Showing posts with label Tabi'in. Show all posts
Showing posts with label Tabi'in. Show all posts

Sunday, September 7, 2025

QOTADAH SANG MUFASSIIR

Nama beliau adalah Qotadah bin Di'amah, lahir pada tahun 60H. Dalam kitab tafsir kita akan sering menemui namanya disebut sebagai periwayat Ibn Abbas. Pada masa Ibn Abbas wafat usianya baru 8 tahun dan dia tinggal di Basrah sementara Ibn Abbas pada tahun2 terakhirnya dia hanya tinggal di Hijaz. Kerana itu Qotadah dikatakan tidak pernah bertemu Ibn Abbas dan riwayatnya daripada Ibn Abbas adalah Musrsal.


Imam Az-Zahabi dalam Siyar menyebutkan bahawa Qotadah mengambil pandangan golongan Qodariyyah.


وكان يرى القدر نسأل الله السلامة والعفو.

Walaupun Qotadah diriwayatkan punya kecenderungan pemikiran Qodariyyah, ulama ahli sunnah tidak membuangnya. Ali Al-Madini sebagaimana dinukilkkan oleh Ibn Hajar dalam At-Tahzib mengatakan:

وقال علي بن المديني قلت ليحيى بن سعيد إن عبد الرحمن يقول أترك كل من كان رأسا في بدعة يدعو إليها قال كيف تصنع بقتادة وابن أبي رواد وعمر بن ذر وذكر قوما ثم قال يحيى إن تركت هذا الضرب تركت ناسا كثيرا

Perlu diketahui bahawa Qodariyyah itu ada pelbagai peringkat. Ada yang melampau sehingga dihukumkan kafir oleh ulama salaf seperti Ma'bad Al-Juhani dan ada yang tidak sampai ke tahap dihukumkan kafir.

Imam Ahmad pernah menyebitkan tentang fikrah Qodariyyah Qotadah, tetapi katanya Qotadah bukan ornag yang menzahirkannya. Dia menyembunyikan fikiran Qodariyyahnya. Dia bukan pendakwah Qodariyah.

Pun begitu, tiada kalangan ulama yang menolak keadilannya dalam periwayatan!

Qotadah meninggal pada tahun 112H


Wednesday, June 26, 2024

Mus'ab bin Az-zubair

 Beliau adalah anak kepada sahabat Nabi SAW , Zubair bin Al-Awwam.  Nama penuh beliau adalah Mus'ab bin Az-Zubair.

Beliau seornag yang berperawakan menarik dengan wajah yang kacak. 

As-Sya'bi pernah berkata: "Aku tidak pernah melihat seorang ketua yang berkhutbah atas membar yang lebih kacak daripadanya".

Malah, Hasan Al-Basri diriwayatkan pernah mengomentari: " Mus'ab bin Az-Zubair adalah secantik-cantik lelaki Basrah".



Ketka Al-Mukhtar dikepung di Kota pemerintahan ,di Basrah, bersama sekitar 7 ribu askarnya. Mus'ab dan askarnya mengepung mereka selama 4 bulan. Al-Mukhtar mengharapkan bantuan tentera dari Ibrahim Al-Asytar akan sampai, namun tidak sampai juga. bahkan sebahagian tenteranya melarikan diri meninggalkannya. Apabila Mus'ab bin Az-Zubair dapat mengalahkan Al-Mukhtar, kepalanya dikirimkan kepada Abdullah bin Az-Zubair. Manakala sekita 6 ribu askar yang bersama Al-Mukhtar dijatuhkan hukuman bunuhnya semuanya oleh Mus'ab bin Az-Zubair.

Dieritakan bahawa apabila Al-Mukhtar telah dibunuh dan tenteranya telah ditawan, maka mereka mohon dimaafkan . Mus'ab merasa lembut hati dan mahu memaafkan mereka. Ketika itu bangkit para pemimpin puak dalam pasukan Mus'ab, antaranya Abdurrahman bin Muhammad bin Al-Asytar menegaskan bahawa mereka patut dibunuh. Menurutnya,  tentera Al-Mukhtar telah melakukan jenayah membunuh dan melukakan ramai dari kalangan kaum keluarga mereka. Perkataan Abdurrahman itu senada dengan ramai ketua kabilah dalam pasukan Mus'ab. Maka Mus'ab pun perintahkan mereka dibunuh semuanya.6 ribu personal tentera dibunuh. Mereka bukan orang kafir. bahkan mereka adalah muslim juga!. 

