Saturday, March 30, 2024

AL-QUSHAYRY

 Al-Qushayry adalah gelaran seorang tokoh Sufi. Nama Penuhnya  adalah Abu Al-Qasim Abdul Karim bin Hawazin bin Abd Malik bin Talhah. Beliau lahir pada tahun  376H dan wafat pada tahun 465H.

Anaknya dikenali Abu Nasir Al-Qushayry

Beliau ulama yang mendalami dalam bidang feqah, hadis, tafsir, usul, adab dan Syair. Beliau digelar Zainul Islam

Beliaulah tuan punya karya yang disebut sebagai Ar-Risalah Al-Qushaiyriyyah.



Bacaan: Wiki


Lahir di sebuah kampung bernama Istu di Nisabur.

Belajar tasawwuf dengfan Imam Ali Abu Ad-Daqqaq.

Akidahnya Asya'ariyyah.

Ada kitab Tafsir Sufi yang terdiri daripada 6 Jilid yang mengandungi Lataiful Isyarat.


FITNAH AL-QUSHAIRY

Berlaku pada masa anaknya Abu Naser Abdurrahim bin Abdul Karim bin Hawazin Al-Qishairy satu fitnah yang disebutkan sebagai Fitnah Al-Qushairi. Fitnah ini adalah pertembungan antara dua aliran iaitu Aliran Asyairah dan Hanabilah.

Berlaku krisis dengan seorang tokoh Hambali yang bernama Syarif Abu Ja'afar bin Abi Musa Al-Hambali.

Ibn kathir menceritakan dalam Albidayah wan nihayah: pada Syawal tahun 469H, Ibn Al-Qushairy masuk ke kota Baghdad dan duduk mengajar di Madrasah An-Nizomiyyah. Maka muncul kalangan yang taasub kepadanya dan dia mencemuh aliran Hanabilah dan mempertahankan Asya'irah. Hanabilah digelar mujassimah dan pendiriannya disokong oleh beberapa tokoh lain seperti Syeikh Abu Ishak As-Syirazi dan Abu Said As-Sufi.



Mengimbau riwayat-riwayat mengenai Fitnah Al-Qushairy, kita dapat melihat bahawa ada persaingan sengit antara aliran Ashairah dan Hanabilah. Persaingan itu berlangsung dan menyala hingga hari ini. Kedua-dua aliran saling menyesatkan.

Lihatlah hari ini bagaimana Ashairah dan Salafiyyah terus bergaduh dan bersengketa. Sampai bila?Gelaran Wahabi yang diberikan kepada para pengikut aliran Salafi adalah jelamaan baru persaingan silam itu.











Monday, March 25, 2024

Syeikh Said bin Ali bin Wahaf Al-Qahtani

Beliau ada tuan punya kitab Hisnul Muslim yang terkenal.

Beliau adalah imam bagi Masjid Sa'udi.


Beliau ada seorang Salafi Saudi.

Beliau lahir pada 1371=1951 dan wafat pada tahun 2018 pada usia menjangkau 67 tahun.

Hasil karyanya menjangkau 80 buah kitab. Antaranya ialah:

1) Min Ahkami Suratul Maidah

2) Mursyidul Mu'tamir Wal Haj Wazzair fi Dhui Al-Kitab Was Sunnah 

3) Nurus Sunnah Wa Zulumutul Bid'ah.

4)As-Siyam Fil Islam Fi DHUIL kITAB wAS sUNNAH.


Friday, March 22, 2024

Ala'uddin Al-Bukhari Al-Hanafi (779H-841H)

Mari kita kenal tuan punya nama ini. Pertamanya, sejarah mengingatinya untuk satu point utama iaitu dia adalah tokoh ulama yang sangat memusuhi Ibn Taimiyyah.

Namanya adalah Abu Abdullah Alauddin Muhammad bin Muhammad bin Muhammad Al-Bukhari Al-Hanafi.

Beliau adalah seorang Faqih Mazhab Hanafi lagi seorang Sufi.Beliau dibilang sebagai ahli kalam dengan aliran Maturidiyyah dan ulama besar Mazhab Hanafi pada zamannya. 

Beliau dilahirkan di kawasan negara Iran dan dibesarkan di Bukhara.

Beliau belajar ilmu sastera dan akal daripada Sa'aduddin At-Tiftazani iaitu tuan punya kitab Syarah Akidah An-Nasafiyyah.

Beliau pernah menjejaki tanah India dan tinggal di sana untuk satu tempoh dan mendapat penghormatan dari raja-raja kerajaan Hindi. Kemudian dia merantai sampai ke Mekah dan tinggal pula di sana. Lalu menuju Mesir dan tinggal di Kaherah serta mendapat penghomatan di sana. Kemudian dia berpindah ke Syam dan tinggal di Syam sampailah dia meninggal di sana iaitu di Al-Mizzah, dalam kota Damsyiq.

