Saturday, March 18, 2023

ANUSYIRWAN AL-ADIL

Beliau adalah raja Khasrou I yang memerintah parsi dari dinasti Sasanid antara tahun 531-579M. Nama penuhnya adalah Anusyirwan bin Kavad bin Yazdajerd bin Bahram Jur.  Semasa ayahnya Qubad I berkuasa, dia menjadi pengikut kepada agama Mazdakiyyah. Selepas Kavad 1, anaknya yang tertua, Kius juga mengambil ajaran yang sama. Dia mendapat sokongan dari golongan Mazdaki yang rata-rata adalah masyarakat petani. Sementara Anusyirwan mendapat sokongan dari kalangan bangsawan yang mrngsanut ajaran Zoroaster. Berlaku peperangan antara Anusyirwan dengan saudaranya Kius dan dimenanngi oleh Anusyirwan.


Kius kemudiannya dibunuh dan kerajaan yang dipimpin Khusrou I berhadapan dengan ancaman Byzantine. Khusrou I dan raja Byzantine iaitu Justinian I akhirnya adakan perjanjian damai pada  tahun 531M.

Baca: wiki

Terdapat sebuah hadis yang dikaitkan dengan Anusyirwan Al-'Adil ini. Dikatakan nabi SAW telah bersabda:

ولدتُ في زمن الملك العادل - يعني: أنوشروان

" Aku dilahirkan pada zaman seorang raja yang adil -iaitu Anusyirwan".


Kata As-Sakhawi dalam Al-maqasidul hasanah ms 448-449: hadis ini batil dan tiada asal baginya.

Friday, March 17, 2023

KISAH RAJA SANHARIB DAN NABI SYA'YA

Sanharib adalah raja ke-6 dari kerajaan  Assyria dan yang kedua daripada keturunan Sarjun. Kekuasaannya berlangsung selama 24 tahun. ia bermla bila bapanya meninggal tahun 705 BC hingga dia sendiri meninggal pada 681BC. Pusat pemerintahannya adalah di Ninawa.

Sila baca: Al-Kamil

Ketika raja Bani Israil bernama Hizkia yang memerintah Kerajaan Yahuza (Judah) di tanah Palestina sedang sakit, maka raja Sanharib mula menggerakkan bala tenteranya untuk menguasai tanah palestina. Kerajaan Israil di sebelah utara telah diserang oleh tentera raja Sanahrib. Kini giliran kerajaannya sedang berada diambang penaklukan. Hizkia itu adalah seorang raja yang soleh dan dia merupakan anak kepada Ahaz yang menjadi raja kerajaan Yahuza sebelumnya. Dia adalah keturunan nabi Daud.


Maka sang raja bertanya kepada seorang nabi bani Israil yang hidup di kalangan mereka bernama nabi Sya'ya a.s. Apakah Allah ada mewahyukan buatnya cara berdepan dengan bala tentera yang besar itu. Nabi Sya'ya menyatakan bahawa wahyu Allah belum turun mengenainya.

Namun, tidak lama kemudian, nabi Sya'ya pun mendapat wahyu.

Nabi Sya'ya  menyatakan bahawa Allah mewahyukan kepadanya agar raja Hezkia hendaklah memilih seorang penggantinya dari keluarganya untuk memimpin Bani Israil. Ini kerana ajal raja Hizkia sudah sampai.

Maka raja Hizkia pun bangun malam dan berdoa agar memberikan jalan penyelesaian kepadanya. 

Raja Hezkia berdia bermunajat kepada Allah SWT;

اللهم رب الأرباب وإله الآلهه القدوس المتقدس يارحمن يارحيم يامن لا تأخذه سنه ولا نوم اذكرني بعملي وفعلي وحسن قضائي على بني إسرائيل وذلك كله منك فأنت أعلم به من نفسي وسري وعلانيتي لك ..

Lalu nabi Sya'ya medapat wahyu bahawa Allah SWT telah mendengar rintihan dan tangisannya. Allah lanjutkan umurnya selama 15 tahun lagi. Allah SWT juga menjadnjikan kesembuhannya dari sakitnya serta dimenangkannya atas raja Sanharib. Alangkah gemburanya raja Hezkia. Diapun berminajat lagi kepada Allah SWT di malam hari.


 ياإلهي وإله آبائي لك سجدت وسبحت لك كرمت وعظمت أنت الذي تعطي الملك من تشاء وتنزعه ممن تشاء وتعز من تشاء وتذل من تشاء عالم الغيب والشهادة أنت الأول والآخر والظاهروالباطن وأنت ترحم وتستجيب دعوة المضطرين أنت الذي أجبت دعوتي ورحمت تضرعي ..

Raja Sanharib dan bala tenteranya dimusnahkan Allah SWT pada satu malam sahaja. Semua 600 ribu tenteranya binasa kecuali Raja Sanharib dan 5 orang tenteranya. Termasuk yang selamat adalah Bukhtanassar yang kelak di tangannya kemusnahan Baitul Maqdis. Mereka lari berlindung dalam sebuah gua. Namun pasukan raja Hezkia dapat menemukan mereka dan ditawan serta digiring dan diarakkan selama 70 hari di baitul Maqdis agar disaksikan oleh rakyat. Kemudian, mereka pun dilepaskan supaya pulang ke negeri mereka buat menyampaikan khabar dan peringatan apa yang tela terjadi ke atas tentyera yang cuba menyernag kerajaan Bani Israil termasuk kerajaan Judah yang diperintah oleh raja Hezkia..

Setelah 15 tahun berlalu,  matilah raja Hizkia. Selepas itu Bani Israil menjadi rosak . Maka bangkit Nabi Sya'ya berdakwah kepada mereka. Namun, mereka menolaknya dan mahu membunuhnya.

Nabi Sya'ya dikejar dan larilah nabi Sya'ya. Dia bersembunyi dalam atu lubang pokok. Syaitan melihat nabi Sya'ya masuk ke lubang pokok dan dia menahan hujung baju nabi Sya'ya hingga kelihatan di luar lubang.

Para penjahat Bani Israil yang mengejar Sya'ya nampak hujung pakaian Nabi Sya'ya dan mereka pun menggergaji batang pokok itu.

Maka nabi Sya'ya pun terbunuh dengan cara terpotong bersama pokok yang digergaji itu.

Mati terbunuhnya nabi Sya'ya merupakan  awal kepada  kerosakan kali pertama menurut pendapat sebahagian ulama sebagaimana yang disebutkan dalam Surah Al-Israk, ayat 4-5. Kerosakan itu berlanjutan dengan kejahatan membunuh para nabi yang ALlah utuskan untuk mendakwah mereka. Termasuk yang kena bunuh adalah nabi Yahya A.S.

Kerosakan tersebut dibalas dengan dibalakan atas mereka penyerangan raja Nebucanezar (Bakhtansar) ke atas negeri-negeri mereka serta membunuh  dan menawan bangsa Bani Israil dan dibawa balik ke Babylon sebagai hamba. Termasuk yang ditawan dan dibawa balik itu seorang nabi di kalangan mereka yang dinamakan nabi Daniel.


وَقَضَيْنَا إِلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ فِي الْكِتَابِ لَتُفْسِدُنَّ فِي الْأَرْضِ مَرَّتَيْنِ وَلَتَعْلُنَّ عُلُوًّا كَبِيرًا 

فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ أُولَاهُمَا بَعَثْنَا عَلَيْكُمْ عِبَادًا لَّنَا أُولِي بَأْسٍ شَدِيدٍ فَجَاسُوا خِلَالَ الدِّيَارِ ۚ وَكَانَ وَعْدًا مَّفْعُولً


Tonton: https://www.youtube.com/watch?app=desktop&v=rqqDUGIeblU

Wednesday, March 15, 2023

Empayar Sasanid

Di tanah Iran hari ini, dulunya berdiri banyak kerajaan dan dinasti. Dinasti Achaemaned(550-330BC), Selekeus (330-248 BC), Parthia (248BC-224M) dan Dinasti Sasanid (224-651M). Kerajaan Dinasti Sasanid ditumbangkan oleh khalifah Islam pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab.

