Showing posts with label Nasab. Show all posts
Showing posts with label Nasab. Show all posts

Friday, June 21, 2024

Iktibar sejarah: Mengaku Nasab Nabi

Al-Muiz Lidinillah, ketika dia masuk ke Mesir, dia ditanya tentang nasabnya oleh ulama yang ada di Mesir ketika itu. Maka dia mencabut separuh pedangnya dan berkata: 

Inilah nasabku!

Dia menaburkan  emas kepada orang ramai dan berkata:

Inilah Hassabku!


Dalam buku sejarah dicatatkan bahawa Al-Aziz Al-Fatimi pernah mengutuskan surat ke Andalusia mencela dan Khalifah Umayyah di sana iaitu Abdurrahman III (An-Nasir Lidinillah), maka dibalas surat itu dengan mengatakan:

" Kamu mengenali siapa kami, lalu kamu mencela kami. Kalau andainya kami kenal kamu, tentu kami akan menjawab apa yang kamu katakan".

(Rujuk Ad-Daulah Al-Fatimiyyah Fi Misra Tafsir Jadid, Dr Aiman Fuad Sayyid, Ms 100-101)


Kalau mengikut risalah yang diutuskan oleh Ubaidillah Al-mahdi kepada Syiah Ismailiyyah Yaman, dia menjelaskan bahawa nasabnya adalah kepada Abduualh bin Jaafar dan bukan Ismail bin Jaafar sebagaimana kepercayaan Ismail tentang imam-imam mastur ereka. Risalah tersebut menampilkan nama-nama imam mastur Suiah Ismailiyyah sebelum Ubaidilllah.

Itu adalah awalnya sebagaimana kata Ibn Hazmin Al-Andalusi. Namun, setelah diketahui bahawa ABdullah bin Jaafar , saudara Ismail itu tiada anak lelaki yang ditinggalkannya, hanya ada seorang anak perempuan bernama Fatimah, maka mereka pun kembali menyambung nasab kepada Ismail.

Namun ada juga kata Abdullah itu anak anak lelaki dari hambanya dan dinamakan Muhamamd. Dia kemduiannya berpindah meninggalkan Yaman pergi ke mKHurasan

Ada pula yang mengaitkan bahawa Abdullah yang disambungkan nasab itu bukan anak Jaafar Sodik tetapi Abdullah lain iaitu Abdullah bin Maimun Al-Qoddah.

Baca: Kitab






Monday, June 17, 2024

KETURUNAN ADNAN

 Ini adalah catatan ringkas tentang Ma'ad bin Adnan dan keturunannya. 

Anak Ma'ad bin Adnan ada 3 iaitu:

1) Qonas
2) Qudha'ah
3) Nizar

Cerita Bani Israil: Adapun Ma'ad bin Adnan itu, ketika pemerintahan Raja Bakhtanasser, umurnya baru 12 tahun.Abu Jaafar At-Tobari menaqalkan cerita bahawa Allah SWT telah mewahyukan kepada nabi Bani Israil di zaman itu, namanya Nabi Armiya bin Halqia bawa kerajaan Bukhtanasser akan dikuasai oleh bangsa Arab. Maka Allah memerintahkan nabi Armiya membawa Maa'd bin Adnan menaiki Borak untuk diselamatkan daripada angkara murka Bukhtanasser. Diwahyukan kepada nabi Armiya bahawa dari sulbinya akan lahir nabi akhir zaman penutup segala nabi. Maka, Maa'ad dibawa dengan Borak ke Syam dan dia pun hidup bersama saki baki Bani Israil yang terselamat selepas Baitul Maqdis diruntuhkan. Di sana, dia menikah dengan seorang peempuan bernama Mu'anah binti Jausyin daripada keturunan Dub bin Jurhum.Setelah keadaan  kembali tenang, dia pun balik ke negerinya di Jazirah Arab. Adapun Armiya ada seorang jurutulis bernama Rakhiya dan dialah yang mencatat nasab Ma'ad bin Adnan dan ia disimpan dalam khazanah Nabi Armiya. Maka, bersumberkan kitab itu, disebutkan bahawa antara Adnan ke Nabi Allah Ismail ada 40 orang dalam silsilahnya.

Antara 3 orang itu, maka Nizar dilihat sebagai tiang seri nasab (Amudannasab). Lalu Nizar itu dikatakan telah berperang bersama Tubba' raja Himyar. lalu dia berhasil menguasai Hijaz dan menjadi pemimpin hebat di zamannya.

