Thursday, September 26, 2024

Dia dari kalangan Mukhbitin

Ar-Rabi' bin Khusaim adalah seorang tabiin yang saleh . Dia mengambil ilmu daripada Abdullah bin Mas'ud

 Ibn Mas'ud berkata kepada Ar-Rabi' bin Khusaim:

يا أبا يزيد ، لو رآك رسول الله -صلى الله عليه وسلم- لأحبك ، وما رأيتك إلا ذكرت المخبتين 


Wahai Abu Yazid, seandainya Rasulullah melihatmu, tentu dia akan menyukaimu. Setiap kali aku melihatmu aku akan teringat golongan yang disebutkan sebagai Al-Mukhbitin".


Perkataan Ibn Mas'ud itu merujuk kepada firman Allah SWT dalam Al-Quran, Surah Al-Hajj, ayat 34 :

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكًا لِّيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ ۗ فَإِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ فَلَهُ أَسْلِمُوا ۗ وَبَشِّرِ الْمُخْبِتِينَ

Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (kurban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, karena itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah),

Kata Imam Al-Qurtubu dalam tafsirnya, "al-mukhbitin" ialah :

Orang beriman yang mempunyai sifat tawadhuk dan khusyuk

Ia di ambil daripada kata akar (  خبت   ) yang bermaksud :

ما انخفض من الأرض

Imam At-Tobari menyebutkan definisi Al-Mukhbitin dengan katanya:


الخاضعين لله بالطاعة، المذعنين له بالعبودية، المنيبين إليه بالتوبة.

"Orang yang tunduk kepada Allah SWt dengan ketaatan, merendehakan diri dalam peribadatan dan sentiasa kembali kepadaNya dengan taubat".

Dalam ayat berikutnya iaitu ayat 35 Allah menjelaskan sifat Al-Mukhbitin itu dengan firmannya:


الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَالصَّابِرِينَ عَلَىٰ مَا أَصَابَهُمْ وَالْمُقِيمِي الصَّلَاةِ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ (35)
 (yaitu) orang-orang yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa mereka, orang-orang yang mendirikan sembahyang dan orang-orang yang menafkahkan sebagian dari apa yang telah Kami rezekikan kepada mereka.



Sifat mulia yang diberikan kepada Ar-Rabi' bin Khusaim ini amat bersesuaian dengan watak dan kepribadiannya.

Imam As-Tsauri meriwayatkan perkataan seseornag lelaki yang menceritakan kisah ayahnya yang berkata: Aku telah duduk bersama Ar-Rabi' bin Khusaim selema bertahun-tahun dna dia tidak pernah bertanya kepadaku tentang hal orang lain kecuali ada satu ketika  dia bertanya kepadaku: "Apakah ibumu masih hidup?"

Ertinya Ar-rabi' bin Khusaim adalah seornag yang sangat menjauhkan diri dari mengumpati orang. Allah Allah....alangkah jauh bezanya dengan kita. Amat sukar sekali kita hendak menjaga lidah kita daripada menyebut tentang perihal ornag.

Orang yang kita panggil ornag soleh hari ini, lihatlah apakah lidahnya selamat daripada mengumpati orang? Selamatkah lidahnya daripada mencela, menggelar dan menyebutkan keburukan orang? Alangkah jauhnya kesolehan di mata kita dengan kesolehan para salafus soleh!


Lihat pula bagaimana kelakuan orang yang yang dikatakan wali Allah pada zaman ini. bandingkan dengan jawapan oleh Ar-Rabi' bin Khusaim sebagaimana riwayat As-Tsauri menyebutkan bahawa tatkala ditanya orang kepada Ar-Rabi':

"Bagaimana keadaan dirimu hari ini?" 

Maka jawapnya:

ضعفاء مذنبين ، نأكل أرزاقنا ، وننتظر آجالنا 

"Saya hari ini orang lemah yang berdosa, makan razeki Allah yang dikurniakan sambil menunggul sampainya ajal!"