Beliau menulis kitab menjawab Ibn Arabi yang bernama Fadhihatul Mulhidin Wa nasihatul Muwahhidin. Dia juga menulis kitab menjawab Ibn Taimiyyah yang diberi nama Al-Muljamah Al-Mujassimah.

Dia menghukumkan Ibn Taimiyyah KAFIR dan demikian juga Ibn Arabi adalah Kafir.

Alasan kenapa dia mengkafirkan Ibn Taimiyyah adalah kerana Ibn Taimiyyah mengisthbatkan JIHAH kepada Allah iaitu ATAS arasy. JIHAH adalah arah seperti atas, bahwah, depan, belakang dan sebagainya. JIHAH ini adalah ciri-ciri jisim. Mengatakan Allah di atas bemakna mengatakan Allah adalah JISIM. Dalam Kitab Radnya ke tas Timiyyah itu, dia menukilkan kalam Imam Al-Haramain, Abu Al-Ma'ali Al-Juwaini dalam kitab Al-Irsyad bahawa sesiapa yang mengatakan Allah ada JIHAH, maka dia kafir secara nyata.
إثبات الجهة لله كفر صراح

Pada hemat saya, inilah masalah ahli kalam. Mereka cuba mengupas, menelaah dan merumuskan sifat Allah berdasarkan akal. Akal itu sifatnya lemah untuk menerobos alam ghaib sekalipun , apa lagi untuk memahami sifat Allah. Para ahli kalam membuat hipotesis bahawa Allah tidak bersifat dengan JIHAH, Surah. Surah misalnya membawa kepada logik TARKIB. Apabila Allah dikatakan tarkib (tersusun daripapada komponen), maka ia membawa kepada pemahaman tajsim. Menagatakan Allah Jisim, itu adalah kafir. Demikianlah rumusan menurut kaedah ahlil kalam. Allah menyebutkan tentang dirinya dalam nas-nas saheh bahawa wajah Allah, dalam hadis disebutkan Ahsani Surah dan Allah atas Arasy, bagaimana kita nak menafikannya. Atau, elokkah kita takwilkan kepada apa yang kita faham Atau kita biarkan sahaja ayat-ayat itu atas makna asalnya dan hakikatnya kita serahklan kepada Allah. Apalah ertinya kita peningkan akal manusiawi yang lemah itu untuk menghuraikan perkara yang di luar kemampuan akal ini.
Kita hanya perlu beriman kepada Allah sebagaimana datangnya ayat Quran dan hadis nabi dan tidak bertakalluf untuk mendetailkannya. Akal tak akan mampu. Kalau dicuba pun, sesat jalan. Sebab akal kita ini terkurung di bawah Kaun yang tidak akan keluar hattalah kita mati. Kita pun tak terbayang syurga walau akal cuba membayangkan sehabis elok. Itu syurga. Apa lagi Allah.
Cara fikir sebegini , enggan dipanuti oleh orang yang bermain dengan akal, mantiq dan kalam. Mereka cuba menegakan logik agar logik itu mesra dengan nas. Sepatutnya, kita inasaf, ada bahagian dalam agama ini kita tidak akan mendapatkan jawapannya menggunakan akal sekutil kita. Imam akan cover. Tunggu kat akhirat....anda akan MELIHAT ALLAH. Bagaimana, tak usah difikirkan. Tungga harinya sahaja dan alami sendiri!
Dunia ini hanya ladang amal. Amal akan dibawa ke akhirat. Akal yang hebat itu tinggal di bawah KAUN bila roh kita melayang keluar dari KAUN.

Syeikh Syamsuddin Muhamamd bin Abdurrahman As-Sakhawi menyebutkan dalam kitabnya Ad-Dhuullami' Li Ahlil Qarni At-Tasi' bahawa Alauddin Al-Bukhari Al-Hanafi telah ditanya oleh para pelajarnya mengenai maqalah-maqalah kontroversi Ibn Tamiyyah, maka dia pun bereaksi menjawab. Berdasarkan maqalah-maqalah tersebut, dia menbid'ahkan Ibn Taimiyyah, mentajsimkannya dan lalu memngkafirkannya. Lebih dari itu, kerana sampai kep penghetahuannya bahawa orang menggelarkan Ibn Taimiyyah sebagai Syeikhul Islam, maka dia mengatakan sesiapa yang turut menggelarkan Ibn Taimiyyah sebagai Syeikhul Islam, dia pun kafir juga!

( Ini masalah pak-pak guru. Kalian saksikan bagaima ustaz-ustaz yang beraksi di membar penceramah. Ustaz yang diminati ramai. Audiuennya banyak Dia sering ditanya itu dan ini. Dia juga ditanya, ustaz sipolan kata begitu begini.. Maka, ustaz yang ditanya menjadi reaksionen. Menjawab dan menrad ustaz sipolan. Hatta, jawapan dan rad itu menjadi keras. Hanya berdasarkan pertanyaan. Pertanyaan itulah maklumat. Sang penanya, macam orang buat video, suka cut sini dan cut sana. Bukan semua dia ambil. Lalu, atas maklumat yang dicut, ustaz yang menjawab menyerang ustaz sipolan.

