Showing posts with label Sejarah Lama. Show all posts
Showing posts with label Sejarah Lama. Show all posts

Saturday, March 18, 2023

ANUSYIRWAN AL-ADIL

Beliau adalah raja Khasrou I yang memerintah parsi dari dinasti Sasanid antara tahun 531-579M. Nama penuhnya adalah Anusyirwan bin Kavad bin Yazdajerd bin Bahram Jur.  Semasa ayahnya Qubad I berkuasa, dia menjadi pengikut kepada agama Mazdakiyyah. Selepas Kavad 1, anaknya yang tertua, Kius juga mengambil ajaran yang sama. Dia mendapat sokongan dari golongan Mazdaki yang rata-rata adalah masyarakat petani. Sementara Anusyirwan mendapat sokongan dari kalangan bangsawan yang mrngsanut ajaran Zoroaster. Berlaku peperangan antara Anusyirwan dengan saudaranya Kius dan dimenanngi oleh Anusyirwan.


Kius kemudiannya dibunuh dan kerajaan yang dipimpin Khusrou I berhadapan dengan ancaman Byzantine. Khusrou I dan raja Byzantine iaitu Justinian I akhirnya adakan perjanjian damai pada  tahun 531M.

Baca: wiki

Terdapat sebuah hadis yang dikaitkan dengan Anusyirwan Al-'Adil ini. Dikatakan nabi SAW telah bersabda:

ولدتُ في زمن الملك العادل - يعني: أنوشروان

" Aku dilahirkan pada zaman seorang raja yang adil -iaitu Anusyirwan".


Kata As-Sakhawi dalam Al-maqasidul hasanah ms 448-449: hadis ini batil dan tiada asal baginya.

Wednesday, March 15, 2023

Empayar Sasanid

Di tanah Iran hari ini, dulunya berdiri banyak kerajaan dan dinasti. Dinasti Achaemaned(550-330BC), Selekeus (330-248 BC), Parthia (248BC-224M) dan Dinasti Sasanid (224-651M). Kerajaan Dinasti Sasanid ditumbangkan oleh khalifah Islam pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab.

Dalam episod kali ini, kita akan menelaah sejarah kebangkitan hingga runtuhnya kerajaan yang dinamakan Sasanid ini.

Empayar Sasanid ini diasaskan oleh Ardasyir I. Beliau pada awalnya adalah pemerintah di kota Istakhar antara tahun 206-208M. Kemudian, dia memberontak melawan saudaranya yang menjadi raja Parsi dan menguasai Parsi pada tahun 208M. Beliau dikenali sebagai pengasas kepada Dinasti Sasaniah yang memerintah tanah Parsi selepas tumbangnya Kerajaan Parthia. 

Kerajaan yang diasaskannya itu dapat bertahan selama 427 tahun.  Beliau mendaki tampuk kuasa bila Kerajaan Parthia mula melemah akibat berperang dengan Rom. Setelah mengalahkan raja terakhir Dinasti Parthia, Syahansyah Artabanus IV, Ardasyir I mengambil alih kekuasaan dan empayar yang ditinggalkan. 

Situasi terakhir kerajaan Parthia sebelum naiknya Kerajaan Sasanid.

Vologases V mati digantikan oleh anaknya Vologases VI. Abang Volagases VI yang bernama Artabanus IV memberontak dan melawan adiknya. Dia berjaya menguasai wilayah-wilayah dalam empayar parthia seperti Media dan Susa. Sementara Vologases VI hanya menguasai kawasan Seluecia. Pergaduhan dua beradik itu memberi ruang kepada Roman yang ketika itu diperintah oleh Caracalla untuk mengambil kesempatan menyerang empayar Parthia.

Ardasyir I adalah anak kepada Babak bin Sasan. Dia dilahirkan di Istakhar. Dia ada saudara lelaki bernama Shapur. Untuk naik berkuasa dia terpaksa berperang dengan saudara lelakinya itu.

Ardasyir memerintah kerajaan Sasanid yang diasaskannya antara tahun 224-242M

Salah seorang raja Sasani yang terkenal namanya Sabur I. Dia adalah anak kepada Ardasyir I.

Raja Khasrou I yang dikenali sebagai Anusyiwan Adil adalah raja Sasanid yang paling  masyhur.

Kerajaan Sasanid ini berperang dengan Rom. Ada masa menang dan ada masa kalah. menang dan kalah itu ada direkodkan dalam Al-Quran, Surah Ar-Rom

Pada tahun 651M, masa pemerintahan Yazdajerd III, kerajaan Sasanid tumbang di tangan tentera Islam yang ketika itu sedang bangkit menjadi kekuasaan besar. Ianya di masa pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab.

