Saturday, February 14, 2026

RAMALAN KAAB TENTANG KEMATIAN UMAR AL-KHATTAB.

Dalam Tarikh At-Tobari di bawa datang riwayat mengenai perkataan Ka'ab Al-Ahbar kepada Amirul Mukminin Umar Al-Khattab:

Satu hari Kaab Al-Ahbar mendatangi Umar dan berkata:

" Wahai Amirul Mukminin, berilah wasiat kekahlifahan, kerana anda akan mati dalam tempoh 3 hari lagi!".

"Bagaimana engkau tahu?" tanya Umar Al-Khattab.

" Aku mendapatinya dalam kitab Taurat", jawab Kaab.

" Allah! Kau jumpa nama Umar dalam Kitab Taurat?? " Tanya Umar dengan kaget.

" Bukan nama Umar. Hanya sifat dan ciri-cirimu", Ujar Kaab." Sesungguhnya ajalmu telah hampir".

" Umar akan mati tanpa sakit ? Umar Al-Khattab kehairanan.

Apabila berlali sehari, Kaab mendatangi Umar dan mengingatkannya bahawa berbaki lagi 2 hari. Sehinggalah 3 hari berlaki dan hari terakhir, Kaab mengatakan kepada Umar: 

"Tinggal sehari semalam lagi....tempohmu hingga menjelang pagi!", ujar Kaab.

Pada waktu Subuh, Umar pun keluar solat Subuh sedangkan ramai ornag sudah berbaris dalam saf. Tika itulah Abu Lu' Lu' Al-Majusi muncul di kalangan ornag ramai dengan khanjar di tangannya . Khanjar itu ada 2 mata dan dia memegang bahagian tengahnya. Bila Umar telah angkat takbir untuk mengimami solat, dia pun merempuh dan menikam Umar. Umar mendapat 6 tikaman dan salah satunya adalah di bawah pusatnya. Itulah luka yang menjadi sebab kematiannya.

Allahumma La'nan buat Abu Lu' Lu'. Celaka dan celakalah mana-mana golongan yang mengangkat Abu Lu'Lu' sebagai perwira kerana kerja jahatnya itu!


PERHATIAN: Kisah ramalan Kaab ini menjadi buah segolongan orang untuk menuduh Kaab sebagai orang yang membuat pakatan jahat untuk membunuh Umar. Kaab dituduh sebagai Yahudi yang menyamar dan kononnya dia bersekutu dengan A bu Lu'Lu'. Ini adalah teori konspiarasi yang direka. 


Baca : Kitab Hison Torwadah Al-Gharah Al-Fikriyyah dari laman Maktabah Syamilah

RAMALAN KAAB TENTANG KEMATIAN UMAR AL-KHATTAB.

Dalam Tarikh At-Tobari di bawa datang riwayat mengenai perkataan Ka'ab Al-Ahbar kepada Amirul Mukminin Umar Al-Khattab: Satu hari Kaab A...