Pada tahun 323 SM , Iskandar The Great meninggal dunia. Dia meninggalkan empayar yang luas. Empayar itu menjadi rebutan antara jeneral-jeneral tenteranya. Salah seorang jeneralnya bernama Seluecus I Nicator telah mengasaskan empayar yang dinamakan Empayar Seluecid yang melebar wilayah kekuasaannya di Asia Tengah dari tanah Levant hingga ke India. Empayar ini menyuburkan budaya Hellenis iaitu zaman di mana budaya, seni dan bahasa Yunani mempengaruhi dan diadaptasi oleh mayarakat lokal . Di Mesir dan sekitarnya berdiri pesaing kepada Seluecus yang membina kerajaan di sana iaitu Ptolemy. Manakala di Makedonia jeneral Antigonus memerintah.
Empayar ini berdiri antara rtahun 312 SM hingga tahun 63 SM. Tempo masa inilah berlangsungnya Zaman Hellenis.
Saya membuat bacaan mengenai Empayar Selukia ini di kala menemukan bahawa Kota Antakia yang hari ini menjadi sebahagian dari Turki Moden , dulunya di asaskan oleh Seluecus I dan dijadikan Ibu Kota Empayarnya.
Antakia disebut sebagai pusat keagaaman masihi awal.
Kebangkitan kerajaan Greek menekan dan mengecilkan empayar Selukia dan akhirnya membawanya tamat pada tahun 63SM. Lenyap total empayar Selukia adalah di tangan Gnaeus Pompeius Magnus, anak sulung Pompey yang muncul sebagai seorang pemimpin tentera sekaligus seorang politikus Rom.
Catatan: Pompey The Great adalah seornag jeneral tentera dan negarawan Roman yang merupakan protege kepada Diktator Sulla. Selepas kematian Sulla, bintang politiknya bersinar dan dia meraih banyak kejayaan dalam politik dan ketenteraan Roman.
Pada akhirnya Pompey kalah dalam Perang Pharsalus tahun 48 SM melawan Caeser yang membawanya lariu Mesir untuk dapat suaka politik di bawah kerajaan Ptolemy namun di bawah perbicaraan mahkamah Ptolemy XIII dia dihukum bunuh.
No comments:
Post a Comment