Hal sebeginilah yang terjadi kepada ulama besar yang namanya Alauddin Al-Bukhari Al-hanafi yang menyerang keras Ibn Taimiyyah. Dia bukan baca pun kitab Ibn Taimiyyah dan tak pernahpun berhadapan dengan Ibn Taimiyyah. Hanya dari maklumat penanya sahaja dia bergantung.

Pengajaran buat kita semua, jangan percaya pada orang yang bertanya. Mereka itu kekadang bukan nak cari ilmu, tetapi nak menimbun batu bata di atas tembok tafriqah!

Beliau  meninggalkan Mesir kerana berlaku khilaf dengan seorang tokoh semasa di Mesir ketika itu yang bernama Syamsuddin Al-Bisati. Isunya adalah kritikan keras yang dilemparkannya ke atas Ibn Arabi.

(Bukan semua Sufi mendokong Ibn Arabi. Walaupun dewasa ini kita melihat seolah-olah Ibn Arabi adalah tokoh yang diagungkan oleh semua Sufi)

Ada seorang ulama semasanya bangkit membela Ibn Taimiyyah, bernama Ibn Nasiruddin Ad-Damsyiqi menulis kitab menjawabnya dan diberi nama:

الرد الوافر على من زعم بأن من سمى ابن تيمية شيخ الإسلام كافر


Ibn Nasiruddin Ad-Damsyiqi mengambil cara menukilkan perkataan ramai ulama besar yang menggelarkan Ibn Taimiyyah sebagai Syeikhul Islam.

Apakah mereka semua kafir? Seolah-olah ia menempelak Alauddin Al-Bukhari. Antara yang kata Ibn Taimiyyah Syeikhul Islam adalah Ibn Hajar Al-Asqalani. Apakah Ibn Hajar pun kafir?

Tak terjawab oleh Alauddin Al-Bukhari sekalipun.

Kalau ada ustaz jalanan masa kini yang menuturkan seperti Syeikh Alauddin , itu bukan setara mana . Mereka itu hanya muqallid buta yang membaca kalam dan tidak memahaminya.Ilmu mereka jauh di bawah Syeikh Alauddin Al-Bukhari yang hebat. Namun, kerana pertanyaan yang memprovok, dia terjerumus dalam fitnah dunia ilmu itu.


Renungkan serangkap Syair oleh Al-A'sya:


كناطح صخرة يوما ليوهنها            فلم يضرها وأوهى قرنه الوعل

Ia adalah seumpama kambing yang menanduk batu untuk menghancurkannya
Batu tak terkesan , yang patah adalah tanduk kambing itu.

Atau....

يا ناطح الجبلَ العالي ليوهنه أَشفق على الرأسِ لا تُشْفِق على الجبلِ

Wahai kambing yang menanduk gunung untuk meruntuhkannya
Kaihanilah kepalamu dna jangan kasihani gunung


Bak kata sebuah masal Arab:

لا يَضُرُّ السحاب نَبْحُ الكلاب
"Salakan anjing tidak memberi mudarat kepada awan".

Orang Melayu pun ada pepatah iaitu:

Seperti anjing menyalak bukit.



Allahul musta'an!

Tuesday, March 19, 2024

As-Subki mengkafirkan Ibnu Taimiyyah

As-Subki yang dimaksudkan dalam perkara ini (takfir) adalah Taqiyuddin As-Subki. Perkataannya boleh ditemui dalam kitabnya Ad-durrah Al-Mudhi-ah.

Taqiyuddin As-Subki, hidup antara tahun 683 hingga 756H. Beliau merupakan seorang Ahli Feqah Syafie dan seorang Sufi, Muhaddis, Ahli Tafsir dan Ahli Kalam dan ahli mantiq. Digelar Syeikhul Islam dan juga Qadi Al-Qudhat. Beliau adalah bapa kepada Tajuddin As- Subki yang menjadi murid kepada murid Ibn Taimiyah iaitu Imam Az-Zahabi.


Pelebelan buruk dan nista ke atas Ibnu Taimiyyah menjadi rantaian yang tidka putus. Seolah-olah tokoh masa lalu telah mewasiatkan kepada tokoh kemudian.


Seorang tokoh yang masih hidup masakini, yang gencar menyerang Ibn Taimiyyah adalah Syeikh Dr. Yusri Jabr. Beliau mentabdi'kan Ibn Tamiyyah. Dia memperingatkan bahawa sesiapa yang memetik kalam Ibn Taimiyyah dan menggelarkan Ibn Taimiyyah sebagai Syaikhul Islam, maka orang ittu juga Ahlul Bid'ah.

