Tuesday, May 14, 2024

A'sya bin Qais , penyair yang hampir masuk Islam .

A'sya adalah gelaran kerana matanya yang rabun. Kalimah A'sya dalam bahasa Arab bermaksud seorang yang tidak nampak di malam hari. Lalu, orang memanggilnya dengan kunyah Abu Al-Basir sebagai satu kaedah tafa'ul. Nama sebenarnya adalah Maimun bin Qais bin Jandal bin Syurahbil bin Auf bin Sa'ad bin Dhubai'ah Al-Bakri merupakan seorang yang berasal dari Bani Qais bin Tsa'labah.

A'sya banyak membuat kunjngan menemui raja-raja Arab dan Parsi. Kerana itu kedapatan pengaruh bahasa Parsi dalam syair-syairnya. Syair-syair diuangkap memuji dan merendahkan seseorang punya pengaruh besar menaikkan dan menjatuhkan. Beliau menjadi syairnya sebagai mendium mendapat pamrih harta dan itulah yang menjadi kehalobaannya.

Apabila dia mendengar perihal Rasululah SAW yang mula menempa kejayaan dalam dakwahnya dan makin ramai ornag yang masuk Islam, dia pun berhasrat untuk ikut sama masuk Islam. Dia mendendangkan syair memuji nabi Muhammad SAW dan dia menuju ke Madinah. Dalam perjalanan dia melalui Kota Makkah. Lalu, pembesar Quraisy yang kafir di Makkah menghadangnya dengan niat menghasut agar dia mengurungkan niatnya untuk ke Madinah dan masuk Islam.

" Sesungguhnya Muhammad itu mengharamkan zina" , seorang pemuka Quraisy menghasutnya.

" Aku pun bukan lagi berhajat kepada wanita untuk dizinai", balas A'sya. Umpan itu tidak memikatnya.

" Muhammad itu mengharamkan arak!", pembesar Quraisy itu menukar hasutan yang lain. Sementara A'sya memang seorang penagih arak.

"Kalau yang ini saya sukar tinggalkan, tapi aku akan cuba". Kata A'sya.

Abu Jahal yang tidak berapa senang dengan sikap A'sya yang masih tidak konkrit itu, bimbang A'sya meneruskan perjalanannya ke Madinah menemui nabi Muhammad,  menawarkan 100 ekor unta buatnya asalnya dia balik semula ke perkamungannya Bani Qais. Maka A'sya pun tertarik dengan tawaran 100 ekor unta itu dan dia pun pulanglah bersama 100 ekor unta.

Tak jadilah sang penyair A'sya ke Madinah untuk masuk Islam. 

Hidayah yang sudah mengetuk pintu hatinya menjadi kabur dan lenyap sedikit demi sedikit.

Belum pun sampai ke perkampungannya, A'sya ditimpa musibah. Dia terjatuh dari untanya dan mati.

Mati tak sempat Islam.

Demikianlah bila dunia lebih diminati . A'sya menanggung kerugian kerana tidak sempat mencicipi Islam dan tidak punya tekad bulat menemui nabi Muhammad penyuluh jalan kebenanran.

Demikian nasib A'sya. Andaikan kalau anda hidup zaman itu. Apakah jaminan anda tidak akan diragukan seperti A'sya diragukan?

Syukurlah hidup zaman ini dan diberikan hidayah Islam. 

Zaman Nabi Muhammad itu keras gaiss!

Tak semua orang lulus menghadapi ujian. 


No comments:

Post a Comment

Iktibar sejarah: Mengaku Nasab Nabi

Al-Muiz Lidinillah , ketika dia masuk ke Mesir, dia ditanya tentang nasabnya oleh ulama yang ada di Mesir ketika itu. Maka dia mencabut sepa...