Sunday, January 29, 2023

RAJA' BIN HAIWAH

 Imam Al-Ghazali menukilkan dalam Ihya Ulumuddin, katanya:

أتى عبد الملك بن مروان بأسارى فيهم ابن الأشعث فقال لرجاء بن حيوة ما ترى قال إن الله تعالى قد أعطاك ما تحب من الظفر فأعط الله ما يحب من العفو فعفا عنهم

" Telah dibawa kepada Abdul Malik bin Marwan para tawanan dan di dalamnya ada Al-Asy'ath. Lalu Abdul Malik berkata kepada Raja' bin Haiwah: Apa pendapatmu tentang mereka? Kata Raja' bin Haiwah: Sesungguhnya Allah SWT telah memberikanmu apa yang kau suka iaitu kemenangan di atas mereka. Maka berilah apa yang Allah suka iaitu kemaafan. Maka Abdul Malik bin Marwan memaafkan mereka".

Raja' bin Haiwah adalah seorang ulama kalangan Tabi'in yang rapat dengan pemerintah Bani Umayyah. Dia banyak memeberi nasihat kepada mereka dan dengan nasihat beliaulah, Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik mewasiatkan Umar Abd Aziz sebagai khalifah penggantinya.

(Bersambung)

Monday, January 23, 2023

Permaisuri Marie Antoinette mati dibunuh.

Sistem beraja di Prancis tamat pada tahun 1793 apabila King Louis XVI(16) (dihukum bunuh dengan cara pancung dengan alat yang dinamakan Guillotine. Sembilan bulan kemudian, permaisurinya yang bernama Marie Antoinette pula di hukum bunuh dengan cara yang sama. Tragedi yang menimpa pemerintahan beraja Prancis adalah akibat sikap mereka sendiri yang merosakkkan kehidupan ekonomi negara. Apabila rakyat bangkit memberontak terjadilah Revolusi Prancis yang mengorban keluarga diraja Prancis.Revolusi itu berlangsung antara 5 Mei tahun 1789 hingga 9 November 1799.

Revolusi Prancis  bukan sahaja mengorbankan keluarga diraja Prancis, tetapi akhirnya mengorbankan para pendokong revolusi itu sendiri. Begitulah sunnah revolusi di mana pun !

Kebangkitan rakyat ini disebabkan oleh kerana kecenderungan raja-raja Prancis untuk menjadikan kuasanya mutlak. Kemuncak tindakan tersebut berlaku pada zaman King Louis XIV (14)(1643-1715)

Kerana itu, ingatlah mereka yang berkuasa. Kuasa anda tidak pernah dijanjikan kekal. 





Marie Antoinette: Early Life

Marie Antoinette, the 15th child of Holy Roman Emperor Francis I and the powerful Habsburg empress Maria Theresa, was born in Vienna, Austria, in 1755–an age of great instability for European monarchies. In 1766, as a way to cement the relatively new alliance between the French and Habsburg thrones, Maria Theresa promised her young daughter’s hand in marriage to the future king Louis XVI of France. Four years later, Marie Antoinette and the dauphin were married by proxy in Vienna. (They were 15 and 16 years old, and they had never met.) On May 16, 1770, a lavish second wedding ceremony took place in the royal chapel at Versailles. More than 5,000 guests watched as the two teenagers were married. It was the beginning of Marie Antoinette’s life in the public eye.

MOHENJO-DARO

 Mohenjo-daro dibina sekitar tahun 2600 SM tetapi dikosongkan sekitar tahun 1500 SM. Pada tahun 1922, kota ini ditemui semula oleh Rakhaldas Bandyopadhyay, seorang pegawai Archaeological Survey of India. Beliau dibawa ke guar itu oleh seorang sami Buddha yang mempercayai bahawa guar tersebut adalah sebuah stupa.

Sumber : WIKIPEDIA.ORG


Sunday, January 22, 2023

KITAB JAFR ALI

Kitab Jafr Ali adalah sebuah kitab yang dinisbahkan kepada Saidina Ali bin Abi Talib. Kekadang, ada yang menisbahkannya kepada Jaafar Sadiq. Kitab ini mengandungi ilmu-ilmu yang menyerupai sihir, ramalan masa depan dan jatuh bangun pemerintahan dan raja-raja serta nama-nama mereka. Kitab ini kononnya diwarisi generasi demi generasi oleh para imam Syiah dan ianya ditulis di atas kulit kambing dan juga lembu. 

Kononnya kitab Al-Jafru mengandungi isi kandungan asli kitab taurat, injil dan zabur serta ilmu-ilmu ornag terdahulu.

Hakikatnya,  kitab ini merupakan sebuah kitab dusta.


Saturday, January 21, 2023

ABU YAZID AL-BISTOMI

Namanya Abu Yazid Taifur bin Isa bin Syarusan Al-Bistomi.(188H-261H). Datuknya Syarusan adalah beragama Majusi, kemudiannya memeluk Islam. 

Beliau belajar dengan Abi Ali As-Sindi yang mengajarnya Tariqat Al-Hindiyyah dalam Muraqabah Hawa Nafsu. Dia juga meriwayatkan daripada Ismail As-Suddin dan Jaafar Sodiq.