Inilah uslub orang yang memusuhi dan membenci Ibn Taimiyyah. Sesiapa yang memuji Ibn Taimiyyah adalah sama sesatnya seperti Ibn Taimiyyah!


Sebelumnya, di masa lampau, ada seorang tokoh ulama bernama Al-'Ala'uddin Al-Bukhari Al-Hanafi yang juga menfatwakan dengan cara yang sama. Dari tabdi' kepada takfir. Dia banyak menjelajah sampai ke Mesir dan kemudian tinggal di Syam menyampaikan ilmu.  Di Syam dia didedahkan dengan beberapa makalah Ibn Taimiyyah. Maka dia memberi reaksi yang keras terhadap Ibn taimiyyah.

Fatwannya membawa kepada penegasan bahawa sesiapa yang kata Ibn Taimiyyah sebagai Syaikhul Islam, maka dia kafir.

Fatawanya menimbulkan fitnah di Syam

Maka muncul Imam Ibu Nasiruddin Ad-Dimasyqi menjawab fatwa-fatwa melampau Al-Ala' Albukhari alhanafi tesebut dan mengarang kitab bernama  Ar-Raddul wafir ala man za'ama anna man samma ibn taimiyyah syaikhal islam kafir. Dalam kitabnya itu beliau menakalkan kalam lebih daripada 80 ulama sezaman Ibn taimiyyah samada yang sealiran dengannya atau yang menyanggahnya dan kalam yang dikumpulkan itu menamakan Ibn Taimiyyah sebagai syaikhul Islam.

Kitab ini sampai ke Mesir dan sampai ke tangan Ibn Hajar Asqalani dan dia menperakui kesyaikhul iSlam Ibn Taimiyyah.

Al-ala albukhari mengadu kepada sultan ttg kitab Ibn Nasiruddin Addimasyqi 





Friday, March 15, 2024

Tembelang Khawarij

Abdullah bin Khabbab dan isterinya telah dibunuh dengan kejam oleh puak Khawarij. Peristiwa itu berlaku di zaman Kekhilafahan Saidina ALi bin Abi Talib radiallahu 'anhu.Awalnya, Abdullah bin Khabba ditanya pendiriannya tentang Saidina Ali dan Abdullah bin  Khabab menjawab sesuai dengan tanggapannay mengenai kemuilaan Ali selaku sahabat nabi, menantui nabi, dan dari kalangan As-Sabiqunal Awwalin. Mereka tidak boleh menerima sikap tersebut dan membunuh Khabbab serta isterinya.

Maka, prinsipnya , puak khawarij tidak boleh menerima ada orang lain yang mempunyai pendirian politik yang berbeza daripada mereka. Kerana maslaah politik, kelompok umat Islam yang berbeza itu dihukumkan kafir dan halal darah.

Sepanjang sejarah, kita menyaksikan onar puak Khawarij selaku penentang kerajaan yang memerintah.

Benih awal Khawarij boleh dirujuk kepada apa yang disebutkan oleh rasulullah SAW tentang seornag yang bernama Zul-Khuwaisirah.Zul-Khuwaisirah membantah caa pembahagian ghanimah oleh rasulullah SAW dalam satu peperangan. Dia menuduh Rasulullah tidak adil dan tidak mencari Redha Allah dalam pembahagian ghanimah tersebut. Tuduhan itu menyinggung hati Rasulullah SAW. Sahabat Rasulullah SAW, Khalid bin Al-Walid mohon untuk dipenggal leher sang kuarng ajar itu Namun, Rasulullah melarang atas alasan dia solat. Sehingga ornag itu beredar pergi , Rasuluhha meniktipkan katanya:

إنه يخرج من ضئضئ هذا ( عقبه ) قوم يتلون كتاب الله رطبا لا يجاوز حناجرهم، يمرقون من الدين كما يمرق السهم من الرمية، لئن أدركتهم لأقتلنهم قتل ثمود 

Tembelang Khawarij zahir dengan jelas dan etrang pada zaman Alh. Alangkah teruknya Saidina ALi dibuat mereka. Hatta, Saidina Ali terpaksa memerangi mereka di Nahrawan hingga hancur leburlah mereka. Hasilnya yang selamat cuma sedikit bertempiaran lari.

Walaupun dikalahklan dalam peperangan, demikianlah sifat fikrah. Fikrah tidak boleh dibenamkan dengan pedang. Fikrah Khawarij terus wujud dan yang bersisa itu menyalakan apinya semula. Mereka menajdi barah dalam tubuh ummat Islam.

Baca: Islamweb

Thursday, March 14, 2024

AZ-ZOHIR SAIFUDDIN BAQRQUQ

Nama ini adalah nama seorang raja daripada raja Mamalik yang berkuasa di Mesir pada zaman pemerintahan Mamalik, yakni pemerintahan para hamba.  atau lebih tepat, bekas-bekas hamba.

