Saturday, March 28, 2026

Dinasti Qajar di Iran

 Antara tahun 1789 hingga 1925, sebuah kerajaan Dinasti yang dinamakan Dinasti Qajar memerintah tanah Iran yang kita kenal hari ini. Ia diasaskan oleh Agha Muhammad Khan Qajar yang menjalankan kempen penyatuan Iran antara tahubn 1779 hinngga 1796.

Sebelum berjaya dalam misinya, Agha Muhammad Khan  telah pernah jadui tawanan kerajaan dari dinasti Asfar dan dinasti Zand. Dalam masa mehnahnya itu, dia telah dikasi dan ini menimbulkan dendam kesumatnya kepada dua kerajaan itu.

Nama Agha itu diberikan kerana dia adalah bekas sida istana dalam kerajaan Afsharid.

Pada tahun 1925, badan tertinggi dalam pemerintahan di Iran iaitu MAJLIS telah mengisytiharkan Reza Syah sebagai raja Iran yang baru setelah memecat Ahmad Syah, raja ke-7 Dinasti Qajar. Pengangkatan Reza Syah yang asalnya adalah seorang pegawai tentera menandakan bermulanya pemerintahan Dinasti Pahlavi. Dinasti Pahlavi berkuasa sehingga meletusnya Revolusi Islam yang membawa Ayatullah Ruhullah Khomeni menjadi Supreme Leader pertamanya.

Sebelumnya Dinasti Qajar memerintah, Iran diperintah oleh Dinasti Safawi yang berkuasa antara tahun 1501 hingga 1706.

* Sebenarnya, naiknya dinasti Qajar dan selepas runtuhnya Dinasti Safawi, ada satu dinasti yang diasaskan oleh Nader Syah, seorang pemimpin pasukan tentera dari puak Turkman Afshar di Khurasan. Ia dinamakan Dinasti Asfharid yang berlangsung hayatnya antara 1736 hingga 1796.

Namun, ada juga satu dinasti yang berkuasa di bahagian Selatan Iran iaitu Dinasti Zand yang berkuasa antara sela masa tahun 1750 hingga 1779. Dalam menyatukan Iran pengasas Dinasti Qajar telah menumpaskan dan melenyapkan Dinasti Zand.

Dari sudut mazhab atau aliran pegangan, sama seperti Safawi, Qajar juga mengikut fahaman Syiah.

Friday, March 27, 2026

DINASTI ZIYARID

Dinasti Ziyarid adalah sebuah kerajaan yang mucul di tanah Parsi dari puak Gilaki. Dinasti ini berasal dari keturunan Vardansyah (pemimpin Puak Shahansyahvand) yang leluhurnya sampai kepada seorang raja yang melegenda dari  puak Gilan yang bernama Argush Farhadan. Vardansyah ada anak bernama Ziyar yang mana telah berkahwin dengan saudara perempuan raja Gilaki yang bernama Harusindan.Hasil perkahwinan itu lahir seorang yang bernama Mardawij. Dia berkhidmat dalam ketenteraan di bawah pimpinan seorang komander tentera Gilaki bernama Asfar Ibn Shiruya.

Madawij kemudiannya mengkhinati pimpinannya itu dan membubnuh Asfar serta  menguasai Tabaristan dan menubuhkan kerjaan yang kemudiannya disebut sebagai Dinasti Ziyarid. Dinasti Ziyarid berkuasa antara tahun 931 hingga 1090.

Dalam keghairahan meluaskan kekuasaannya, mensasarkan penggulingan khalifah Abbasiyyah dan menghidupkan kembali pemerintahan Sasanid dan mengembalikan tradisi Parsi, dia dibunuh pada tahun 935. Penggantinya adalah saudaranya yang bernama Syamkir.

Syamkir mati dibunuh beruang pada tahun 967 dan digantikan oleh anak sulungnya bernama Bisutun. Namun, kalangan tentera mahukan anak yang lain bernama Qabus sebagai raja. 

Tahun 977 Bisutun mati dan digantikan dengan Qabus. Namun Qabus dikalahkan oleh kebangkitan Dinasti Buwaih. Dia hidup dalam buangan dan kembali menuntut tahta pada 998 di Tabaristan. Dia bersekuti dengan penguasa dari kerajaan Ghaznawi yang bernama Mahmud Ghaznawi

Atas faktor kepincangan pemerintahannya, kezalimannya maka Qabus digulingkan tenteranya sendiri dan digantikan anaknya Manucihr.

Sultan Qabus bin Syamkir Syamsul Ma'ali dikenang sebaga raja yang mementingkan sastera. (Malikul Adib)

Pada masa ini Dinasti bertahan dan dipayungi oleh kerajaan Ghaznawi.

Tahun 1031 Manuchihr mati dan digantikan oleh anaknya yang diberi nama Anushirvan Sharaful Ma'ali,

Ketika ini kekuasaan sebenar dipegang oleh Abu Kalijar yang merupakan kerabat kepada Anushirvan. Abu Kalijar mengambil keputusan menghentikan ufti kepada kerajaan Ghaznawi pada tahun 1035 menyebabkan kerajaan Ghaznawi menyerang Tabaristan dan menguasai ibu kotanya Amol.

Perbuatan tak bayar ufti itu menjadikan alasan Anushirvan untuk mengambil tindakan atas Abu Kalijar dan memenjarakannya. Ufti kembali dibayar.

Pada masa ini pula kerajaan Saljuk mula bangkit dan menguasai Khurasan. Anushirvan pun terpaksa tunduk kepada dominasi Saljuk.

Tahun 1059 Anushirvan mati dan diganti sepupunya yang bernama Keikavus

Keikavus meninggal tahun 1087 dan digantikan anaknya Gilansyah.  Ketiuka itu Syiah Ismailiyyah cabang Nizariyyah muncul jadi ancaman dan telah menyerang dan membungkam Dinasti Ziyarid ini. Maka Gilansyah adalah raja terakhir dinasti sebelum lenyap pada tahun 1090.

Seramai 8 orang raja pemerintah dari Dinasti Ziyarid dengan garis masa antara tahun 935 hingga 1090. Tempoh masa berdiri Dinasti ini adalah 155 tahun.


As-Sya'bi

Sekarang, mari kita kenali sejenak seorang tabi'in yang bernama Amir bin Syurahil As-Sya'bi. Dia popular dengan sebutan nama As-Sya...