Abu Yazid dikatakan berakidah Wehdatul Wujud kerana ada ungkapan yang disandarkan kepadanya yang berbunyi:


لا إله إلا أنا فاعبدوني


سبحاني ما أعظم شأني


Ibn Taimiyyah dan Imam Zahabi mempunyai pandangan sederhana dan lunak terhadapnya. Kata-kata janggal yang disandarkan kepadanya dikaitkan dengan hal keadaannya yang mabuk. Kemabukannya itu bukan disebabkan oleh kesengajaannya tetapi kerana kecintaannya kepada Al-Khaliq. Maka hal demikian diuzurkan. Namun, perlu dingat, jika hal mabuk itu disengajakan, seperti minum arak, makan hasyisy atau menari semasa zikir hingga hilang kawalan jasamani dan aqli, maka kemabukan itu tidak boleh diuzurkan.

Kesahihan perkataan kufur yang disandarkan kepadanya banyak meragukan. Apakah benar dia mengucapkannya? Atau ada puak Zindiq yang menggunakan namanya untuk menyemburkan racun kesesatan mereka. Hal ini banyak terjadi ke atas Syeikh Abdul Qadir Jailani yang dibohongi orang dengan menggunakan namanya.







Sunday, January 15, 2023

Ibn Mutahhir Al-Hulli



Nama penuhnya ialah Jamaluddin Al-Hasan bin Yusuf bin Ali bin Al-Mutahhir Al-Hulli (648H-726H)

Beliau lahir di Hullah pada 9 Ramadhan tahun 648 H. Beliau meninggal pada tahun 726H, iaitu  dua tahun sebelum meninggalnya Ibn Taimiyyah. ( Ibn Taimiyyah wafat tahun 728H ).

Beliau merupakan seorang ulama ilmu kalam yang menganut fahaman Muktazilah dan Syiah yang hidup pada kurun ke -7 H. Di kalangan syiah, dia adalah orang pertama yang digelar Ayatullah. 

Beliau adalah tuan punya kitab Minhajul Karamah Fi Ma'rifatil Imamah. Kitab ini dikarang untuk menjelaskan mazhab Syiah kepada seorang raja kerajaan Al-Khaniyyah yang bernama Khuda Bandeh, iaitu saudara kepada Ghazan yang menjadi raja Dinasti Al-Khaniyyat sebelumnya. Ghazan adalah seorang yang cenderung kepada Sunni dan dia ada beberapa peristiwa bersama Ibn Taimiyyah. Ghazan memerintah selama 8 ttahun 7 bulan  dan meninggal pada tahun 703H. Khuda bandeh yang menggantikan Ghazan, mulanya berjalan atas mazhab Sunni. tetapi Ibn Mutahhir Al-Hulli telah mempengaruhinya hingga kemudianya menganut fahaman Syiah.

Ibn Taimiyyah dalam muqaddimah kitabnya Minhajus Sunnah mengkritik kitab ini dan tuannya dan menamakan kitab ini sebagai Minhajun Nadamah dan Ibn Mutahhir sebagai Ibn Munajjis. Ini kerana Ibn Mutahhir  banyak mencela para sahabat kalangan Muhajirin dan Ansar yang telah dimuliakan Allah dalam Al-Quran. Sesiapa yang mencela para sahabat tidak wajar dikaitkan dengan kesucian, sebaliknya mereka lebih dekat kepada kenajisan yang bersarang dalam hati mereka. 

Petikan daripada kitab Minhajus Sunnah oleh Ibn Taimiyyah:


 وهَذَا الْمُصَنِّفُ سَمَّى كِتَابَهُ (مِنْهَاجَ الْكَرَامَةِ فِي مَعْرِفَةِ الْإِمَامَةِ)، وَهُوَ خَلِيقٌ بِأَنْ يُسَمَّى (مِنْهَاجَ النَّدَامَةِ). كَمَا أَنَّ مَنِ ادَّعَى الطَّهَارَةَ، وَهُوَ مِنَ الَّذِينَ لَمْ يُرِدِ اللَّهُ أَنْ يُطَهِّرَ قُلُوبَهُمْ، بَلْ مِنْ أَهْلِ الْجِبْتِ، وَالطَّاغُوتِ، وَالنِّفَاقِ كَانَ وَصْفُهُ بِالنَّجَاسَةِ، وَالتَّكْدِيرِ، أَوْلَى مِنْ وَصْفِهِ بِالتَّطْهِيرِ. وَمِنْ أَعْظَمِ خَبَثِ الْقُلُوبِ : أَنْ يَكُونَ فِي قَلْبِ الْعَبْدِ غِلٌّ لِخِيَارِ الْمُؤْمِنِينَ، وَسَادَاتِ أَوْلِيَاءِ اللَّهِ بَعْدَ النَّبِيِّينَ.