Masya Allah!
La Haula Wala Quwwata Ulla billah!

Diceritakan juga, para tentera yang dijatuhkan hukuman bunuh itu merayu agar mereka dibenarkan hidup dan biarkan mereka diletakkan pada barisan depan melawan pasukan Abdul malik bin marwan. Kalau mereka menang,maka kemenangan itu buat pasukan Mus'ab. Kalau mereka terbunuh, mereka tidak akan mati sebelum mereka membunuh tentera-tentera Abdul Malik bin Marwan.

Namun, pilihan yang ditawarkan itu enggan diterima oleh Mus'ab. Mereka tetap diputuskan dihukum bunuh!

Begitulah cerita di medan perang. Nyawa bukanlah seperti di waktu aman!

Diceritakan juga bahawa sekali Mus'ab datang ke Makkah  dan dia mendatangi Ibn Umar dan bertanya:


" Wahai Pakcik, aku ingin bertanyamu tentang satu kaum yang derhaka kemudian dikalahkan dan mereka pun minta diberikan kemananan. Lalu diberikan keamanan. Namun setelah itu mereka dibunuh".


Ibn Umar bertanya:" Berapakah ramai kaum itu?"

Kata Mus'ab: "Lima ribu orang".


Maka Ibn Umar bertasbih dan bersitija' lalu dia bertanya Mus'ab

" Jika ada seorang lelaki datang kepada kambing-kambing peliharaan Az-Zubair lalu menyembelihnya pada satu pagi sahaja 5 ribu kambing, apakah kau menganggapnya sebagai musrif(Penumpah Darah)?

Kata Mus'ab: "Ya".

Maka Kata Ibn Umar: "Apakah kalau kambing kau anggap musrif dan tidak pada manusia yang diharapkan taubatnya? Wahai anak saudaraku, hendaklah kau berikan orang minum air sejuk seramai mungkin sedaya kamu dalam dunia ini!", 

Dalam diri Mus'ab, ada sifat mulia dalam hal memberi bantuan dan harta kepada orang. Dia digelar "Aniatun nahli" ( Sarang Lebah)  kerana mulianya dan pemurahnya. Sifat ini bertentengan dengan sifat abangnya Abdullah bin Az-Zubair yang kedekut dan tidak suka memberi. 

Namun dia boros dalam membunuh lawannya. 

Ketika Mus'ab telah menewaskan pasukan Al-Mukhtar dan Menguasai Kufah dan Basrah, maka sampai kepadanya berita Abdul malik bin Marwan menggerakkan tenteranya untuk mengambil alih Irak. Orang Basrah dan Kufah tidak mahu bersamanya. Malah mereka telah disogok oleh Abdul Malik dengan tawaran harta dan jawatan menyebabkan orang yang setia dengan Mus'ab menjadi sedikit. Hatta penyandang gabenor Khurasan , Bakir bin Wasyah untuk menyokongnya dan mencabut ketaatan kepada Ibn Zubair.Dia ditawarkan kekuasaan atas Marw dan dia menerimanya serta mengajak penduduk Marw bersamanya. 

Mus'ab adalah seorang yang lurus dalam politik dan tidak menggunakan helah dan muslihat. Sebaliknya Abdul Malik menggunakan muslihat politik yang licik.

Dibaca dari artikal: https://www.hindawi.org

Pada tahun 72H, Mus'ab mati terbunuh dan usianya ketika itu adalah 40 tahun. Dia terbunuh dalam perang melawan pasukan Abdul Malik bin Marwan dalam keadaan tenteranya telah pecah dan pendokongnya tidka ramai.  Selepas terbunuh, kepalanya di bawa kepada Abdul Malik bin Marwan. Menurut cerita, Abdul Malik bin Marwan menangis melihat kepalanya. Dia sangat sayangkan Mus'ab kerana dulu sebelum dia jadi penguasa bani Umayyah, dia bersahabat dengan dengan Mus'ab. Abdul Malik berkata:


والله ما كنت أقدر أن أصبر عليه ساعة واحدة من حبي له حتى دخل السيف بيننا ، ولكن الملك عقيم

Demi Tuhan, saya tidak dapat bersabar dengannya walau sejam pun kerana cinta saya kepadanya sehingga pedang mencelah antara kami, tetapi kekuasan itu mandul.