Az-Zohir Saifuddin Barquq atau dikenali dengan Sultan Barquq (meninggal tahun 801H) merupakan Sultan Mamalik pertama daripada kelompok Mamalik Burjiyyah. Dinamakan juga Mamalik Syarkasiah. Mereka berbeza dengan Mamalik yang memerintah Mesir sebelum mereka yang dinamakan Mamalik Bahriyyah. 

Disandarkan kepada Burjiyyah kerana mereka menghuni kawasan menara yang di yang ada dalam Kota jabal yang dibina pada zaman Sultan Salehuddin Al-Ayubi.

Syarkasiyyah pula adalah nisbah kepada nama tempat dalam negeri Qabajak dalam kawasan Turki hari ini.

Sepanjang pemerintahan Mamalik Burjiyyah, dihitungkan serama 25 orang Sultan memerintah.

Beliau lahir dai Caucasus sekitar tahun 1340 dan telah tiba di kaherah pada usia 20 tahun. Di Masir dia menjabat pelbagai kedudukan dalam ketenteraan Mesir sehingga menggapai pangkat Atabey pada tahun 779H.

Beliau menjadi Sultan Mesir pada 19 Ramadhan 794H /16 Novemver 1382 ,setelah para pemuka Mamalik memintanya mengambil alih kuasa daripada Sultan yang masih kecil 

Tempoh pemerintahannya berlangsung antara tahun 1382-1389.Kemudiannya beliau digulingkan dan kembali berkuasa antara tahun 1390 hingga 1399.

(Catatan: Pemerintahan Mamalik Burjiyyah bermula daripada naiknya Sultan Barquq ke atas tahta sehinggalah tahun 1517M apabila pemerintah terkahir dari Mamalik bernama Thuman Bai di kalahkan oleh Khalifah Othmaniyyah dan dihukum bunuh. Sejak itu Mesir diletakkan di bawah kekuasaan Daulah Othmaniyyah. Khlaifah Othmaniyyah yang bertanggungjawab melenyakan pemerintaahan Mamalik di Mesir adalah Sultan Salim I )

Nama sebenarnya adalah Barquq bin Anas bin Abdullah As-Syarkasi.

Pengarang kitab Syazaratuz Zahab fi man zahab (Karya Ibn Imad Al-Hambali)  menyifatkannya sebagai raja terhebat daripada keturunan Syarkasi.

Tuesday, March 5, 2024

SULTAN MUAYYAD SYEIKH

 Beliau adalah Abu An-Nasr Syeikh  bin Abdullah Al-Mahmudi At-Zohiri.

Catatan sejarah menyatakan Muayyad Syeikh lahir pada tahun 1368.

Beliau meninggal di Kaherah pada 13 Januari 1421.

Beliau telah dibeli sebagai hamba pada usia 12 tahun oleh Khawja Mahmud Syah Yazdi Tajul Mamalik dan kemudiannya diserahkan kepada Zahir Barquq yang ketika itu merupakan seorang Atabik dalam ketenteraan Mesir. Dia lalu dimerdekakan dan diajari ilmu peperangan, menunggang kuda, memanah dan lain-lain pengetahuan.

Beliau pada awalnya adalah seorang pegawai tinggi kerajaan dalam pemerintahan Az-Zohir Barquq dan dia menjawat Naib Sultan di Tarabulus , Syam.

Gelaran Al-Mahmudi pada namanya diambil sempena gurunya yang bernama Khawaja Mahmud Syah, manakala gelaran Az-Zohiri pula sempena nama gurunya dan pemimpinnya yang bernama Az-Zohir Barquq.

Beliau datang dari Syam ke Kaherah pada usianya yang ke 12. Memiliki rupa paras yang kacak dan memikat, dia telah mendapat tempat di hati Az-Zohir Barquq lalu dilantik sebagai pengawal raja dan kemudiannya ketua rombongan haji dna seterusnya menjadi Naib Sultan sebelum menjadi raja Mesir.

Pada masa Barquq berkuasa, berlaku pemberontakan oleh Mintash dan Al-Muayyad telah ditangkap dan dipenjarakan di Kaherah. Penjara yang penuh dengan azab. Al-Muayayd berazam , kalau dia bebas, penjara tersebut akan ditukar menjadi masjid. takdir Allah, pemberontakan Mintash berjaya dipadamkan oleh Barquq dan Mintash dihukum bunuh di Gerbang Zuwailah. Lalu, Al-Muayyad dibebaskan dan diangkat semula ke jawatan penting dalam kerajaan. Masjid Al-Muayyad Syeikh telah dibina di bekas tapak penjara tersebut  dan boleh dilihat sampai hari ini.