Nizar ada 4 orang anak iaitu:

1) Mudhor
2) Rabi'ah
3) Iyad
4) An-mar

Lalu, Mudhor menjadi Amudannasab. Dari keturunannya lahirlah keturunannya yang kelak nanti muncul bangsa Quraisy.

Tuesday, April 23, 2024

BANI ABDUS SYAMS DAN BANI NAUFAL

Bani Hasyim dan Bani Al-Mutallib dikira sebagai Ahlul Bait. Tetapi Bani Abdus Syams dan Bani Naufal tidak termasuk Ahlul Bait. Rumusan ini diambil daripada kefahaman atas hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari (N0 3140) dalam Sahehnya dari jalan Jubair bin Mut'im:

Kata Jubair bin Mut'im:

- مَشَيتُ أَنَا وعُثْمَانُ بنُ عَفَّانَ إلى رَسولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ، فَقُلْنَا: يا رَسولَ اللَّهِ، أَعْطَيْتَ بَنِي المُطَّلِبِ وتَرَكْتَنَا، ونَحْنُ وهُمْ مِنْكَ بمَنْزِلَةٍ واحِدَةٍ؟ فَقالَ رَسولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ: إنَّما بَنُو المُطَّلِبِ وبَنُو هَاشِمٍ شَيءٌ واحِدٌ. قالَ اللَّيْثُ: حدَّثَني يُونُسُ، وزَادَ، قالَ جُبَيْرٌ: ولَمْ يَقْسِمُ النَّبيُّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ لِبَنِي عبْدِ شَمْسٍ، ولَا لِبَنِي نَوْفَلٍ.


Keterangan Nasab: Abdus Syams, Hashim dan Al-Mutallib adalah anak-anak Abdul Manaf dari satu ibu iaitu Atikah bt Murrah. Manakala Naufal pula adalah anak Abdul Manaf dari ibu yang lain iaitu Waqidah bt Amr Al-Maziniyyah.

Setelah kematian Abdul Manaf, urusan Siqayah dan Rifadah berada di tangan Hashim. Sementara Al-Mutallib pula diletakkan sebagai Zawil Qurba. Hubungan ini dibentuk pada zaman Jahiliyyah. Hubungan ini menjadikan Al-Mutallib adalah sekutu sumpah setia (Halif) buat Hashim. Keadaan ini membuatkan apabila Bani Hashim dikepung di Syiab dan diboikut, Bani Al-Mutallib masuk sekali. Bani Abdus Syams dan Bani Naufal tidak termasuk. Mereka malah bersama dengan kalangan yang memboikot Nabi Muhammad SAW kecuali yang masuk Islam dan beberapa di kalangan mereka. 

Seharusnya Bani Abdus Syams dan Bani Naufal bersama Bani Hashim dan Bani Al-Mutallib menghadapi kepungan. Namun, hubungan adik beradik mereka tidak membawa ke arah itu. Mereka telah mengambil pihak yang salah dalam menindas sepupu sepapat mereka. Kerana itru Abu Talib pernah mengungkap rangkap Syairnya yang berbunyi:


 جزى الله عنا عبد شمس ونوفلا *** عقوبة شر عاجل غير آجل 

"Nanti Allah akan membalas dengan balasan yang buruk kepada Abd Syams dan Naufal lambat atau bangat"

Maka, atas keeratan hubungan dan kesetiaan masa Jahiliyyah dan kebersamaan setelah Islam, Bani Al-Mutallib dimasukkan sebagai Zawil Qurba dan mendapat darjat Ahlul Bait.


Satu hal yang perlu diambil perhatian, nasab dikira berdasarkan anak-anak lelaki. Adapun anak perempuan tidak diambil kira. Sebab itu anak Uthman bin Affan dengan puteri nabi ٌRuqayyah binti Rasulullah SAW iaitu Abdullah dan Zubair bin Al-Awwam tidak dainggap Bani Hashim miskipun ibu mereka adalah perempuan Bani Hashim. Itu kerana bapa mereka bukan Bani Hashim.

*Ibu Zubair bin Al-Awwam adalah Safiyyah bt Abdul Mutalib. Oleh itu Safiyyah adalah seorang Hasyimiyyah. Dia dan Hamzah bin Abdul Mutallib adalah saudara seibu dan sebapa. Ibu mereka bernama Halah bt Wuhaib ( Wuhaib/ Uhaib adalah saudara kepada Wahab, ayah Aminah ibu nabi). Mulanya dia berkahwin dengan Al-Harith bin Harbin bin Umayyah. Setelah itu dia berkahwin pula dengan Al-Awwam bin Khuwailid dan dapat anak namanya Zubair, Saib, Abdul Kaabah dan Ummu Habib.  Al-Awwam mati terbunuh dalam Perang Al-Fijar. Safiyyah sempat masuk Islam dan hijrah ke Madinah. Dia hidup sampai tahun ke 20H (zaman Khilafah Umar Al-Khattab ) . Kuburnya ada di Baqi'.



