Syiah Zaidiyyah adalah salah satu cabang golongan Syiah yang mana nama Zaidiyyah itu dinisbahkan kepada Zaid bin Ali Zainal Abidin bin Hussain bin Ali bin Abi Talib. Zaid bin Ali Zainal Abidin itui adalah putera Ali Zainal Abidin hasil perkahwinan dengan seorang hamba yang dihadiahkan oleh Mukhtar As-Tsaqafi kepadanya. Namanya Haura'. Lahirnya Zaid adalah pada tahun 78H.
Zaid belajar dengan Imam Al-Baqir dan juga Jaafar Sodiq.
Syiah Zaidiyyah telah berpecah kepada banyak pecahan. Salah satunya adalah Puak Al-Hadawiyyah yang dinisbahkan kepada Imam mereka yang bernama Al-Hadi Ilal Haq Yahya bin Al-Husain Ar-Rasi Al-Hasyimi. Mengikut sejarah, dia melawan puak Qoramitah dan diangkat sebagai Imam di Yaman.
Tak sama macam Syiah Imamiyyah, Syiah Zaidiyyah tidak melihat keimaman itu sebagai warisan. Ia adalah berdasarkan Bai'ah.
Syiah Zaidiyyah juga tidak beriktiqad kemaksuman Imam. Hanya sebahagian mereka melihat 5 orang Ahlul Kisaa' sebagai maksum.
Zaid memimpin pemberontakan melawan kezaliman penguasa Bani Umayyah ketika pemerintahan Hisyam bin Abdul Malik berpusqat di Iraq. Ini berikutan tekanan dan himpintan ke atas golongan alawiyyin semasa penguasaan Bani Umayyah. Perjuangan Zaid ini dapat sokongan daripada Imam Abu Hanifah. Dalam perjuangannya itulah dia terbunuh. Disebutkan bahawa mayatnya disalib selama 4 tahun.
Puak Syiah yang lain yang berfikrah Rafidhah meninggalkannya dalam penentangannya setelah mereka tidak puas hati atas sikap Zaid terhadap Syaikhan.
Menurut Nasywan Al-Himyari , syiah Zaidiyyah di Yaman yang masih ada hanyalah dari puak Jarudiyyah.
Zaidiyyah menerima kekhalifahan Abu Bakar dan Umar miskipun mereka melihat Ali lebih Afdhal. Di sini konsep kebsahan Mafdhul sebagai imam berbanding yang Afdhal.
Bagi mereka, semua keturunan Fatimah layak jadi imam samada dari Hasan atau Hussain.
Zaidiyyah tidak menghalalkan Mut'ah. Juga tidak membawa perangai memuja Qubur sebagai syiah Ja'fariyyah. Imam Mahdi bukan manusia suci dan tidak semestinya dari keturunan Hasan atau Hussain.
Zaidiyyah tidak beriman dengan akidah Raj'ah dan juga dengan Al-Mahdi Al-Muntazor sebagaimana Syiah Imamiyyah Rafidah. Mereka juga menolak akidah Al-Bada' bahkan menegaskan bahawa ilmu Allah adalah Qadim dan tidak berubah.
Dalam sebahagian furu' feqah, Zaidiyayh selari dengan Mazhab Abu Hanifah. Terdapat juga persamaan sedikit dalam masalah feqah dengan Mazhab Syafie dan juga Syiah Ja'fariyyah.
Syiah Zaidiyyah pada masa ini banyak tersebar di Yaman, sekitar Laut Qazwin dan juga Utara Afrika.
Beberapa pecahan Syiah Zaidiyyah:
1) Jarudiyyah.
2) Sulaimaniyyah
3) Solihiyyah Batriyyah
4)
Syiah Zaidiyyah dan Houthi
Walaupun Houthi itu lahir dari Syiah Zaidiyyah, ada beberapa perbezaan antara keduanya.
1) Pemimpin Houthi, Badruddin bin Amiruddin pada dasarnya adalah Mazhab Jarudiyyah. Namun dia mengambil sikap tidak taraddha denagn Abu Bakar dan Umar. Beliau juga menuduh Imam Bukhari sebagai pembohong dan pejilat penguasa. Anaknya Hussain bin Badruddin mewarisi sikap dan pandangannya.
Perangai Badruddin ini lebih mirip kepada Syiah Ja'fariyyah. Dia menganjurkan sambunan husiniyyah dan membuat sambutan ulang tahun kewafatan imam Syiah Imamiyyah seperti Imam Jaafar Sodiq dan Al-Baqir.
2)