Catatan kisah naiknya Muayyad Syeikh: Selepas wafatnya Sultan Alauddin Ali bin Sya'ban pada tahun 1381, maka diangkatnya anaknya yang masih kecil  iaitu An-Nasir Al-Haji mewarisi tahta pemerintahan. Namun, kerana masih kecil, Az-Zohir Barquq yang menajadi wasi (pemegang amanah).. Namun, para umara mamalik meminta beliau mengambil alih pemerintahan dan memecat sahaja anak kecil itu. Maka, pada 16 November 1382 naiklah Az-Zohir Barquq menjadi raja Mesir. Para musuhnya tidak meredhainya dan mereka membuat percubaan untuk menggulingkannya. Pada tahun 1391, Az-Zohir Barquq dikalahkan dan dia dihumbankan ke penjara di benteng Kirk yang terletak di Jordan. Namun, tak lama kemudiannya dia dapat melepaskan diri dengan bantuan para penyokongnya dan kembali merebit tahta pada tahun 1392. Az-Zohir Barquq wafat pada tahun 1399 dan kematiannya ditangisi rakyat Mesir kerana jasa-jasa dan keadilannya dalam pemerintahan buat rakyat Mesir.

Selepas kematian Az-Zohor Barquq, Khalifah Abbasiyyah yang di jadikan simbul di Mesir (selepas terbunuhnya Khlifah Ababsiyyah di Baghdad akibat serangan Moghol), namanya Al-Musta'in Billah mengambil alih pemerintahan. dan Muayyad Syeikh dijadikan sekutu dalam pemerintahan. Dari situ dia dapat gelaran Muayyad. Pada tahun 1413, dia mengambil alih pemerintahan sepenuhnya dan Khalifah diasingkan ke Iskandariah. Pada tahun 1415, saudara khalifah itu yang bernama  Daud dilantik sebagai Khalifah.


Pemerintahan Muayyad Syeikh bermula tahun 1412 dan berlangsung hingga 1421.


Masjid Jamik Muayyad Syeikh


Menurut catatan sejarawan Mesir yang bernama Ibn Iyas Al-Hanafi dalam kitabnya Badai'u Az-Zuhur Fi Waqa'iu Ad-Duhur, dalam pembinaan masjid Jamiknya, Sultan Muayyad Syeikh telah melakukan beberapa pelanggaran hak orang ramai seperti merampas tanah, mencabu pintu Sultan Hasan dan menjadikannya pintu majidnya. Maka kata Ibn Iyas, orang Mesir ketika itu  menamakannya Al-Haram kerana membantah sumber-sumber yang digunakan untuk membinanya. Ini merupakan sisi negatif yang disebutkan mengenai Muyyad Syeikh.

Seorang penguasa yang muncul dalam sejarah, di belakang hari orang bercerita tentangnya. Tneu ada yang menyanjung dan tidak kurnag yang mengeji. Itulha lumrah hidup. Sekalipun ulama besar seperti Ibn Taimiyyah, ada lidah yang menyanjungnya dan pasti tidak terlepas daripada cemuhan musuh yang membencinya.

Jika demikian falsafahnya, janganlah kau harapkan namamu ditintakan emas semata-mata. Jangan kau bersedih jika namamu turut dicoret dengan najis dan kumbahan. Apa yang telah menimpa ornag dahulu, jadilah iktibar. Jika kau buat sesuatu yang besar, besarlah kontradiknya. Hanya, jika kau tidak lakukan apa-apa, namumu tidak akan dicemuh. Pujian pula hanya seketika kau hidup atau budi dan baktimu yang tidak bererti.


Monday, March 4, 2024

Kekuasaan itu mandul

Kekuassan itu mandul, hubungan nasab tidak berguna kerana bapa sanggup membunuh anaknya demi kekuasaan.

Khalifah Harun Arrasyid pernah berkata kepada anaknya Al-Makmun:

"Kekuasaan itu mandul, jika kau cuba rebut ia daripadaku, akan aku ambil darimu apa yang matamu berada (yakni pancung tengkuk)

Beitu besarnya fitnah kekuasaan sehingga segala perhiasaan dunia yang lain tidak berguna didepannya. Anak, harta dan wanita sekalipun, jika berdepan dengan kekuasaan, tidak akan mampu mendongak kepalanya. Sang penguasa rela hilang semuanya. Relah papa kedana dan putus keturunan, asalkan kuasanya tidak direbut.

Kenyataan di atas dapat dilihat dalam episod sejarah yang dirakamkan dalam rekod para sejarawan. 

Kisah Pertama:

Kisah Tebunuhnya Khalifah Al-Hadi.

Al-Hadi adalah anak kepada Khalifah Al-Mahdi. Al-Mahdi adalah anak kepada Abu Jafar Al-Mansur. Al-Mahdi itu telah bernikah dengan seorang perempuan asal Yaman bernama Khaizuran. Maka Khaizuran menjadi ibu kepada anak Al-Mahdi yang bernama Al-Hadi dan Harun.