Saturday, January 14, 2023

SYAIKHUL JABAL (Syeikh Gunung)


Syeikhul Jabal
adalah gelaran untuk seorang yang bernama Rasyiduddin Sinan Al-Basri atau nama penuhnya Abu Hasan Sinan bin Salman bin Muhammad Al-Basri. Beliau diutuskan oleh pemimpin Syiah Ismailiyyah Nizariyyah di Qal'ah Al-Maut ke tanah Syam sebagai pemimpin Puak Hasyasyin Syam pada tahun 1161M memandangkan ketika itu kerajaan Fatimiyyah di Mesir telah tumbang. Gerakerja puak Hasy-syasyin di tanah Syam telah membawa mereka menguasa beberapa kota seperti Qadmus, Ulaiqah, Kahf dan Misyaf. Syaikhul jabal ini telah mengunjungi kota-kota ini dan kemudian masuk dengan gaya ahli tasawwuf ke Aleppo dan akhirnya menjadikan Kota Misyaf sebagai tempat tinggalnya. Dari situ dia mengatur kerja-kerja jahatnya  dengan tenaga para Hasy-syasyin.

Dengan arahannya, para Hasyasyayin telah dikirimkan untuk membunuh Salhuddin Al-Ayubi. Dua kali percubaan membunuh Salehuddin Al-Ayubi, namun, kedua-duanya menemui kegagalan. Setelah gagal membunuh Salehuddin Al-Ayubi, maka Syaikhul Jabal mengambil pendekatan bertahaluf dengan Salehuddin Al-Ayyubi. 

Dikatakan, bahawa Salehuddin Al-Ayyubi meminta Syaikhul Jabal mengirimkan pembunuh Hasy-syasyin untuk membunuh dua pemimpin pasukan Salib iaitu Corrado de Monferrato dan Richard The Lion Heart. Namun, Syaikhul Jabal hanya mengatur siasat membunuh Corrado sahaja dan dia berjaya dalam misi itu. Dia tidak mahu membunuh Richard The Lion Heart kerana tidak mahu musuh Salibi  Salehuddin Al-Ayyubi tiada lagi, yang kemudiannya kekuatannya akan ditujukan kepada menekan puak Hasy-Syasyin. Kisah ini disebutkan oleh Ibn Al-Athir dalam Al-Kamil.  Wallahu a'lam, apakah dakwaan ini benar?

Friday, January 13, 2023

Syiah Ismailiyyah An-Nizariyyah

Kerajaan Fatimiyyah telah ditegakkan di Utara Afrika pada mulanya. Nama awalnya ialah kerajaan Ubaidiyyah, merujuk kepada pemerintah pertamanya yang bernama Ubaidillah Al-Mahdi. Ketika Al- Mu'izzu Lidinillah menjadi khalifah ke-4, beliau berjaya menguasai Mesir dan kemudiannya kerajaan itu dikenali dengan Kerajaan Fatimiyyah. Kerajaan ini adalah sebuah kerajaan Syiah bermazhab Ismailiyyah. Syiah Ismailiyyah adalah satu aliran Syiah yang percaya bahawa Selepas Ja'far Sodik, imam yang seterusnya adalah anaknya Ismail. Ini berbeza dengan apa yang dipegang oleh Syiah Ithna 'Asyariyyah (Ja'fariyyah) yang berpegang bahawa imam selepas Ja'far Sodik adalah Musa Al-Kazim. 

Di Mesir, pada masa khalifah ke-8, Al-Mustansir Billah, berlaku khilaf di kalangan keluarga kerajaan tentang siapakah pengganti sang khalifah. Antara anaknya yang bernama Nizar Al-Mustafa Lidinillah dengan anaknya yang bernama Ahmad Al-Musta'li Billah. Dalam perebutan itu, sokongan buat Ahmad Al-Musta'li  billah lebih kuat. Wazir khalifah Al-Mustansir Billah, Al-Afdhal Syahansyah adalah pendokong kepada Ahmad Al-Musta'li dan dengan itu Ahmad Al-Musta'li dipilih menjadi Imam Syiah Ismailiyyah yang ke-19. Pemililahn ini didorong faktor  Al-Musta'li adalah kepada saudara perempuannya. Anak Al-Mustansir Billah yang lain iaitu Nizar dan Ismail dipaksa untuk membai'ah. Kedua-duanya minta waktu. Namun Nizar lari senyap-senyap dan belindung di Iskandariah. Di sana dia diangkat sebagai khalifah menggantikan ayahnya oleh Nasruddaulah bin Aftakin serta Al-Qadhi Abu Abdullah Al-'Ammar serta diikuti oleh penduduk Iskandariah. Dia diberi gelaran Al-Mustafa Li Dinillah. Terjadi perang saudara yang berakhir dengan kekalahn pihak Nizar  dan dia  telah ditangkap dan dipenjarakan di Iskandariyyah hingga dia mati dalam penjara. Anaknya Al-Hadi bin Nizar telah lari ke Asia Tengah mengikut pelarian pendokong kuat ayahnya yang bernama Hasan bin As-Sobah.

Dari sini kita dapat simpulkan bahawa pada episod masa ini, Kerajaan Fatimiyyah yang menjadikan Syiah Ismailiyyah sebagai mazhab mereka telah berpecah kepada aliran Musta'lawiyyah dan aliran Nizariyyah. Masing-masing mendakwa lebih berhak sebagai penerus keimaman Syiah Ismailiyyah.Perang antara aliran berlaku sesama mereka.