Telusuri pula kisah-kisah ornag yang didakwa sebagai wali Allah pada zaman-zaman selepas zaman Salaf. Biasa amat mereka berkata dengan kata-kata mengangkat dirinya  seperti:
Aku telah mikraj ke langit!
Aku nampak (kasyaf) apa yang kalian tidak nampak!
Kami para wali telah berenang di laut yang mana para nabi-nabi tersekat di pantainya!

Kalam pernuh kebanggan tentang kedudukan dan maqam diucapkan. Bandingkan pula dengan kalam salaf yang soleh seumpama Ar-rabi' bin Khusaim. Penuh tawadhuk dan rendah diri. Merasa diri berdosa....tidak meyakini syurga sebagai miliknya.

Ada seorang Habib Yaman menceritakan kisah leluhurnya yang pergi melawat syurga dan bila pulang ada kesan pasir syurga di tapak kakinya. Apa ini? Semasa hidup lagi telah meresakan leluhur itu bakalan ahli syurga. Abu Bakar dan Umar menangis takut tidak masuk syurga. Siapa orang itu untuk merasa selamat daripada neraka Allah kalau para sahabat sendiri sentiasa takut ancaman neraka?











Wednesday, September 11, 2024

Syeikh Sulaiman al-Bujairimi

Syeikh Sulaiman al-Bujairimi: Pengarang Hashiyyah al-Bujairimi

- Nama beliau ialah Sulaiman bin Muhammad bin ‘Umar al-Bujairimi. Beliau dilahirkan di Bujairim pada tahun 1131 Hijrah/1719 Masihi.


- Bujairim merupakan sebuah perkampungan yang terletak di wilayah al-Gharbiyyah, Mesir.


- Nasab beliau bersambung dengan Syeikh Jum’ah al-Zaidi yang bersambung nasabnya sehingga Muhammad bin al-Hanafiyyah, anak Saidina ‘Ali.


- Beliau datang ke Kaherah ketika beliau masih kecil, sebelum mencapai usia baligh lagi.


- Beliau dijaga oleh salah seorang saudaranya yang bernama Syeikh Musa al-Bujairimi.


- Beliau menghafal al-Quran di bawah bimbingan Syeikh Musa tersebut sehinggalah beliau mencapai usia yang layak untuk menuntut ilmu.


- Beliau lalu belajar dengan Syeikh al-‘Asymawi kitab-kitab seperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan al-Termizi, Sunan Abu Daud, al-Syifa karangan al-Qadhi ‘Iyadh, al-Mawahib al-Laduniyyah karangan al-Qasthalani, Syarah Manhaj al-Thullab karangan Zakariyyah al-Ansari, Syarah Minhaj al-Thalibin karangan al-Ramli dan Ibnu Hajar al-Haitami.


- Antara guru-guru beliau yang lain ialah Syeikh al-Hifni, Syeikh al-Dairabi, Syeikh Ali al-Sa’idi, al-Sayyid al-Bulaidi, Syeikh ‘Athiyyah al-Ajhuri dan lain-lain.


- Antara ulama yang mengijazahkannya ialah Syeikh al-Malawi, Syeikh al-Jauhari dan Syeikh al-Madabighi.


- Syeikh Abdul Razak al-Baithar memuji beliau sebagai seorang alim, faqih, muhaddith, penutup ulama muhaqqiqin, baki ulama salaf, kaabah para ulama, rujukan para fuqaha dan lain-lain pujian.


- Antara karangannya ialah Hashiyyah al-Bujairmi ‘Ala Syarah al-Khatib iaitu hashiyyah ke atas kitab al-Iqna’ karangan al-Khatib al-Syarbini yang mensyarahkan kitab matan Abi Syuja’. Kitabnya yang lain ialah Hashiyyah al-Bujairmi ‘Ala Syarah Manhaj al-Thullab karangan Zakariyya al-Ansari, empat jilid. Kitab beliau boleh dimuat turun di pautan berikut:

IMAM SAHNUN

 Nama penuhnya adalah Abu Said Abdus Salam Sahnun bun Said bin Habib bin Hassan bin Hilal bin Bakkar bin Abdullah nbin Rabi'ah At-Tanukh...