Tuesday, January 30, 2024

UMAYYAH BIN ABI AS-SALT

Namanya adalah Umayyah bin Abi As-Salt, merupakan seorang penyair terkenal zaman Jahiliyyah berasal dari Taif. Ayahnya Abu As-Salt bin Rabia'ah  juga seorang  penyair yang terkenal.

Dari tinggalan Syairnya, Umayyah dikenal sebagai ornag yang mempunyai hubungan dengan Ahli Kitab dan juga tokoh-tokoh yang mengengkari penyembahan berhala. Dia mengabadikan kata-katanya mengenai kepercayaan dan keimanan itu dalam syairnya. Syairnya membawa mesej ketauhidan. Dia menitipkan dalamnya tentang penciptaan langit, bumi dan para malaikat serta perkara-perkara yang ramai penyair lain tidak menyentuhnya.

Dia juga membaca kitab-kitab terdahulu, menolak penyembahan berhala dan mengkhabarkan tentang kemunculan nabi akhir yang dijanjikan. Hanya dia berharap dialah nabi itu. Apabila munculnya nabi Muhammad SAW, dia dihasut kecemburuannya dan dengki kepada nabi Muhammad SAW, maka dia menkufuri kenabian Rasulullah SAW.

Kalaulah tidak kerana munculnya nabi Muhammad SAWm hampirlah kaum Tsaqif mengangkat dan mendakwa Umayyah sebagai nabi kerana watak dan perkataannya berada dia ats jalur keimanan kitab-kitab terdahulu.

Beliau , menerusi syair-syairnya banyak menyentuh soal hari kebangkitan dan hisab, syurga dan neraka dan beliau dilihat sebagai tokoh dalam penganut agama hanif dan dia sebaris dengan nama-nama lain seperti Waraqah bin Naufal, Qis bin Sa'adah, Uthman bin Huwairith dan lain-lain.

Menurut Ibn Hajar Al-Asqalani, Umayyah bin Abi As-Salt hidup pada zaman Rasulullah SAW sebagai nabi hingga dia meninggal pada tahun ke-9 H dan dia mati dalam keadaan kafir kepada agama Islam.

Ada pandangan menyebutkan ayat yang berbunyi:


( الذي آتيناه آياتنا فانسلخ منها ) [الأعراف 175]
Adalah diturunkan mengenainya.


Musuh-musuh Islam, tatkala cuba melemparkan keraguan terhadap Al-Quran mengaitkannya dengan Syair Umayyah bin As-Salt. Dikatakan oleh merrekla bahawa nabi Muhamamd terilham dengan syair-syair Umayyah bin As-Salt. Mereka cuba membandingkan tinggalan syair Umayyah bin As-Salt dengan Quran. Maka dibuat hipotesis separa masak bahawa nabi Muhammad SAW meniru kata-kata Umayyah bin As-Salt;




Baca: Islamqa








No comments:

Post a Comment

A'sya bin Qais , penyair yang hampir masuk Islam .

A'sya adalah gelaran kerana matanya yang rabun. Kalimah A'sya dalam bahasa Arab bermaksud seorang yang tidak nampak di malam hari ....