Aliran Nizariyyah mencari bumi lain daripada Mesir itu menumbuhkan dirinya. Pilihannya adalah kawasan Asia Tengah dan ini bermakna mereka terpaksa berhadapan dengan kerajaan Sunni Saljuk yang memerintah sebahagian besar daerah tersebut.

Namun, kelompok Nizariyyah telah mengambil tindakan pembalasan ke atas kelompok Al-Musta'liyyah pada tahun 524H/1130M dengan membunuh pengganti kepada Khalifah Ahmad Al-Musta'li iaitu Al-AAmir Bi Ahkamillah. Beliau tidak menamakan siapakah penggantinyanya. Oleh itu timbul khilaf kalangan istana Khalifah Fatimiyyah di Mesir tentang siapakah yang berhak jadi khalifah. Sebahagian melihat anak Al-Aamir Bi Ahkamillah yang bernama At-Toyyib Abul Qasim patut dilantik sebagai pengganti, manakala sebahagian yang lain mahu Al-Hafiz Li Dinillah, sepupu kepada Al-Aamir Bi Ahkamillah sebagai khalifah. Maka Fatimiyyah pun berpecah lagui kepada kelompok At-Toyyibiyyah dan kelompok Al-Hafiziyyah.

Gerakan Nizariyyah yang dipimpin oleh Hasan bin As-Sobah di kawasan Asia Tengah telah berjaya menempatkan diri di Qol'ah Al-Maut, satu kota yang kukuh dan selamat di kawasan tanah tinggi dalam jaran 100 KM dari Tehran. Al-Hadi bin Nizar menjadi pemimpin bayangan yang dirahsiakan di Qol'ah Al-Maut. Hanya pada masa Hasan II bin Al-Qahir, barulah diistiharkan sebagai imam kepada aliran Nizariyyah.

An-Nizariyyah menubuhkan satu pasukan Militia berani mati yang dinamakan Hasy-Syasyin. Anggota pasukan inilah yang dikirimkan ke sasaran musuh untuk membunuh pemimpin musuh. Khalifah Fatimiyyah serta pembesar istana, walaupun dari Mazhab Syiah yang sama iaitu Ismailiyyah, mereka dianggap musuh oleh aliran Nizariyyah dan oleh itu mereka  tidak terlepas dari ancaman pembunuh rahsia pasukan Hasy-syasyin ini.

Rujuk Kitab: Ehsan Ilahi Zahir, Al-Isma'iliyyah-Tarikhun Wal Aqaid (Ms 735-737), Lohore, Pakistan, Adarah Turjumanussunnah.


KERJA-KERJA SUBVERSIF PUAK HASY-SYASYIN.

Telah dinyatakan sebelum ini bahawa seornag wazir hebat kerajaan Saljuk yang bernama Nizamul Muluk At-Tusi telah menjadi korban pembunuhan terancang seorang pembunuh dari golongan Hasy-syasyin. Dalam sejarah, puak Hasy-syasyin telah membuat banyak onar dan membunuh ramai tokoh. Mereka adalah satu gerakan subversif yang paling berbahaya dan tidak pernah berjaya ditumpaskan oleh kerajaan yang memerintah pada masa itu. 

Siapakah puak Hasysyasyin ini?

Kita mulakan tolehan sejarah pada kemunculan satu firqah Syiah yanh dinamakan Syiah Ismailiyyah. Firqah Syiah ini muncul di persada sejarah bila Imam Jaafar Sodiq meninggal pada tahun 148H/765M. Imam Jaafar. Meninggalnya Jaafar Sodiq meninggalkan pertikaian kalangan pengikut Syiah tentang siapakah pewaris keimaman keluarga Ahli Bait. Syiah Imam 12 menetapkan penerusnya ialah Musa Al-Kazim. Namun, ada yang menetapkan bahawa imam seterusnya adalah Ismail bin Ja'far Sodiq. Daripada namanyalah kelompok ini kemudiannya dinamakan Ismailiyyah. Kelompok ini telah mencetuskan secara ekstrim konsep-konsep kebatinan sehingga mereka dikenali sebagai Golongan Batiniyyah di kalangan Ulama Milal wan Nihal.

Syiah Ismailiyyah telah berpecah kepada beberapa cabang. Kerajaan Fatimiyyah yang berjaya ditegakkan di Mesir pada tahun 297H/909M adalah berdiri di atas alirah Syiah Ismailiyyah. Demikian juga kumpulan Qoramitah yang pernah membina kerajaan di Bahrain, adalah satu cabang aliran Syiah Ismailiyyah. Kecenderungan batiniyyah Syiah Ismailiyyah ini kemudiannya mempengaruhi banyak kumpulan dalam Islam, termasuklah aliran tasawwuf Sunni pada fasa-fasa terkemudian.

