Tuesday, July 18, 2023

Kabilah Kindah-Disayangkan kerana lewat mencicipi Islam.

 Kabilah Kindah adalah Kabilah Arab yang besar dan pernah mencipta rekod membina kerajaan di tanah Arab. Pemimpin mereka menjadi raja-raja Arab yang berkuasa untuk satu tempok masa yang agak panjang iaitu sekitar 8 kurun (200 BC-633 AD)memiliki wilayah yang luas. Kerana itu Kabilah Kindah juga disebut Kindah Al-Muluk.

Baca: Sejarah Kindah

Wilayah kekuasaan Kerajaan Kindah

Seorang penyair Arab Jahiliyyah yang terkenal , namanya Umuru-ul Qais adalah keturunan raja-raja Kindah. 


Pada tahun ke 11H, Nabi SAW di Kota Makkah gencar mencuba nasib berdakwah kepada para kafilah haji yang berdatangan ke Makkah, Baginda menemui kabilah-kabilah yang datang untuk ibadah haji itu dan menawarkan kepada mereka untuk menjadi pembelanya. Pembela seorang utusan Allah yang tentunya patut menjadi rebutan kabilah-kabilah Arab. Namun, ia tidak sebagaimana sepatutnya. Tawaran nabi ditolak oleh pemimpin kabilah yang memimpin rombongan kabilahnya datang ke Makkah buat melaksanakan haji.

Antara kabilah yang didatangi nabi untuk dakwah dan menawarkan NUSRAH ialah Kabilah Kindah. Sayangnya, pemimpin Kabilah tersebut yang bernama Mulaiha tidak tertarik dan enggan menghulurkan bantuan kepada nabi Muhammad SAW.  Penolakan itu dibuatnya dengan baik dan itu adalah watak kabilah Kindah yang merupakan golongan yang elit dan punya latar tatakerama pemerintahan. Namun, kerugian tetap menimpa Kabilah Kindah akibat daripada penolakan tersebut. Khasnya Mulaiha yang namanya tidak tercatat dalam senarai sahabat nabi SAW kerana penolakannya di kala pertama ditawarkan. 

Peluang dalam hidup selalunya tidak berulang dan hanya sekali. Jika yang sekali itu disia-siakan, dan peluang itu tidak datang lagi, alangkah ruginya. Kabilah Kindah akhirnya masuk Islam pada tahun ke-9 namun ia sudah terlewat untuk meraih kemuliaan hebat seperti yang diraih oleh Kabilah Aus dan Khazraj dari kota kecil bernama Madinah.

Bayangkan, kalau Kindah yang mendokong Islam, apa yang Kindah dapat? Kindah akan meneruskan bahkan mengangkat harkat kerajaan Kindah yang pernah dilakar oleh leluluhur mereka di bumi Arab!

Akan tetapi, silap langkah selalu membuntuti manusia. Tindakan hari ini, membuahkan hasilnya di hari esok. Itulah hal menuntut kebijakan.


No comments:

Post a Comment

Duriiyaah alʻyṭh-Ulama Wanita Penulis Kitab Fekah

 Aku jarang jumpa kitab yang dikarang oleh seorang tokoh ilmuan perempuan. Banyak kitab rujukanku adalah hasil karya tokoh ulama lelaki sama...