Showing posts with label Tokoh Mufassir. Show all posts
Showing posts with label Tokoh Mufassir. Show all posts

Wednesday, May 22, 2024

IMAM AL-QURTUBI

Nama penuhnya adalah ABU ABDULLAH MUHAMMAD bin AHMAD bin ABU BAKAR bin FARH AL-ANSARI AL-KHAZRAJI Al-ANDALUSI , seorang mufassir yang ulung.

Tiada catatan jelas tentang tahun kelahirannya. Kitab Mausu'ah Al-Arabiyyah mencatat bahawa beliau lahir pada tahun 600H.

Beliau lahir dan membesar di Cardoba dan pada masa itu ia berada di bawah kekuasaan Kerajaan Muwahhidin. Kekuasaan Muwahhidin berlangsung sehingga tahun 633H . Selepas itu Cardoba dikuasai Perancis dan Al-Qutubi berhijrah dan tinggal di Mesir.

Pada masa ddia membesar di Cardoba, kota itu merupakan kota ilmu. Banyak ulama di sana dan kitab-kitab ulama mudah didapati di sana. Dalam suasana sebeginilah Al-Qurtubi membesar dan mencanai mindanya sebagai ilmuan Islam yang ulung.

Imam Az-Zahabi menyebutkan tentangnya:

إمام متقن، متبحِّرٌ في العلم، له تصانيف مفيدة، تدل على إمامته، وكثرة اطلاعه، ووفور فضله


Guru-guru AL-Qurtubi:

Guru-gurunya di Andalus:

1) Ibn Abi Hujjah

2) Ibn Ubay Rabi' bin Ahmad bin Rabi' Al-Asyawiy

3) Qadhi Abu hasan Ali bin Qatral (Ibn Qatiral) Faqih Maliki.

Guru-gurunya di Mesir

1) Abu Abbas Al-Qurtubi-Tuan punya Kitab Al-Mufhim Lima Asykala Min Talkhis Kitab Muslim

2) Abu Muhammad Abdul Wahab bin Rawwaj

3) Ibn Al-Jamizi

4) Al-Hasan Al-Bakri


Di  Mesir, dia  tinggal di Munyah Al-Khasib

Ketika Cardoba jatuh, dia masih di sana dan dia meninggalkannya 

Beliau meninggal di Munyah Al-Khasib pada 9 Syawal 671H


Kitab-kitab Imam Al-Qurtubi:

1) Bidang tafsir-Al-Jami' Li Ahkamil Quran ( Tafsir Qurtubi)

2) Tazkirah Bi Ahwalil Mauta Wal Akhirah.

3) At-Tizkar Fi Ahwalil Azkar

4) Al-Asna Fi Syarhi Asmail Husna



Baca: Alukah.net

Sumber: IslamwayIslamway

Tuesday, May 21, 2024

AL-MAWARDI

 Beliau adalah Abul Hasan Ali bin Muhammad bin Habib Al-basri Al-Mawardi.

Beliau lahir di Basrah tahun 364H dan wafat tahun 450H.

Ayahnya bekerja sebagai penjual air bunya mawar dan dari situ gelaran Mawardi diberikan kepadanya. Ayahnya baa dia pindah ke Baghdad dan di sana dia mendalami ilmu hadis serta melazimi Imam Abu Hamid As-Safarayini.

Dia menjadi tenaga pengajar kemudiannya di Baghdad dan kemudian Basrah sebelum balik semula ke Baghdad.

Tajuk yang dia kuasai adalah Hadis dan Tafsir.

Beliau pernah menjawat sebagai Qadhi pada tahun 429H dengan gelaran Aqdhal Al-Qudhat yang tarafnya di bawah Qadhi Al-Qudhat pada masa itu dalam kerajaan Bani Abbasiyyah pada masa-masa akhirnya. Stelah itu, dia sempat menjadi Qadhi Al-Qudhat juga.

Beliau hidup pada zaman dua khalifah Abbasiyyah yang lama memerintah iaitu Al-Qadir Billah dan Al-Qaim Billah. Pada masa Al-Qaim Billah, pengaruh Fatimiyyah menguasai Baghdad sehingga nama khalifah Fatimiyyah disebut dalam doa-doa atas membar.

