Ketinggian himmah adalah "value" yang sangat mahal nilainya pada seseorang. Inilah harta yang tidak ternilai ada pada para ulama. Biar rupa tak hensom, badan tak sasa dan cacat fizikal sekalipun, kalau diri punya ketinggian himmah, tidak mengapa.
Inilah yang kita pelajari daripada para ulama yang muncul sepanjang sejarah.
Salah satu ulama yang punya ketinggian himmah tersebut adalah Ato' bin Abi Rabah.
Namanya adalah Abu Muhammad Ato' bin Abi Rabah Aslam bin Safwan, lahir tahun 27 H di Junda, satu tempat di Yaman , iaitu di masa pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan dan wafat tahun 114H.
Beliau adalah seorang Tabi'in yang mulia dan menuntut ilmu daripada lebih 200 sahabat Nabi.
Mulanya dianya seorang hamba berkulit hitam , lalu dimerdekakan. Dia buta sebelah mata dan pula tempang. Dia tidak ada rumah buat tidur melainkan di Masjidil Haram.
Dia adalah bekas hamba Keluarga Abi Maisarah bin Abu Khusaim Al-Fihri dan digelar Abu Muhammad.
Sungguhpun dia kurang dari sudut fizikal, namun dari sudut akal dan rohani, dia tiada tandingan di zamannya. Beliau adalah mufti Kota Makkah pada masa hayatnya.
Sungguhpun dia banyak mendampingi Ibn Abbas, riwayat-riwayat tafsirnya tidak melebih murid-murid Ibn Abbas yang lain seperti Mujahid dan Said bin Jubair. Ini kerana dia tidak gemar meriwayatkan tafsir dengan pandangannya.
Ibn Abbas, apabila orang Mekah memintanya sesuatu fatwa dia berkata: Kamu meminta fatwaku sedangkan di kalangan kalian ada Ato'???
Dia pernah berkata tatkala diminta pandangannya:
إنى لأستحي من الله أن يُدان في الأرض برأيي.
Baca: Islamweb
Pada satu Musim Haji, Khalifah Sulaiman bin Abdul malik dari dinasti Bani Umayyah datang ke Makkah bagi melaksanakan haji. Bersamanya dua ornag anaknya. Beliau ada masalah feqah haji yang mahu ditanyakan. Lalu ditunjukkan orang bahawa Ato' adalah orang yang patut ditanya. Mereka pun mencari Ato' dan ketika itu Ato' sednag solat di depan Kaabah. Sulaiman bin Abdul Malik serta dua anknya berdiri di belakang Ato' hingga dia selesai solat. Apabila selesai solat, Ato' ditanya masalah feqah yang membuku dalam fikiran khalifah Sulaiman, Ato, tidak pun berpaling dna dia menjawab soalan-soalan yang diutarakan. Sehinggalah habis ditanya, Ato' tidak berpaling menghadap khalifah. Ia adalah lambang sikapnya tidak berhajat kepada penguasa dan harta.
Khalifah Sulaiman, setelah itu berpesan kepada anaknya: Wahai anakku, tuntutlah olehmu ilmu. Ayah tidak boleh lupa betapa hinanyanya kita di depan hamba yang hitam (kerana ilmu dalam dadanya)
baca : Shamela
Pujian-pujian buat Ato':
- Ibnu Juraij telah berkata: Ketika Ato' telah berusia dan dia menjadi lemah, dia masih bangun solat dan membaca 200 ayat daripada surah Al-Baqarah dalam keadaan qiam dan tidka bergerak sedikit pun.
- Ibn Abi Laila menyebutkan bahawa Ato' telah berhaji sebanyak 70 kali.
- Abdul malik bin Juraij menyebutkan: Masjildil Haram adalah tempat tidur Ato' selama 20 tahun hin gga dia meninggal
- Abdul razaq bin Hammam berkata: Penduduk Makkah mengambil cara solat daripada Ib Juraij. Ibn Jurai mengambilnya daripada Ato' bin Abi Rabah. Ato' pula mengambilnya daripada Abdullah bin Az-Zubair. Abdulla bin Az-Zubair mengambilnya daripada Abu Bakar As-Siddiq dan Abi Bakar mengambilnya daripada Rasulullah SAW dan Rasulullah mengambilnya daripada Jibrail A.S dan Jibrail daripada Allah SWT.
الثناء على عطاء بن أبي رباح
قال محمد بن علي بن حسينٍ: ما بقي أحدٌ أعلم بمناسك الحج من عطاء بن أبي رَباحٍ.
قال أبو زرعة الرازي: عطاء بن أبي رَباحٍ مكيٌّ ثقةٌ.
قال الشافعي: ليس في التابعين أحد أكثر اتباعًا للحديث من عطاء.
قال سعيد بن أبي عَرُوبة: إذا اجتمع أربعة لم أبالِ بمن خالفهم: الحسن، وسعيد بن المسيَّب، وإبراهيم، وعطاء، هؤلاء أئمة الأنصار.
قال إبراهيم بن عمر بن كيسان: أذكرهم في زمان بني أمية يأمرون في الحاج صائحًا يصيح: لا يفتي الناس إلا عطاء بن أبي رَباحٍ.
قال ربيعة بن عبد الرحمن: فاق عطاءُ بن أبي رَباحٍ أهلَ مكة في الفتوى.
قال النووي: اتفق العلماء على توثيق عطاء بن أبي رَباحٍ وجلالته وإمامته
قال محمد بن عبد الله بن عمرو بن عثمان بن عفان: ما رأيت مفتيًا خيرًا من عطاء بن أبي رَباحٍ، إنما كان في مجلسه ذكر الله لا يفتُرُ وهم يخوضون، فإن تكلم أو سئل عن شيءٍ أحسن الجواب.
روى أبو نعيم عن أسلم المنقري، قال: "كنت جالسًا مع أبي جعفرٍ الباقر فمر عليه عطاءٌ، فقال: ما بقِيَ على ظهر الأرض أحدٌ أعلم بمناسك الحج من عطاء بن أبي رَباحٍ، سمعت سليمان بن أحمد يقول: سمعت أحمد بن محمدٍ الشافعي، يقول: كانت الحلقة في الفتيا بمكة في المسجد الحرام لابن عباسٍ، وبعد ابن عباسٍ لعطاء بن أبي رَباحٍ".
قال أحمد بن حنبل: عطاء بن أبي رَباحٍ مكيٌّ تابعيٌّ ثقةٌ، وكان يفتي أهل مكة في زمانه.
قال عمرو بن دينار ومجاهد وغيرهما من أهل مكة: لم يزل شأننا متشابهًا متناظرين حتى خرج عطاء بن أبي رَباحٍ إلى المدينة، فلما رجع إلينا استبان فضله علينا.
قال أبو حنيفة: ما رأيتُ فيمن لقيتُ أفضلَ من عطاء بن أبي رَباحٍ.
قال قتادة بن دعامة: عطاء بن أبي رَباحٍ أعلم أهل زمانه بالمناسك.
قال يحيى بن معين: عطاء بن أبي رَباحٍ ثقةٌ.
قال إسماعيل بن أمية: كان عطاءٌ يُطيل الصمت، فإذا تكلم يخيَّل إلينا أنه يؤيد.