Friday, June 26, 2026

UQBAH BIN AMIR AL-JUHANI

Lihatlah bagaimana Islam mengubah hidup seorang Arab menjadi seorang yang menakluk wilayah.

Mari kita mengimbau kisah seorang sahabat nabi bernama Uqbah bin Amir. Siapa dia?


Siapakah Uqbah bin Amir?

Uqbah bin Amir al-Juhani berasal daripada kabilah Juhainah. Pada awal Islam, beliau bekerja sebagai penggembala kambing. Setelah memeluk Islam, beliau menjadi antara sahabat yang rapat dengan Rasulullah ﷺ. Beliau sering menjadi pengiring baginda ketika bermusafir dan memegang tali unta Nabi.

Beliau juga:

  • seorang qari al-Quran yang mahir;
  • meriwayatkan sekitar 55 hadis;
  • menjadi gabenor Mesir pada zaman Muawiyah bin Abi Sufyan;
  • terkenal sebagai seorang yang warak dan berhati-hati dalam menyampaikan hadis.


Beliau ialah Uqbah bin Amir bin Abbas bin Amru bin Adi bin Amru bin Rifa'ah 

Beliau lahir sekita 15 tahun sebelum hijrah dan meninggal tahun 58H

Ketika Rasulullah sampai di Madinah, Uqbah masih remaja dan bekerja bela kambing keluarganya. Apabila mendengar kehadiran Rasulullah ke Madinah, dia antara orang Madinah yang awal masuk Islam.

Uqbah bersama qabilahnya Al-Juhainah menyertai peperangan futuhat pada zaman Umar Ak-Khattab  kedaerah-daeah Syam dan sterusnya ke Mesir.

Pada masa perang Siffin dia berpihak kepada Muawiyah, namun tidakada bukti sejarah dia terlibat serius dalam peperangan itu seperti keterlibatan Habib bin maslamah Al-Fihri dan Dzul Kala' Al-Himyari.

Pada tahun 41H, iaitu tahun dimana Muawiyah diangkat jadi Khalifah dan tahun yang dinamakan Amul Jama'ah, Uqbah ditunjukkan oleh Muawiyah untuk jadi gabenor di Mesir. Dia hanya memegang jawatan itu sekitar 3 tahun sebelum digantikan dengna Maslamah bijn Mukahallad Al-Ansari pada tahun 44H.

Uqbah bersama Amru bin Al-As membuka Mesir


Uqbah meriwayatkan 55 hadis daripada Rasululalh SAW dan kebanyakan diambil riwayatnya oleh orang Mesir.

Sebelum meninggal pada tahun 58H di Mesir, dia berwasiat kepada anak-anaknya sebagaimana disebutkan dalam satu Athar:

عن عمارة بن سعد التجيبي أن عقبة بن عامر، لما حضرته الوفاة قال:

يا بني، إني أنهاكم عن ثلاث فاحتفظوا بها:

لا تقبلوا الحديث عن رسول الله صلى الله عليه وسلم إلا من ثقة،

ولا تدينوا وإن لبستم العباء،

ولا تكتبوا شعراً فتشغلوا به قلوبكم عن القرآن.

Maksudnya: 

"Wahai anak-anakku, aku melarang kamu daripada tiga perkara, maka peliharalah ia:

  1. Jangan kamu menerima hadis daripada Rasulullah ﷺ melainkan daripada orang yang thiqah (terpercaya).
  2. Jangan kamu berhutang walaupun kamu terpaksa memakai aba' (pakaian kasar kerana miskin).
  3. Jangan kamu sibuk menulis syair sehingga hati kamu lalai daripada al-Quran." 


Athar di atas dihukum tidak mencapai darjat Saheh kerana ada perawi bernama Abdullah bin Lahi'ah namun kandungannya tidak tersasar 


PERHATIAN:

Agar tidak keliru, perlu disebutkan , ada seorang lagi yang juga punya pepranan besar dalam meluaskan pembukaan wilayah Islam di sebelah Afrika utara iaitu Uqbah bin Nafi' yang pernah memimpin pasukan jihad di sana.

Tuesday, June 16, 2026

MUHAMMAD BIN ABU BAKAR

Muhammad bin Abu Bakar As-Siddiq dilahirkan daripada isteri Abu Bakar As-Siddiq yang bernama Asma' binti Umais pada tahun ke-10H. Pada masa masa Haji Widak , Abu Bakar mendukong anaknya ketika dalam ihram. Abu Bakar wafat saat Muhammad masih lagi kecil. Ali bin Abu Talib kemudiannya telah mengahwini ibunya, Asma' binti Umais dan oleh itu Muhammad membesar sebagai dibawah jagaan Ali. Dengan Asma' binti Umais itu, Ali mendapat anak lain bernama Yahya, Aun dan ada riwayat mengatakan seorang lagi yang juga diberi nama Muhammad.