PEMBUNUHAN YAZDAJERD III

Yazdajerd III bin Syahriyar bin Kisra menjadi raja Parsi pada zaman Khalifah Umar iaitu tahun 14H dan dia memerintahkan panglima Rustam untuk berperang melawan pasukan mujahid Islam. Kekalahan Rustam membawanya menjadi pelarian dari kota ke kota dalam empayarnya hingga dia terbunuh pada tahun 31H.Usianya kala itu 34 tahun. Yang membunuhnya adalah seorang tukang kayu yang tinggal di pinggir sungai Mirghab di Marw. Dia merampas harta yang ada bersama Yazdajerd III dan melempar mayatnya ke dalam sungai. Orang-orang Marw yang mencari Yazdajerd mengikuti kesannya dan sampai ke rumah tukang kayu itu. Disiasat dan akhirnya tukang kayu mengakui perbuatannya membunuh dan mengambil harta Yazdajerd itu. Tukang kayu serta keluarganya dibunuh dan hartanya dirampas. Mayat Yazdajerd dikeluarkan dari sungai dan disimpan dalam peti dan kemudian dikebumikan di Istakhar.

CYRUS II (CYRUS THE GREAT)

Nama ini adalah nama seorang  raja pengasas sebuah kerajaan dinasti yang dikenal dalam sejarah sebagai Empayar Achaemenid. Dalam bahasa Arab disebut : الإمبراطورية الأخمينية


Kerajaan ini adalah kerajaan pertama yang berdiri di tanah Parsi. Ia diasaskan oleh Cyrus II pada tahun 550BC. Dalam bahasa Arab, Cyrus II disebut sebagai :كورش الكبير atau  قورش الكبير.

Dulu, sebelum Cyrus II bangkit dengan pencapaiannya, ada sebuah kerajaan di kawasan Iran hari ini yang dinamakan kerajaan Median. Kerajaan ini berdiri antara tahun 678-549BC. Cyrus II bangkit memberontak dan menumbangkan kerajaan tersebut. Ketika itu datuknya yang bernama Astyages yang berada di atas tahta Kerajaan Median.

Ada pandangan mengatakan Cyrus II ini lebih tepat dinisbahkan sebagai Zulqarnain yang kisahnya disebutkan dalam Quran berbanding pandangan yang menampilkan Alaxender The Great sebagai Zulqarnain.

Bila Cyrus II meninggal, Dinasti Achaemenid diteruskan oleh anaknya Cambysess II. Dia memerintah selepas ayahnya antara tahun 530-522BC. Dia mati ketika dalam perjalanan balik dari misi ketenteraan di Utara Afrika dan berada di kawasan Syria. Dia balik dari Mesir dan kawasan sekitarnya  kerana mendapat berita ada pemberontakan di Persia.  Oleh kerana dia meninggal tidak menurunkan zuriat, maka adiknya yang bernama Bardiya anak Cyrus II  menggantikannya.Ada catatan sejarah menyatakan bahawa sebenarnya bardiya telah dibunuh oleh Cambysess II dan orang Persia tidak mengetahuinya. Maka muncul satu watak yang mendakwa dirinya sebaga Bardiya. Watak itu, oleh Darius, seorang pengawal kepada raja Cambysess II, dinamakan sebagai Gaumata. Dalam masa yang sama Cambysess II  sakit dan mati. Maka Darius telah bertindak dengan kumpulannya membunuh Gaumata. Darius kemudian mendapat tahta kerajaan Achaemenid. Dia berkuasa antara tahun 522-486BC. Semasa dia mengambil alih empayar Achaemanid, keluasannya berada pada kemuncaknya. Ia menganjur dari lembangan Indus di Timur hingga ke Utara Afrika.



Empayar Achaemenid tumbang apabla Alexeder The Greate dari Macedonia menyerang Parsi pada tahun 330BC




Sunday, March 12, 2023

Rom dan perkembangan zamannya.

Kerajaan beraja di Rom bermula bila Romulus mula mengasaskan kerajannya di Pallatine Hill pada tahun 753 BC. Kerajaan beraja yang diasaskannya itu berlangsung sehingga tahun 509 BC. Selama tempoh tersebut ada 7 raja yang berkuasa iatu:

  1. Romulus (753-716 BC)
  2. Numa Pompilius (715-673 BC)
  3. Tullus Hostilius (673-641 BC)
  4. Ancius Marcus (641-616 BC)
  5. Tarquinius Priscus (616-579 BC)
  6. Servius Tullius (578-535 BC)
  7. Tarquinius Superbus (535-509 BC).

Tahun 509 BC Rom bertukar menjadi kerajaan republik. Kerajaan dalam bentuk Republik ini berlangsung sehingga tahun 27 BC. 