Monday, April 22, 2024

NASAB IMAM SYAFIE

 Nama sebenar Imam Syafie adalah Muhammad bin Idris bin Al-Abbas bin Uthman bin Asy-Syafi' bin As-Sa-ib bin Ubaid bin Abdul Yazid bin Hashim bin Al-Mutallib bin Abdul Manaf bin Qusai.

Jika dilihat daripada nasab Imam Syafie, kelihatan jalur nasabnya bertemui dengan jalur nasab nabi Muhamamd SAW pada leluhur yang bernama Abdul Manaf.

Abdul Manaf adalah datuk nabi Muhammad SAW yang ke-3 sementara bagi Imam Syafie, Abdul Manaf adalah datuknya yang ke-9.

Al-Mutallib adalah saudara kepada Hasyim yang menjadi awal kepada Bani Hasyim. Bila Hasyim Meninggal di Gaza ketika dia dalam misi perdagangannya di sana, Al-Mutallib pergi ke Madinah mendapat anak Hasyim yang masih kecil dan tinggal bersama ibunya yang menjadi janda. Nama anak Hasyim itu adalah Syaibah yang kemduiannya terkenal dengan nama Abdul Mutallib.

Dari keturunan Mutallib itulah turunnya salasilah sampai kepada Imam Syafie.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Sahehnya, Nabi SAW telah bersabda:

إنما ‌بنو ‌هاشم، ‌وبنو ‌المطلب شيء ‌واحد

"Anak-anak hashim dan anak-anak Al-Mutallib adalah satu"


Maka, dalam hadis yang dinyatakan di atas, anak-anak Abdus Syams dan anak-anak Naufal terkeluar walaupun mereka juga adalah anak-anak Abdul Manaf. Nabinya hanya memberikan khumus dalam perang Khaibar kepada anak-anak Hashim dan anak-anak Al-Mutallib.Ini kerana hanya Ahli Bait yang diberikan Khumus. Justeru, Bani Hasyim dan Bani Al-Mutallib dikira sebagai Ahlul Bait.

Catatan: Sahabat nabi Uthman bin Affan, Abu Sufian, Muawiyah dan Amru bin Al-As adalah antara mereka yang bersusurgalur kepada Abdul Syams bin Abdul manaf . Sementara Naufal bin Abdul Manaf pula  menurunkan keturunan yang bernama Adi bin Naufal (anak sulung). Drai Adi itu datangnya anaknya yangbernama Mut'im yang telah membela nabi SAW sewaktu dihalang masuk ke Makkah selepas berdakwah di Taif. Nabi SAW pernah menyebutkan namanya dalam kes tawanan Perang Badar(riwayat Bukhari):

لو كانَ المُطْعِمُ بنُ عَدِيٍّ حَيًّا، ثُمَّ كَلَّمَنِي في هَؤُلَاءِ النَّتْنَى؛ لَتَرَكْتُهُمْ له.

"kalaulah Mut'im bin Adi masih hidup dan datang berbincang denganku tentang para tawanan perang itu, tentulah aku serahkan mereka kepadanya"


Jika demikian, Imam Syafie yang merupakan keturunan daripada Al-Mutallib bin Abdul Manaf dianggap sebagai Ahlul Bait.

Walau bagaimana para ulama tidak sepakat.

Menurut Imam Abu Hanifah, hanya Bani Hashim sahaja dianggap Ahlul Bait.

Demikianlah juga satu pandangan oleh Imam Ahmad bin Hambal

Imam Syafie memasukan juga Bani Al-Mutallib berdasarkan hadis yang telah dinyatakan. Inilah pandangan yang rajih.

Maka, disebabkan dua Bani itu adalah Ahlul Bait, maka haramlah atas mereka sedekah dan zakat. Haram juga sedekah dan zakat atas isteri-isteri nabi kerana mereka termasuk dalam makna Ahlul bait berdasarkan ayat 33 Surah Al-Ahzab.

IMAM SARAKHSI ULAMA YANG DIPENJARA DALAM PERIGI BUTA

Kisah Imam Sarakhsi, seorang fakih mazahab Hanafi dipenjarakan adalah satu kisah yang membawa kita kagum dengan kuasa ilmu. Ia juga beri kit...