Dalam episod kali ini, kita akan menelaah sejarah kebangkitan hingga runtuhnya kerajaan yang dinamakan Sasanid ini.

Empayar Sasanid ini diasaskan oleh Ardasyir I. Beliau pada awalnya adalah pemerintah di kota Istakhar antara tahun 206-208M. Kemudian, dia memberontak melawan saudaranya yang menjadi raja Parsi dan menguasai Parsi pada tahun 208M. Beliau dikenali sebagai pengasas kepada Dinasti Sasaniah yang memerintah tanah Parsi selepas tumbangnya Kerajaan Parthia. 

Kerajaan yang diasaskannya itu dapat bertahan selama 427 tahun.  Beliau mendaki tampuk kuasa bila Kerajaan Parthia mula melemah akibat berperang dengan Rom. Setelah mengalahkan raja terakhir Dinasti Parthia, Syahansyah Artabanus IV, Ardasyir I mengambil alih kekuasaan dan empayar yang ditinggalkan. 

Situasi terakhir kerajaan Parthia sebelum naiknya Kerajaan Sasanid.

Vologases V mati digantikan oleh anaknya Vologases VI. Abang Volagases VI yang bernama Artabanus IV memberontak dan melawan adiknya. Dia berjaya menguasai wilayah-wilayah dalam empayar parthia seperti Media dan Susa. Sementara Vologases VI hanya menguasai kawasan Seluecia. Pergaduhan dua beradik itu memberi ruang kepada Roman yang ketika itu diperintah oleh Caracalla untuk mengambil kesempatan menyerang empayar Parthia.

Ardasyir I adalah anak kepada Babak bin Sasan. Dia dilahirkan di Istakhar. Dia ada saudara lelaki bernama Shapur. Untuk naik berkuasa dia terpaksa berperang dengan saudara lelakinya itu.

Ardasyir memerintah kerajaan Sasanid yang diasaskannya antara tahun 224-242M

Salah seorang raja Sasani yang terkenal namanya Sabur I. Dia adalah anak kepada Ardasyir I.

Raja Khasrou I yang dikenali sebagai Anusyiwan Adil adalah raja Sasanid yang paling  masyhur.

Kerajaan Sasanid ini berperang dengan Rom. Ada masa menang dan ada masa kalah. menang dan kalah itu ada direkodkan dalam Al-Quran, Surah Ar-Rom

Pada tahun 651M, masa pemerintahan Yazdajerd III, kerajaan Sasanid tumbang di tangan tentera Islam yang ketika itu sedang bangkit menjadi kekuasaan besar. Ianya di masa pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab.

PEMBUNUHAN YAZDAJERD III

Yazdajerd III bin Syahriyar bin Kisra menjadi raja Parsi pada zaman Khalifah Umar iaitu tahun 14H dan dia memerintahkan panglima Rustam untuk berperang melawan pasukan mujahid Islam. Kekalahan Rustam membawanya menjadi pelarian dari kota ke kota dalam empayarnya hingga dia terbunuh pada tahun 31H.Usianya kala itu 34 tahun. Yang membunuhnya adalah seorang tukang kayu yang tinggal di pinggir sungai Mirghab di Marw. Dia merampas harta yang ada bersama Yazdajerd III dan melempar mayatnya ke dalam sungai. Orang-orang Marw yang mencari Yazdajerd mengikuti kesannya dan sampai ke rumah tukang kayu itu. Disiasat dan akhirnya tukang kayu mengakui perbuatannya membunuh dan mengambil harta Yazdajerd itu. Tukang kayu serta keluarganya dibunuh dan hartanya dirampas. Mayat Yazdajerd dikeluarkan dari sungai dan disimpan dalam peti dan kemudian dikebumikan di Istakhar.

CYRUS II (CYRUS THE GREAT)

Nama ini adalah nama seorang  raja pengasas sebuah kerajaan dinasti yang dikenal dalam sejarah sebagai Empayar Achaemenid. Dalam bahasa Arab disebut : الإمبراطورية الأخمينية


Kerajaan ini adalah kerajaan pertama yang berdiri di tanah Parsi. Ia diasaskan oleh Cyrus II pada tahun 550BC. Dalam bahasa Arab, Cyrus II disebut sebagai :كورش الكبير atau  قورش الكبير.

Dulu, sebelum Cyrus II bangkit dengan pencapaiannya, ada sebuah kerajaan di kawasan Iran hari ini yang dinamakan kerajaan Median. Kerajaan ini berdiri antara tahun 678-549BC. Cyrus II bangkit memberontak dan menumbangkan kerajaan tersebut. Ketika itu datuknya yang bernama Astyages yang berada di atas tahta Kerajaan Median.

Ada pandangan mengatakan Cyrus II ini lebih tepat dinisbahkan sebagai Zulqarnain yang kisahnya disebutkan dalam Quran berbanding pandangan yang menampilkan Alaxender The Great sebagai Zulqarnain.

Bila Cyrus II meninggal, Dinasti Achaemenid diteruskan oleh anaknya Cambysess II. Dia memerintah selepas ayahnya antara tahun 530-522BC. Dia mati ketika dalam perjalanan balik dari misi ketenteraan di Utara Afrika dan berada di kawasan Syria. Dia balik dari Mesir dan kawasan sekitarnya  kerana mendapat berita ada pemberontakan di Persia.  Oleh kerana dia meninggal tidak menurunkan zuriat, maka adiknya yang bernama Bardiya anak Cyrus II  menggantikannya.Ada catatan sejarah menyatakan bahawa sebenarnya bardiya telah dibunuh oleh Cambysess II dan orang Persia tidak mengetahuinya. Maka muncul satu watak yang mendakwa dirinya sebaga Bardiya. Watak itu, oleh Darius, seorang pengawal kepada raja Cambysess II, dinamakan sebagai Gaumata. Dalam masa yang sama Cambysess II  sakit dan mati. Maka Darius telah bertindak dengan kumpulannya membunuh Gaumata. Darius kemudian mendapat tahta kerajaan Achaemenid. Dia berkuasa antara tahun 522-486BC. Semasa dia mengambil alih empayar Achaemanid, keluasannya berada pada kemuncaknya. Ia menganjur dari lembangan Indus di Timur hingga ke Utara Afrika.



Empayar Achaemenid tumbang apabla Alexeder The Greate dari Macedonia menyerang Parsi pada tahun 330BC




Tuesday, March 14, 2023

ARTABANUS IV

Beliau adalah raja terakhir daripada Empayar Parthia yang berkuasa di Tanah Parsi pada masa sebelum masihi. Artabanus IV memerintah antara tahun 211 hingga 191BC. Apabila Volagases VI naik tahta menggantikan ayahnya Vologases V pada tahun 208BC, dia memerintah beberapa tahun tanpa dicabar. Namun, kemudiannya, Artabanus IV memberontak melawannya. Artabanus IV adalah abang kapada Volagases VI. 

Persaingan antara dua saudara itu sudah bermula sejak tahun 213BC lagi. Dia berjaya menguasai wilayah-wilayah dalam Empayar Parthia seperti Media dan Susa. Sementara Vologases VI hanya menguasai kawasan Seluecia. Pergaduhan dua beradik itu memberi ruang kepada Roman yang ketika itu diperintah oleh Caracalla untuk mengambil kesempatan menyerang Empayar Parthia.