Dalam pertarungan demi maruah dan harga diri itu, Mus'ab tidak kewalahan sehinggalah naywanya melayang. Turut mati bersamanya adalah anak-anaknya, Isa Al-Akbar, Ukasyah, Jaafar, Hamzah, Saad dan lain-lain. (Rujuk Al-Bidayah Wan Nihayah)



Tuesday, June 4, 2024

Pembunuhan Said bin Jubair

Said bin Jubair adalah seorang ulama Tabi'in yang terkenal dengan takwanya dan ilmunya. Nama penuhnya adalah Said bin Jubair bin Hisyam Al-Asadi. Gelaran Al-Asadi bukanlah bererti dia daripada Bani Asad, sebaliknya asalnya adalah keturunan Habsyah. Cuma dia adalah seorang maula (hamba yang dibebaskan) kepada Bani Asad. Kedua ibu bapanya adalah kalangan hamba. Bapa Jubair adalah hamba yang dimiliki oleh Bani Walibah, manakala ibunya adalah seorang hamba perempuan bernama Ummu Ad-Dahmaa'.

Maka, dilihat dari asal keturunan, Said bin Jubair adalah berketurunan Habsyah dengan fizikal sebagaimana lazimnya bangsa Habsyah. Namun ilmu dan takwanya telah mengangkat darjatnya melebih bangsa Arab. 

Ingat baik-baik wahai orang yang mencari kemuliaan keturunan dari leluhurnya! Bahawa kemuliaan sejati adalah pancaran ilmu dan iman takwa. Biarlah marga rendah dan hina, asal ilmu dan takwanya tinggi, maka akan terangkatlah martabatnya di sisi manusia.

Tidak jelas mengenai maklumat tahun kelahiran Said bin Jubair. Namun, beliau pernah berkata kepada anaknya :

ما بقاء أبيك بعد سبعة وخمسين

Bapamu tidak hidup lebih daripada 57 tahun

Jika dikira tahun kematiannya iaitu 95H, maka tahun kelahirannya ialah 38H. Ia merupakan tahun kekhalifahan Hasan bin Ali. Ada pendapat menyatakan bahawa umur Said saat dia mati adalah 49 tahun , maka jika demikian tahun kelahirannya adalah tahin 46H, iaitu semasa kekhalifahan Muawiyah bin Abi Sufyan.

Ada juga pandangan menyebutkan bahawa Said lahir pada era kekhalifahan Ali bin Abi Talib di Kota Kufah.

Said bin Jubair menempul awal kehirupannya di Kufah Dia mengambil ilmu daripada para sahabat nabi yang menghuni Kufah sebelum berpindah ke Makkah dan bertalaqqi ilmu dengan Ibn Abbas. Pada masa hayat Ibn Abbas lagi, dia diberi kepercayaan untuk menyampaikan ilmunya dengan disaksikan oleh Ibn Abbas.

Beliau menuntut ilmu dari sahabat nabi SAW seperti Ibn Abbas, Ibn Umar  dan Aisyah Ummul Mukminin. Beliau  lahir pada tahun 38H dan mendiami Kufah serta menyebarkan ilmu di sana. 

Ketika meletus pemberontakan melawan kekuasaan Bani Umaiyyah yang dipimpin oleh Abdurrahman bin Al-Asy'asth, Said bin Jubair telah terlibat ikut serta dalam barisannnya. Pemberontakan itu awalnya adalah cetusan kemarahan atas kezaliman Hajjaj bin Yusuf As-Tsaqafi, gabenor Bani Umayyah di Iraq. Apabila Pemberontakan yang dipimpin Abdurrahman bin Al-Asy'asth itu dapat ditumpaskan dalam Perang Dir Al-Jamajim pada tahun 83H, maka Said bin Jubair adalah antara yang tangkap.

Bukan Said bin Jubair sahaja yang ikut serta di bawah panji Abdurrahman bin Al-Asy'ath. Ramai tokoh  ulama semasa yang lain yang ikut serta sehingga pemberontakan itu diberi nama PEMBERONTAKAN AL-QURRA'. Kata Khalifah bin Khayyat jumlah ulama yang ikut serta sama ada secara langsung atau tidak langsung mencapai jumlah 500 orang. 