Al-Hadi menggantikan ayahnya jadi Khalifah dengan ketetapan bahawa adiknya Harun menjadi Putera Mahkota. Namun, tidak lama selepas naik tahta, Al-Hadi buat keputusan untuk gantikan Harun sebagai Putera mahkota dengan anaknya sendiri yang bernama Jaafar. Hal tersebut mengundang kemarahan sang ibu bernama Khaizuran. Maka hubungan Khaizuran dengan Al-Hadi menjadi tegang dan sampai ke peringkat konspirasi Al-Hadi untuk membunuh ibunya. Namun ibunya terselamat dan sebagai membalas rencana buruk anaknya itu, Khaizuran pun meracuni Al-hadi dalam satu majlis makan. Maka matilah Khalifah Al-Hadi, dibunuh ibunya sendiri.

Inilah maksud bahawa kekuasaan itu mandul! Anak ? ia tidak wujud. Bila kuasa ada , yang namanya anak tiada. Duduk sebatang kara pun tak apa. Permata hati sudah tidak lagi jadi permata hati. Ia menjadi ulat di mata yang perlu disingkirkan jika kekuasaan dicopot. Khaizuran bunuh anaknya Al-Hadi kerana posisi dia sebagai pemain kekuasaan di belakang tabir tergugat. Ditambah pula kekuasaan direnggut dari anak kesayangannya yang bernama Harun.


Kisah Khalifah Fatimiyyah-Al-Hafiz Lidinillah Membunuh anaknya.

Al-Hafiz Lidinillah menjadi khalifah Fatimiyyah selpas meninggalnya pakciknya Khalifah Al-Amir Bi Ahkamillah. Oleh kerana dia meninggal tidak meninggalkan anak, maka naiklah Al-Hafiz Lidinillah jadi Khalifah. Ketika itu para wazir di istana Khalifah berebut kekuasaan. Bagi melenyapkan persaingan mereka, maka Al-hafiz Lidinillah melantik anaknya yang bernama Hasan sebagai Wazir dan kemudian dia melantik pula anaknya yang lain(adik kepada Hasan) yang bernama haidar sebagai Putera mahkota. Hal ini menimbulkan ketidakpuasan hati Hasan yang mebawanya memberontak melawan ayahnya. Dia membentuk pasukan tentera yang dinamakan Ar-Raihanah melawan pasuakn tentera ayahnya yang bernama Al-Juyusyiyyah. Dia juga menubuhkan militia khusus yang bernama Sibyan Az-Zardi dan memerangi ayahnya. Dia menang dan ayahnya terpaksa melantik dia sebagai Putera Mahkota. Namun, dengan helah yang licik, akhirnya Al-Hafiz Lidinillah dapat membunuh anaknya itu dengan diracuni.

Ayah tidak kenal anak bila berlaku persaingan merebut kuasa.

Abdullah bin Al-Mansur

Pada Masa kekhalifahan Bani Umayya di bumi Andalus berada di bawa Hisyam Al-Muayyad, tali pemerintahan sebenar berada di tangan Hajibnya ang bernama Al-Mansur Muhammad bin Abi Amir. Dialah pemerintah sebenar dan bukannya khalifah. Sekitar tahun 990M, anaknya yang bernama Abdullah bangkit menentangnya kerana Al-Mansur lebih mengutamakan anaknya yang lain yang bernama Abdul Malik. Abdullah , walaupun dia hanya anak hamba Al-Mansur yang berasal daripada keturunan Eropah, merasakan dirinya lebih berhak mewarisi posisi ayahnya. Abdullah itu telah meninggalkan Cardoba dan berlindung di kota-kota lain dan berpakat dalam rancangan jahat untuk menggulingkan ayahnya. Ada kalangan ahli politik semasa itu yang memang cemburukan Al-Mansur dan mereka menyahut ajakan pakatan jahat Abdullah tersebut. Maka, Al-Mansur pun mendapat khabar mengenai rancnagan sulit tersebut dan bertindak. Anaknya Abdullah itu lari dan bergabung dengan kerajaan Leon yang bergama Kristian. Al-Mansur mengutus surat mengancam Raja Leon agar menyerakan anaknya. Dia juga mengutus surat kepada anaknya itu agar kembali ke ibu kota Cardoba dan dimaafkan. Maka, Abdullah pun bersetuju . Dalam perjalanan balik, Abdullah telah dibunuh oleh utusan Al-Mansur yang mengiringinya pulang ke Cardoba.

Ada pendangan sejarawan (Ibn Uzari) mengatakan punca Al-Mansur membunuh anaknya itu adalah kerana sampai kepadanya keraguan mengenai nasab Abdullah itu. Ada orang beritahu dia bahawa Hamba Eropah yang merupakan ibu Abdullah itu , sebelum sampai kepada Al-Mansur, telah pun bermukah dengan lelaki lain. Maka dia mengandung dan anak itu adalah benihnya dan bukan benih Al-Mansur.