Julius Caeser mati terbunuh pada tahun 44 BC. Dia digantikan oleh Augustus (Octavian). Dia, Leftenan Mark Anthony dan Marcus Lepidus berkerjasama mengalahkan Brutus dan Cassius yang telah membunuh Julius caeser. Mereka bertiga berjaya dan dan menang dalam perang Philippi pada tahun 42 BC. hasilnya Rom dipecahkan pemerintahannya dan dinamakan Second Triumvirate

Kemudian Octavian dan Leftenan Mark Anthony berselisih dan berperang. Mark Annthony bersekutu dengan kekasihnya Cleopatra dan belakulah Perang Actium pada tahun 31 BC. Octavian menang dalam perang itu . Pada tahun 27 BC, senat Rom memberikan kuasa yang lebih kepada Octavium dan menjadikannya sebagai Emperor pertama Empayar Romawi.

Maka tahun 27 BC menandakan berakhirnya zaman republik dan bermulanya zaman empayar yang diperintah oleh seorang Kaisar (maharaja).



Kaisar Augustus memerintah antara tahun 27BC hingga  14 AD. Dalam tempoh itu dia telah meluaskan kerajaan Rom hingga ke Mesir dan Utara Afrika. Zamannya terkenal dengan kestabilan dan keamanan. 

Beliau menubuhkan benuk kerajaan yang disebut sebagai "principate".

'Principate' is etymologically derived from the Latin word princeps, meaning chief or first, and therefore represents the political regime dominated by such a political leader, whether or not he is formally head of state or head of government.

Ketika itu Parsi di sebelah timur juga telah menjadi kerajaan yang kuat.

Augustus kemudiannya digantikan oleh anak angkatnya dan juga anak tirinya yang bernama Tiberius. Tiberius memerintah dari tahun 14 AD hingga tahun 37 AD. Ibunya, Livia Drussila pada mulanya adalah isteri kepada seorang ahli politik bernama Tiberius Claudius Nero. Kemudianya, ibunya bercerai dengannya dan berkahwin dengan Augustus yang ketika itu belum menjadi kaisar lagi.

Tiberius (14-37M) adalah penguasa pertama dari Dinasti Julio-Claudian. Beliau memang mahir mentadbir tetapi seorang yang kejam. Beliau kemudiannya digantikan oleh anak saudaranya yang bernama Caligula (37-41). Kemudian Claudius (41-54M). Terakhir daripada dinasti Julio-Claudian adalah Nero (54-68M). 

Kalau masih ingat kisah Paulus, di Nero inilah Paulus dihukum bunuh.

Selepas Nero, berlaku senggangan masa dan tiada raja. Senator mentadbir Rom.

Hingga naik seorang bernama Vespasian dan dia menjadi raja pertama dari Dinasti Flavian. Dia memerintah antara tahun 69M hingga 79M. Kemudian anaknya menggantikannya. Titus (79-81M). Sterusnya Domitian (81-96M), anak Vespasian yang lain. Dia kejam dan zalim hingga akhirnya dibunuh. Maka tamar pula Dinasti Flavian.

Menggantikan Domitian adalah seorang senator bernama  :
  1. Marcus Cocceius Nerva (96–98M).
  2. Trajan (98–117)
  3. Hadrian (117–138)
  4. Antoninus Pius (138–161),
  5. Marcus Aurelius (161–180)
Lima orang yang menggantikan Domitian disebut sebagai 5 emperor terbaik.

Pada masa Diocletian (284-305M) menjadi emperor Rom, dia menyedari bahawa wilayah Rom sangat luas untuk dia tadbir sendiri. Dia mula memecahkannya kepada dua . Bahagian Timur, mulai dari Nicomedia, dia yang perintah dengan pangkat sebagai augustus dan Galarius sebagai caeser.

Sementara Maximian dan Constantius The Pale  pula memerintah bahagian Barat. Kemudian anak Constantius The Pale iaitu Constantine (306-337M) dapat mengalahkan semua pesaingnya dan menyatukan Rom Timur dan Rom Barat serta mengubah pusat pentadbiran ke Timur dan mewujudkan Kota Constantine sebagai pusat pentadbirannya.

Kemudian pada zaman Theodosius 1(379-395M), empayar Rom sudah tidak dapat dikekalkan kesatuannya lagi. Ia mula terpecah kepada Rom Timur dan Rom Barat.






Monday, January 23, 2023

MOHENJO-DARO

 Mohenjo-daro dibina sekitar tahun 2600 SM tetapi dikosongkan sekitar tahun 1500 SM. Pada tahun 1922, kota ini ditemui semula oleh Rakhaldas Bandyopadhyay, seorang pegawai Archaeological Survey of India. Beliau dibawa ke guar itu oleh seorang sami Buddha yang mempercayai bahawa guar tersebut adalah sebuah stupa.

Sumber : WIKIPEDIA.ORG


IMAM SARAKHSI ULAMA YANG DIPENJARA DALAM PERIGI BUTA

Kisah Imam Sarakhsi, seorang fakih mazahab Hanafi dipenjarakan adalah satu kisah yang membawa kita kagum dengan kuasa ilmu. Ia juga beri kit...