- Perang ini adalah melibatkan tentera bani Umayyah dari Syam dengan penduduk Madinah. Al-Munawarah.
- Tahun 60H Muawiyah wafat dan digantikan dengan anaknya Yazid.
- Hussain bin Ali adalah antara tokoh yabng menolak penetapan sistem pemerintahan atas dasar pewarisan sedemikian
- Dalam masa yang sama , datang pelawaan penduduk Kufah dan Basrah untuk mendokong Hussain dan membai'ahnya selaku khalifah
- Hussain menyahut jemputan itu dan mengirimkan sepupunya Muslim bin Aqil ke Iraq neninjau keadaan.
- Tahun 61H, terjadilah tragedi Karbala di mana Hussain matu terbunuh dengan kejam di tangan tentera Bani Umayyah.
- Tahun-tahun berikutnya berlaku kekacauan politik
- Ibn Zubair bangkit melawan Yazid pada tahun 63H dan menajdikan Makkah sebagai pusat gerakannya.
- Di Madinah juga penduduknya bangkit menentang Yazid
- Di Irak pada tahun 65H, muncul gerakan pihak yang mensesali terbunuhnya Hussain dan menamakan diri mereka At-Tawwabin.
Baca :Al-jazeera
- Penduduk Madinah mencabut kesetiaan mereka kepada Yazid dan menghalau keluar gabenornya (Uthman bin Muhammad bin Abu Sufyan)
- Abdullah bin Hanzalah Al-Ansari ditunjukkan sebagai pemimpin penduduk Madinah.
- Ada penduduk Madinah yang tidak bersetuju, antaranya Abdullah bin Umar.
- Tindakan penduduk Madinah mengundang amarah Yazid dan beliau mengirimkan pasukan untuk menangani penduduk Madinah.
- Tentera Bani Umayyah dipimpin oleh Muslim bin Uqbah.
- Beliau pernah bertemu Rasulullah SAW dan dalam perang Siffin dia berperang di pihak tentera Muawiyah
- Waktu Perang Hirrah, umurnya sudah menjangkau lebih 90 tahun
- Sahabat Nabi dari kalangan Ansar dan Muhajirin yang masih ada di Madinah telah dibunuh
- Kuda-kuda tentera Bani Umayyah masuk masjid nabawi, kencing dan berak di dalam masjid , antara Raudhah dan kubur Nabi SAW.
- Masjid Nabawi tidak ada orang solat di dalamnya selama 3 hari kecuali Said bin Al-Musayyab yang disaksikan sebagai gila oleh Amru bin Uthman bin Affan dan Marwan bin Al-Hakam.
- Harta dirampas
- Madinah diselongkar selama 3 hari.
- Wanita muslimah dirogol-sebahagian ulama mengengkari kejadian pemerkosaan itu. Namun Ibn Taimiyyah dalam Majmuk Fatawa mengenainya dan tidak mengengkarinya. Demikian Ibn kathir dan Ibn Hajar menyebutkannya.
- Muslim bin Uqbah disebutkan sebagai Musrif bin Uqbah kerana sifatnya yang menimpahkan darah.
- Dia mati dalam perjalanan menuju Makkah dalam rangka memerangi Abdullah bin Zubair,elepas 3 hari Perang Harrah
- Jika dilihat period antara peristiwa Hussain terbunuh di Karbala pada tahun 61H dengan Perang Harrah paa tahun 63H, dapat dikatakan bahawa pemberontakan penduduk Maidnah bukan atas sebab tragedi pembunuhan Husain. Jika tragedi pembunuhan Hussain faktornya, sudah tentu ia akan berlaku segera.
- Maka ada faktor lain tindakan penduduk Madinah itu.
- Ada pandangan mengatakan ia berkaitan dengan pemilikan tanah subur sekirat Madinah yang dikuasai oleh keluarga bani Umayyah.
- Perolehan harta Bani Umayyah itu adalah dengan jalan membeli tanah-tanah orang lain dengan tawaran harga yang mahal
- Antara puak Talibin, ada yang jual tanah mereka kepada Bani Umayyah seeperti kes Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib yang menjual tanah yang dihadiahkan oleh sepupunya Hussain bin Ali kepada Muawiyah dengan harga yang tinggi (dikatakan 2 juta Dirham)
Bacaan: Islamqa
Baca: Al-Jazeera
Beberapa catatan:
Dalam Syarah Saheh Muslim (Jil 16 Ms 99), Imam An-Nawawi menyatakan sikap Ahli Sunnah mengenai peperangan antara Ibn Zubair dengan Hajjaj bin Yusuf As-Tsaqafi.. Katanya:
ومذهب أهل الحق أن ابن الزبير كان مظلوما. وأن الحجاج ورفقته كانوا خوارج عليه.
Maka, Ibn Zubair dainggap sebagai khalifah yang sah dan mereka yang menentangnya dihukumkan sebagai Khawarij. Hinggalah Marwan bin Al-Hakam yang menaiki tahta pemerintahan Bani Umayyah, dia tidak diakui sebagai khalifah hinggalah Ibn Zubair mati terbunuh pada masa pemerintahan Abdul Malik bin Marwan, barulah ketika itu sahnya kekhalifahan Abdul Malik.
As-Sayuthi menukilkan dalam Tarikhul Khulafa(Ms 212) perkataan Imam Az-Zahabi:
إن مروان لا يعد في أمراء المؤمنين. بل هو باغ خارج على ابن الزبير. ولا عهده لابنه بصحيح. وإنما صحت خلافة عبد الملك من حين قتل ابن الزبير.
Imam As-Sututhi menyifatkan inilah pandangan yang saheh.
Isi ini diperdebatkan kalangan sarjana Islam. Ada yang mengatakan zaman ytersebut zaman fitnah dan hukum siapa khawarij antara yang bertelagah tidak boleh ditetapkan.
Disebutkan dalam Al-Jami' As- Saghir oleh Imam Bukhari hadis riwayat Ibn Sirin :
قتل كثير بن أفلح وأبوه وكانا موليين لأبي أيوب الأنصاري يوم الحرة فلقيته في المنام فقلت: أشهداء أنتم؟ قال: لا،
No comments:
Post a Comment