Artabanus IV dan Volagases VI berkonflik merebut kuasa. Dalam masa yang sama Caracalla dari Roman sentiasa mencari peluang untuk menguasai wilayah-wilayah dalam empayar Parthian. Sementara, di Pars, mula bangkit kekuatan baru dari keluarga Sasanid. Ardasyir I mula mengambil alih kekuasaan di beberapa wilayah seperti Kirman.

Kemudian, meletus perang antara paskan Ardasyir I dengan pasukan Artabanus IV yang menyaksikan kemenangan pasukan Ardasyir I. Artabanus IV sendiri terbunuh , menandakan runtuhnya dinasti dan empayar Parthian dan bermulanya dinasti baru iaitu Sasanid.

Dinasti Sasanid inilah yang berdiri menghabiskan tahun-tahun sebelum masihi dan memasuki era selepas masihi. Selama 427 tahun empayar Sasanid berdiri sehingga ia ditumbangkan pada zaman Yazdegerd III tahun 651M, iaitu semasa khalifah Umar Al-Khattab.




Empayar Carthage

Empayar Carthage berpusat di Utara Afrika. Empayar ini muncul pada tahun 575 BC dan bertahan sehingga tahun 146 BC. Ia adalah sebuah empayar bagi negara kota Tamadun Phoenic iaitu Tamadun yang bersifat Talasokratik (kekuasaan maritim). Empayar ini menjadi pesaing kepada Kerajaan Rom yang berpusat di Kota Rom, Itali. Beberapa siri peperangan yang dinamakan Perang Punic berlaku dengan Rom. 

Komander tentera Empayar Carthage bernama Hannibal (247-182BC) adalah tokohnya yang terkenal.



Hannibal was born in 247 BC in Carthage (modern Tunis, Tunisia), the great trading empire in North Africa. His father, Hamilcar Barca, was a senior general in the army who’d fought the Roman’s during the First Punic War (264-241 BC). The Carthaginians had lost that war and the subsequent peace treaty stripped them of island territories in the Mediterranean and heavy financial reparations had been demanded from Rome.

Hamilcar believed that the way to improve fortunes for his city was to claim territories and resources on the Iberian Peninsula. At the age of just nine, Hannibal was invited by his father to join him on his campaign in Spain, making the young boy swear an oath to ‘never be a friend of Rome’. It was an oath Hannibal lived by until his death.

For the next nine years, Hamilcar conducted a fruitful campaign in Iberia, seizing lands and sending resources back to Carthage. Growing up in such an environment laid the educational groundwork that saw Hannibal develop into one of history’s greatest military tacticians.

After his father’s death in battle, Hannibal’s brother-in-law, Hasdrubal the Fair, took command of the army and began consolidating Carthaginian gains in the area. He even signed a peace treaty with Rome, agreeing neither side should cross the river Ebro. When Hasdrubal the Fair was assassinated, 26-year-old Hannibal took command of the invasion force and it wasn’t long before the peace treaty with Rome was in tatters.

After Rome made an allegiance with the city of Saguntum, which lay south of the river Ebro, Hannibal took this as his chance to declare war on the Republic. After an eight-month siege, Hannibal captured Saguntum in 218 BC and Rome sent an ultimatum to Carthage – hand over Hannibal or face war. The wealthy aristocrats back in Carthage had been enjoying the bountiful treasures of the Iberian Peninsula and so stood by their young general. The Second Punic War had begun.

Petikan: History.co.uk


Perang Punic I berlaku antara tahun 264-241BC. Perang ini bertumpu di Pulau Sicily di laut Mediterranean. Ia berlangsung selama 23 tahun. Setelah memakan banyak korban kedua-dua pihak, akhirnya perang ini dimenangi oleh tentera Rom.

Perang Punic II tamat  pada tahun 201BC. Ia ditamatkan dengan perjanjian damai yang mensyaratkan Empayar Carthage tidak boleh melancarkan perang tanpa kebenaran Rom. Syarat ini menjadikan Raja Masinissa yang menjadi sekutu kerajaan Rom dari Kerajaan Numidia di sebelah selatan selalu membuat serangan ke daerah Kerajaan Carthage tanpa dapat dibalas oleh Kerajaan Carthage. Namun, pada tahun 149BC, kerajaan Carthage mengirimkan bala tentera dipimpin oleh  Hasdrubal untuk menghadapi Raja Masinissa. maka meletus perang yang dinamakan Battle of Oroscopa . Carthage mengalami kealahan dalam perang ini. Perang ini menjadi alasan Rom untuk melancarkan perang Punic III pada tahun 149 BC.

Selepas Perang Punic III(149-146BC), Empayar Carthage dikalahkan oleh Rom dan Rom menjadi empayar serantau yang menguasai kawasan yang luas.



Bacaan: wiki


Sunday, March 12, 2023

Rom dan perkembangan zamannya.

Kerajaan beraja di Rom bermula bila Romulus mula mengasaskan kerajannya di Pallatine Hill pada tahun 753 BC. Kerajaan beraja yang diasaskannya itu berlangsung sehingga tahun 509 BC. Selama tempoh tersebut ada 7 raja yang berkuasa iatu:

  1. Romulus (753-716 BC)
  2. Numa Pompilius (715-673 BC)
  3. Tullus Hostilius (673-641 BC)
  4. Ancius Marcus (641-616 BC)
  5. Tarquinius Priscus (616-579 BC)
  6. Servius Tullius (578-535 BC)
  7. Tarquinius Superbus (535-509 BC).

Tahun 509 BC Rom bertukar menjadi kerajaan republik. Kerajaan dalam bentuk Republik ini berlangsung sehingga tahun 27 BC. 

Julius Caeser mati terbunuh pada tahun 44 BC. Dia digantikan oleh Augustus (Octavian). Dia, Leftenan Mark Anthony dan Marcus Lepidus berkerjasama mengalahkan Brutus dan Cassius yang telah membunuh Julius caeser. Mereka bertiga berjaya dan dan menang dalam perang Philippi pada tahun 42 BC. hasilnya Rom dipecahkan pemerintahannya dan dinamakan Second Triumvirate

Kemudian Octavian dan Leftenan Mark Anthony berselisih dan berperang. Mark Annthony bersekutu dengan kekasihnya Cleopatra dan belakulah Perang Actium pada tahun 31 BC. Octavian menang dalam perang itu . Pada tahun 27 BC, senat Rom memberikan kuasa yang lebih kepada Octavium dan menjadikannya sebagai Emperor pertama Empayar Romawi.

Maka tahun 27 BC menandakan berakhirnya zaman republik dan bermulanya zaman empayar yang diperintah oleh seorang Kaisar (maharaja).



Kaisar Augustus memerintah antara tahun 27BC hingga  14 AD. Dalam tempoh itu dia telah meluaskan kerajaan Rom hingga ke Mesir dan Utara Afrika. Zamannya terkenal dengan kestabilan dan keamanan. 

Beliau menubuhkan benuk kerajaan yang disebut sebagai "principate".

'Principate' is etymologically derived from the Latin word princeps, meaning chief or first, and therefore represents the political regime dominated by such a political leader, whether or not he is formally head of state or head of government.

Ketika itu Parsi di sebelah timur juga telah menjadi kerajaan yang kuat.

Augustus kemudiannya digantikan oleh anak angkatnya dan juga anak tirinya yang bernama Tiberius. Tiberius memerintah dari tahun 14 AD hingga tahun 37 AD. Ibunya, Livia Drussila pada mulanya adalah isteri kepada seorang ahli politik bernama Tiberius Claudius Nero. Kemudianya, ibunya bercerai dengannya dan berkahwin dengan Augustus yang ketika itu belum menjadi kaisar lagi.

