Tuesday, July 18, 2023

Kabilah Kindah-Disayangkan kerana lewat mencicipi Islam.

 Kabilah Kindah adalah Kabilah Arab yang besar dan pernah mencipta rekod membina kerajaan di tanah Arab. Pemimpin mereka menjadi raja-raja Arab yang berkuasa untuk satu tempok masa yang agak panjang iaitu sekitar 8 kurun (200 BC-633 AD)memiliki wilayah yang luas. Kerana itu Kabilah Kindah juga disebut Kindah Al-Muluk.

Baca: Sejarah Kindah

Wilayah kekuasaan Kerajaan Kindah

Seorang penyair Arab Jahiliyyah yang terkenal , namanya Umuru-ul Qais adalah keturunan raja-raja Kindah. 


Pada tahun ke 11H, Nabi SAW di Kota Makkah gencar mencuba nasib berdakwah kepada para kafilah haji yang berdatangan ke Makkah, Baginda menemui kabilah-kabilah yang datang untuk ibadah haji itu dan menawarkan kepada mereka untuk menjadi pembelanya. Pembela seorang utusan Allah yang tentunya patut menjadi rebutan kabilah-kabilah Arab. Namun, ia tidak sebagaimana sepatutnya. Tawaran nabi ditolak oleh pemimpin kabilah yang memimpin rombongan kabilahnya datang ke Makkah buat melaksanakan haji.

Antara kabilah yang didatangi nabi untuk dakwah dan menawarkan NUSRAH ialah Kabilah Kindah. Sayangnya, pemimpin Kabilah tersebut yang bernama Mulaiha tidak tertarik dan enggan menghulurkan bantuan kepada nabi Muhammad SAW.  Penolakan itu dibuatnya dengan baik dan itu adalah watak kabilah Kindah yang merupakan golongan yang elit dan punya latar tatakerama pemerintahan. Namun, kerugian tetap menimpa Kabilah Kindah akibat daripada penolakan tersebut. Khasnya Mulaiha yang namanya tidak tercatat dalam senarai sahabat nabi SAW kerana penolakannya di kala pertama ditawarkan. 

Peluang dalam hidup selalunya tidak berulang dan hanya sekali. Jika yang sekali itu disia-siakan, dan peluang itu tidak datang lagi, alangkah ruginya. Kabilah Kindah akhirnya masuk Islam pada tahun ke-9 namun ia sudah terlewat untuk meraih kemuliaan hebat seperti yang diraih oleh Kabilah Aus dan Khazraj dari kota kecil bernama Madinah.

Bayangkan, kalau Kindah yang mendokong Islam, apa yang Kindah dapat? Kindah akan meneruskan bahkan mengangkat harkat kerajaan Kindah yang pernah dilakar oleh leluluhur mereka di bumi Arab!

Akan tetapi, silap langkah selalu membuntuti manusia. Tindakan hari ini, membuahkan hasilnya di hari esok. Itulah hal menuntut kebijakan.


Saturday, July 8, 2023

SENARAI KHALIFAH ABBASIYYAH

1) ابو العباس السفاح 749-754.
2 ) ابو جعفر المنصور 754- 775.
3 ) محمد المهدي 775-786.
4 ) موسى الهادي 786-787.
5 ) هارون الرشيد 787-809.
6 ) محمد الأمين 809-814.
7 ) عبد الله المأمون 814-833.
8) محمد المعتصم بالله 833-842.
9 )هارون الواثق بالله 842-847.
10) جعفر المتوكل على الله 847-862.
11 ) محمد المنتصر بالله 862
12 ) احمد المستعين بالله 862-866.
13 ) زبير المعتز بالله 866-869.
14 ) محمد المهتدي بالله 869-870.
15 ) احمد المعتمد على الله 870-892.
16 ) احمد المعتضد بالله 892-902.
17 ) علي المكتفي بالله 902-908.
18 ) جعفر المقتدر بالله 908-932.
19 ) محمد القاهر بالله 932-934.
20 ) محمد الراضي بالله 934-940.
21 ) ابراهيم المتقي لله 940-944.
22 ) عبد الله المستكفي بالله 944-946.
23 ) فضل المطيع لله 946-974.
24 ) عبد الكريم الطائع بالله 974-991.
25 ) احمد القادر بالله 991-1031.
26) عبد الله القائم بأمر الله 1031-1075.
27 ) عبد الله المقتدي بأمر الله 1075-1094.
28 ) احمد المستظهر بالله 1094-1118.
29 ) فضل المسترشد بالله 1118-1135.
30 ) منصور الراشد بالله 1135-1138.
31 ) محمد المقتفي لأمر الله 1138-1160.
32 ) يوسف المستنجد بالله 1160-1170.
33 ) حسن المستضئ بأمر الله 1170-1180.
34 ) احمد الناصر لدين الله 1180-1225.
35 ) محمد الظاهر بأمر الله 1225-1226.
36 ) منصور المستنصر بالله 1226-1242.
37 ) عبد الله المستعصم بالله 1242-1258.