Kumpulan Hasysyasyin adalah salah satu alirah dalam Syiah Ismailiyyah. ia diasaskan pada tahun 483H oleh seorang yang bernama Hasan bin As-Sobah Al-Ismaili. Pada tahun itu, mereka telah menguasai satu kota yang dinamakan KOTA AL-MAUT yang terletak di sebelah Barat Daya Tasik Qazwin (Laut Caspian) iaitu dalam wilayah Parsi. Kota ini terletak di atas Banjaran Alborz iaitu tanah tinggi yang menganjur dari selatan Azerbaijan, melalui kawasan selatan laut Caspian ( Tasik Qazwin) hingga bertemu dengan selatan Turkmenistan. Bentuknya seolah-olah busur anak panah.


Ilustrasi Qol'ah Al-Maut

Lokasi di puncak gunung


Kedudukan Kota Al-Maut


Hasan bin As-Sobah mendapat inspirasi daripada seorang pendakwah dari kerajaan Fatimiyyah yang bernama Abdul Malik bin Attosy yang menghasut orang agar menyokong fikrah Fatimiyyah dalam wilayah pemerintahan kerajaan Saljuk.  Hasan As-Sobah telah pergi ke Mesir dan bertemu dengan Khalifah Fatimiyyah di sana yang bernama Al-Mustansir. Khalifah itu memintanya menyebarkan dakwah Fatimiyyah agar orang ramai mengakui kekhalifahannya. Hasan bin As-Sobah bertanya tentang khalifah sesudahnya. Dijawabnya bahawa anaknya yang bernama Nizar adalah pengantinya. Maka Hasan As-Sobah pun berwalak kepada Nizar. Namun di Mesir ketika itu, penyokong Al-Musta'li, anak Al-Mustansir yang lain juga bergerak aktif. Hasan bin As-Sobah tidak betah tinggal di Mesir lagi. Setelah 18 bulan di Mesir, dia pun meninggalkan Mesir dan belayar melalui laut Merah hingga tiba di Asfahan. Dia mula menyebarkan dakyahnya mengajak orang ramai kepada walak untuk Nizar dan pengikutnya pun berambah. Mereka yang mendokongnya dinamakan An-Nizariyyah.  Dia tidak berani beraktiviti di Ar-Rayy, ibu kota kerajaan Saljuq kerana tidak sanggup berdepan dengan wazir Nizamul Muluk At-Tusi. Wazir Nizamul Muluk At-Tusi telah mengeluarkan arahan agar ditangkap Hasan As-Sobah, tetapi dia melarikan diri.

Pada 7 Rejab tahun 483, Hasan bin As-Sobah serta pengikutnya dapat menakluki KOTA AL-MAUT, satu kota lama yang berada di atas kemuncak gunung pada ketinggian lebih 6 ribu meter. Ia telah dibina lama sebelumnya dan binaanya sangat rumit dan sukar ditembusi. Dikatakan yang membinanya adalah salah seorang raja Dailam dan kemudiannya jatuh ke tangan puak Alawiyyin sebelum diambil alih oleh Hasan As-Sobah.

Setelah mengambil alih kekuasaan atas KOTA Al-MAUT ini, Hasan bin As-Sobah berlindung di sana dan tidak pernah keluar selama 35 tahun sehinggalah dia mati. Dia menjadikan kota itu sebagai pusat gerakan Nizariyyah dan menyebarkan pengaruh serta mencari ahli baru yang akan menjalankan kerja-kerja yang diperintahkannya. Hasan bin As-Sobah, dari kotanya itu menyusun strategi menguasai kawasan-kawasan sekitar dengan askar-askar upaahannya. Ini menyebabkan berlaku bertembungan dengan kerajaan Saljuk. 

Gerakan mereka ini dinamakan Hasy-syasyin kerana aktiviti tersembunyi mereka dalam membunuh penentang mereka.  Dikatakan juga ia merujuk kepada Hasyisy (sejenis dadah) yang mereka gunakan untuk mengkhayal diri mereka sebelum operasi membunuh sehingga mereka tidak takut dan berubah fikiran lagi dari misi mereka. 

Gerakerja subversif kumpulan Hasy-syasyin ini telah memakan korban ramai kalangan ulama, raja-raja dan para pembesar kerajaan. Mereka menjadi ancaman yang ditakuti bukan sahaja kalangan pemimpin Muslim Sunni, tetapi juga kalangan raja-raja Salibi. Selama 2 kurun mereka bergerak aktif dan tidak dapat ditumpaskan, akhirnya datang Hulago Khan, penakluk berbangsa Mongol. Dia menyapu bersih kerajaan Islam di wilayah Parsi termasuklah ancaman dari KOTA AL-MAUT yang menjadi sarang ampuh golongan Hasysyasyin itu.  Pemerintah Islam gagal membanteras para munafiqin itu, tetapi kafir harbi yang datang dari daerah Utara Cina itu yang akhirnya dapat memadamkan api kejahatan mereka.