Antara ulama yang ikut serta adalah Anas bin Malik, Dia menggalakkan orang ramai ikut barisan Abdurrahman bin Al-Asy'asth dan dia sendiri tidak ikut secara fizikal kerana faktor umur yang sudah tua. Antara lain ialah Abu As-Sya'sa' Salim bin Aswad Al-Muharibi, Abdurrahman bin Abi Laila, As-Sya'bi. Mereka terbunuh dalam perang.

Said bin Jubair adalah antara yang selamat. Dia lari bersembunyi di Makkah, namun gabenor Makkah , Khalid bin Abdullah Al-Qasri, telah menangkapnya dan menyerahkannya kepada Hajjaj dan Hajjaj membunuhnya pada tahun 94H.


Hajjaj bin Yusuf , apabila dibawa kepadanya wanted person, dia akan bertanya:

Apakah kau mengaku telah menjadi kafir kerana memberontak atasku?

Jika jawapannya YA, maka orang itu akan dilepaskan.

Adapun Said bin Jubair, tatkala ditanya dengan soalan itu dia menjawab TIDAK.

Maka , oleh Hajjaj disuruhnya Said bin Jubair pilih cara matinya.

Namun, kata Said bin Jubair dengan tegas dan berani:

" Kamu yang pilih, demi Allah bagaimana kamu membunuhku, kamu akan dibunuh seumpamanya di akhirat".

Buku-buku sejarah merekodkan diolog panas antara Hajjaj dengan Said bin Jubair yang mana akhirnya Hajjal melantunkan kemarahannya dengan berkata mengancam keras. Katanya:

أما والله لأقتلنك قتلة لم أقتلها أحداً قبلك ولا أقتلها أحداً بعدك

Maka, berdepan dengan sikap Hajjaj tersebut, Said menjawab dengan tegas dan yakin:

اللهم لا تحل له دمي ولا تمهله من بعدي

Seterusnya Said bin Jubair merafakan doa sakral yang membuatkan Hajjaj membayar mahal atas tragedi pembunuhannya atas Said bin Jubair. Doa Said bin Jubair:

اللهم لا تسلطه على أحد يقتله بعدي


Maka, doa Said mustajab. Sang Hajjaj itu, tidka hidup selpas terbunuhnya Said bin Jubair lebih daripada 3 hari. Selama 3 hari selelas matinya Said bin Jubair dibunuh atas arahan Hajjaj itu, Hajjaj sentiasa ketakuitan dan terganggu tidurnya. Dia diganggu igauan  melihat Said bin Jubair. Maka Ucapan Hajjaj yang meniti dibibirnya sebelum dia mati ialah:

مالي ولسعيد بن جبير، مالي ولسعيد،


Imam Ibn Kathir menaqalkan dalam Al-Bidayah Wan Nihayah riwayat daripada Yahya bin Isa Ar-Ramli daripada A'masy bahawa telah berlaku khilaf kalangan oang pada masanya tentang Hajjaj bin Yusuf. Lalu diangkat pertanyaan mengenainya kepada Mujahid. Lalu Mujahid telah berkata:

تسألون عن الشيخ الكافر،

Ibn Kathir juga meriwayatkan kata Imam As-Sya'bi dengan sanda daripada Ibn Asakir :

الحجاج مؤمن بالجبت والطاغوت كافر بالله العظيم كذا قال والله أعلم



Walaupun ada riwayat-riwayat yang pelbagai menyebutkan hatta menjatuhkan hukum atas kekufurannya seperti penghinaannya atas nabi Allah Sulaiman , maka dibimbangi ia adalah madsus daripada musuh. Sememangnya Hajjaj itu adalah seorang nasibi tegar dan banyak kezalimannya. Pun begitu, catatan Ibn Kathir sendiri dalam Al-Bidayah merakamkan beberapa manaqibnya seperti banyaknya jihad dan fituhat yang dilakukan disamping sikap ambil beratnya terhadap Al-Quran. Jasa-jasanya berhubung penulisan Al-Quran tidak dapat dinafikan.

Allah SWT akan mengadilinya dan Dia maha bijaksana menimbang antara kezalimannya dengan kebaikannya.


Bacaan:  Islamweb,  Islamonline,  arabicpost


Sunday, May 12, 2024

URWAH BIN AZ-ZUBAIR

Beliau adalah Abu Abdullah Urwah bin Az-Zubair bin Al-Awwam bin Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qusai bin Kilab.

