Saturday, July 8, 2023

Pengaruh Bangsa Turki dalam Pemerintahan Abbasiyyah


Pemerintahan Khilafah Abbasiyyah  bermula dari zaman Al-Makmun memperlihatkan pengaruh Parsi mula mendominasi kerajaan. Ini kerana  Al-Makmun sendiri adalah anak kepada hamba Parsi kepunyaan Khalifah Harun Ar-Rasyid yang bernama Marajil. Al-Makmun dijadikan gabenor di Khurasan semasa ayahnya masih hidup. Apabila perlaku perang  saudara antara Al-Makmun derngan Al-Amin, maka Al-Makmun telah memenangi sengketa itu dan wazirnya bernama Al-Fadhl bin Sahal.

Di sini, pengaruh Parsi sudah mula menguasai istana khalifah dan ia berlangsung sehingga zaman.

Namun, pada zaman Khalifah Al-Mu'tasim, dalam rangka mengurangkan pengaruh Parsi, beliau mula mengambil khidmat orang-ornag Turki dalam ketenteraan. 

Fasa Kedua Khilafah Abbasiyyah adalah di mana pengaruh Turki mula meresap dan mengusai pemerintahan Daulah Khilafah. Ia bermula daripada masa naiknya Khalifah Al-Mutawakkil bin Al-Muktasim menjadi Khalifah hingga ke zaman pemerintahan Khalifah Al-Mustakfi Billah.

Zaman ini ditandai dengan kerapnya pertukaran khalifah dan khalifah tiada kuasa kerana kekuasaan sebenar ada pada para menteri dan jenderal tentera yang dipegang oleh orang-ornag Turki. Khlifah hanyalah lambang yang digunakan namanya dalam khutbah dan doa-doa. 

Hinggalah orang Turki mula menguasai sektor penting dalam ketenteraan. Hal ini telah menimbulkan ancaman kepada kebebasan khalifah. Hatta, pada zaman Al-Mutawakkil, dia mati dibunuh oleh pegawai-pegawai tentera daripada bangsa Turki. Selepas naiknya anak Al-Mutawakkil iaitu Al-Mustansir, pengaruh Turki dalam pemerintahan sudah mengental.

Ketua-ketua tentera dikuasai oleh ornag Turki sehinggalah kemudiannya ornag Turkilah memegang urus tadbir di wilayah-wilayah dalam negara Islam. 

No comments:

Post a Comment

Duriiyaah alʻyṭh-Ulama Wanita Penulis Kitab Fekah

 Aku jarang jumpa kitab yang dikarang oleh seorang tokoh ilmuan perempuan. Banyak kitab rujukanku adalah hasil karya tokoh ulama lelaki sama...