Saturday, February 14, 2026

RAMALAN KAAB TENTANG KEMATIAN UMAR AL-KHATTAB.

Dalam Tarikh At-Tobari di bawa datang riwayat mengenai perkataan Ka'ab Al-Ahbar kepada Amirul Mukminin Umar Al-Khattab:

Satu hari Kaab Al-Ahbar mendatangi Umar dan berkata:

" Wahai Amirul Mukminin, berilah wasiat kekahlifahan, kerana anda akan mati dalam tempoh 3 hari lagi!".

"Bagaimana engkau tahu?" tanya Umar Al-Khattab.

" Aku mendapatinya dalam kitab Taurat", jawab Kaab.

" Allah! Kau jumpa nama Umar dalam Kitab Taurat?? " Tanya Umar dengan kaget.

" Bukan nama Umar. Hanya sifat dan ciri-cirimu", Ujar Kaab." Sesungguhnya ajalmu telah hampir".

" Umar akan mati tanpa sakit ? Umar Al-Khattab kehairanan.

Apabila berlali sehari, Kaab mendatangi Umar dan mengingatkannya bahawa berbaki lagi 2 hari. Sehinggalah 3 hari berlaki dan hari terakhir, Kaab mengatakan kepada Umar: 

"Tinggal sehari semalam lagi....tempohmu hingga menjelang pagi!", ujar Kaab.

Pada waktu Subuh, Umar pun keluar solat Subuh sedangkan ramai ornag sudah berbaris dalam saf. Tika itulah Abu Lu' Lu' Al-Majusi muncul di kalangan ornag ramai dengan khanjar di tangannya . Khanjar itu ada 2 mata dan dia memegang bahagian tengahnya. Bila Umar telah angkat takbir untuk mengimami solat, dia pun merempuh dan menikam Umar. Umar mendapat 6 tikaman dan salah satunya adalah di bawah pusatnya. Itulah luka yang menjadi sebab kematiannya.

Allahumma La'nan buat Abu Lu' Lu'. Celaka dan celakalah mana-mana golongan yang mengangkat Abu Lu'Lu' sebagai perwira kerana kerja jahatnya itu!


PERHATIAN: Kisah ramalan Kaab ini menjadi buah segolongan orang untuk menuduh Kaab sebagai orang yang membuat pakatan jahat untuk membunuh Umar. Kaab dituduh sebagai Yahudi yang menyamar dan kononnya dia bersekutu dengan A bu Lu'Lu'. Ini adalah teori konspiarasi yang direka. 


Baca : Kitab Hison Torwadah Al-Gharah Al-Fikriyyah dari laman Maktabah Syamilah

Monday, January 26, 2026

SYIAH ISMAILIYYAH AN-NIZARIYYAH

 Apabila Khalifah Fatimiyyah di Mesir yang bernama Al-Mustansir Billah meninggal dunia pada tahun 487H, timbul khilaf di kalangan pengikut Syiah Ismailiyyah berkenaan peneru keimamam Syiah Ismailiyyah. Satu puak kata yang menjadi imam seterusnya adalah Nizar, anak sulungnya. Satu golongan lagi mengatakan anaknya yang bernama Ahmad Al-Musta'la sebagai imam.

Dalam perselisihan ini, Wakil Khalifah yang bernama Al-Afdhol Syahanshah mendokong Ahmad Al-Musta'la. Kelompok ini paling berpengaruh dan dapat menetapkan Al-Musta'la itu di atas kerusi kekuasaan daulah Fatimiyyah. Mereka disebut sebagai kelompok Al-Musta'liyyah. Nizar sendiri telah ditangkap dan dipenjarakan di Iskandariyyah. Dia mati dalam penjara. Anaknya Al-Hadi melearikan diri ke Asia Tengah dan dia diangkat menjadi imam di sana. Dia didokong oleh kelompok Hasan bin As-Sobah yang mengasaskan kelompok HASYASYIN.

pada tahun 524H, melalui kerja subversif Hasyasyin, anak Ahmad Al-Musta'la, Mansur Al-Amir Bi Ahkamillah yang menggantikannya sebagai khalifah Fatimiyyah mati dibunuh. Berkutan itu keluarga dan pengikut Syiah ISmailiyyah Musta'liyah berpecah pula kepada dua:

1) Kelompok At-Toyyibiyah-Mereka mengatakan anak Mansur yang bernama Toyyib Abul Qasim sebagai khalifah dan Imam seterusnya.

2) Al-Hafiziyyah -Mendakwa anak saudara Mansur yang bernama Al-Hafiz Li Dinillah sebagai penerus.

Begitulah ketaksubah melahirkan perpecahan dalam kelompok. Jika kita lihat, semua aliran yang para pengikutnya taksud kepada guru, akhirnya akan berpecah lagi dan lagi. Hingga dari satu kumpulan akan muncullah puluhan , malahan ratusan hingga ribuan. 

