Ghausul A'zom itu berada di tangan Nabi Muhammad SAW yang berada di tangan Al-Hadratul Ilahiyyah. Perumpamaan mereka itu seperti pena di tangan penulisnya.( Tulisan : Ihsan Ilahi Zohor: Al-Berelwiyyah; Ms 13)

9) Golongan Berelwi melampau dalam menyanjung Saidina Ali dan mencipta Doa As-Saifi yang menyebuitkan di dalamnya nama Saidina Ali, Fatimah dan anak-anak mereka sebagai penghalang bala bencana.


Baca: Alukah

Rujuk: Wikipedia


Akidah Nur Muhammad Di sisi Brelwi

Barelwi berpegang bahawa Nur Muhammad adalah awal kejadian. Mereka berpegang dengan hadis PALSU yang dinamakan HADIS JABIR yang menceritakan bagaimana Nur Muhammad terpecah kepada 4 bahagian.

(Perhatian: Ramai yang menyandarkan hadis Jabir sebagai dalil awal kejadian adalah Nur Muhammad hanya ambil sekerat dan seandainya dibaca habis hadis tersebut, akan jelaslah kebatilan dan kepalsuan dalam hadis itu. Mengapa orang yang yang berakal tidak mahu mengkaji dna berfikir???)

Rujuk: Islamweb

Dalam Hadis Jabir itu dinayatakan pecahan Nur Muhammad itu:

Bahagian pertama jadi Arasy

Bahagian kedua jadi Kursi

Bahagian ketiga jadi malaikat-malaikat

Bahagian keempat terpecah kepada empat bahagian pula. Bahagian pertama jadi langit tujuh petala. Bahagian kedua jadi bumi. Bahagian ketiga jadio syurga dan neraka. Bahagian keempat jadi pula terpecah kepada 4 bahagian!???


Thursday, May 4, 2023

Akidah Mu'attilah Jaham bin Safwan

 Jaham bin Safwan Abu Mihraz As- Samarqandi Ar-Rasibi, telah menyebutnya tentang oleh Imam Az-Zahabi:

الجهم بن صفوان أبو محرز السمرقندي الضال المبتدع رأس الجهمية، هلك في زمان صغار التابعين، وما علمت أنه روى شيئاً لكنه زرع شراً عظيماً

Jaham bin Safwan telah belajar dengan Al-Ja'du bin Dirham yang telah mati di tanagan Khalid bin Abdullah Al-Qasri pada tahun 105H. Kerana menyebarkan fahaman Mu'attilah , Jaham bin Safwan telah dibuang negeri ke Turmuz. Berbekalkan kemahiranya dalam Ilmu Kalam, dia menyebarkan kesesatannya di Turmuz hingga dia diikuti oleh sebilangan orang. Pemikirannya pun meresap hingga ke Balakh, sebuah kota yang besar di Khurasan pada zaman itu. Jaham bin Safwan suka berdebat dengan tokoh-tokoh yang ada di sana. Antaranya yang didebatinya adalah Muqatil bin Sulaiman (Tokoh Mufassir). Muqatil dikenali dengan akidah Musyabbihah Murji'ah sedangkan Jaham bin Safwan Mu'attilah.

Kata Imam Abu Hanifah:

أتانا من المشرق رأيان خبيثان: جهم معطل، ومقاتل مشبه

" Telah datang kepada kami dari sebelah Timur dua pandangan yang jelik iaitu pandangan Jaham si mu'attil dna Muqatil si musyabbih."
( Kitabul Arsy oleh Imam Az-Zahabi)

* Para ulama menerima tafsiran Muqatil , tetapi menolak periwatan hadisnya.Para imam hadis seperti Yahya bin Ma'in, Muhammad bin Sa'ad, Al-Bukhari, An-Nas'i dan Ibn Hibban menuduh Muqatil sebagai Pendusta.(Baca: Islamqa)

Catatan: Tuduhan ke atas Muqatil bin Sulaiman bahawa dia seorang Musyabbihah tidaklah boleh dipercayai sepenuhnya. Pertama, tuduhan tersebut datamng dari para penentangnya. Keduanya, response para ulama seperti Imam Abu Hanifah adalah atas apa yang sampai kepada mereka daripada riwayat-riwayat golongan muktazilah. Ketiga, Kitab-kitabnya yang ada tidak menggambarkan demikian. Keempat, dalam Tahzibul Kamal(Jil 28/MS 439 menyebutkan tentang jawapan Muqatil bila ditanya oleh khalifah. Beliau membaca surah Al-Ikhlas dan menyatakan itulah akidahnya.

Sewaktu di Turmuz, Jaham berkawan dengan Al-Harith bin Suraij , pemimpin kabilah Al-Azdi di Khurasan yang bangkit memberontak melawan Bani Umayyah.

Dia ditangkap oleh pasukan tentera pembanteras pemberontakan yang dipimpin oleh Abu Harbin Sullam bin Ahwaz bin Arbad bin Muharraz Al-Mazini At-Tamimi yang berkhidmat di bawah gabenor Khurasan yang bernama Nasir bin Sayyar Al-Kanani. Nasir bin Sayyar Al-Kanani dilantik jadi gabenor Khurasan oleh Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik pada tahun 120M dan berlangsung sehingga dia digulingkan oleh gerakan bani Abbas.

Maka, Jaham bin Safwan telah ditangkap ketika ikut serta dalam pemberontakan Al-Harith bin Suraij terhadap pemerintahan Bani Umayyah di Khurasan. Jaham bin Safwan merayu agar dirinya dimaafkan kepada Sullam At-Tamimi. Namun, dengan tegas Sullam At-Tamimi berkatanya:

" Demi Allah, jika engkau berada dalam perutku, akan aku belah perutku untuk membunuhmu".

