Saturday, May 4, 2024

Imam Mak-hul ( مكحول )

Nama penuhnya adalah Makhul bin Abdullah . Dikenali juga Makhul bin Abi Muslim Al-Huzali. Disebutkan juga namanya ialah Syahrab bin Syazil bin Sind bin Syarwan bin Yazdil bin Yaghuth bin Kisra.

Kunyahnya adalah Abu Abdullah As-Syami. Dia dipanggil Abu Ayyub dan Abu Muslim.

Beliau dikenali sebagai seorang ahli hadis yang Hafiz di negeri Syam.

Beliau adalah seorang ulama besar kalangan Tabi'in dan merupakan seorang faqih yang terbilang di Syam.

Hidup pada zaman kekhalifahan Hisyam bin Abdul Malik.

Belua dikatakan berasal dari keturunan parsi dan dilahirkan di Kabul. Beliau ditawan dan dijadikan hamba kepada Said bin Al-As dan kemudian diserahkan kepada seorang perempuan daripada kabilah Huzail di Mesir. Dia kemudiannya di merdekakan. Beliau masuk Islam dan kemudiannya mendalami ilmu sehingga mencapai darjat faqih.

Beliau meriwayatkan beberapa hadis secara Mursal.

Kata Makhul: 

Aku tidak mendengar adanya ilmu di mana-mana melainkan aku akan mendatanginya.

Maka Makhul banyak mengembara untuk mencari ilmu.

Beliau wafat pada tahun antara 112,  113, 114  atau 114 H (khilaf ahli sejarah).


Catatan tambahan:

Yahya bin Ma'in pernah berkata mengenai Makhul:

كان قدريا ثم رجع عنه.
Dulu dia pernah menjadi Qadariyyah, tetapi dia meninggalkannya"


Seseorang yang membaca kenyataan ini jangan salah faham dengan mengatakan Imam Makhul pernah menganut fahaman Qadariyyah yang sesat sepertimana tokoh Qadariyyah yang dihukum sesat seperti Ma'bad Al-Juhani dan Ghailan Ad-Dimasyqi. Mereka itu fahaman Qodariyyah terkemudian yang telah mengalami penambahan yang menyeleweng. Qodariyyah awal tidak seperti itu. Qodariyyah yang dikaitkan dengan Imam Makhul itu adalah ringan. Sekakar bercakap soal Qodar atau ada persamaan dalam beberapa perkara dengan Qodariyyah mutaakhir. Mungkin juga kerana Imam Makhul dilihat duduk bersama beberapa tokoh Qodariyyah pada zamannya.

Macam nama Syiah. Awalnya adalah pendokong Ali. Mereka adalah puak yang benar antara semuanya. Namun, bersama perunahan zaman, berlaku evolusi pada nama Syiah itu hingga akhirnya ia membina pakej akidah yang menyingsang. Hingga, muncullah nama Syiah dalam kondisi sekarang yang sarang dengan kepicangannya.

Sama juga dengan Muktazilah. Awalnya, para sahabat nabi yang berkecuali dari menyokong Ali atau Muawiyah, merekalah asas awal kepada idea kelompok muktazilah. Sifat muktazilah ada pada mereka. Tapi kemudian, nama muktazilah itu telah sinonim dengan puak yang mengutamakan akal berbanding nas dan membawa pakej akidah yang eksklusif.

Namun, ada perkataan Auza'i yang menyaring tuduhan yang sedemikian kepada ulama-ulama hebat di zaman awal. 

لم يبلغنا أن أحدا من التابعين تكلم في القدر إلا الحسن، ومكحول، فكشفنا عن ذلك فإذا هو باطل.

Tidak sampai kepada kami bahawa ada seorang pun daripada tabi‘in berbicara tentang qadar selain al-Hasan dan Makhul. Lalu kami menyelidiki perkara itu, maka rupanya ia batil

Maksudnya , kekadang, ia hanya kata orang. Kata pendengki mungkin. Ulama sepanjang zaman ada sahaja orang yang busuk hati terhadapnya. Ada yang dilebel dengan pelebelan negatif. Ada dituduh Qadari. Muktazili, Mujassimah, Hasyawi dan di zaman moden ini popular dengan Wahabi!

Orang berakal tidak akan temakan dengan semua pelebelan itu, bahkan mengambil sikap tabayyun dan mencari kebenaran.






No comments:

Post a Comment

AGAMA QADYANI

Antara agama baru yang muncul selepas Islam adalah agama Qodyani. Pengasasnya bernama Mirza Ghulam Ahmad yang berasal dari Qodyan , Punjab, ...