Seorang sahabat Nabi Muhammad SAW yang digelar dengan Dafiinul Mala-ikah( Dikebumikan oleh malaikat).
Beliau adalah 'Asim bin Tsabit BIN Abi Al-Aqlah.
Beliau adalah kalangan sahabat nabi dari kaum Ansar yang dibilang generasi awal masuk Islam. Beliau dari puak Aus.
Dalam perang Badar, beliau telah berjaya membunuh musuh yang merupakan ayah, suami dan anak kepada seroang wanita Quraisy kafir Makkah yang bernama Sulafah binti Saad Al-Qurasyiyyah.
Dia bersumpah untuk minum arak dalam kepala pembunuhnya itu.
Selepas Perang Uhud, telah datang kepada Nabi SAW di Kotab Madinah beberapa wakil daripada puak 'Adhal dan Al-Qarah, dua puak yang kecil jumlahnya. Mereka meminta dikirimkan bersama merreka orang yang boleh menyebarkan dakwah Islam kepada mereka dan membaca Quran.
Maka Rasulullah mengirimkan enam ornag sahabatnya diketuai oleh Mursid bin Abi Mursid. Dalam rombongan itu ada 'Asim bin Tsabit dan Juga Khubaib bin 'Adi. Namun, ketika mereka berada di tempat yang disebut sebagai Telaga Ar-Raji', mereka dikhianati. Mereka telah dikepung dan diserang oleh dua puak besar yang bernama Bani Lihyan
Sahabat 'Asim itu telah gugur syahid dalam peristiwa Telaga Ar-Raji' yang berlaku pada tahun 4 H
'Asim telah berdoa agar Allah memelihara jasadnya:
Ketika musuh mahu memotong kepalanya untuk diberikan kepada Sulalah, kawanan lebah datang mengurungnya. Musuhnya menunggu hingga senja supaya lebah berlalu. Tapi hujan turun menjelang petang sehingga banjir dan mengnyutkan jasadnya hingga tertanam di tempat yang tidak diketahui. Maka selamatlah jasadnya dalam pelioharaan Allah SWT hingga hari kiamat!
Pengajaran dari kisah Asim bin Tsabit:
1) Siapa yang berpegang dengan janjinya kepada Allah SWT Allah menunaikan janjinya. Asim tlah buat perjanjian dengan Allah supaya jasadnya tidak disentuh musyrik, maka Allah memelihara jasadnya selepas dia syahid.
2)
No comments:
Post a Comment