Namanya Abdullah bin Ali An-Najdi Al-Qusaimi. Lahir tahun 1907 di Buraidah, Arab Saudi dan meninggal pada 9 Januari 1996 di Kaherah Mesir.
Mulanya seorang tokoh pendakwah Salafiah yang hebat dari Arab Saudi. Dia dujuluki gelaran Ibn Taimiyyah II.
Awalnya dia dipabnggil Abdullah An-najdi.
Tapi akhirnya dia bertukar menjadi seorang mulhid mati sebagai Mulhid.
Kisah perjalanan hidupnya menjadi iktibar buat kita bahawa permulaan seseorang tidak semestinya sama dengan pengakhirannya. Jika dilihat kepada sirah pengajiannya, dia mengambil ilmu daripada ulama-ulama hebat zamannya
Tahun 1927 beliau menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar, namun berhenti kerana dia banyak mengkritik tokoh-tokoh ulama Al-Azhar dan mengangkat pemikiran yang dikatakan Salafiah Wahabiah.
Mulanya di Tanah Haram Mekah dia mengarang kitabnya yang bernama As-sira' baina Islam Wal watsaniyyah (Boleh semak-ada 2 jilid) mendapat sambutan ramai kerana hujah-hujahnya yang hebat. Ramai ulama memujinya
Namun, kemudiannya dia balik ke Mesir dan mengarang kitab bertajuk "Hazihi Hiyal Aghlal" yang menimbulkan kejutan. Dia dengan jelas mengkritik Islam dan mengisytiharkan kemutadannya.
Keadaan yang dialami oleh Abdullah Al-Qasimi ini disebut "Intikas".
إنتكاس
No comments:
Post a Comment