Tuesday, May 14, 2024

A'sya bin Qais , penyair yang hampir masuk Islam .

A'sya adalah gelaran kerana matanya yang rabun. Kalimah A'sya dalam bahasa Arab bermaksud seorang yang tidak nampak di malam hari. Lalu, orang memanggilnya dengan kunyah Abu Al-Basir sebagai satu kaedah tafa'ul. Nama sebenarnya adalah Maimun bin Qais bin Jandal bin Syurahbil bin Auf bin Sa'ad bin Dhubai'ah Al-Bakri merupakan seorang yang berasal dari Bani Qais bin Tsa'labah.

A'sya banyak membuat kunjngan menemui raja-raja Arab dan Parsi. Kerana itu kedapatan pengaruh bahasa Parsi dalam syair-syairnya. Syair-syair diuangkap memuji dan merendahkan seseorang punya pengaruh besar menaikkan dan menjatuhkan. Beliau menjadi syairnya sebagai mendium mendapat pamrih harta dan itulah yang menjadi kehalobaannya.

Apabila dia mendengar perihal Rasululah SAW yang mula menempa kejayaan dalam dakwahnya dan makin ramai ornag yang masuk Islam, dia pun berhasrat untuk ikut sama masuk Islam. Dia mendendangkan syair memuji nabi Muhammad SAW dan dia menuju ke Madinah. Dalam perjalanan dia melalui Kota Makkah. Lalu, pembesar Quraisy yang kafir di Makkah menghadangnya dengan niat menghasut agar dia mengurungkan niatnya untuk ke Madinah dan masuk Islam.

" Sesungguhnya Muhammad itu mengharamkan zina" , seorang pemuka Quraisy menghasutnya.

" Aku pun bukan lagi berhajat kepada wanita untuk dizinai", balas A'sya. Umpan itu tidak memikatnya.

" Muhammad itu mengharamkan arak!", pembesar Quraisy itu menukar hasutan yang lain. Sementara A'sya memang seorang penagih arak.

"Kalau yang ini saya sukar tinggalkan, tapi aku akan cuba". Kata A'sya.

Abu Jahal yang tidak berapa senang dengan sikap A'sya yang masih tidak konkrit itu, bimbang A'sya meneruskan perjalanannya ke Madinah menemui nabi Muhammad,  menawarkan 100 ekor unta buatnya asalnya dia balik semula ke perkamungannya Bani Qais. Maka A'sya pun tertarik dengan tawaran 100 ekor unta itu dan dia pun pulanglah bersama 100 ekor unta.

Tak jadilah sang penyair A'sya ke Madinah untuk masuk Islam. 

Hidayah yang sudah mengetuk pintu hatinya menjadi kabur dan lenyap sedikit demi sedikit.

Belum pun sampai ke perkampungannya, A'sya ditimpa musibah. Dia terjatuh dari untanya dan mati.

Mati tak sempat Islam.

Demikianlah bila dunia lebih diminati . A'sya menanggung kerugian kerana tidak sempat mencicipi Islam dan tidak punya tekad bulat menemui nabi Muhammad penyuluh jalan kebenanran.

Demikian nasib A'sya. Andaikan kalau anda hidup zaman itu. Apakah jaminan anda tidak akan diragukan seperti A'sya diragukan?

Syukurlah hidup zaman ini dan diberikan hidayah Islam. 

Zaman Nabi Muhammad itu keras gaiss!

Tak semua orang lulus menghadapi ujian. 


Sunday, May 12, 2024

URWAH BIN AZ-ZUBAIR

Beliau adalah Abu Abdullah Urwah bin Az-Zubair bin Al-Awwam bin Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qusai bin Kilab.

Ayahnya Zubair bin Al-Awwam adalah putra kepada Sufiyyah binti Abdul Mutallib, seorang Hashimiyyah yang telah berkahwin dengan Al-Awwam yang bukan Hashimi dan dia merpakan makcik Nabi Muhammad SAW.