Ayahnya Zubair bin Al-Awwam adalah putra kepada Sufiyyah binti Abdul Mutallib, seorang Hashimiyyah yang telah berkahwin dengan Al-Awwam yang bukan Hashimi dan dia merpakan makcik Nabi Muhammad SAW.

Al-Awwam datuknya itu merupa saudara lelaki kepada Khadijah binti Khuwailid , iseri nabi Muhammad SAW dan juga Halah binti Khuwailid.

Ibunya bernama Asma' bt Abu Bakar As-Siddiq.

Saudara kandungnya bernama Abdullah bin Az-Zubair yang sempat meraih pangkat sahabat nabi Muhammad SAW.

Khadijah binti Khuwailid , isteri pertama nabi Muhammad SAW merupakan makcik kepada ayahnya Az-Zubair bin Al-Awwam

Beliau lahir tahun 23H dan meninggal tahun 94H. Beliau terkenal sebagai seornag Tabi'in, periwayat hadis dan ahli sejarah serta dibilangkan sebagai salah satu 7 Fuqaha Madinah. Bahkan, boleh dikatakan beliaulah orang pertama yang menulis tentang Maghazi (peperangan).

Beliau banyak meriwayatkan hadis daripada makciknya Aisyah bint Abu Bakar As-Sisdiq, Ummul Mukminin.

Ibn Az-Zanad telah meriwayatkan:

اجتمع في الحجر مصعب وعبد الله وعروة بنو الزبير، وابن عمر، فقالوا: تمنوا، فقال عبد الله: أما أنا، فأتمنى الخلافة. وقال عروة: أتمنى أن يؤخذ عني العلم. وقال مصعب: أما أنا، فأتمنى إمرة العراق، والجمع بين عائشة بنت طلحة وسكينة بنت الحسين. وأما ابن عمر فقال: أتمنى المغفرة. فنالوا ما تمنوا، ولعل ابن عمر قد غفر له



Kata Al-Waqidi, Urwah wafat pada tahun 94H dan tahun itu dinamakan Tahun Fuqaha kerana wafatnya pada tahun itu Said bin Jubair, Said bin Al-Musayyab, Ali Zainal Abidin bin Hussain dan Urwah bin Az-Zubair. Usia Urwah ketika itu 71 tahun.

Baca: Wiki

Antara kisah yang menerik diriwayatkan mengenai Urwah ialah kisah dia kesabarannya di kala dia kehilangan sebelah kakinya dan kematian anaknyaa.

Kejadian itu terjadi ketika dia bermusafir ke Damsyiq untuk bertemu dengan Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik. Pada saat dia berada di Wadil Qura, dia telah terkena penyakit Nova Vulgaris (  الأكلة ) di sebelah kakinya. Ketika dia tiba di Damsyiq, sebelah kakinya sudah teruk sehingga Khalifah memanggil doktor untuk merawatnya. Keputusan dibuat, kakinya itu perlu dipotong. Dia disuruh makan ubat untuk tahan sakit , namun dia enggan hilangkan akalnya itu tujuan itu. Maka disuruhnya agar kerja pemotongan kakinya dibuat masa dia solat. Maka, proses pemotongan kakinya dibuat masa dia sedang solat dan dia tidak merasakan sakitnya. Selesai solat, kakinya telah siap dipotong dan dia mengangkapkan doa:


 اللهم انك تعلم اني لم امش بها الى سوء او الى معصية قط.


Sementara itu pada hari yang sama di mana kakinya dipotong, berlaku musibah lain atasnya. Anaknya yang bernama Muhammad,  yangikut serta dalam rehlahnya ke Syam itu telah meninggal akibat tendnagan kuda. Ketika berita itu disampaikan  kepada Urwah, dias berkata: 


 اللهم لك الحمد كان لي اطراف اربعة فاخذت واحدا وابقيت ثلاثة وكان لي بنون سبعة فاخذت واحدا وابقيت ستة، فلئن كنت قد ابتليت فلطالما عافيت، ولئن كنت قد اخذت فلطالما اعطيت فلك الحمد يا رب.

Alhamdulilah, aku ada empat anggoa, lalu Allah ambil satu. Aku ada 7 anak lelaki dan Allah ambil satu. 


Baca: Kesabaran Urwah

Baca: Islamstory





Saturday, May 4, 2024

Imam Mak-hul ( مكحول )

Nama penuhnya adalah Makhul bin Abdullah . Dikenali juga Makhul bin Abi Muslim Al-Huzali. Disebutkan juga namanya ialah Syahrab bin Syazil bin Sind bin Syarwan bin Yazdil bin Yaghuth bin Kisra.

