Sunday, May 5, 2024

Firqah As-Syaikhiyyah

Dari Firqah Syiah Imam 12, lahir satu aliran pemikiran yang diasaskan oleh Ahmad bin Zainuddin Al-Ihsa'i. Para pengikutnya dinamakan Syaikhiyyah.

Syeikh Ahmad bin Zainuddin Al-Ihsa'i dilahirkan tahun 1166H (1752M) dan meninggal tahun 1241H (1825M)

Dia menjadi murid kepada Kazim Ar-Rusyti di mana dia juga ada murid lain yang bernama Ali Muhammad Asy-Syirazi yang dikenali dengan Al-Bab dan para pengikutnya dinamakan Babiyyah. dan kemudiannya dikenali dengan Baha'iyyah.

Oleh kerana firqah ini lahir dari Syiah Imamiyyah, ia mempunyai persamaan dengan induknya di samping beberapa perbezaan dari sudut akidah. Syeikh Ihsa'i punyai keenderungan batiniyyah dalam menafsirkan quran buat menyokong pegangannya. Beberapa kalangan ulama Syiah sendiri menyifatkan Syeikh Ihsa'i sebagai rosak akidah lagi sesat.


Antara pegangan kumpulan Syaikhiyyah ialah :
  1. Mempercayai 14 imam.dan aloam dicioptakan kerana mereka.
  2. Percaya kepada adanya jasad Hurqilya'i iaitu jasad  yang halus antara benda dan dan ruh seperti barzah. Ia adalah perkataan Suryaniyyah yang sama ertinya dengan "Alam Mithal". Dengan Jisim Hurqilya'i itulah berlakunya kebangkitan di hari akhirat. Dengan kata lain, golongan ini hanya mempercayai kebangkitan Ruhani dan tidak mempercaya kebangkitan Jasmani.
  3. Sentiasa mengingatkan dekatnya kemunculan Imam Mahdi.
Aliran Syaikhiyyah ini wujud di Iran, Iraq dan negara-negara teluk.

Kelompok Syaikhiyyah ini kemudiannya berpecah lagi kepada :

1) Karmaniyyah
2) Tibriziyyah-ia paling hampir dengan imamiyyah dan darinya muncul puak Ahqoqiyyah yang di Teluk Arab dan memiliki channel siaran sendiri.




Baca : Fnoor

No comments:

Post a Comment

A'sya bin Qais , penyair yang hampir masuk Islam .

A'sya adalah gelaran kerana matanya yang rabun. Kalimah A'sya dalam bahasa Arab bermaksud seorang yang tidak nampak di malam hari ....