Pada masa pemerintahan Khalifah ke-3, Uthman bin Affan, Muhammad bin Abu Bakar terjebak dalam konflik dan dia bersama rombongan Mesir datang ke Madinah mengadu kepada khalifah ketidakpusan hati mereka terhadap pemerintahan Abdullah bin Saad bin Abi Sarh.

Khalifah menyuruh mereka pulang dan hal mengenai gabenor Mesr itu akan diselesaikan. Namun dalam perjalanan pulang, rombongan Mesir telah berjaya mencegat seorang utusan yang membawa surat bercop mohor khalifah . Isi surat antara lain  mengarahkan agar pimpinan rombongan itu ditangkap dan dibunuh apabila sampai di Mesir, termasuklah Muhammad bin Abu Bakar.

Atas sangkaan bahaw Khalifah telah vbuat makar keji, mereka berpatah balik dan mengepung rumah Khalifah. Bemula fitnah besar yang melanda ummat Islam yang membawa kepada terbunuhnya Uthman bin Affan.

Ketika zaman penuh dengan fitnah, Ali sedang menjabat sebagai Khalifah berpusat di Kufah, baginda telah mengirimkan Muhammad menjadi gabenor di sana. 

Muhammad bin Abu Bakar tidak cukup kuat mentadbir Mesir. Dia diserang oleh pasukan Amru bin Al-As. Di bawa panglimanya bernama Umayyah bin Hudayj, pasukan Muhammad bin Abu Bakar ditewaskan dan Muhammad bin Abu Bakar telah dihukum bunuh.

Wednesday, June 3, 2026

IMAM SARAKHSI ULAMA YANG DIPENJARA DALAM PERIGI BUTA

Kisah Imam Sarakhsi, seorang fakih mazahab Hanafi dipenjarakan adalah satu kisah yang membawa kita kagum dengan kuasa ilmu. Ia juga beri kita pengajaran bahwa kehidupan ulama dan penjara adalah lumrah. Ia juga memberi pengajaran kepada kita bahawa pemerintah tak kira jenis apa, ada konflik dengan ulama. Tentunya ulama yang berjuang dan bukan  ulama yang tenggelam dalam nikmat.

Nama lengkapnya Shams al-A'immah Abu Bakr Muhammad ibn Abi Sahl al-Sarakhsi

Beliau hidup pada abad ke-5 Hijrah (wafat sekitar 483H/1090M) dan merupakan antara imam terbesar mazhab Hanafi selepas Abu Hanifa.

Gelarannya "Shams al-A'immah" bermaksud Matahari Para Imam, menunjukkan kedudukannya yang sangat tinggi dalam kalangan fuqaha Hanafi.

Beliau hidup dan menyampaikan ilmu dalam wilayah kerajaan Karakhanid yang memerintah Asia Tengah. Kerajaan ini menjadi Islam apabula Satuq Bughra Khan masuk Islam di pertengahan abad ke-4H.

Menuut cerita , Imam Sarkhasi dipenjara kerana fatwanya mengenai hukum pernikahan dengan hamba perempuan tidak disenangi pemerintah.

Imam Sarkhasi dimasukkan ke dalam perigi buta (jubb) dan terkurung di sana selama hampir 15 tahun. ia berlangsung selama 3 pemerintahan khan. Selama dalam perigi buta itu, murid-muridnya datang mendengar ilmunya dari atas telaga dan mereka menulis ucapan guru mereka. Dari situ lahirlah kita AL-Mabsut yang terkenal.

ABU BAKAR AN-NABLUSI

Pemerintahan Fatimiyyah di Mesir kemdian melebar ke tanah Syam. Khalifah Fatimiyyah , Al-Muiz Li Dinillah memaksakan agama Syiah atas penduduk. Diperintahkan laknat para sahabat atas membar. Solat taraweh dan Dhuha dilarang dan diperintahkan qunut dalam solat Zohor. Maka ramai ulama lari meninggalkan tanah Syam. Antaranya adalah Abu Bakar An-Nablusi yang meninggalkan Ramallah dan pergi ke Damsyiq. Dia menyeru penentangan terhadap kerajaan Fatimiyyah. 