Tiberius (14-37M) adalah penguasa pertama dari Dinasti Julio-Claudian. Beliau memang mahir mentadbir tetapi seorang yang kejam. Beliau kemudiannya digantikan oleh anak saudaranya yang bernama Caligula (37-41). Kemudian Claudius (41-54M). Terakhir daripada dinasti Julio-Claudian adalah Nero (54-68M). 

Kalau masih ingat kisah Paulus, di Nero inilah Paulus dihukum bunuh.

Selepas Nero, berlaku senggangan masa dan tiada raja. Senator mentadbir Rom.

Hingga naik seorang bernama Vespasian dan dia menjadi raja pertama dari Dinasti Flavian. Dia memerintah antara tahun 69M hingga 79M. Kemudian anaknya menggantikannya. Titus (79-81M). Sterusnya Domitian (81-96M), anak Vespasian yang lain. Dia kejam dan zalim hingga akhirnya dibunuh. Maka tamar pula Dinasti Flavian.

Menggantikan Domitian adalah seorang senator bernama  :
  1. Marcus Cocceius Nerva (96–98M).
  2. Trajan (98–117)
  3. Hadrian (117–138)
  4. Antoninus Pius (138–161),
  5. Marcus Aurelius (161–180)
Lima orang yang menggantikan Domitian disebut sebagai 5 emperor terbaik.

Pada masa Diocletian (284-305M) menjadi emperor Rom, dia menyedari bahawa wilayah Rom sangat luas untuk dia tadbir sendiri. Dia mula memecahkannya kepada dua . Bahagian Timur, mulai dari Nicomedia, dia yang perintah dengan pangkat sebagai augustus dan Galarius sebagai caeser.

Sementara Maximian dan Constantius The Pale  pula memerintah bahagian Barat. Kemudian anak Constantius The Pale iaitu Constantine (306-337M) dapat mengalahkan semua pesaingnya dan menyatukan Rom Timur dan Rom Barat serta mengubah pusat pentadbiran ke Timur dan mewujudkan Kota Constantine sebagai pusat pentadbirannya.

Kemudian pada zaman Theodosius 1(379-395M), empayar Rom sudah tidak dapat dikekalkan kesatuannya lagi. Ia mula terpecah kepada Rom Timur dan Rom Barat.






KISAH PAULUS

Paulus, nama sebenarnya adalah Saul. Dia lahir antara tahun 5-6 M di Kota Tarsus (Hari ini dalam negara Turki) dari ibu bapa berbangsa Yahudi. 

Dia mengembara ke Juruselem dan belajar agama Yahudi dengan Gamaliel yang berpegang dengan Mazhab Farisiyyun. Mazhab ini berbeza dengan Mazhab Saduqiyyin dalam beberapa aspek. Mazhab Farisiyyin percaya bahawa kitab taurat hendaklah difahami secara harfiyyah, Almasih penyelamat  adalah berbangsa Yahudi dan manusia akan dibangkitkan semula. Sebaliknya golongan Mazhab  Saduqiyyah tidak mempercaya kebangkitan orang mati dan tidak beriman dengan kehidupan abadi selepas mati. Mereka juga tidak percaya wujudnya syaitan dan malaikat kerana hal itu tidak disebutkan dalam kitab taurat .

Paulus dalam perjalanan ke Damsyiq untuk mencari para hawari nabi Isa (untuk ditangkap) agar dibawa balik ke Juruselam, telah mengalami peristiwa yang mengubah sikap permusuhannya kepada pengikut Al-masih.

Dia telah dikejutkan dengan guntur dan dia telah pengsan. Bila dia sedar, dia nampak cahaya terang benderang dan dari cahaya tersebut dilihat seorang yang dikatakannnya Al-Masih Isa Alaihissalam.

Sedar dari pengsan, dia buta.

Seorang murid al-masih bernama Hananiyyan menemuinya dan mengubat kebutaannya. Sejak itu, dia menukar namanya daripada Saul kepada Paulus. Dia pun menajdi pendakwah nasrani dan mengasaskan banyak geraja di merata tempat di kawasan Asia kecil dan Eropah dalam tempoh 20 tahun dakwahnya.

Kemudian berlaku kejadian penyaliban  ke atas individu yang dikatakan Isa Al-Masih. 

Paulus genar menyebarkan masihiyyah ke seluruh negeri. Agamanya menembus Yunani dan mempengaruhi para failusuf di sana.

Setelah banyak pencapaian yang diperolehinya, dia balik ke Juruselum bersama beberapa pengikutnya untuk menziarahi haikal Sulaiman. Di sana dia ditangkap dan diserahkan kepada pemerintah Yunani.

Sumber-sumber menyebutkan bahawa dia mati dibunuh dengan cara dipancung kepala di Rom semasa Rom di bawah pemerintahan Nero Claudius Caesar Augustus Germanicus iaitu Kaisar Romawi ke-5 dan terakhir daripada dinasti Julio-Claudian. Dikatakan pembunuhan dengan cara pemenggalan kepala itu adalah satu kehormatan buat mereka yang ada status kewarganegaraan Rom. Ianya sekitar pertengahan tahun 66M.


Friday, March 10, 2023

ZAMAN RENAISANCE

Zaman renaissance merujuk kepada fasa masa dalam sejara Eroph selepas berlalunya Zaman Middle Age. Sebelum ini, telah dinyatakan bahawa bermula daripada masa kejatuhan kerajaan Roman pada tahun 476M hinggalah awal abada ke 11M, zaman itu dinamakan zaman Middle Age. Pengaruh dari perkembanghan dunia, khususnya Tamadun Islam di Andalusia, cahaya pun terpancar di bumi Eropah. Maka Eropah pun memasuki zaman Renaissance

Cetusan pertama idea Renaissace di Eropah ini dikatakan bermula di Itali. Lebih khusus lagi , ia bermula dari Keluarga Medici yang berkuasa di Florence selama lebih 60 tahun. Keluarga ini mencapai kejayaan dalam perniagaan dan perbankan. Mereka menjadi penyokong kuat kepada aktiviti keseniaan dan kemanusiaan. Kesedaran inilah yang menjadi awal kepada kebangkitan eropah yang disebut sebagai RENAISSANCE. Maka satu hal yang perlu kita ingat buaian awak reanaissance adalah Kota Florrence, Itali.


Gerakan renaissance itu kemudiannya berkembang ke kota-kota yang lain hingga seterusnya melebar ke Perancis dan seluruh Barat dan Utara Eropah.

Tokoh-tokoh pencetus Renaissace:



1) Leonardo Da Vinci (1452-1519)

2) Desidrius Erasmus (1466-1536)-Seorang sarjana dari Holland yang memeperkenalkan Geranakan Humanis di Utara Eropah. Beliau juga adalah ornag yang menterjemahkan New Tastament ke dalam bahasa Greek.


3) Rene Descartes (1596–1650)


4) Galileo (1564-1642)-Seorang ahli astronomi Itali.


5) Nicolaus Copernicus (1473–1543)


6)Thomas Hobbes (1588–1679)


7) William Shakespeare (1564–1616)


8) John Milton (1608–1674)


9) Dante (1265–1321)


10)Niccolo Machiavelli (1469–1527)


(Ramai lagi)

Awal kurun ke-17, zaman Renaissance berakhir dan muncul Zaman Enlightenment


Bacaan: History.com



The Black Death (AL-MAUTUL ASWAD)

Ia adalah satu wabak dahsyat yang menyerang Eropah antara tahun 1347 hingga1350. 20 Juta rakyat Eropah meninggal dan jumlah itu merupakan 30 peratus daripada keseluruhan warga Eropah. Wabak ini menyerang kota-kota di mana kawalan percampuran amat sukar.

