Showing posts with label KHULAFA AR-RASYIDIN. Show all posts
Showing posts with label KHULAFA AR-RASYIDIN. Show all posts

Tuesday, July 2, 2024

PERANG AS-SIFFIN

Perang ini terjadi antara dua pasukan yang dipimpin oleh dua sahabat Nabi SAW. Ia terjadi pada tahun 37H. Kkedua-dua pasukan tentera adalah dari kalangan kaum muslimin. Satu pasukan di bawah pimpinan Saidina Ali binAbi Talib. Tenteranya adalah dari kalangan penduduk Iraq dan lain-lain. Jumlahnya dianggarkan 25 ribu orang. Di dalamnya ada 26 orang veteran Perang Badar Al-Kubra.

Sementara itu, satu pasukan lagi adalah di bawah pimpinan Saidina Muawiyah bin Abi Sufyan. Bersamanya adalah Amru bin Al-As. Tentera mereka dianggarkan 45 ribu orang.

Inilah peperangan yang sangat menyedihkan. Dua kelompok yang sama akidah dan sama-sama mengaku sebagai ummat Nabi Muhammad SAW berbentur dan menumpahkan darah. 

Kalaulah Nabi SAW dapat bangkit dan beryaqazoh, di sinilah keperluannya mendesak. Daripada bangkit bertemu sang Habib, Ahli Sufi itu dan ini, wali Allah sana dan sini yang didakwakan, maka kenapa tidak baginda Nabi SAW muncul dalam jaga kepada Muawiyah ataupun Ali melontarkan jalan keluar. Jika itu berlaku, tiadalah fitnah berpanjangan membaluti tubuh ummat Islam hingga hari ini. Namun, yaqazoh tak berlaku!


Saya merasa culas untuk menulis mengenai peperangan ini. Pun begitu, ia adalah sejarah penting yang tidak mungkin dihapuskan. Tidak dapat dipejamkan mata tentangnya. Saya akan sambung membuat catatan di sini bila ada kesempatan dan motivasi.

 Ammar bin Yasir,pada hari Siffin , berperang dalam barisan tentera Ali. Usia tatkala itu sudah lebih 90 tahun. Lembing di tangannya dan tangannya sudah bergegar. Dia berkata:

"Lembing ini, aku berperang bersama Rasulullah 3 kali dan ini kali ke-4.."

Lalu dia minta air untuk minum dan seorang perempuan bawakan susu. Dia minum dan kemudian berkata:" Benarlah apa yang disabdakan rasulullah SAW".

Ammar bin Yasir mai terbunuh dalam peperangan itu dan susu yang diminumnya itu adalah makanan terakhirnya sebagaimana disabdakan Nabi SAW. Pihak yang membunuhnya disifatkan sebagai "Al-Fiatul Baghiah"

Ada dua orang yang mengaku di depan Mua'wiyah dan Amru bin Al-As sebagai pembunuh Ammar bin Yasir. Amru berkata"

" Kamu berdua akan masuk neraka"

Muawiyah bertanya Amru tentang perkataannya yang menempelak pendokong sendiri . Amru binAl-As berkata: 

"Demikianlah yang aku dengar, Demi Allah, aku berharap kalau aku mati sebelum peristiwa ini 20 tahun!".

Baca: Kitab Tarikh Ibn Al-Wardi

Sunday, August 13, 2023

PERANG AL-JISR (PERANG JAMBATAN)

 Perang ini berlaku pada 23 Syaaban 13 H. Ianya adalah peperangan antara pasukan kaum Muslimin yang dipimpin oleh Abu Ubaid Mas'ud As-Tsaqafi melawan pasukan tentera Parsi yang dipimpin oleh Bahman Jazawiyyah.

Abu Ubaid As-Tsaqafi telah tiba memimpin  pasukan Muslimin menyerbu wilayah-wilayah Parsi pada 3 Sya'ban 13H. Beliau memimpin pasukan muslimin dalam siri-siri peperangan yang mencatatkan kemenangan iaitu Perang Namariq pada 8 Sya'ban , Perang Saqatiyyah pada 12 Sya'ban dan Perang Baqsiyatha pada 17 Sya'ban. Namun, apabila dia memimpin pasukan muslimin dalam Perang Al-Jisr pada 23 Sya'ban, beliau telah tersilap strategi yang mengundang kecelakaan serta kekalahan teruk kepada pasukan muslimin.