Al-Mu'tadhid bin Ubbad membunuh anaknya sendiri.

Beliau adalah penguasa Isybiliya (Seville) pada zaman Mulku At-Tawaif( Kerajaan-kerajaan Kecil). Al-Mu'tadhid terkenal dengan Taman dalam kawasan istananya yang digelar Bustanul Jamajim. Di Taman itu di membunuh musuh-musuhnya dan menjadikan kepala mereka sebagai bekas-bekas tanaman. Beliau ada anak bernama Ismail dan dia mengutuskan anaknya itu memerangi penguasa kota Qarmunah (Carmona) dan Batliyus (Badajoz)  yang menjadi musuhnya. Dalam perjalanan balik seusai perang, Ismail dihasut penyokongnya untuk memberontak melawan ayahnya. Maka dia berlindung di sebuah kota bernama Qol'atul Ward. Namun rancnagannya sampai kepada ayahnya sementara pemerintah kota tersebut berwala' kepada Al-Mu'tadhid.  Maka Ismail dan para pendokongnya ditangkap dan dihantar kepada Al-Mu'tadhid. Dia dibunuh beserta para pendokongnya. 


Sultan Mu'ayyad Syeikh membunuh anaknya Ibrahim

Sultan Mu'ayyad Syeikh adalah seorang Sultan Mamluk. Anaknya Ibrahim telah berjaya dalam misi memadamkan pemberontakan di Syam. Namanya anaknya menjadi popular dan disukai ramai pembesar negara dan kalangan tentera. Hal tersebut menbimbulkan kecemburuan di hati ayahnya Sultan Muayyad Syeikh.  Dalam perjalanan pulang ke Mesir, dia mendapat musibah sakit yang membawa kepada kematiannya. Riwayat berkhilaf tentang punca kematiannya. Ada yang menyatakan bahawa ia adalah akibat tabi'i. Namun ada yang menuebutkan bahawa ia mati kerana diracun. yang meracuninya adalah ayahnya sendiri kerana bimbang melihat pengaruh anaknya yang melebar di kalangan elit istana dan tentera.

Bacaan: wattan.net


Saturday, March 2, 2024

PERTENGKARAN 2 BERADIK

 Dua Beradik yang dimaksudkan dalam penulisan ini adalah Al-Amin dan Al-Makmun. Mereka berdua adalah putera kepada khalifah harun Ar-Rasyid. Al-Amin adalah anak dari isteri Khalifah Harun yang bernama Siti Zubaidah. Manakala Al-makmun adalah anak yang dilahirkan melalui hamba Harun yang bernama Marajil.

Al-Makmun adalah abang kepada Al-Amin. Mereka sama ayah tetapi berlainan ibu.

Bila sudah dewasa dan Harun pun kian tua, dia mula memikirkan cara mewariskan kerajaannya kepada dua anaknya. Maka, dilantiklah anaknya Al-Amin sebagai putera mahkota dan itu adalah pengaruh daripada isterinya yang  bernama Zubaidah.  

Kira Zubaidah itu iron lady dalam negara. Katanya diambil kira oleh Khalifah Harun. Maka, dia tentu mahu anaknya jadi pengganti dan Harun tidak mampu menolak.  Sedangkan Al-Makmun juga anaknya. 

Untuk melegakan perasaan Al-Makmun, dia ditetapkan sebagai putera mahkoa kedua iaitu pengganti kepada Al-Amin. Selain itu,Al-Makmun juga diberikan kuasa ke atas wilayah Khurasan dan Ar-Ray.

Ada satu watak yang bermain di belakang tabir dalam keluarga khalifah ini. Beliau adalah wazir Al-Fadhlu bin Ar-Rabi', yang mulanya merupakan wazir kepada Harun dan kemudian meneruskan posisinya di samping Al-Amin. Dialah penghasut yang mencetuskan api pepernagan antara dua saudara.

Al-Amin tidak sama dengan dengan Al-Makmun. Al-Amin membesar sebagai anak manja yang hidupnya senang lenang dan tidka memikirkan hal ehwal negara. Dia tidak mendalami politik dan membina perhubungan dengan seksyen-seksyen penting dalam negara seperti para ulamam ketua-ketua kabilah dan para gabaneor wilayah. Berbeza dengan Al-Makmun, dia bangkit sebagai seorang administrator yang berkaliber. 

Api pergaduhan antara Al-Amin dan Al-makmun berakhir dengan terbunuhnya Al-Amin di tangan panglima tentera yang mendokong Al-Makmun iaitu Tahir bin Al-Hussain ( Baca Artikal Sebelum: Tahir bin Al-Husain)

IMAM 'AMIR AS-SYA'BI

 Nama sebenarnya ialah Amir bin Syarahil bin Abd bin Zi Kibar Abu Amru Al-Hamdani As-Sya'bi Al-Kufi Ahli Sejarah berbeza pendapat tentan...