Mogol telah menghancurkan Hasy-syasyin sehingga tidak dapat bangkit lagi sebagai sebuah herakan Subversif yang paling bahaya. Namun, akidah Syiah Ismailiyyah Nizariyyah tidak lenyap. Ia terus hidup hingga hari ini di seluruh dunia. Yang paling menonjol kalangan mereka adalah kumpulan yang dinamakan Al-Agha Khaniyyah yang mana ketuanya Aga Khan IV adalah antara orang terkaya dalam dunia. Pengikutnya dianggarkan 10 juta di seluruh dunia. Kumpulan ini adalah pengikut kepada Hasan Ali Syah yang muncul di Iran dan menamakan dirinya sebagai Aga Khan I


Tonton Video Kekayaan Aga Khan ke -4: https://www.youtube.com/watch?v=P4yKXCZaMsI

Lihat fatwa mengenai kumpulan Aga Khan:https://islamqa.


Tokoh-tokoh yang dibunuh oleh puak Hasy-syasyin:


1) Wazir Nuzamul Muluk At-Tusi ( Tahun  1092 M)

2) Corrado di Monferrato - Raja Salibi di Baitul Maqdis (1192 M)

3) Qadhi Asfahan- Ubaidillah Al-Khatib.

4) Al- Aamir bi Ahkamillah, Khalifah Fatimiyyah Mesir.

5) Al-Mustarsyid Billah, Khalifah Abbasiyyah.




Nizamul Muluk At-Tusi dibunuh seorang Hasysyasyin.

Ketika Nizamul Muluk At-Tusi telah menjadi tua dan umurnya 77 tahun, dia banyak dibantu oleh anak-anaknya  serta kerabatnya dalam mentadbir wilayah-wilayah dalam Kerajaan Saljuq. Di kalangan mereka, ada yang bersikap lebih sudu dari kuah dan menimbulkan ketidakpuasan hati kalangan rakyat. Mereka hanya bergantung dengan reputasi Nizamul Muluk At-Tusi. Keadaan yang sedemikian menjadikan para pendengki Nizamul Muluk At-Tusi menghasut Sultan Maliksyah. Sultan Maliksyah dikatakan bercadang untuk memecatnya tetapi, dia tidak berani mengambil langkah itu. Apa yang dia boleh lakukan hanyalah menulis surat kepada Nizamul Muluk At-Tusi yang mengandungi ancaman dan ugutan. Namun, ketika surat itu sampai kepada Nizamul Muluk At-Tusi, dia pun berkata kepada utusan Sultan Maliksyah:

" Katakan kepada Sultan, jika kamu tidak tahu bahawa aku adalah rakan longsimu dalam pemerintahan, maka aku berutahumu bahawa dia tidak sekali-kali mendapat tampuk pemerintahan melainkan dengan bantuan pentadbiranku dan pandangan-pandanganku. Tidakkah dia tahu, dulu ketika ayahnya dibunuh, akulah yang telah bangkit mengatur pentabiran negara dan  menghancurkan puak-puak penentangnya dari kalangan keluarganya sendiri serta lain-lain...."


Maka, Sultan Maliksyah membiarkannya sehingga Nizamul Muluk At-Tusi dibunuh oleh seorang pembunuh yang menyamar sebagai seorang sufi . Dia merupakan anggota kumpulan Hasysyasyin yang menganut mazhab Batiniyyah Ismailiyyah. Sang pembunuh itu berpura-pura datang mengadu kesnya dan minat diadili. Bila dia mendekati wazir tua yang bijaksana itu, dia pun mengeluarkan pisaunya dan menikamnya sehingga seketika itu juga jatuhlah rebah. Sang pembunuh itu pun kemudiannya ditangkap dan dibunuh. Namun, Wazir Nizamul Muluk sudah tidak dapat diselamatkan dan dia meninggal pada tanggal 10 Ramadhan tahun 485H/1092M.

Takdir Allah, 35 hari selepas kematian Nizamul Muluk At-Tusi itu, iaitu pada tanggal 15 Syawal tahun 485H/1092M, meninggallah pula Sultan Malik Syah. 

Kehilangan dua tokoh hebat dalam kerajaan Saljuq ini menajdi titik sejarah kemerosotan zaman kegemilangan Kerajaan Saljuq.

Tuesday, January 10, 2023

Alp Arsalan

Alp Arsalan, nama sebenarnya adalah Dhiyaudunya waddin Abu Syuja' Muhamamd Alp Arsalan bin Daud bin Mikail bin Saljuk bin Daqqaq. Beliau adalah pemerintah kedua Kesultanan Saljuk. Beliau menggantikan pakciknya, Tughrul Bek yang dianggap sebagai pengasas kerajaan Saljuk. Beliau lahir pada tahun 425H.  Semasa Tughrul Bek menerajui kerajaan Saljuk, Alp Arsalan menjadi gabenor kerajaan Saljuk yang mentadbir Khurasan dan kawasan semberang sungai. Dia mewarisi posisi itu daripada ayahnya (Jughrai Bek) Daud bin Mikail (Saudara kandung Tughrul Bek) yang meninggal pada tahun 1059M.

