Namanya adalah Abu Bakar Muhammad bin Sirin. Beliau lahir tahun 33 H, pada zaman pemerintahan Uthman bin Affan. Ayahnya Sirin adalah hamba kepada Anas bin Malik yang diperolehinya sebagai bahagiannya setelah memenagi peperangan Ainu At-Tamr yang dipimpin oleh Khalid bin Al-Walid semasa kekhilafahan Abu Bakar As-Siddiq. Maka Sirin itu jadi hamba mukatab yang diberi tempoh menebus dirinya. Anas mendapati Sirin banyak hartanya hasil daripada perniagaan, lalu Anas merasa enggan Sirin merdeka terlalu cepat lalu dia bertahkim kepada khalifah Umar untuk dipendekkan tempoh yang diberikan kepada Sirin. Namun Sirin dapat menebus dirinya sebelum tempoh yang diawalkan. Maka, Sirin pun merdeka.
Ibunya bernama Sofiah yang merupakan hamba kepada Abu Bakar As-Siddiq yang juga dibebaskan.
Lahirnya Ibn Sirin di Kota Basrah dan membesar serta meneguk ilmu daripada para sahabat yang menghuni di sana.
Ibn Sirin terkenal meriwayatkan hadis termasuk hadis-hadis yang ada dalam Saheh Bukhari dan Muslim serta 4 kitab hadis yang lain.
Jumlah hadis yang diriwayatkan jika dihitung adalah 874 buah.
Ibn Saad dalam Tibaqat menyebutkan bahawa Ibn Sirin mandi setiap hari dan dia masyhur dengan penyakit was-was. Apabila dia berwuduk, dia basuh kakinya hingga ke betis.
Ibn Sirin wafat di Kota Basrah pada tahun 110H
Contoh-contoh Tafsir Mimpi Oleh Ibn Sirin:
- Siapa bermimpi melihat Tuhannya, dia akan masuk syurga.
- Seorang lelaki berkata dia bermimpi menenggala tanah yang tidak menumbuhkan tanaman, Ibn Sirin menafsirkannya sebagao lelaki yang melakukan 'Azal terhadap isterinya.
- Seorang lelaki mengatakan dia bermimpi terbang antara langit dan bumi. Ibn sirin menaffsirkan lelaki itu seornag yang banyak air mani.
Baccan : Deobandi
No comments:
Post a Comment