Thursday, January 15, 2026

As-Syanfarah

Gelaran As-Syanfarah diberikan kepada seornag lalaki Sa'luk kategori Makhlu' yang bernama Tasabit bin Awas. 

Pada masa kecil dia membesar di kalangan Bani Fahm daripada kabilah Al-Azdi di mana ibunya adalah salah seorang daripadanya. Lalu ayahnya telah mati dibunuh oleh kabilah Bani Sulaman bin Mufarrij dan menawan anggota kabilah Fahm. 

Kabilah Fahm kemudian menebus anggota kabilahnya itu dengan memberi tebusan. AS-Syanfarah diserahkan sebagai tebusan kepada Bani Sulaman dan kala itu dia masih kecil. Lalu membesarlah As-Syanfarah dalam satu keluarga daripada Bani Sulaman. Satu ketika dia minta kepalanya dicuci oleh anak gadis keluarga angkatnya itu. Namun dia enggan dan dengan marah dia tanpar anak gadis itu. Anak gadis itu menangis dan memberitahu bapanya. Di situ rahsia dan latarbelakang As-Syanfarah pun didedahkan.

As-Syanfarah marah kerana selama bertahun dia diperhambakan. Maka dia bersumpah untuk membunuh 100 orang Bani Sulaman. Maka dia dia telah meberontak dan berjaya membunuh 99 orang warga bani Sulaman. Ketika jadilah As-Syanfarah orang terbuang dari kabilah dan mereka yang terbuang dari kabilah disebut sebagai Sa'luk. 

As-Syanfarah bergabung dengan tokoh-tokoh Sa'luk lain seperti Ta-abbata Syarran dll.

Namun pada akhirnya As-Syanfarah dapat ditawan dan dibunuh oleh Bani Sulaman. Dia disalib sehingga membusuk dan tulangnya jatuh daripada kayu salib. Seorang warga Bani Sulaman datang dia dia memijak tulang temulang As-Syanfarah tapi terluka kakinya. Dia demam dan kesannya dia meninggal

Maka jadilah As-Syanfarah membunuh 100 ornag daripada kabilah Bani Sulaman. 99 masa dia hidup dan ditambah seorang selepas dia sudah mati.

Friday, January 9, 2026

Empayar Seluecid / Selukia/ As- Suluqiyyah

Pada tahun 323 SM , Iskandar The Great meninggal dunia. Dia meninggalkan empayar yang luas. Empayar itu menjadi rebutan antara jeneral-jeneral tenteranya. Salah seorang jeneralnya bernama Seluecus I Nicator telah mengasaskan empayar yang dinamakan Empayar Seluecid yang melebar wilayah kekuasaannya di Asia Tengah dari tanah Levant hingga ke India. Empayar ini menyuburkan budaya Hellenis iaitu zaman di mana budaya, seni dan bahasa Yunani mempengaruhi dan diadaptasi oleh mayarakat lokal . Di Mesir dan sekitarnya berdiri pesaing kepada Seluecus yang membina kerajaan di sana iaitu Ptolemy. Manakala di Makedonia jeneral Antigonus memerintah.

Empayar ini berdiri antara rtahun 312 SM hingga tahun 63 SM. Tempo masa inilah berlangsungnya Zaman Hellenis.

Saya membuat bacaan mengenai Empayar Selukia ini di kala menemukan bahawa Kota Antakia yang hari ini menjadi sebahagian dari Turki Moden , dulunya di asaskan oleh  Seluecus I dan dijadikan Ibu Kota Empayarnya.

Antakia disebut sebagai pusat keagaaman masihi awal.

Kebangkitan kerajaan Greek menekan dan mengecilkan empayar Selukia dan akhirnya membawanya tamat pada tahun 63SM. Lenyap total empayar Selukia adalah di tangan  Gnaeus Pompeius Magnus, anak sulung Pompey yang muncul sebagai seorang pemimpin tentera sekaligus seorang politikus Rom.

Catatan: Pompey The Great adalah seornag jeneral tentera dan negarawan Roman yang merupakan protege kepada Diktator Sulla. Selepas kematian Sulla, bintang politiknya bersinar dan dia meraih banyak kejayaan dalam politik dan ketenteraan Roman. 

Pada akhirnya Pompey kalah dalam Perang Pharsalus tahun 48 SM melawan Caeser yang membawanya lariu Mesir untuk dapat suaka politik di bawah kerajaan Ptolemy namun di bawah perbicaraan mahkamah Ptolemy XIII dia dihukum bunuh.