Wabak ini bermula pada tahun 1347 apabila ada 10 buah kapal daripada Laut Hitam berlabuh di pelabuhan Messina, Secily. Anak-anak kapal yang turun daripada kapal tersebut telah membaw wabak dan kebanyakan mereka mati. Yang hidup disuntik dengan dos.

Symptoms of the Black Death included fever, chills, vomiting, diarrhea, terrible aches and pains – and then death. Victims could go to bed feeling healthy and be dead by morning.

 Understandably terrified about the mysterious disease, some people of the Middle Ages believed the plague was a divine punishment for sin. To obtain forgiveness, some people became “flagellants,” traveling Europe to put on public displays of penance that could include whipping and beating one another. Others turned on their neighbors, purging people they believed to be heretics. Thousands of Jews were murdered between 1348 and 1349, while others fled to less populated areas of Eastern Europe.

Thursday, March 9, 2023

Zaman Pertengahan di Eropah.

Ada tiga period zaman dalam sejarah Eropah iaitu:

1) Zaman Klasik

2) Zaman Pertengahan 

3) Zaman Moden

Dalam kajian sejarah Eropah, zaman pertengahan merujuk kepada period antara kurun ke-5M hingga kurun ke-15M.Ianya bermula dengan zaman keruntuhan kerajaan Roman Barat sehingga masuyk ke zaman Renaisanse.


Tafsiran maksud pertengahan mengikut history.com

People use the phrase “Middle Ages” to describe Europe between the fall of Rome in 476 CE and the beginning of the Renaissance in the 14th century. Many scholars call the era the “medieval period” instead; “Middle Ages,” they say, incorrectly implies that the period is an insignificant blip sandwiched between two much more important epochs.

Pada zaman pertengahan iaitu dalam trempoh selepas runtuhnya kerajaan Roman, tiada satu kuasa Eropah pun yang dapat menyatukan penduduk Eropah. Wujud pelbagai kerajaan kecil di sana sini. Dalam keadaan demikian, gereja menjadi pihak yang sangat berkuasa. Para raja mendapat kuasa dengan bertahalluf bersama gereja.

MAHKAMAH INKUISISI

Ketika Grenada diserahkan oleh pemerintah Islam terakhir di sana iaitu Abu Abdullah Muhammad As-Soghir kepada Ferdinand III dan juga Ratu Isabella, antara syarat yang dikemukakan adalah memberikan hak dan kebebasan beragama kepada rakyat Muslim dan Yahudi di sana. Walaupun syarat-syarat tyersebut dipersetujui, kekuasaan sebenar bukan ditangan raja. Baba Geregori,m Pope Kristian Katolik ketika itulah yang memililiki wewenang dalam menegakkan doktrin agama keristian di kalangan wilayah yang ditakluki Kristian.

Maka, ditegakkan peraturan Mahkamah Taftisy (Inquisition) ke atas rakyat. 

Inkuisisi adalah sekumpulan institusi dalam Gereja Katolik yang bertujuan untuk memerangi bidaah, menjalankan perbicaraan terhadap orang yang disyaki bidaah. Kajian rekod mendapati bahawa majoriti besar hukuman terdiri daripada penebusan dosa, tetapi sabitan bidaah yang tidak bertaubat telah diserahkan kepada mahkamah sekular, yang secara amnya mengakibatkan pelaksanaan atau penjara seumur hidup. Inkuisisi bermula pada abad ke-12 Kerajaan Perancis, dengan tujuan untuk memerangi penyelewengan agama (contohnya murtad atau bidaah), terutamanya di kalangan Cathar dan Waldensian. Mahkamah inkuisitor dari masa ini hingga pertengahan abad ke-15 bersama-sama dikenali sebagai Inkuisisi Abad Pertengahan. Kumpulan lain yang disiasat semasa Inkuisisi Abad Pertengahan, yang terutamanya berlaku di Perancis dan Itali, termasuk Fransiskan Rohani, Hussites, dan Beguines. Bermula pada tahun 1250-an, penyiasat secara amnya dipilih daripada ahli Ordo Dominican, menggantikan amalan terdahulu menggunakan paderi tempatan sebagai hakim.

Semasa Zaman Pertengahan Akhir dan Renaissance awal, skop Inkuisisi berkembang dengan ketara sebagai tindak balas kepada Reformasi Protestan dan Counter-Reformation Katolik. Dalam tempoh ini, Inkuisisi yang dijalankan oleh Takhta Suci dikenali sebagai Inkuisisi Rom. Inkuisisi juga berkembang ke negara Eropah yang lain, mengakibatkan Inkuisisi Sepanyol dan Inkuisisi Portugis. Inkuisisi Sepanyol dan Portugis tertumpu terutamanya kepada anusim (orang yang terpaksa meninggalkan agama Yahudi di atas kehendak mereka) dan kepada orang Islam yang memeluk agama Katolik. Skala penganiayaan terhadap penganut agama Islam dan penganut Yahudi di Sepanyol dan Portugal adalah hasil daripada syak wasangka bahawa mereka secara rahsia telah kembali kepada agama mereka sebelum ini, walaupun kedua-dua kumpulan minoriti agama itu juga lebih ramai di Semenanjung Iberia berbanding di bahagian lain di Eropah.


Sumber: Wiki


Hasil daripada Mahkamah Inkuisisi ini, pelbagai bentukan sisksaan yang tidak manusiawi ditimpakan kepada mangsa yang tertuduh. Sungguh kejam para penegak mahkamah Inkuisisi ini. Kelak di neraka Allah kalian rasalah siksaan yang pedih berganda atas keberutalan kalian menyiksa manusia dalam dunia.








Wednesday, March 8, 2023

Bangsa Vandal

Vandal adalah nama satu puak daripada bangsa Jerman. Asal mereka adalah dari sebelah Selatan Scandinavia. Kerana pergaduhan dengan bangsa Huns, mereka lari ke Selatan dan masuk ke wilayah kekuasaan Romawi. Pada mulanya mereka dilayan oleh kerajaan Romawi dengan baik dan diberi kawasan untuk dihuni. Namun, lama kelamaan mereka mula tamak dan menjarah kawasan baru. Mereka pernah menjarah Kota Rom pada tahun 455M. Mereka berjaya membina kerajaan di Selatan Semenanjung Iberia dan kemudiannya menguasai Afrika Utara. Dari nama bangsa ini, semenanjung Iberia diberi nama Andalusia. Asalnya adalah Vandalusia. 

Ketika Raja Gelimer menggulingkan sepupunya Raja Hilderic, Kerajaan Vandal di Afrika Utara mula kacau bilau. Emperor Byzantine, Raja Justinian 1 mengirimkan bala tentera yang dipimpin oleh Belisarius untuk menyerang Kerajaan Vandal dengan tujuan mengembalikan kuasa kepada Hilderic. Namun, Hilderic telah mati dibunuh sebelum tentera Byantine mendarat di Afrika Utara. Raja Gelimer telah dikalahkan dalam peperangan dengan pasukan Belisarius . Akhirnya raja gelimer menerima tawaran kerajaan Byzantine untuk menerima sebidang tanah estate yang luas di Galatia, dalam kawasan Anatolia untuk hidup hingga tua di sana. Dia mati pada tahun 554M.

Demikian akhir kepada sebuah kerajaan bangsa vandal yang pernah berdiri di Afrika Utara dan beribu kota di Carthage.




Perkatan Vandalisme yang digunakan untuk menggambarkan sikap merosakan harta benda awam adalah berawal dari watak bangsa Vandal ini. Mereka tidak menghargai kesenian dan tamadun Rom. Mereka membuat kerosakan dalam negeri, membunuh dan memperbudak tawanan.