Al-Awwam datuknya itu merupa saudara lelaki kepada Khadijah binti Khuwailid , iseri nabi Muhammad SAW dan juga Halah binti Khuwailid.

Ibunya bernama Asma' bt Abu Bakar As-Siddiq.

Saudara kandungnya bernama Abdullah bin Az-Zubair yang sempat meraih pangkat sahabat nabi Muhammad SAW.

Khadijah binti Khuwailid , isteri pertama nabi Muhammad SAW merupakan makcik kepada ayahnya Az-Zubair bin Al-Awwam

Beliau lahir tahun 23H dan meninggal tahun 94H. Beliau terkenal sebagai seornag Tabi'in, periwayat hadis dan ahli sejarah serta dibilangkan sebagai salah satu 7 Fuqaha Madinah. Bahkan, boleh dikatakan beliaulah orang pertama yang menulis tentang Maghazi (peperangan).

Beliau banyak meriwayatkan hadis daripada makciknya Aisyah bint Abu Bakar As-Sisdiq, Ummul Mukminin.

Ibn Az-Zanad telah meriwayatkan:

اجتمع في الحجر مصعب وعبد الله وعروة بنو الزبير، وابن عمر، فقالوا: تمنوا، فقال عبد الله: أما أنا، فأتمنى الخلافة. وقال عروة: أتمنى أن يؤخذ عني العلم. وقال مصعب: أما أنا، فأتمنى إمرة العراق، والجمع بين عائشة بنت طلحة وسكينة بنت الحسين. وأما ابن عمر فقال: أتمنى المغفرة. فنالوا ما تمنوا، ولعل ابن عمر قد غفر له



Kata Al-Waqidi, Urwah wafat pada tahun 94H dan tahun itu dinamakan Tahun Fuqaha kerana wafatnya pada tahun itu Said bin Jubair, Said bin Al-Musayyab, Ali Zainal Abidin bin Hussain dan Urwah bin Az-Zubair. Usia Urwah ketika itu 71 tahun.

Baca: Wiki

Antara kisah yang menerik diriwayatkan mengenai Urwah ialah kisah dia kesabarannya di kala dia kehilangan sebelah kakinya dan kematian anaknyaa.

Kejadian itu terjadi ketika dia bermusafir ke Damsyiq untuk bertemu dengan Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik. Pada saat dia berada di Wadil Qura, dia telah terkena penyakit Nova Vulgaris (  الأكلة ) di sebelah kakinya. Ketika dia tiba di Damsyiq, sebelah kakinya sudah teruk sehingga Khalifah memanggil doktor untuk merawatnya. Keputusan dibuat, kakinya itu perlu dipotong. Dia disuruh makan ubat untuk tahan sakit , namun dia enggan hilangkan akalnya itu tujuan itu. Maka disuruhnya agar kerja pemotongan kakinya dibuat masa dia solat. Maka, proses pemotongan kakinya dibuat masa dia sedang solat dan dia tidak merasakan sakitnya. Selesai solat, kakinya telah siap dipotong dan dia mengangkapkan doa:


 اللهم انك تعلم اني لم امش بها الى سوء او الى معصية قط.


Sementara itu pada hari yang sama di mana kakinya dipotong, berlaku musibah lain atasnya. Anaknya yang bernama Muhammad,  yangikut serta dalam rehlahnya ke Syam itu telah meninggal akibat tendnagan kuda. Ketika berita itu disampaikan  kepada Urwah, dias berkata: 


 اللهم لك الحمد كان لي اطراف اربعة فاخذت واحدا وابقيت ثلاثة وكان لي بنون سبعة فاخذت واحدا وابقيت ستة، فلئن كنت قد ابتليت فلطالما عافيت، ولئن كنت قد اخذت فلطالما اعطيت فلك الحمد يا رب.

Alhamdulilah, aku ada empat anggoa, lalu Allah ambil satu. Aku ada 7 anak lelaki dan Allah ambil satu. 