Perang ini dinamakan Perang Jisr (Perang Jambatan) kerana pasukan Muslimin telah membina jambatan untuk menyemberang bagi berdepan dengan tentera Parsi. Tindakan menyemberang sungai tersebut telah dilarang oleh beberapa kalangan pemimpin tentera di bawah Abu Ubaid. Antaranya adalah Muthanna bin Harithah yang mengatakan taktik menyemberang sungai adalah salah kerana ia akan membuat pasukan tentera Muslimin terkurung di kawasan yang sempit. 

Namun, Abu Ubaid tidak mempedulikan nasihat-nasihat orang kanannya. Dia menegaskan bahawa pasukan Muslimin buklanlah golongan yang takut untuk menyerbu. 

Akibatnya fatal. Ketika berdepan dengan tentera Parsi di semberang sungai yang dinamakan Qis An-Natif, tentera Parsi telah mempersiapkan 10 gajah yang membuatkan takut kuda-kuda perang pasukan Muslimin. 

Separuh tentera kaum muslimin yang berjumlah 9 ribu itu mati terbunuh samada dibunuh atau lemas. Termasuk yang mati adalah Abu Ubaid sendiri.

Pun begitu, yang terbunuh di pihak tentera Parsi juga bukan sedikit iaitu sekitar 6 ribu tentera. hanya, kerana jumlah mereka ramai, ia tidaklah ketara.

Bahaman Jazawaih mengirimkan utusan yang bernama Mirdan Syah bertemu dengan Abu Ubaid. Beliau seorang yang ahli dalam peperangan dan pandai membakar semangat Abu Ubaid. Katanya:

"Sama ada kamu yang menyemberang kepada kami atau kami yang menyemberang kepada kamu..."

Abu Ubaid bermesyuarat dengan kepala-kepala tenteranya. Antara mereka sahabat mulia ahli Badar bernama Sulait bin Qais. Dia mengemukakan pandangannya kepada Ubaid agar menunggu tentera Parsi menyembernag kepada mereka. 

Akan tetapi keputusan panglima mengejutkan semua. Bahawa pasukan Islam akan menyemberang. Sebenarnya Abu Ubaid didorong oleh semangat dan keberaniannya yang tidak strategik. Ini dimarakkan oleh mainan psikologi yang diucapkan oleh Mirdan Syah yang mengatakn bahawa pasukan Parsi mengatakan bahawa pasukan Muslimin pengecut.

Pantang dihina, Abu Ubaid meloncat  dan buat keputusan menyemberang dan itu satu keputusan yang amat silap dan membayar mahal.

Ketika perang berkecamuk dan tentera Islam telah tersepit, Muthanna bin Al-harith memimpin pasukannya memperbaiki jambatan. Usaha itu cuba dicegah oleh seorang bernama Abdullah bin Murthid As-Tsaqafi yang melihat perbuatan itu sebagai sebuah cubaan lari dari medan perang. Dia cuba merosakan kembali jambatan yang sedang dibaiki.  Namun, Muthanna pun menangkapnya dan mengikatnya . Kumpulan Muthanna akhirnya berjaya memperbaiki jambatan dan Muthanna menyeru pasukan tentera Muslimin untuk menyembernag kembali . Dia membentengi serangan tentera Parsi sementara memberi ruang kepada pasukan Islam menyemberang. Dalam usaha ini Muthanna mendapat banyak kecederaan yang membawanya meninggal 2 bulan selepas peperangan tragis itu.

Baca: Shamela

Baca:Islamstory

Tuesday, April 18, 2023

ASIM BIN AMRU AT-TAMIMI

Ketahuilah bahawa sejarah telah meninggalkan buat kita orang-orang hebat dalam pelbagai bidang. Demikian sejarah Islam, menitipkan buat kita model-model nggul untuk kita contohi.

Asim bin Amru At-Tamimi bukan ornag yang dikenali sebelum Islamnya. Dia masuk Islam zaman nabi dan menjadi sahabat baginda. Islam mengangkat namanya setinggi-tingginya. batu bersalut lumpur sungai sekalipun, bila dimahkotakan Islam, menjadi mulialah ia.

Tidakkah kalian lihat apa yang Al-Quran buat kepada budak-bdak yang gagal dalam pesekolahan? Budak-budak naka di sekolah rendah dan sering dibalun guru, dipatahkan harapan untuk menjadi insan berguna. Llau, takdirnya, dia tertarik ke mahad tahfiz dan menghafaz Quran. Dari batu kapur yang pecah ranap, dengan Quran ia menjadi mutiara yang dicincinkan dan disanjung . Bisa sahaja di pakai puteri raja atau menjadi cincin yang disaktikan. Demikianlah apa yang ISlam telah lakukan kepada para lelaki dalam sejarah.