Alp Arsalan mempunyai seorang wazir yang hebat bernama Nizamul Muluk At-Tusi. Apabila Tughrul Bek meninggal pada tahun 455H=1063M, beliau tiada anak untuk mewarisinya. Berlaku situasi cekcok dalam pemerintahan yang kemudiannya dapat dikuasai oleh Alp Arsalan, berkat kebijakan dan kecekapan wazirnya Nizamul Muluk dalam menyusun siasat. Alp Arsalan naik tahta dan beliau seorang yang kuat peribadinya, bersemangat juang untuk Islam dan cintakan jihad. Beliau berhasrat untuk meluaskan Islam ke wilayah-wilayah yang sedang dikuasai oleh kerajaan Kristian Byzentain. Setelah 6 tahun beliau menstabilkan kekuasaan dalam negeri, barulah nampak dasar luarnya.

Alp Arsalan naik menjadi Sultan Saljuk pada 8 Ramadhan 455H bersamaan 4 Sept 1063 M. Beliau mewarisi wilayah yang luas dari pantai Turkistan hingga ke Sungai Dajlah. Beliau bukan terus mendapat kekuasaannya. Beliau terpaksa berdepan dengan cabaran dari dalam keluarganya sendiri. Setelah Tughrul Bek meninggal wazirnya yang bernama Abu Nasir Al-Kandari berkira-kira untuk mengangkat seorang saudara bukan sekandung Alp Arsalan yang bernama Sulaiman  menjadi pengganti Tughrul Bek. Sulaiman itu masih kanak-kanak dan tujuan wazir itu tidak lain adalah memerintah atas nama Sulaiman. Maka Alp Arsalan segera berangkat dari Khurasan menuju ibu kota Saljuk di Array dan menguasainya. Wazir berserta Sulaiman dipaksa mengakui kekuasaannya. Setelah itu Alp Arsalan terpaksa berdepan pula dengan Qotalmusy bin Israil, pakciknya yang merasakan dia lebih layak mewarisi kerusi kepimpinan. Konflik dengan pakciknya itu membawa kepada peperangan di satu kawasan berdekatan Kota Array dan dimenangi oleh Alp Arsalan. Ancaman Qotalmusy akhirnya hilang apabila dia mati terbunuh pada 456H/1063M.

Setelah itu , beberapa tahun Alp Arsalan disibukkan dengan misi memadamkan pemberontakan beberapa wilayah untuk melepaskan diri daripada pusat pemerintahan. Pemerintah daerah Kirman dan lain-lain terlibat dalam menyokong penderhakaan kabilah-kabilah Turkman yang biasa dengan aktiviti rompakan dan rampasan. Pakciknya Baiju di Herat juga cuba melepaskan diri dan mewujudkan wilayah merdeka. Alp Arsalan berjaya menghadapi semuanya dan akhirnya menyatukan kerajaannya menjadi kuat dan padu.

Setelah kerajaannya stabil, itulah masanya dia menumpukan perhatian ke wilayah-wilayah bersempadan yang berada di bawah kekuasaan Bayzantine. Penaklukan dibuat ke wilayah Armenia, Georgia dan sepanjang sempadan Rom. Kaisar Rom pun bertindakbalas menyerang kawasan Syam dan menakluk Aleppo. Alp Arsalan mengirimkan anaknya Maliksyah memimpin pasukan tentera merampas kembali Aleppo. Pasukan Maliksyah juga berjaya menguasai hingga ke Baitul Maqdis.

Alp Arsalan memimpin pasukan Saljuk melawan pasukan Byzabtine yang dipimpin oleh kaisar Romanus Jalinus pada bulan Zulkaedah 463H ke dalam perang yang terkenal dinamakan Perang Manzikert. Pasukan Saljuk memenangi perang ini walaupun jumlahnya kauh lebih kecil berbanding jumlah pasukan Byzantine. Malah kaisar Romanus Jalinus sendiri ditawan dan Kerajaan Bayzantine terpaksa membayar tebusan yang sangat mahal untuk kebebasannya iaitu 10 juta keping emas.. Bahkan, kerajaan Byzantine sesudah perang itu terikat dengan perjanjian  yang menuntut mereka membayar jizyah kepada kerajaan Saljuk. Mereka juga minta perjanjian damai selama 50 tahun dan menyerahkan wilayah-wilayah yang telah dikuasai Saljuk dari tanah Byzantine.

Alp Arsalan tidak sempat lama di atas tahta menikmati hasil pencapaiannya. Kira-kira setahun lebih selepas Peperangan Manziket, Alp Arsalam telah terbunuh di tangan seorang yang membalas dendam dan usianya ketika itu baru 44 tahun. Kekuasaannya dilanjutkan oleh anaknya Maliksyah.

Rujukan: https://ar.wikipedia.org/

Baca : Artikal Islamweb

(Akan bersambung)

Friday, January 6, 2023

MAHMUD GHAZAN PEMERINTAH KE-7 KESULTANAN ILKHANIYYAT

Kesultanan  Ilkhaniyyat adalah kesultanan yang berasaskan keturunan salasilah Moghol. Ia ditegakkan di Iran oleh Hulagu Khan (1256-1265)

Mahmud Ghazan (1271-1304 M) adalah salah seorang pemerintah Kerajaan Ilkhaniyyat. Beliay adalah yang ketujuh dan Sultan pertama yang mengistoharkan ISlam sebagai agama rasmi dalam wilayah kekuasaannya.