Baca: Kesabaran Urwah

Baca: Islamstory





Friday, May 10, 2024

Ribe'i bin 'Amir

Dialah sahabat nabi Muhammad yang menuturkan kata-kata yang digantung di ufuk langit sejarah Islam:

Nama penuhnya adalah Ribe'i bin 'Amir bin Khalid bin  Amru Al-Usaidi Al-Umrawi At-Tamimi.

Dalam Perang Al-Qadisiyyah, Sa'ad bin Abi Waqqas mengutuskan Ribe'i bin 'Amir untuk bertemu dengan Rustam.

Dia datang ke khemah Rustam yang berhias cantik dan berhampar permaidani. Dia menunggang kudanya yang pendek sampai ke tepian permaidani di depan Rustan lalu mengikat kudanya di bantal yang ada di situ

 Ketika ditanya sebab apa dia dan kawan-kawan menceroboh ke negara Parsi, dia menjawab:


الله ابتعثنا لنخرج من شاء من عبادة العباد إلى عبادة الله، ومن ضِيق الدنيا إلى سعَتَها، ومن جَوْر الأديان إلى عدل الإِسلام، فأرسلنا بدينه إلى خلقه لندعوهم إليه؛ فمن قبل ذلك قبلنا منه ورجعنا عنه، ومن أبى قاتلناه أبداً حتى نفضيَ إلى موعود الله



Rustam merasa kagum dengan keperibadian Ribe'i bin 'Amir itu dan selepas Ribe'i bin 'Amir beredar pergi, dia berkata kepada para pembesar lain :

"Pernahkah kalian melihat orang yang lebih lebih hebat dan jelas kata-katanya berbanding lelaki itu?"

Para pembesar Rustam bimbang melihat Rustam yang terpesona dengan Ribe'i bin'Amir dan tawaran-tawarannya. Mereka berkata:

" Minta dilindungkan Tuhan dari tuan terpengaruh dengan kata-kata lelaki itu. Tidakkah tuan lihat bagaimana pakaiannya?"

Kata Rustam kepada para pembesar di sekelilingnya: 

"Celaka kalian! Sesungguhnya Arab itu meremehkan soal makanan dan pakaian tetepi mereka meemlihara keturunan mereka."

Thursday, May 9, 2024

Aurengzib.

 Sebelum ini, kita mengimbau kehidupan dan perjuangan dakwah seorang tokoh ulama India bernama Waliyyullah Ad-Dahlawi. Beliau lahir pada penghujung pemerintahan seorang raja Mogul yang bernama Aurengzeb. Sekarang , mari kita telita peribadi ini.

Aurengzeb adalah putera kepada Syah Jehan\

Nama beliau adalah Abu Al-Muzaffar Muhyiddin Muhammad Aurenzib Bahadur Alamghir Padisyah Ghazi bin Syah Jehan bin Muhamamd Jahankir

Beliau adalah pemerintah ke-6 dalam dinasti Mogol India.

Beliau memerintah antara tahun 1658 hingga 1707

Beliau bergaduh dengan saudaranya merebut kekuasaan dan dia memenanginya. Dia juga mengurung ayahnya Syah Jehan di Kota Agra dan diberikan layanan yang sempurna hingga matilah ayahnya itu.

Memerintah selama 49 tahun

Kerajaan terbesar dalam sejarah Mogol mengatasi rekod datuk ayahnya yang bernama Sultan Jalaluddin Akbar.

Sejarawan menyebutkan bahawa Aurenzi adalah Sultan Mogol yang paling kuat agama Islamnya dan teguh berpegang dengan Ahli Sunnah Wal-Jama'ah.

Seorang sasterawan bernama Najib Aqiqi menyebut:

وَكَانَ أَوْرَنِجزِيب مًسلِمَا وَرِعَا يَحفَظُ القُرآن ويُقيمُ الصَّلَاة ويَصُوم رَمَضَان ويُجاهد الوَثَنِيين


Bacaan Pemula: Wiki

 Baca Artikal: Aurengzib yang ditohmah

Tuesday, May 7, 2024

Syah Waliyullah Ad-Dahlawi

Bumi India, sejak ia dibuka oleh Sultan Muhammad Ghaznawi pada tahun 392H=1001M, telah melalui fasa pemerintahan kaum muslimin yang berbagai. Hinggalah sampai zaman penjajahan Inggeris, India pun jatuh ke tangan Inggeris.