Siapa Ibn al-Nabulusi?

Nama penuhnya ialah:

Abu Bakr Muhammad bin Ahmad al-Ramli al-Nabulusi

Beliau berasal dari Ramlah di Palestin dan tinggal di kawasan Syam pada abad ke-4 Hijrah. Beliau dikenali sebagai seorang faqih dan zahid yang berpegang teguh kepada Sunnah.

Kemasyhurannya bukan kerana banyaknya karya yang sampai kepada kita, tetapi kerana keberaniannya berhadapan dengan pemerintah Fatimiyyah sehingga akhirnya dibunuh secara kejam

Latar politik ketika itu

Ketika itu dunia Islam terbahagi kepada beberapa kuasa besar:

  1. Khilafah Abbasiyyah di Baghdad.
  2. Daulah Fatimiyyah di Mesir dan kemudian Syam.
  3. Empayar Rom Timur (Byzantine) di utara Syam.

Fatimiyyah ketika itu sedang meluaskan pengaruh mereka ke Syam. Mereka mendakwa sebagai khalifah yang sah dan menyebarkan mazhab Ismailiyyah. Ramai ulama Sunni memandang mereka sebagai pemerintah yang membawa ajaran yang menyimpang daripada pegangan Ahl al-Sunnah.

Dia pernah berkata: 

"لو كان في يدي عشرة أسهم كنت أرمي واحداً إلى الروم وإلى هذا الطاغي تسعة"
"Kalaulah di tanganku ada sepuluh anak panah, nescaya aku akan melepaskan satu kepada Rom dan sembilan kepada pemerintah zalim ini."

Oleh sebab itu Ibn al-Nabulusi melihat ancaman Fatimiyyah lebih besar daripada ancaman Rom. Pada pandangannya, Rom hanyalah musuh luar, sedangkan Fatimiyyah merosakkan agama dari dalam. Maka lahirlah ungkapan tersebut.

Apabila kata-katanya sampai kepada pemerintah Fatimiyyah, beliau ditangkap dan dibawa menghadap pemerintah.

Menurut riwayat yang masyhur, beliau ditanya:

"Sampai kepada kami bahawa engkau berkata: jika seseorang memiliki sepuluh anak panah, satu dilemparkan kepada Rom dan sembilan kepada kami?"

Beliau menjawab:

"Aku tidak berkata begitu."

Mereka menyangka beliau menarik balik kata-katanya. Lalu mereka bertanya:

"Jadi bagaimana engkau berkata?"

Beliau menjawab:

"Aku berkata: sembilan kepada kamu dan yang kesepuluh juga kepada kamu!"

Kemudian beliau menjelaskan bahawa mereka telah mengubah agama, membunuh orang soleh dan menyebarkan dakwaan-dakwaan batil.

Bagaimana beliau wafat?

Menurut sumber-sumber sejarah Sunni, beliau dijatuhi hukuman yang sangat kejam. Beliau disiat kulitnya hidup-hidup sehingga syahid sekitar tahun 363H/974M. Kisah kesabarannya ketika diseksa sering disebut dalam kitab-kitab tarajim dan sejarah. 


Catatan tambahan:

Kalau kita lihat, pembunuhan ke ats ulama sunni yang hebat seperti Abu Bakar An-Nablusi ini bukan sahaja makar kerajaan Syiah Fatimiyyah. Perkata yangsama juga berlaku dalam kerajaan Sunni Abbasiyyah. Pada zaman pemerintahan Al-Wathiq, mazhab Muktazilah masih menjadi pegangan kerajaan. Seorang ulama zaman itu bernama Ahmad bin Nasir Al-Khuza'i telah ditangkap kerajaan dan disiasat. Khalifah sendiri telah membunuhnya dan kepalanya dipamerkan atas tiang. Padahal Ahmad bin Nasir itu hanya mempertahankan pendiriannya bahawa Ak-Quran BUKAN makhluk dan ia adalah kalam Allah. 

Menegaskan Al-Quran sebagai kalam Allah dan tidak masuk ke dalam perdebatan mana yang makhluk dan mana yang qadim, apa status mashafnya, hurufnya dan suaranya, adalah sikap para ulama hadis dan sunnah pada zaman itu.

Bukan sunni atau syi'i yang jadi pokok persoalannya tetapi kezaliman penguasa.




UQBAH BIN AMIR AL-JUHANI

Lihatlah bagaimana Islam mengubah hidup seorang Arab menjadi seorang yang menakluk wilayah. Mari kita mengimbau kisah seorang sahabat nabi b...