Maka Jaham bin  Safwan pun telah dibunuh pada tahun 128H. 

Alasan pembunuhannya itu bukan kerana keterlibatannya dalam gerakan khawarij menentang kerajaan Bani Umayyah. Ia adalah kerana menyebarkan kerosakan akidahnya dengan  fahaman "Mu'attilah" iaitu menafikan sifat Tuhan.

Jaham bin Safwan bukanlah kalangan ahli ilmu dan bukan juga kalangan ahli Ibadah. Bahkan, dikatakan dia tidak pernah sekalipun melaksanakan ibadah haji. Namun, dia punya kecerdikan dan petah berhujjah. Dia memanfaatkan akalnya dan tidak merujuk kepada wahyu. Jalannya adalah sepertimana jalan para ahli falsafah.

Akidah Mu'attilah Jaham bin Safwan:

Dia menafikan sifat-sifat yang menyerupakan Allah dengan makhluk seperti sifat tangan dan muka. Dia juga menafikan sifat-sifat Allah yang azali seperti Qudrat, Iradat dan llmu, lalu dia mengatakan bahawa sifat tersebut adalah bermaksud zat Allah itu sendiri dan bukan berasingan dengannya.Menurutnya:

ليس قادراً بقدرة غير ذاته، و ليس مريداً بإرادة غير ذاته، و ليس عالماً بعلم غير ذاته

Dia juga menafikan sifat KALAM atas dasar ia menyerupakan Allah dengan makhluk. Katanya KALAM Allah itu adalah Allah sendiri. Maka dari pemahaman sebegini, diangkatlah akidah bahawa Quran itu makhluk!

Demikianlah pula, Jaham bin Safwan menolak bahawa Allah dapat dilihat di akhirat dan dia berdalilkan Ayat Quran:

لا تدركه الأبصار

Akidah-akidah Jaham bin Safwan ini kemudian berkembang menjadi akidah Muktazilah. Namun, Jaham berbeza dengan Muktazilah dalam beberapa perkara seperti fahaman perbuatan hamba. Muktazilah kata hamba bebas tetapi jaham kata hamba mujbar (terpaksa). Manusia tiada kuasa. Allah yang berkuasa.

Syurga dan nerakan menurut Jaham bin Safwan, akan binasa KEDUA-DUANYA.

Tafsiran iman baginya seperti pemahaman kaum Murji'ah iaitu dengan hati. Walau mulut melafazkan kata kufur, yang penting hati.

Jaham bin  Safwan juga mendakwa Allah ada di semua tempat.

Ibn Khuzaimah dalam kitabnya At-Tauhid menyebutkan bahawa pada satu hari Jaham bin Safwan di atas jambatan di bandar Turmuz. Lalu orang bertanya kepadanya .

صف لنا ربك
" Sifatkan untuk kami Tuhanmu"


Lalu, dia balik rumah dna berkurung selama beberapa hari. Apabila keluar rumah dia pun berkata:

هو هذا الهواء مع كل شيء وفي كل شيء ولا يخلو منه شيء


Dia (Allah) adalah udara ini. Dia bersama segala sesuatu dan dalam segala sesuatu. Tidak sunyi dari Allah apapun!".



Kerana Jaham bin Safwan menyandarkan akidahnya kepada akal dan ilmu kalam, maka para ulama dari kalangan fuqaha dan ahli hadis sangat keras menentangnya. Mereka menghukumkannya sebagai kafir dan sesat kerana menyalahi Quran dan Hadis. Dia membawa pemahaman akidah baru dalam Islam.

Bacaan Tambahan: Marefa




Tuesday, May 2, 2023

GOLONGAN MUKTAZILAH

Muktazilah adalah satu fiqah dalam Islam yang dinisbahkan pengikut kepada Wasil bin Ato' yang telah mengambil sikap mengasingkan diri daripada halaqah ilmu Hasan Al-Basri kerana masalah khilaf tentang hukum orang Islam yang fasiq.  Muktazilah terkenal dengan pendirian mereka mengutama akal di atas naqal dan ia berpecah kepada pelbagai aliran,namun aliran-aliran muktazilah itu berdiri di atas 5 prinsip yang samam, disebut sebagai USULUL KHAMSAH iaitu:

1) Usul Tauhid-iaitu menetapkan keesaan Allah dan menafikan keserupaanNya dengan makhluk. Lalu, dalam perbahasaan tentang sifat-sifat Allah, mereka menolak Allah bersifat dengan sebarang sifat kecuali Sifat Salbiyah. Adapun sifat-sifat Tsubutiyyah seperti Qudrat, Ilmu Qidam dan seumpamanya, maka mereka menafikannya.


2) Al-Adl

3) Al-Wa'du Wal Wa'iid

4) Al-Manzilatu Baina Manzilatain

5) Amar Ma'ruf nahi Munkar


Golongan Muktazilah menerima hadis jika hadis itu selari dengan Quran dari segi sebutan dan makna. Jika ia menyalahi Quran, sekalipun perbezaan antara Hadis dan Quran itu hanya dari segi zahir sahaja, padahal boleh diharmonikan antara keduanya, maka muktazilah menolak hadis itu sekalipun dajat kesahihannya tinggi. Dengan kata lain, muktazilah menolak hadis yang berdiri sendiri (Hadis Mustaqillah).


Baca: Youm

Baca: Islamweb

Baca: Saaid

Baca: Alukah

IMAM 'AMIR AS-SYA'BI

 Nama sebenarnya ialah Amir bin Syarahil bin Abd bin Zi Kibar Abu Amru Al-Hamdani As-Sya'bi Al-Kufi Ahli Sejarah berbeza pendapat tentan...