Asim bin Amru At-Tamimi, kisahnya segar dan jadi sebutan .

Beliau adalah lelaki Bani Tamim yang datang ke Madinah masuk Islam pada zaman nabi SAW. Ketika itu nabi baru pulang dari perang Tabuk. Itu perang terakhir yang nabi pimpin dan kerana itu Asim bin Amru tidak berpeluang menyertai mana-mana peperangan bersama rasulullah SAW.

Selepas perang Nahawand, khalifah Umar Al-Khattab mengatur ketumbukan tentera jihadi ke seluruh Parsi. Antara tentera tersebut adalah tentera ke Sijistan. Ia dipimpin oleh Asim bin Amru. Beliau telah berjaya memacakkan panji Islam di sana dan beliau pun menjadi Wali di Sijistan sehinggalah dia meninggal tahun 29H

Monday, January 2, 2023

MALIK AL-ASYTAR

Siapakah Malik Al-Asytar?

Nama penuh beliau ialah Malik bin  Al-Harith An-Nakha'i  dan masyhur dengan gelaran Al-Asytar. Beliau merupakan seorang tabi'in yang berasal Kota Kufah dan seorang pejuang Arab yang terlibat dalam futuhat. Beliau wafat tahun  37 H.

Namanya penting kerana semasa dia menjadi gabenor di Mesir pada zaman kekhilafahan Saidina Ali bin Abi Talib, ada satu surat yang dikirimkan kepadanya oleh Saidina Ali selaku khalifah. Surat itu masih ada sampai hari ini dan ia menjadi formula awal kepada dasar-dasar PBB.

Surat tersebut diriwayat dengan sanda daripada Muhammad bin Al-Hasan At-Tusi, salah seorang ulama besar kurun ke-5H

(Bersambung...)

Tuesday, September 13, 2022

ABDUL RAHMAN BIN ZAID BIN ASLAM

 Pada satu musim haji, di zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar, Umar Al-Khattab telah membeli seorang hamba di Kota makkah bernama Aslam. Ahli sejarah berbeza tentang asal Aslam. Ada kata dia berbangsa Habsyi. Ada kata kata dia asal Yaman. Ada kata dia Asal Bani Adi berketurunan Quraisy.


Aslam mendapat keberuntungan daripada itu. Dia dapat berdamping dengan Umar, mengambil hadis daripada Abu Bakar dan Uthman bin Affan. Imam Az-Zahabi menyifatkannya dalam Siyar A'lam sebagai seorang imam yang faqih dna menjadi salah seorang perawi hadis dalam Sunnan Sittah.

Beliau meninggal tahun 80H.

Anaknya Zaid juga jadi alim dan perawi hadis. Az-Zahabi menyebutnya sebagai Al-Imam, Al-Qudwah, Al-Hujjah dan Al-Faqih.

Anak-anak kepada Zaid pula jadi jaguh dalam bidang hadis dan tafsir. Mereka ialah : Usamah, Abdullah dan Abdul Rahman.

Zaid bin Aslam meninggal tahun 136H.

Zaid bin Aslam tidak pernah bertemu Umar Al-Khattab dan tidak bertemu ramai kalangan sahabat yang lain . Maka hadis-hadis yang diriwayatnya daripada mereka adalah kebanyakan Mursal.

Banyak pengarang menulis "Zaid bin Aslam maula Umar Al-Khattab". Sebenarnya maksud pengarang adalah Aslam bukan Zaid. namun Jika Zaid pun dinisbahkan bsebagai Maula Umar, boleh juga kerana dia anak Aslam.

Abdul Rahman bin Aslam meninggal di Madinah di awal zaman pemerintahan Harun Ar-Rasyid (182H)

Dalam tafsir Al-Qurtubi, jika ditemui nama Ibn Zaid, itulah Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam maula Umar Al-Khattab. Namanya juga berlegar dalam kitab tafsir lain seperti Tafsir Abdurrazaq, As-Tsa'labi dll.

Abdul Rahman belajar dengan bapanya dan juga Ibn Al-Munkadir!

IMAM SARAKHSI ULAMA YANG DIPENJARA DALAM PERIGI BUTA

Kisah Imam Sarakhsi, seorang fakih mazahab Hanafi dipenjarakan adalah satu kisah yang membawa kita kagum dengan kuasa ilmu. Ia juga beri kit...