Kunyahnya adalah Abu Abdullah As-Syami. Dia dipanggil Abu Ayyub dan Abu Muslim.

Beliau dikenali sebagai seorang ahli hadis yang Hafiz di negeri Syam.

Beliau adalah seorang ulama besar kalangan Tabi'in dan merupakan seorang faqih yang terbilang di Syam.

Hidup pada zaman kekhalifahan Hisyam bin Abdul Malik.

Belua dikatakan berasal dari keturunan parsi dan dilahirkan di Kabul. Beliau ditawan dan dijadikan hamba kepada Said bin Al-As dan kemudian diserahkan kepada seorang perempuan daripada kabilah Huzail di Mesir. Dia kemudiannya di merdekakan. Beliau masuk Islam dan kemudiannya mendalami ilmu sehingga mencapai darjat faqih.

Beliau meriwayatkan beberapa hadis secara Mursal.

Kata Makhul: 

Aku tidak mendengar adanya ilmu di mana-mana melainkan aku akan mendatanginya.

Maka Makhul banyak mengembara untuk mencari ilmu.

Beliau wafat pada tahun antara 112,  113, 114  atau 114 H (khilaf ahli sejarah).


Catatan tambahan:

Yahya bin Ma'in pernah berkata mengenai Makhul:

كان قدريا ثم رجع عنه.
Dulu dia pernah menjadi Qadariyyah, tetapi dia meninggalkannya"


Seseorang yang membaca kenyataan ini jangan salah faham dengan mengatakan Imam Makhul pernah menganut fahaman Qadariyyah yang sesat sepertimana tokoh Qadariyyah yang dihukum sesat seperti Ma'bad Al-Juhani dan Ghailan Ad-Dimasyqi. Mereka itu fahaman Qodariyyah terkemudian yang telah mengalami penambahan yang menyeleweng. Qodariyyah awal tidak seperti itu. Qodariyyah yang dikaitkan dengan Imam Makhul itu adalah ringan. Sekakar bercakap soal Qodar atau ada persamaan dalam beberapa perkara dengan Qodariyyah mutaakhir. Mungkin juga kerana Imam Makhul dilihat duduk bersama beberapa tokoh Qodariyyah pada zamannya.

Macam nama Syiah. Awalnya adalah pendokong Ali. Mereka adalah puak yang benar antara semuanya. Namun, bersama perunahan zaman, berlaku evolusi pada nama Syiah itu hingga akhirnya ia membina pakej akidah yang menyingsang. Hingga, muncullah nama Syiah dalam kondisi sekarang yang sarang dengan kepicangannya.

Sama juga dengan Muktazilah. Awalnya, para sahabat nabi yang berkecuali dari menyokong Ali atau Muawiyah, merekalah asas awal kepada idea kelompok muktazilah. Sifat muktazilah ada pada mereka. Tapi kemudian, nama muktazilah itu telah sinonim dengan puak yang mengutamakan akal berbanding nas dan membawa pakej akidah yang eksklusif.

Namun, ada perkataan Auza'i yang menyaring tuduhan yang sedemikian kepada ulama-ulama hebat di zaman awal. 

لم يبلغنا أن أحدا من التابعين تكلم في القدر إلا الحسن، ومكحول، فكشفنا عن ذلك فإذا هو باطل.

Tidak sampai kepada kami bahawa ada seorang pun daripada tabi‘in berbicara tentang qadar selain al-Hasan dan Makhul. Lalu kami menyelidiki perkara itu, maka rupanya ia batil

Maksudnya , kekadang, ia hanya kata orang. Kata pendengki mungkin. Ulama sepanjang zaman ada sahaja orang yang busuk hati terhadapnya. Ada yang dilebel dengan pelebelan negatif. Ada dituduh Qadari. Muktazili, Mujassimah, Hasyawi dan di zaman moden ini popular dengan Wahabi!

Orang berakal tidak akan temakan dengan semua pelebelan itu, bahkan mengambil sikap tabayyun dan mencari kebenaran.