Al-Mawardi banyak terlibat dalam tugas kedutaan antara kerajaan Abbasiyyah dengan kerajan Buwaihiyyah dan Saljuk. Peranan sebegini menjadikan dia banyak menghasilkan karya dna karyanya berpengaruh dan kekal.

Antara kitab yang ditulis dan masih dirujuk sehingga hari ini adalah AL-AHKAM AS-SULTANIYYAH.

Beliau juga mempunyai kitab tafsir yang dinamaka AN-NAKTU WAL-'UYUN.

Beliau juga mengarang kitab Feqah Syafie yang dinamakan Al-Hawi Al-Kabir yang boleh dianggap sebagai antara kitab utama dalam feqah Mazhab Syafie. Ia dikarang dalam bentuk Syarah  bagi Muktasor Al-Muzani (Meninggal 264H). Kitabnya itu ada 10 Jilid bahkan ada yang mengatakan sampai 30 jilid. Tiada dalam Mazhab Syafie kitab Feqah sebanyak itu.

Imam Az-Zahabi menyebutkan dalam Al-'Ibar, Jil3 ms 223:

كان -الماوردي- إمامًا في الفقه والأصول والتفسير بصيرًا بالعربية

Al-Mawardi pernah dituduh sebagai muktazilah, namun pembelaan seorang muridnya yang terkenal dalam karya-karyanya iaitu Khatib Al-Baghdadi dapat membersihkan dia dari pelebelan itu.

Kalangan fuqaha utama mazhab Syafie.Beliau wafat pada tahun 450H pada usia 86 tahun dan dikebumikan di Bab Harb serta disolatkan jenazahnya oleh Khatib Al-Baghdadi.



Bacaan Tambahan: Islamway.net



Thursday, February 15, 2024

MUQATIL BIN SULAIMAN

Pernahkah anda men dengar nama Muqatil?

Siapakah Muqatil?

Beliau adalah Abu Al-Hasan Muqatil bin Sulaiman bin Basyir Al-Azdi.Al-Balkhi seorang ulama Tafsir yang kepadanya dinisbahkan Tafsir Muqatil. Beliau berasal daripada Balkh (Dalam  Afghanistan sekarang) dan kemudian bepindah dan tinggal di Basrah dan kemudian ke Baghdad dan meriwayatkan hadis di sana. Namun, dia dianggap sebagai Matruk dalam periwayatan hadis.

Muqatil meninggal pada tahun 150H.

Terdapat perkataan ramai ulama yang menisbahkan Muqatil sebagai Musyabbihah dan Murji'ah seperti Ibn Hazmin yang menukilkannya dalam kitabnya Al-Faslu Fi Al-Milal Wal Ahwa' Wan Nihal dan As-Syahristani dalam Al-Milal Wan Nihal.

Imam Az-Zahabi dalam kitabnya Al-Arsy menukilkan perkataan Imam Abu Hanifah: 

Telah datang kepada kita dari sebelah Timur dua orang yang khabis (jelek) iaitu Jaham si Mu'attol dan Muqatil si Musyabbih.

Ibn Taimiyyah menyenaraikannya di kalangan Mutahham (orang yang dituduh dengan satu tuduhan) dan tidak wajar menaqalkan tafsir daripadanya.

Ibn Hajar Al-Asqalani dalam Fathul Bari menyifatkannya sebagai seorang yang menyerupakan Allah dengan makhluk dan padangan yang sama diteladani oleh golongan Rafidhah dan juga Karamiyyah

Cuma, perkataan yang menibahkan Muqatil sebagai pencetus Tasybih Al-Khaliq bil Makhluk adalah tidak tepat kerana sebelumnya sudah masyhur muncul golongan musyabbihah dari kelompok SABAIYYAH dan BAYANIYYAH.

Imam Al-Haramain Abul Ma'ali Al-Juwaini menyifatkannnya dalam As-Syamil Fi Usuliddin sebagai Mujassimah pelampau sama seperti Daud Al-Jawaribi dan Hisyam bin Al-Hakam Al-Kindi (Seorang tokoh ulama Syiah, sahabat kepada Jaafar Sodiq dan juga Musa Al-Kazim).

* Imam Az-Zahabi menyebutkan dalam MIzan Al-Iktidal bahawa Daud Al-Jawaribi itu adalah Ra'sun (kepala) dalam  pemikiran Rafidahnya dan  Tajsimnya.