Tuesday, March 7, 2023

Jatuhnya Granada

Pada tanggal 2 Rabiul Awal 897H bersamaan 2 Jan 1492,  jatuhlah Kota Geranada ke tangan Kristian. Raja muslim Granada yang terakhir iaitu Abu Abdullah Muhammad As-Soghir menyerahkan kekuasan kepada raja Ferdinand II dari Aragun dan Ratu Isabella I dari Castella setelah kota Granada dikepung selama 9 bulan. Dengan jatuhnya kota Granada itu, berakhirlah pemerintahan Islam di tanah Andalusia yang telah belangsung selama 8 kurun.

800 tahun Islam berkuasa di Andalusia!

Kenapa boleh jatuh? Puncanya banyak. Seorang ahli sejarah bernama Dr. Abdul Halim Uwais menyebutkan 40 sebab. Kita boleh simpulkan dua sebab utama iaitu:

1) Para penguasa muslim di sana asyik berperang sesama sendiri demi menjaga kekuasaan masing-masing.

2) Hedonisme telah menjadi budaya dalam masyarakat muslim di Andalusia.

Jatuhnya Granada disusuli pula oleh perkembangan memberangsangkan dunia Kristian, Christopher Columbus sampai ke Amerika dan disebut sebagai merintis "Dunia Baru". Ianya pada tahun 1492.

Sejak zaman daulah Bani Umayyah nyang menyaksikan pembukaan wialayah oleh panglima Tariq bin Ziad, Islam bertapak di Andalusia. Islam melalui zaman-zamannya di sana sehinggalah zaman gilang gemilang di bawah pemerintahan Abdurrahman An-Nasir. Ketika itu raja-raja Masihi di sana datang ke depannya , mencium tangannya. Kemudiannya melalui zaman-zaman kerajaan Tawaif, raja-raja kota Islam di sana yang mencapai 22 buah negeri pula merangkak membayar jizyah kepada raja Kristian. Kemudian datang zaman Murabitun mengambil alih kuasa di sana dan berjaya melewatkan kejatuhan Andalusia selama 400 tahun. Setelah Murabitun, Muwahhidun pula menguasainya. Namun bersama melemahnya Muwahhidun, jatuhlah kota demi kota Islam di tanah Andalus. Kota Cardoba yang hebat jatuh pada zaman Muwahhidun.

Namun, di sebelah Timur, kekuasaan Turki Othmaniyyah sedang bangkit dan dapat menawan Kostantinopel, jantung Kristian di Eropah Timur. Kota Kostantinopel jatuh ke tangan kerajaan Islam Turki Othmaniyyah pada 29 Mei 1453.

34 tahun selepas jatuhnya Granada di Andalusia, iaitu pada tahun 1526, Kesultanan Moghul bertapak di tanah India dan diasaskan oleh Zahiruddin Muhammad Babur dan berlangsunglah kerajaan itu selama 336 tahun iaitu sampai tahun 1862 apabila raja terakhirnya yang bernama Bahadur Syah II dibuang negeri ke Rangoon, Burma oleh British.

Jika diamati, dunia ini umpama alat timbang. Waktu Islam hilang kuasanya di sebelah barat, Islam sedang naik di sebelah Eropah Timur dan Asia Timur. Allah yang mentadbir urusan, maha tahu segalanya.

 

Bacaan bantuan: Aljazeera

Monday, March 6, 2023

Ibn Khaldum

Siapakah Ibn Khaldun?

Beliau adalah Abu Zaid Waliyuddin Abdurrahman bin Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Alhasan bin Muhammad bin Jabir bin Muhammad bin Ibrahim bin Abdurrahman bin Khaldun Al-Hadhrami Al-Isybili dan beliau terkenal dengan pamnggilan Ibn Khaldun.

Beliau dilahirkan pada 1 Ramadhan 732H=27 Mei 1232

Beliau meninggal 18 Ramadhan 808H=19 Mac 1406

Beliua sepertimana diriwayatkan oleh Ibn Hazmin, merupakan seornag yang berasal dari keturunan Arab Yaman di Hadhramaut. Silsilah keturunannya sampai kepada Wa-il bin Hajar. Ibn Khaldun sendiri menyebutkan bahawa antaranya dengan Wa-il bin Hajar ada 6 lapisan pendahulu. Namun, jumlah itu diraguinya sendiri kerana tempoh masanya adalah 6 kurun setengah. Bagaimana hanya 6 orang. Jika demikian setiap kurun satu ornag. Itu tidak logik. Maka dianggarkan setiap kurun 3 nama lalu jumlahnya adalah 24 orang.

Beliau seorang ulama Arab Islam dan mahir dalam bidang ilmu kemasyarakatan, falsafah, ekonomi dan pembangunan serta sejarah.

Beliau dilahirkan di Tunisia pada zaman pemerintahan sebuah kerajaan yang dinamakan Daulah Al-Hafsiyyah*. Beliau membesar di sana dan kemudiannya berkelana mencari ilmu di negeri-negeri Utara Afrika sehinggalah ke Andalus.

Pada masa itu Tunisia menjadi antara tempat pelarian para ulama Andalus yang tidak tahan denagn situasi Andalus yang sedang diancam himpitan kerajaan Kristian.

* Daulah Hafsiyyah adalah sebuah kerajaan di Tunisia yang berkuasa antara tempoh 634H hingga 981H (347 tahun). Kerajaan ini diasaskan oleh Abu Zakaria Yahya Al-Hafsi bin Abu Muhammad Al-Wahid  Al-Lihyani. Tunisia menjadi sebahagian daripada kerajaan Al-Muwahhhidun sejak tahun 555H. Apabila kerjaaan Al-Muwahhidun mula melemah , maka Abu Zakaria yang menjadi gabenor di Tunia mengambil langkah memerdekakan diri dan tindakannya itu tidak ditentang.


Beliau pernah menjadi Qadhi bagi Sultan Mamluk di Mesir yang bernama An-Nasir Zainuddin Farj.

Beliau juga merupakan guru di salah sebuah sekolah Mazhab Maliki di Mesir.

Beliau pernah dipenjara pada zaman Sultan Abu 'Inan Faris bin Ali (1348-1358M), salah seorang Sultan Bani Marin yang berkuasa di Maghribi pada masanya. Ini kerana Ibn Khaldun ada berhubung dengan Abu Abdillah Muhammad Al-Hafsi , ameer  Bijayah yang telah dipecat. Belaiu  disyaki terlibat dalam pakatan hendaklah mengemblikannya kepada kedudukannya semula. Kemudian, ketika Abu Salim Ibrahim bin Ali naik tahta menjadi raja Bani Marin (1359-1361M), Ibn Khaldun dibebaskan dan dia mendapat kedudukan istemewa di sisi Abu Salim dan menjadi jurutulisnya.Selama 2 tahun dia menjawat jawatan dibawah Sultan Abu Salim. Kemudian Bani Marin memberontak dan menggulingkan Sultan Abu Salim dan melantik pula saudaranya Abu Umar Tasyafin, maka Ibn Khaldun menyatakan walaknya kepada Abu Umar Tasyafin (1361M) dan dia dikekalkan pada posisinya dan ditambahkan elaunnya. Namun, pada awal tahun 1362M, Ibn Khaldun mengambil keputusan melepaskan jawatannya dan mengembara ke Grenada di bumi Andalus.