Lalu bagkitlah suara-suara menyedarkan .

Maka antara suara kesedaran yang begema kuat dibumi India ialah suara yang dipancarkan dari seornag ulama besar bernama Syah Waliyullah Ad-Dahlawi.

Syah Waliyyullah Ad-Dahlawi  adalah seorang tokoh ulama asal India yang lahir pada 14 Syawal tahun1114H/2 Mac 1703M iaitu tahun-tahun terakhir pemerintahan Sultan Aurengzib. Beliau dilahirkan di Dehli (nama sebelum ditukar menjadi Delhi), India. Ayahnya merupakan seorang Faqih Mazhab Maliki yang mendapat tempat dihati Sultan.

Beliau meninggal pada tahun 1176H/1762. 

Nama penuhnya adalah Waliyyullah Ahmad bin Abdurahim bin Wajihuddin bin Mu'zom bin Mansur. Keturunan leluhurnya dikatakan bersambung hingga kepada Umar Al-Khattab.

Beliau didik dengan ilmu agama sejak awal oleh ayahnya. Paa usia 7 tahun, beliau sudah hafaz Quran. Belua bertalaqi ilmu dengan ulama-ulama besar di India ketika itu. Kerana sifat tawadhuknya dan tidak mementingkan dunia, dia dikenali dengan Wali Allah.

Apabila ayahnya meninggal pada tahun 1719, dia sudah berkebolehan mengajar

Belua oergi ke Makkah melaksana haji lalu duduk di sana berguru dengan ulama-ulama Makkah.

Beliau pulang semula ke India paa tahun 1722M dan mengajar. Ramai orang datang ke majlisnya sehingga Sultan Muhammad Syah membina madrasah buatnya yang diberi nama Darul Ulum

Waliyullah menyeru kepada Tasawwuf Sunni dan mengjauhi tasawwuf falsafi.

Beliau bukan sahaja ulama yang beraksi di lapangan ilmu tetapi juga beraksi di lapangan jihad melawan penjajah dan antik-antiknya.

Syah Waliyullah menguasai dalam ilmu Naqli dan Aqli


Hujjatullah Al-Balighah- antara karya besar Waliyullah


Bacaan: Islamonline

Antara kitabnya:

Karyanya dalam pelbagai bidang melebih 70 buah kitab. Kitabnya ditulis dalam bahsa Arab dan ada juga dalam bahasa Parsi.

  1. Hujjatullahul Balighah
  2. Fathurrahman Fi Turjumatil Quran
  3. Al-Fauzul Kabir Fi Usuli At-Tafsir.
  4. Fathul Khabir Bima La Budda Min Hifzihi Fi Ilmu At-tafsir
  5. Ta'wilul Ahadis Fi Rumuz Qisasil Ambiya
  6. Ad-durru As-Tsamin Fi Mubassyirati An-nabiyyil Amin
  7. Izalatul Khafa' 'An Khilafatil Khulafa'

Baca: Islamweb

Cucunya yang  bernama Maulana Muhammad Ismail As-Syahid bin Abdul Ghani bin Waliyyullah Ad-Dahlawi juga seorang ulama Mujahid yang menempa nama dan berjuang atas jalan yang dirintis datuknya. Dia berjuang dalam barisan bersama Imam Ahmad bin Irfan memimpin Puak Pushtun melawan kekuasaan Sikh yang memerintah Utara Benua India di masa itu. Dia laksana wazir yang sentiasa bersama Imam Ahmad bin Irfan dalam perjuangan hinggalah dia giugur syahid dalam peperangan Balakut pada 6 Mei 1821.Baca: Tarajim.com

Baca juga sejara Syeikh Ubaidillah As-Sindi. Wiki







Monday, May 6, 2024

Ehsan Ilahi Zohir

Ehsan Ilahi Zahir adalah seorang tokoh Sunni Salafi asal Pakistan, 

Beliau lahir tahun 1941di Sialkot, Punjab, Pakistan.