Demikian berkata Abu Hasan Al-Asy'ari dalam Maqalat Al-Islamiyyin bahawa Muqatil itu adalah Mujassim yang menyamakan zat Allah dengan makhluk.

Walaubagaimanapun, pelebelan yang sedemikian disifatkan oleh Ibn Tamiyyah sebagai berlebihan. Beliau mencuirigai nukilan mengenai Muqatil yang disebutkan oleh Imam A'Asyari dalam maqalatnya dan mengandaikannya bersumber kitab-kitab muktazilah yang diriwayatkan daripada orang yang tidak tsiqah. Mereka berelebihan dalam menuduh Muqatil. 

Ibn Tamiyyah menulis dalam Minhajus Sunnah (jil 2, ms 619):

وأما مقاتل فالله أعلم بحقيقة حاله. والأشعري ينقل هذه المقالات من كتب المعتزلة، وفيهم انحراف عن مقاتل بن سليمان، فلعلهم زادوا في النقل عنه، أو نقلوا عنه، أو نقلوا عن غير ثقة، وإلا فما أظنه يصل إلى هذا الحد.

 Padahal, Imam Syafie pernah berkata: 

من أراد التفسير فهو عيال على مقاتل، ومن أراد الفقه فهو عيال على أبي حنيفة

Muqatil bin Sulaiman dalam bidang hadis adalah seornag yang matruk( ditinggalkan riwayatnya) dengan kesepakatan para ulama hadis. Namun ada seornag yang dinamakan Muqatil bin Hayyan, dia adalah seorang yang tsiqah dalam ilmu hadis.

Ali As-Sami An-Nasyyar (seorang pemikir Islam abad 20) dan tokoh besar Asyairah zaman moden menulis dalam bukunya Nasyatul Fikri Al-Falsafi Fil Islam (jil 1, ms 289):

قد اختلفت الأنظار فيه: فذُكر أنه كان مفسراً سنياً، وقيل إنه مفسر زيدي، واعتبره الشافعي أكبر مفسر، وأن الناس عيال في التفسير عليه، ولعنه أبو حنيفة. وأجمعت الكتب على أنه كان مشبهاً ومجسماً، وأنه أخذ من علم اليهود والنصارى ما يوافقه لتدعيم تفسيره المشبهي والمجسمي للقرآن، وأنه كان ضعيفاً في الحديث، وأنه قبل الحشو وضمّنه مذهبه



Lebel sebagai Musyabbihah dan Mujassimah buat Muqatil dibantah dan ditolak sebilangan ulama seperti Abul Hasan Al-Mulatti dan As-Syahristani.
Dr. Jabir bin Idris bin Ali dalam kitabnya Maqalatut Tasybih wa Mauqiful Ahlisunnah minha mentarjihkan bebasnya (bara'ah) Muqatil dari tuduhan Mujassimah dan Musyabbihah tersebut dengan menyenaraikan berapa hujjah:

1) Tuduhan Musyabbihah datangdari musuh-musuhnya atau ulama yang meriwayatkan perkataan orang mengenainya dan bukan apa yang mereka yakini dna pegang ( orang kata...orang kata...)

2) Ada riwayat dialognya dengan khalifah menunjukkan bahawa dia bebas daripendpaat musyabbihah.

3) Kitabnya yang ada tidak menyebutkan kalamnya yang mentasbihkan Allah.






Wednesday, January 31, 2024

AS-SUDDI

 Namanya Ismail bin Abdurrahman As-Suddi

Meninggal tahun 127 H

Seorang Tabi'in

Seorang yang Saduq

Pemilik tafsir bernama Tafsir As-Suddi

Bukan As-Suddi As-Soghir yang merupakan cucunya dan dia adalah seorang yang Matruk.

Dinamakan Suddi kerana tinggal di Suddah.

Kata Al-Falaki, dinamakan Suddi kerana dia tinggal di madinah di tempat bernama As-Sudd

IMAM SARAKHSI ULAMA YANG DIPENJARA DALAM PERIGI BUTA

Kisah Imam Sarakhsi, seorang fakih mazahab Hanafi dipenjarakan adalah satu kisah yang membawa kita kagum dengan kuasa ilmu. Ia juga beri kit...