Sultan Grenada pada ketika itu adalah Sultan Muhammad bin Yusuf bin Al-Ahmar. Wazirnya pula bernama Lisanuddin bin Al-Khatib adalah sahabat lama Ibn Khaldun. Maka Ibn Khaldun telah diamanahkan oleh Sultan Grenada untuk menjadi duta pihaknya untuk bertemu dengan raja Castella, Bitruh bin Al-Hansyah bin Azqunish untuk tujuan perjanjian damai antara dua negeri.Maka Ibn Khaldun telah berjaya dalam misinya  dan raja Grenada menganugerahkan untuknya sebidang tanah yang luas dan harta yang banyak. Lalu tinggallah dia di bawah lindungan sultan Grenada dan menikmati hidup yang selesa.

Namun, ada orang yang dengki kepadanya. Hubungannya dengan Lisanuddin bin Al-Khatib jadi renggang. Ibn Khaldun melihat bahawa keberadaannya di Grenada tidak lagi menyenangkan. Bahkan seluruh Andalusia tidak lagi menarik buatnya. Dalam pada itu dia mendapat jemputan daripada Abu Abdillah Muhamamd Al-Hafsi untuk datang ke Bugia kerana dia telah dapat mengambil semula kedudukannya sebagai raja di sana. Dia dijanjikan jawatan Hajib bagi Bugia. Maka Ibn Khaldun pun meninggalkan Andalus dan pergi ke Bijayah pada tahun 1365M=766H. Di sana dia disambut dan diraikan kedatangannya oleh tokoh-tokoh pembesar termasuk Sultannya Abu Adillah Muhammad Al-Hafsi.

Ibn Khaldun mendapat kedudukan dan kehidupan yang selesa dalam kerajaan di Bejaya. Namun tak lama. Bugia kemudiannya ditakluk oleh Abu Al-Abbas Ahmad yang berkuasa di Qastantine . Abu Abdillah yang merupakan sepupunya itu dibunuhnya. Ibn Khaldun yang ketika itu menjawat jawatan Hajib dikekalkan untuk satu tempoh, namun kemudiannya dimakzulkan.

Kemudian, datang tawaran dari raja Tilmisan yang bernama Abu Hammuw untuk melantiknya sebagai Hajib di Tilmisan dengan syarat Ibn Khaldun menolongnya menguasai Bugia. Ibn Khaldun dimintanya menjadi jambatan untuk mempengaruhi kabilah-kabilah yang ada disana kerana pengaruhnya di kalangan mereka memungkinkan hal tersebut. Ibn Khaldun tidak berminat menjadi Hajib di Tilmisan tetapi dia menghantar adiknya yang bernama Yahya ke Tilmisan. Sementara Ibn Khaldun bersetuju untuk menarik sokongan kabilah-kabilah agar menyokong Abu Hammuw dari Tilmisan. Akan tetapi dalam keadaan tersebut, tiba-tiba Abu Hammuw dikalahkan di Tilmisan dan terpaksa lari meninggalkan Tilmisan.Maka Ibn Khaldun terlah tersalah memilih rakan politiknya. 

Ibn Khaldun tinggalkan keluarganya di Kota Fas dan pergi ke Grenada dan bertamu kepada Sultannya,  Muhammad bin Yusuf bin Al-Ahmar. Kemudian, bebeapa lama kemudian,  dia balik semula ke Tunsia. Dalam fikirannya, dia mula mahu menjauhi persengketaan politik serta para aktornya. Dia mahu mengisi masanya dengan membaca dan mengarang.

Dia membawa keluarganya ke penempatan kawan-kawannya dari Bani 'Arif. Lalu dia dan keluarganya ditempatkan di salah satu penempatan mereka di Kota Ibn Salamah dalam daerah Wahran(Oran), Algeria.Di sanalah Ibn Khaldun menghabiskan masanya bersama kaum keluarganya selama 4 tahun dalam keadaan aman damai dan di sanalah dia berkesemapatan menulis kitabnya Muqaddimahnya( Muqaddimah adalah pengenalan kepada sebuah kitab yang lebih besar diberi nama : Al-'Ibru Wa Daiwanul Mubtada'Wal Khabar Fi Ayyamil 'ArabWal 'Ajam Wal Barbar Wa Man 'Aasorahum min Sultanil Akbar) dan usianya ketika itu telah mencapai 45 tahun.

Ibn Khaldun merindui tanah tumpah darahnya Tunis. Dia mengutuskan surat kepada Sultan di sana Abu Hammuw minta izin untuk pulang, lalu dia diizinkan untuknya.Di sana dia terus dalam membaca dan menulis dan enggan terlibat dalam politik. Bimbang jika dia dilibatkan oleh Sultan dalam politik, dia menjadikan rehlah haji sebagai alasannya. Lalu dia pun melakukan perjalanan haji pada tahun 784H.  Awal Syawal  tahun tersebut dia sampai di Iskandariah, Mesir.Dia tinggal sebulan di Iskandariah sebelum meneruskan perjalan dan sampai di Kaherah.

Di sana dia dimuliakan dan diraikan kerana keilmuannya. Ramai kalangan ulama yang mengambil ilmu daripadanya seperti tokoh besar yang bernama Taqiyyuddin Al-Muqrizi dan Ibn Hajar Al-Asqalani.

Dia juga mendapat penghargaan istimewa daripada Sultan Mesir ketika itu Az-Zohir Barquq di mana dia diminta mengajar Feqah Mazhab Maliki di Madrasah Al-Qamsiyyah. Dia juga dilantik menjadi Ketua Hakim Mazhab Maliki.Oleh Sultan Mesir, dia diberi gelaran Waliyuddin.

Apa yang dicapai oleh Ibn Khaldun di Mesir tersebut menjemput iri dan cemburu mereka yang yang dalam hati mereka ada penyakit. Setahun selepas dia dilantik menjadi Ketua Hakim Mazhab Maliki, dia melepaskan jawatan tersebut.Sultan Mesir memujuk untuk mengajar di Madrasah Az-Zahir Al-Barquqiyyah yang baru dibuka pada tahun 788H. Setelah mengajar di sana, Ibn Khaldum masih berdepan dengan hasad dengki orang sehingga Sultan pun memecatnya. Dia pun minta izin untuk meninggalkan Mesir dan pergi ke Baitul Maqdis. 

Ibn Khaldun menaiki kapal di pelabuhan At-Tur pada pertengahan ramadhan tahun 799H. Dia sampai ke Mekkah pada 2 Zulhijjah tahun tersebut.

Ketika itu Kota Aleppo(Halab) sedang diserang oleh Tumurlank dan banyaklah kerosakan dan darah yang tumpah. Ibn Khaldun menjalankan peranannya pergi menemui Timurlank dan mendapat jaminan keselamatan untuk pada fuqaha dan ulama  di sana.

Ibn Khaldun kemudiannya pulang ke Mesir dan mendapat semula jawatan Ketua Hakim di sana. Tetapi pada bulan Rejab tahun 804H (setahun kemudian) dia dipecat semula. Namun, pada Zulhijjah tahun yang sama dia kembali menjabatnya. Dia terus menjabatnya sehingga dia meninggal pada 26 Ramadhan tahun 808H. Beliau meninggal pada usia 69 tahun dan dikebumikan di Kaherah.

Rujuk: Islam Online


MESIR BUMI LINTASAN PARA HUJJAJ MAGRIBI & ANDALUSIA

Mesir merupakan lintasan bagi mereka yang tinggal di sebelah Maghrib dan Andalusia untuk perjalanan ziarah dan haji. Ramai kalangan ulama yang dalam perjalanan haji mereka, jatuh hati kepada Mesir dam akhinya bermuqim di Mesir. Antara meeka ialah:

1) Ibn Khaldun

2) Ibn Jubair, sang penyair Andalus.