Pengaruh Bangsa Turki dalam Pemerintahan Abbasiyyah


Pemerintahan Khilafah Abbasiyyah  bermula dari zaman Al-Makmun memperlihatkan pengaruh Parsi mula mendominasi kerajaan. Ini kerana  Al-Makmun sendiri adalah anak kepada hamba Parsi kepunyaan Khalifah Harun Ar-Rasyid yang bernama Marajil. Al-Makmun dijadikan gabenor di Khurasan semasa ayahnya masih hidup. Apabila perlaku perang  saudara antara Al-Makmun derngan Al-Amin, maka Al-Makmun telah memenangi sengketa itu dan wazirnya bernama Al-Fadhl bin Sahal.

Di sini, pengaruh Parsi sudah mula menguasai istana khalifah dan ia berlangsung sehingga zaman.

Namun, pada zaman Khalifah Al-Mu'tasim, dalam rangka mengurangkan pengaruh Parsi, beliau mula mengambil khidmat orang-ornag Turki dalam ketenteraan. 

Fasa Kedua Khilafah Abbasiyyah adalah di mana pengaruh Turki mula meresap dan mengusai pemerintahan Daulah Khilafah. Ia bermula daripada masa naiknya Khalifah Al-Mutawakkil bin Al-Muktasim menjadi Khalifah hingga ke zaman pemerintahan Khalifah Al-Mustakfi Billah.

Zaman ini ditandai dengan kerapnya pertukaran khalifah dan khalifah tiada kuasa kerana kekuasaan sebenar ada pada para menteri dan jenderal tentera yang dipegang oleh orang-ornag Turki. Khlifah hanyalah lambang yang digunakan namanya dalam khutbah dan doa-doa. 

Hinggalah orang Turki mula menguasai sektor penting dalam ketenteraan. Hal ini telah menimbulkan ancaman kepada kebebasan khalifah. Hatta, pada zaman Al-Mutawakkil, dia mati dibunuh oleh pegawai-pegawai tentera daripada bangsa Turki. Selepas naiknya anak Al-Mutawakkil iaitu Al-Mustansir, pengaruh Turki dalam pemerintahan sudah mengental.

Ketua-ketua tentera dikuasai oleh ornag Turki sehinggalah kemudiannya ornag Turkilah memegang urus tadbir di wilayah-wilayah dalam negara Islam. 

Tuesday, July 4, 2023

SIBAWAIH

Nama sebenar Sibawaih ialah Abu Bisy Amru bin Uthman bin Qambar Al-Harithi. Sibawaih itu merupakan laqabnya yang masyhur. Mengenai tahun kelahirannya, yang masyhur adalah tahun 148H. Maklumat asal usul keluarganya tidak tercatat dengan pasti. Apa yang jelas, dia adalah keturunan Parsi. Beliau dilahirkan di Qoryah Al-Baidha' di Parsi dan beliau membesark di Basrah apabila keluarganya berpindah dan tinggal di sana. Gelaran Sibawaih itu adalah panggilan manja ibunya yang bermaksud 'Bau  Epal".


Antara guru Sibawaih adalah Hamad bin Salamah. Dia belajar hadis daripadanya. Berlaku satu kejadian yang mengubah arah pembelajarannya di satu hari. Ketika dia menulis hadis nabi yang dibacakan gurunya. Hadis itu berbunyi:

“ليس من أصحابي أحد إلا ولو شئت لأخذت عليه، ليس أبا الدرداء”

Apabila mengimlakkan hadis itu, Sibawaih telah menulis :

ليس من أصحابي أحد إلا ولو شئت لأخذت عليه، ليس أبو الدرداء 

Maka gurunya memarahinya dan berkata:

لحنت يا سيبويه، إنما هذا استثناء

Peristiwa itu membuatkan Sibawai bersumpah untuk belajar bahasa Arab sehingga tiada siapa yang boleh mengatakannya silap lagi. Lantas dia belajar dengan Khalil bin Ahmad Al-Farahidi. Beliau juga mendalami ilmu bahasa Arab daripada Yunus bin Habib dan Isa bin Umar. Sibawaih pernah ke Baghdad dan berlaku debat antaranya dengan Al-Kasa-i dan dia dikalahkan oleh Al-Kasa-i. Setelah meninggalkan Baghdad, dia tidak pernah lagi kembali Baghdad.


Sibawaih tidak panjang umur. Sebab itu muridnya tidak berapa ramai. Antara muridnya yang terkenal adalah Al-Akhfas dan Qutrab


Sibawaih meninggal tahun 180H di kampungnya , Qoryah Al-Baidha' di Syiraz. Sebab kematiannya dikatakan berkaitan penyakit perut yang dikenali dalam dunia perubatan sebagai penyakit Seliak (Celliac)

IMAM 'AMIR AS-SYA'BI

 Nama sebenarnya ialah Amir bin Syarahil bin Abd bin Zi Kibar Abu Amru Al-Hamdani As-Sya'bi Al-Kufi Ahli Sejarah berbeza pendapat tentan...