Tuesday, April 30, 2024

IMAM 'AMIR AS-SYA'BI

Nama sebenarnya ialah Amir bin Syarahil bin Abd bin Zi Kibar Abu Amru Al-Hamdani As-Sya'bi Al-Kufi

Ahli Sejarah berbeza pendapat tentang tahun kelahirannya. Ada kata lahirnya pada tahun 16H. Ada yang mengatakan dia lahir tahun 20H, 31H , 21H. Al-Asomma;i mengatakan dia lahir tahun 17H.

Lahirnya di Kota Kufah dan tinggal di dalamnya

Beliau pernah jadi pelarian politik di Kota Madinah kerana lari daripada Mukhtar As-Tsaqafi.

Beliau ikut serta dalam peperangan Dir Al-Jamajim bersama pasukan Ibn Al-Asy'ath.

Selamat daripada pembalasan Hajjaj bin Yusuf As-Stsaqafi

Pernah menjawat jawatan sebagai penulis bagi Qutaibah bin Muslim Al-Bahili.

Pernah jadi utusan khas khalifah Abdul malik bin Marwan ke Baizentin

Beliau suka memetik kisah-kisah ajaib dan Israiliyyat bahkan melakukan pengembaraan untuk mencari kisah-kisah gharib itu

Beliau hidup mencapai umur 87 tahun.

Beliau meninggal secarara menjeut pada tahun 103H di Kufah.

Ketika dia mati, Hasan Al-Basri mengungkap kata-kata ratha' (Ucapan sedih dan memuji) buatnya.

إنا لله وإنا إليه راجعون، إن كان لقديم السن، كثير العلم، وأنه لمن الإسلام بمكان.


As-Sya'bi , menurut katanya, dia sempat bertemu dengan lebih 500 orang sahabat

Ibn Sirin mengatakan (menggambarkan kemasyhuran As-Sya'bi): Aku telah mendatangi Kufah dan aku mendapati As-Sya'bi mempunyai halaqah pengajian yang ramai sedangkan ketika itu para sahabat masih ramai

Ibn Hajar berkomentar tentangnya:

ثقة، مشهور، فقيه فاضل

Makhul berkata:

ما رأيت أفقه منه

Menurut Az-Zuhri:

العلماء أربعة: ابن المسيب بالمدينة، والشَّعْبِيُّ بالكوفة، والحسن البصري بالبصرة، ومكحول بالشام


Ibn Uyainah berkata: Ulama di kalangan orang ramai itu ada 3 iaitu Ibn Abbas pada zamannya, As-Sya'bi pada zamannya dan As-Tsauri pada zamannya.

Kata As-Sya'bi: Manusia terpecah kepada 4 golongan :

1) Golongan pencinta Ali pembenci Uthman

2) Pencinta Uthman Pembenci Ali

3) Pencinta kedua-duanya (Uthman dan Ali)

4) Pembenci kedua-duanya (Uthma dan Ali)

Lalu ditanya kepada As-Sya'bi: Dari golongan mana kamu?

Kata As-Sya'bi: Aku dari pencinta kedua-duanya dan memohon kemapunan buat kedua-duanya.


Ibnu Aisyah menceritakan : Abdul Malik bin Marwan mengutuskan As-Sya'bi kepada raja Rom di Baizentin Apabila As-Syaibi pulang membawa surat raja Rom itu, Abdul Malik bertanya As-Sya'bi, apakah dia tahu apa yang dikatakan raja Rom dalam suratnya. As-Sya'bi bertanya: Apa yang dituliskannya. Abdul malik memberitahu bahawa Raja Rom menulis: Aku hairan kenapa utusan itu tidak dipilih kaum muslimin jadi Khalifah. As-Sya'bi menyatakan pandangannya: Itu kerana raja Rom melihatnya dan belum melihat Khalifah Abdul Malik bin Marwan.

Namun, Khalifah Abdul Malik menyatakan sebab lain kenapa Raja Rom menulis demikian: Wahai Sya'bi, dia mahu buatkan aku rasa cemburu lalu membunuhmu.

Jawapan Khalifah Abdul Malik itu sampai kepada raja Rom dan dia berkata: Demi Tuhan Bapa, itulah yang menjadi tujuanku!

Bacaan : Islamway


IMAM SARAKHSI ULAMA YANG DIPENJARA DALAM PERIGI BUTA

Kisah Imam Sarakhsi, seorang fakih mazahab Hanafi dipenjarakan adalah satu kisah yang membawa kita kagum dengan kuasa ilmu. Ia juga beri kit...