Pada usia 9 tahun dia sudah hafal Quran . Keluarganya adalah keluarga yang mementingkan ilmu hadis.

Peringkat Universiti beliau bermula di Universiti Muhammadiyyah di .... iaitu salah sebuah Univeristi Salafiyyah yang utama di Pakistan.

Beliau belajar peringkat Sarjana Muda bidang Syariah di Universiti Madinah.

Masa menuntut ilmu di Madinah, beliau bertalaqqi dengan Syeikh Nasiruddin Albani yang menjadi pensyarah di Universiti  antara tahun 1381-1383H

Baca: Alukah

Beliau juga berguru dengan Syeikh Bin Baz dan Syeikh Syanqiti

Selepas itu beliau balik ke Pakistan dna menyambung pengajian peringlat Doktorat di Universiti Punjab

Beliau banyak belajar sehngga memperolehi 6 master dalam pelbagai bidang.

Selesai pengajian di Universiti Madinah pada tahun 1967, dia mendapat tempat pertama kecemerlangan. Dalam menuntut ilmu dia mengambil jalan banyak menghafaz matan sebagai cara belajar ulama-ulama terdahulu.

Dia menghafal Alfiah Ibn Malik kitab dalam bidang Nahu.

Dia hafal Nukhbatul Fikri dalam bidang Mustalah.

Dia hafal Al-Fauzul Kabir karya Syah Waliyullah Ad-dahlawi dalam bidang Usul Tafsir.

Beliau hafal matan Talkhisul Miftah dalam bidang ilmu balaghah, ma'ani dan bayan.

Beliau banyak menghafaz hadis dan juga syair-syair Arab, Parsi dan Urdu.

Beliau mahir dalam bahasa Urdu, Parsi, Arab dan Inggeris.

Ketika habis belajar di Universiti Madinah, dia ditawarkan bekerja sebagai tenaga pengajar di sana, namun dia menolak dengan alasan negerinya memerlukannya. Dia pulang ke Pakistan dan di sana dia menerbitkan sebuah majalah yang dinamakan Turjumanul hadis.

Beliau dipiliuh menjadi Setiausaha Agung Pertubuhan Ahlul Hadis.

Khumaini pernah menghalalkan darahnya dan menawarkan hadia 200 ribu dolar bagi sesiapa yang dapat membawa kepalanya kepadanya. Oleh itu banyaklah cubaan bunuh ke atasnya.

Pada 23 rejab 1407H ketika dia berada dalam Majlis Nadwah Ulama Hadis di Lahore, dia dibawakan sejambak bunga yang tersembunyi di dalamnya bom jangka. Bom tersebut diletupkan dan membunuh 7 ulama di tempat tersebut dan membuatkan Syeikh Ehsan Ilahi Zohir luka parah. Dua ulama lain mati  akibat kecederaan beberapa hari kemudian, Syeikh Ehsan Ilahi Zohir di kejarkan ke Hospital Pusat di Lahore dan cuba diselamatkan. Beliau berada 4 hari di hospital di Pakistan dan kemudiannya diterbangkan ke Arab Saudi untuk mendapatkan rawatan yang lebih intensif di Hospital Tentera di Riyadh. Ianya adalah atas perintah Al-Malik Fahad bin Abdul Aziz dengan nasihat dan dokongan mufti Arab Saudi ketika itu, Syeikh Bin Baz. Namun, dia tidak terselamatkan dan meninggal. 

Kemudian, jasadnya dibawa ke Madinah dan dikebumikan di Al-Baqi'.

Baca: ddsunnah.net

Itulah kehidupan seorang pejuang Sunnah yang sejati. Dia gugur syahid dalam perjuangan dakwahnya dan usianya baru 47 tahun. Namun, sumbangan dan pusaka yang ditinggalkannya memberi manfaat buat ummat.

