Friday, August 29, 2025

AR-RABI' BIN ANAS

Beliau adalah Ar-Rabi' bin Anas bin Ziyad Al-Bakri Al-Basri, Al-Khurasani, Al-Muruzi

Beliau adalah dari keturunan keluarga Bakar bin Wa-il dan tinggal di Basrah

Apabila Hajjaj bin Yusuf As-Tsaqafi menzalimi penduduknya, beliau lari ke Marwu dan apabila pemerintahan beralih kepada Abbasiyyah, dia menjadi buruan kerajaan  dan akhirnya dipenjara selama 9 tahun ketika Abu Muslim Ak-Khurasani berkuasa di sana.

Beliau mati dalam penjara semasa kekuasaan khalifah Abu Jaafar Al-Mansur iaitu pada tahun 139H.

Beliau belajar daripada Anas bin Malik dan diriwayatkan sempat bertemu Abdullah bin Umar bin Al-Khattab dan juga Jabir r.a.

Beliau sempat mengambil dan meriwayatkan daripada Abu Al-Aliyah Ar-Riyahi. Dalam biografi Abu Al-A'liyah, disebutkan bahawa ilmunya lenyap kecuali apa yang diriwayatkan oleh Ar-Rabi' bin Anas.

Beliau juga meriwayatkan daripada Hasan Al-Basri. Katanya:


اختلفت إلى الحسن عشر سنين -أو ما شاء اللَّه من ذلك- فليس من يوم إِلا وأنا أسمع منه شيئًا لم أسمعه قبل ذلك


Catatan: Para ulama pada zaman tersebut menghadapi tekanan daripada para penguasa. Ulama terpaksa lari bersembunyi dan ilmunya diambil oleh para murid dalam keadaan sukar. Guru dalam penjara dan murid belajar dari luar penjara. Mereka mati sebagai banduan.

Maka, apa hinanya bergelar banduan? Mulia sangatkan jika ulama itu tidak pernah dipenjara? 

Sedangkan dalam lipatan sejarah, penjara adalah tempat para ulama, para Nabi juga serta cendikiawan, baik yang muslim maupun yang kafir. Kita akan temui dalam rekod sejarah, ramai sekali manusia hebat yang dihumbankan ke penjara!Kerana itu, jika ada orang menyepelekan seorang banduan, ingatlah bahawa sirah para ulama, tokoh dan insan hebat banyak dipenjara!





No comments:

Post a Comment

AR-RABI' BIN ANAS

Beliau adalah Ar-Rabi' bin Anas bin Ziyad Al-Bakri Al-Basri, Al-Khurasani, Al-Muruzi .  Beliau adalah dari keturunan keluarga Bakar bin ...