Saturday, January 3, 2026

SYIAH ZAIDIYYAH

Syiah Zaidiyyah adalah salah satu cabang golongan Syiah yang mana nama Zaidiyyah itu dinisbahkan kepada Zaid bin Ali Zainal Abidin bin Hussain bin Ali bin Abi Talib. Zaid bin Ali Zainal Abidin itui adalah putera Ali Zainal Abidin hasil perkahwinan dengan seorang hamba yang dihadiahkan oleh Mukhtar As-Tsaqafi kepadanya. Namanya Haura'. Lahirnya Zaid adalah pada tahun 78H.

Zaid belajar dengan Imam Al-Baqir dan juga Jaafar Sodiq. 

Syiah Zaidiyyah telah berpecah kepada banyak pecahan. Salah satunya adalah Puak Al-Hadawiyyah yang dinisbahkan kepada Imam mereka yang bernama Al-Hadi Ilal Haq Yahya bin Al-Husain Ar-Rasi Al-Hasyimi. Mengikut sejarah, dia melawan puak Qoramitah dan diangkat sebagai Imam di Yaman.

Tak sama macam Syiah Imamiyyah, Syiah Zaidiyyah tidak melihat keimaman itu sebagai warisan. Ia adalah berdasarkan Bai'ah.

Syiah Zaidiyyah juga tidak beriktiqad kemaksuman Imam. Hanya sebahagian mereka melihat 5 orang Ahlul Kisaa' sebagai maksum.

Zaid memimpin pemberontakan melawan kezaliman penguasa Bani Umayyah ketika pemerintahan Hisyam bin Abdul Malik berpusqat di Iraq. Ini berikutan tekanan dan himpintan ke atas golongan alawiyyin semasa penguasaan Bani Umayyah. Perjuangan Zaid ini dapat sokongan daripada Imam Abu Hanifah. Dalam perjuangannya itulah dia terbunuh. Disebutkan bahawa mayatnya disalib selama 4 tahun.

Puak Syiah yang lain yang berfikrah Rafidhah meninggalkannya dalam penentangannya setelah mereka tidak puas hati atas sikap Zaid terhadap Syaikhan.

Menurut Nasywan Al-Himyari , syiah Zaidiyyah di Yaman yang masih ada hanyalah dari puak Jarudiyyah.

Zaidiyyah menerima kekhalifahan Abu Bakar dan Umar miskipun mereka melihat Ali lebih Afdhal. Di sini konsep kebsahan Mafdhul sebagai imam berbanding yang Afdhal.

Bagi mereka, semua keturunan Fatimah layak jadi imam samada dari Hasan atau Hussain.

Zaidiyyah tidak menghalalkan Mut'ah. Juga tidak membawa perangai memuja Qubur sebagai syiah Ja'fariyyah. Imam Mahdi bukan manusia suci dan tidak semestinya dari keturunan Hasan atau Hussain.

Zaidiyyah tidak beriman dengan akidah Raj'ah dan juga dengan Al-Mahdi Al-Muntazor sebagaimana Syiah Imamiyyah Rafidah. Mereka juga menolak akidah Al-Bada' bahkan menegaskan bahawa ilmu Allah adalah Qadim dan tidak berubah.

Dalam sebahagian furu' feqah, Zaidiyayh selari dengan Mazhab Abu Hanifah.  Terdapat juga persamaan sedikit dalam masalah feqah dengan Mazhab Syafie dan juga Syiah Ja'fariyyah.

Syiah Zaidiyyah pada masa ini banyak tersebar di Yaman, sekitar Laut Qazwin dan juga Utara Afrika.

Beberapa pecahan Syiah Zaidiyyah:

1) Jarudiyyah.

2) Sulaimaniyyah

3) Solihiyyah Batriyyah

4) 


Syiah Zaidiyyah dan Houthi

Walaupun Houthi itu lahir dari Syiah Zaidiyyah, ada beberapa perbezaan antara keduanya.

1) Pemimpin Houthi, Badruddin bin Amiruddin pada dasarnya adalah Mazhab Jarudiyyah. Namun dia mengambil sikap tidak taraddha denagn Abu Bakar dan Umar. Beliau juga menuduh Imam Bukhari sebagai pembohong dan pejilat penguasa. Anaknya Hussain bin Badruddin mewarisi sikap dan pandangannya.

Perangai Badruddin ini lebih mirip kepada Syiah Ja'fariyyah. Dia menganjurkan sambunan husiniyyah  dan membuat sambutan ulang tahun kewafatan imam Syiah Imamiyyah seperti Imam Jaafar Sodiq dan Al-Baqir.

2)

RAMALAN KAAB TENTANG KEMATIAN UMAR AL-KHATTAB.

Dalam Tarikh At-Tobari di bawa datang riwayat mengenai perkataan Ka'ab Al-Ahbar kepada Amirul Mukminin Umar Al-Khattab: Satu hari Kaab A...