Di samping ceramah dan muhadorahnya yang banyak di pelbagai negara , beliau juga meninggalkan karya-karya berharga yang membongkar kesesatan beberapa firqah yang mengancam ummat Islam. Berikut adalah nama-nama kitabnya:

ـ الشيعة والسنة (1393هـ)
ـ الشيعة وأهل البيت (1403هـ).
ـ الشيعة والتشيع فرق وتاريخ.
ـ الإسماعيلية تاريخ وعقائد (1405هـ).
ـ البابية عرض ونقد.
ـ (القاديانية (1376).
ـ البريلوية عقائد وتاريخ (1403هـ (
ـ البهائية نقد وتحليل (1975م).
ـ التصوف، المنشأ والمصادر الجزء الأول (1406هـ)
10ـ دراسات في التصوف وهو الجزء الثاني .
11 ـ الشيعة والقرآن (1403هـ).
12 ـ الباطنية بفرقها المشهورة.
13 ـ فرق شبه القارة الهندية ومعتقداتها.
14 ـ النصرانية.
15ـ كتاب الوسيلة بالإنجليزية والأوردية.
16ـ كتاب التوحيد.
17 ـ الكفر والإسلام بالأوردية.

Rujuk: Islamweb

Tonton: Youtube( Ucapan Syeikh Ehsan Ilahi Zohir di depan Saddam Hussein)

Sunday, May 5, 2024

Firqah As-Syaikhiyyah

Dari Firqah Syiah Imam 12, lahir satu aliran pemikiran yang diasaskan oleh Ahmad bin Zainuddin Al-Ihsa'i. Para pengikutnya dinamakan Syaikhiyyah.

Syeikh Ahmad bin Zainuddin Al-Ihsa'i dilahirkan tahun 1166H (1752M) dan meninggal tahun 1241H (1825M)

Dia menjadi murid kepada Kazim Ar-Rusyti di mana dia juga ada murid lain yang bernama Ali Muhammad Asy-Syirazi yang dikenali dengan Al-Bab dan para pengikutnya dinamakan Babiyyah. dan kemudiannya dikenali dengan Baha'iyyah.

Oleh kerana firqah ini lahir dari Syiah Imamiyyah, ia mempunyai persamaan dengan induknya di samping beberapa perbezaan dari sudut akidah. Syeikh Ihsa'i punyai keenderungan batiniyyah dalam menafsirkan quran buat menyokong pegangannya. Beberapa kalangan ulama Syiah sendiri menyifatkan Syeikh Ihsa'i sebagai rosak akidah lagi sesat.


Antara pegangan kumpulan Syaikhiyyah ialah :
  1. Mempercayai 14 imam.dan aloam dicioptakan kerana mereka.
  2. Percaya kepada adanya jasad Hurqilya'i iaitu jasad  yang halus antara benda dan dan ruh seperti barzah. Ia adalah perkataan Suryaniyyah yang sama ertinya dengan "Alam Mithal". Dengan Jisim Hurqilya'i itulah berlakunya kebangkitan di hari akhirat. Dengan kata lain, golongan ini hanya mempercayai kebangkitan Ruhani dan tidak mempercaya kebangkitan Jasmani.
  3. Sentiasa mengingatkan dekatnya kemunculan Imam Mahdi.
Aliran Syaikhiyyah ini wujud di Iran, Iraq dan negara-negara teluk.

Kelompok Syaikhiyyah ini kemudiannya berpecah lagi kepada :

1) Karmaniyyah
2) Tibriziyyah-ia paling hampir dengan imamiyyah dan darinya muncul puak Ahqoqiyyah yang di Teluk Arab dan memiliki channel siaran sendiri.




Baca : Fnoor

A'sya bin Qais , penyair yang hampir masuk Islam .

A'sya adalah gelaran kerana matanya yang rabun. Kalimah A'sya dalam bahasa Arab bermaksud seorang yang tidak nampak di malam hari ....