3) Al-Mursi Abu Al-Abbas, seoang ahli Sufi dan tokoh dalam silsilah sanad Tarikat Syaziliyyah.

4) Syed Al-Badawi

Rujuk: Ulama yang pergi haji lalu menetap di Mesir



Sunday, March 5, 2023

Hilangnya kehebatan para raja Tawaif

Para raja Tawaif di Andalus yang mencari sokongan melalui bertahaluf  dengan Raja Alfonso VI adalah seumpama orang yang melatih serigala untuk menjaga kambing.

Dua raja Tawaif dari Andalusia yang mengirimkan surat minta Yusuf bin Tasyafin dari kerajaan Murabitun untuk membantu mereka menghadapi kemaraan raja kristian.

  1. Al-Muktamid bin Ubbad raja Isybiliyyah (Seville).
  2. Al-Mutawakkil 'Alallah bin Al-Aftosy raja Batlius(Badajoz- Sebuah kota yang hari ini ada dalam wilayah Sepanyol-sebelah Bartat daya, berhampiran dengan sempadan Portugal)
Bagaimana Yusuf bin Tasyafin hendak membantu mereka sedangkan Tanjah  (Tangiers) dan Sabtah (Ceuta) belum dikuasanya?

Sedangkan Alfonso VI  dengan segala kesombongan, kelahapan dan kebenciannya kepada para penguasa ISlam di Andalus telah berjaya menguasa Toledo (Tulaitilah), satu kota yang menjadi sughur kepada Islam di Andalusia.

Thursday, March 2, 2023

ZAINAB AN-NAFZAWIYYAH-Apakah benar dia wanita di belakang kejayaan Yusuf bin Tasyafin?

Beliau adalah isteri kepada Yusuf bin Tasyafin. Sebelum dinikahi oleh Yusuf bin Tasyafin, dia adalah isteri kepada Abu Bakar bin Umar Al-Lamtuni. 

Nama sebenarnya adalah Zainab bin Ishak Al-Hawari. Ayahnya adalah seorang saudagar. yang keluarganya berasal dari Qairawan.

Sebelum itu, dia isteri kepada Luqut bin Yusuf  bin Ali Al-Magrawi seorang pemimpin saki baki kerajaan Al-Maghrawiyyah, sebuah daulah Amazigh yang pernah berkuasa di Utara Maghribi. Ia berkuasa selepas tamatnya Daulah Al-Idrisiyyah,  tetapi tempoh daulah ini  tidak lama kekuasaannya  iaitu antara 987M-1070M. ( kurang 100 tahun).

Luqut  Beliau adalah dari Bani Ifran yang telah mengalahkan puak Ourika di Aghmat. Aghmat itu adalah sebuah wilayah tanah rendah (bukan bergunung ganang) yang terdiri dari dua bahagian. Satu dinamakan Aghmat Ailan dan satu lagi dinamakan Aghmat Ourika.

Ketika itu Zainab An-Nafzawiyyah adalah isteri kepada pemimpin Ourika, yang bernama Yusuf bin Ali bin Abd Rahman bin Watasy. 

Ketika Murabitun masuk menguasai Aghmat, Luqut bin Yusuf bin Ali Al-Maghrawi lari dan bersembunyi di Tadla, satu kawasan di tengah Maghribi dan utara pergunungan Atlas. Tahun itu ialah 449H. Pada tahun 450H, Murabitun menyerang negeri wilayah-wilayah puak Masmudah, Tadla pun diserang dan Luqut bin Yusuf bin Ali Al-Maghrawi mati dalam serbuan kali ini.

Itulah nama-nama suami Zainab An-Nafzawiyyah sebelum dia menjadi isteri kepada Yusuf bin Tasyafin. Riwayat-riwayat sejarah dilihat berlebihan dalam menggambarkan pengaruh Zainab An-Nafzawiyyah dalam mengatur politik dan pemerintahan Yusuf bin Tasyafin. Umpamanya ketika Abu Bakar bin Umar Al-Lamtuni, pemimpin Murabitun yang telah oergi berjihad dai kawasan Sahara pulang ke Maghrib, ketika itu Zainab An-Nafzawiyyah telah menjadi isteri Yusuf bin Tasyafin. Dia, kononnya memberi nasihat kepada Yusuf bin Tasyafin agar jangan bersikap rendah diri dan tawadhuk kepada bekas ketuanya itu. Dinasihatkan Yusuf bin Tasyafin sambut kepulangan Abu Bakar bin Umar dengan perarakan tentera dan hendaklah Yusuf bin Tasyafin kekal di atas kudanya. Kononnya khabar tentang kemenangan Yusuf bin Tasyafin di wilayah sebelah utara Maghribi telah sampai kepada Abu Bakar bin Umar. Sebab itulah dia pulang dari misi Saharanya. Dia ingin ambil alih posisi asalnya yang ketika itu diamanahkan kepada Yusuf bin Tasyafin. Maka nasihat Zainab An-Nafzawiyyah itu pun diikuti oleh Yusuf bin Tasyafin. Melihat kekuasaan dan pengaruh Yusuf bin tasyafin ke atas Murabitun sudah begitu kuat, maka Abu Bakar bijn Umar pun tidak jadi menuntut haknya sebagai pemimpin Murabitun di Maghrib.

Beitulah cerita diselitkan bagaimana Zainab An-Nafzawiyyah menggunakan kecerdikan akal politiknya untuk mengangkat dan menonjolkan Yusuf bin Tasyafin. Cerita sebegini boleh dipertikaikan apabila kita benar-benar kenal siapa Yusuf bin Tasyafin dan orang bagaimanakah yang bernama Abu Bakar bin Umar Al-Lamtuni itu. Orang soleh, ikhlas , zuhud dan tidak memburu dunia hasil didikan Abdullah bin Yasin, masakan ditempelkan perangai yang tamak duniawi sedemikian. 

Satu hal lagi, Zainab An-Nafzawiyyah menikah dengan Yusuf  bin Tasyafin bukan sejak awal kebangkitan Yusuf bin Tasyafin. ianya sudah dihujung-hujung. Bersama Yusuf bin Tasyafin, dia punya seornag anak bernama TAMIM bin Yusuf. Yusuf bin Tasyafin juga sudah menikah sebelum Zainab An-Nafzawiyyah dengan wanita yang dikenal kalangan Murabitun antaranya ialah yang bernama Qomar, ibu kepada Ali bin Yusuf. Anaknya yang kemudiannya jadi putera mahkota yang menggantikan Yusuf bin Tasyafin walaupun dari segi usia, dia lebih muda daripada Tamim.

Kalau berpengaruhnya Zainab An-Nafzawiyyah dalam urusan politik Yusuf bin Tasyafin, kenapa anaknya yang bernama Tamin itu tidak ditonjolkan menjadi pengganti Yusuf bin Tasyafin???

Apa yang mahu ditekankan di sini, cerita pengaruh Zainab An-Nafzawiyyah ke atas Yusuf bin Tasyafin adalah riwayat sejarah yang meragukan dan lebih kepada rekaan. Tidak kiralah betapa masyhurnya riwayat tersebut di  kalangan para sejarawan!

Sementelahan, sebagaimana disebutkan oleh Ibn Abi Zura' dalam Raudhul Qirtos, MS 86, Zainab An-Nafzawiyyah hidupnya tidak lama. Dia meninggal tahun 464H sedangkan pulangnya Abu Bakar bin Umar dari misi Saharanya adalah pada tahun 465H.


IMAM 'AMIR AS-SYA'BI

 Nama sebenarnya ialah Amir bin Syarahil bin Abd bin Zi Kibar Abu Amru Al-Hamdani As-Sya'bi Al-Kufi Ahli Sejarah berbeza pendapat tentan...