Beliau adalah anak kepada Arghun Khan bin Abaqa bin Hulagu Khan. Beliau masuk Islam tahun 1295 iaitu sebelum dia naik tahta. Kublai Khan hantar seorang puteri Mongol bernama Kukijin untuk jadi isterinya.

Beliau berperang dengan kerajaan Mamalik Mesir untuk menguasai Syam. Beliau juga berperang dengan satu kerajaan Khan yang lain yang dipanggil Khan Jaghatai

Zaman Mahmud Ghazan, Mogol mula berubah jadi kaum yang menetap dan tidak lagi Nomad. 

1295 M, Khan Jaikhatu mati dibunuh. Taghajar, ketua tentera dituduh terlibat dan bersama para konspirator yang juga telah membunuh Arghun Khan sebelumnya. Baidu bin Turqan , anak saudara Ghazan diangkat jadi raja. Namun, dia hanya boneka dan para konspirator yang menguruskan kerajaan. Maka Ghazan bangkit memberontak dan berlaku perang yang dimenangi oleh Ghazan. Baidu, lalu dihukum bunuh.Ghazan dibantu dalam perang itu oleh seornag raja Moghol beragama Islam bernama Nuruz. Dulunya dia musuh kepada Ghazan. Dia berikan syarat , Ghazan hendaklah masuk Islam. Ghazan juga teloh ditolong oleh panglima Taghajar tetapi Ghazan tidak menaruh kepercayaan penuh kepadanya. Selepas menang, Ghazan telah membuangnya ke Anatolia dan di sana dia telah dibunuh secara rahsia.

Dalam episod sterusnya, Ghazan tidak tuntas dalam Ilamnya. Dia masih meneruskan kepercayaan pgannya di samping menggalakkan berbilang agama. Nuruz dan Ghazan berkonflik dalam soal keagamaan ini hingga bawa kepada perang. Perang berhampiran Nizabur dengan Nuruz dan Nuruz kalah serta lari ke Herat, Utara Afghanistan. Raja Herat khianati Nuruz dan serahkannya kepada Ghazan. Ghazan bunuh Nuruz pada  Ogos 1297.

Ghazan ini, walaupun muslim, dia menghalakan serangan kepada kerajaan Mamalik yang menguasai kawasan Syam. Dalam usahanya mengalahkan Mamalik ini, dia mengadakan perjanjian dengan Perancis dan tentera Salib yang ada di Syam Dalam tenteranya ada pasukan Kristian Armenia dan Georgia.

Ghazan mengalami kekalahan fatal dalam Perang Syaqhab dengan pasukan Mamalik yang menyebabkab pasukan Moghol keluar dari Syam. Panglima tentera Mogol dalam erang ini bernama Qotlusyah. Tentera Mamalik dipimpin oleh An-nasir Muhamamd Qolawun. Bersamanya khalifah (Abbasiyyah) dan pembesar-pembesar Mamalik iaitu baibers jasyankar, Izzuddin Aibak Khazindar dan lain-lain.

Dalam Perang Syaqhab inilah Ibn Taimiyyah memainkan peranan penting yang disebt-sebut dalam sejarah. Ulama dan Mujahid Medan Perang.

Kekalahan dalam perang Syaqhab sangat mengejutkan Ghazan dan membuatnya sedih dan marah. Dia perintahkan agar Qatlusyah dibunuh tetapi kemudiannya memaafkannya. namun, Qatlusyah diherdiknay dan diludahi depan para pembesar atas kegagalannya.  Saking sedihnya Ghazan, dia demam dan darah keluar daripada hidungnya. Tidak lama selepas kekalahan itu, Ghazan mati iaitu pada 11 Mei 1304 setelah memerintah selama 8 tahun 10 bulan.

Selepas Ghazan, Uljaitu jadi raja Ilkhaniyyat yang seterusnya.

Pemerintah terakhir kerajaan Ilkhaniyyat ialah Abu Sa'id Bahadur Khan (1316-1365), iaitu Raja yang ke-9.

Baca: https://ar.wikipedia.org/

Monday, January 2, 2023

MALIK AL-ASYTAR

Siapakah Malik Al-Asytar?

Nama penuh beliau ialah Malik bin  Al-Harith An-Nakha'i  dan masyhur dengan gelaran Al-Asytar. Beliau merupakan seorang tabi'in yang berasal Kota Kufah dan seorang pejuang Arab yang terlibat dalam futuhat. Beliau wafat tahun  37 H.

Namanya penting kerana semasa dia menjadi gabenor di Mesir pada zaman kekhilafahan Saidina Ali bin Abi Talib, ada satu surat yang dikirimkan kepadanya oleh Saidina Ali selaku khalifah. Surat itu masih ada sampai hari ini dan ia menjadi formula awal kepada dasar-dasar PBB.

Surat tersebut diriwayat dengan sanda daripada Muhammad bin Al-Hasan At-Tusi, salah seorang ulama besar kurun ke-5H

(Bersambung...)

IMAM 'AMIR AS-SYA'BI

 Nama sebenarnya ialah Amir bin Syarahil bin Abd bin Zi Kibar Abu Amru Al-Hamdani As-Sya'bi Al-Kufi Ahli Sejarah berbeza pendapat tentan...