Tuesday, April 30, 2024

IMAM 'AMIR AS-SYA'BI

Nama sebenarnya ialah Amir bin Syarahil bin Abd bin Zi Kibar Abu Amru Al-Hamdani As-Sya'bi Al-Kufi

Ahli Sejarah berbeza pendapat tentang tahun kelahirannya. Ada kata lahirnya pada tahun 16H. Ada yang mengatakan dia lahir tahun 20H, 31H , 21H. Al-Asomma;i mengatakan dia lahir tahun 17H.

Lahirnya di Kota Kufah dan tinggal di dalamnya

Beliau pernah jadi pelarian politik di Kota Madinah kerana lari daripada Mukhtar As-Tsaqafi.

Beliau ikut serta dalam peperangan Dir Al-Jamajim bersama pasukan Ibn Al-Asy'ath.

Selamat daripada pembalasan Hajjaj bin Yusuf As-Stsaqafi

Pernah menjawat jawatan sebagai penulis bagi Qutaibah bin Muslim Al-Bahili.

Pernah jadi utusan khas khalifah Abdul malik bin Marwan ke Baizentin

Beliau suka memetik kisah-kisah ajaib dan Israiliyyat bahkan melakukan pengembaraan untuk mencari kisah-kisah gharib itu

Beliau hidup mencapai umur 87 tahun.

Beliau meninggal secarara menjeut pada tahun 103H di Kufah.

Ketika dia mati, Hasan Al-Basri mengungkap kata-kata ratha' (Ucapan sedih dan memuji) buatnya.

إنا لله وإنا إليه راجعون، إن كان لقديم السن، كثير العلم، وأنه لمن الإسلام بمكان.


As-Sya'bi , menurut katanya, dia sempat bertemu dengan lebih 500 orang sahabat

Ibn Sirin mengatakan (menggambarkan kemasyhuran As-Sya'bi): Aku telah mendatangi Kufah dan aku mendapati As-Sya'bi mempunyai halaqah pengajian yang ramai sedangkan ketika itu para sahabat masih ramai

Ibn Hajar berkomentar tentangnya:

ثقة، مشهور، فقيه فاضل

Makhul berkata:

ما رأيت أفقه منه

Menurut Az-Zuhri:

العلماء أربعة: ابن المسيب بالمدينة، والشَّعْبِيُّ بالكوفة، والحسن البصري بالبصرة، ومكحول بالشام


Ibn Uyainah berkata: Ulama di kalangan orang ramai itu ada 3 iaitu Ibn Abbas pada zamannya, As-Sya'bi pada zamannya dan As-Tsauri pada zamannya.

Kata As-Sya'bi: Manusia terpecah kepada 4 golongan :

1) Golongan pencinta Ali pembenci Uthman

2) Pencinta Uthman Pembenci Ali

3) Pencinta kedua-duanya (Uthman dan Ali)

4) Pembenci kedua-duanya (Uthma dan Ali)

Lalu ditanya kepada As-Sya'bi: Dari golongan mana kamu?

Kata As-Sya'bi: Aku dari pencinta kedua-duanya dan memohon kemapunan buat kedua-duanya.


Ibnu Aisyah menceritakan : Abdul Malik bin Marwan mengutuskan As-Sya'bi kepada raja Rom di Baizentin Apabila As-Syaibi pulang membawa surat raja Rom itu, Abdul Malik bertanya As-Sya'bi, apakah dia tahu apa yang dikatakan raja Rom dalam suratnya. As-Sya'bi bertanya: Apa yang dituliskannya. Abdul malik memberitahu bahawa Raja Rom menulis: Aku hairan kenapa utusan itu tidak dipilih kaum muslimin jadi Khalifah. As-Sya'bi menyatakan pandangannya: Itu kerana raja Rom melihatnya dan belum melihat Khalifah Abdul Malik bin Marwan.

Namun, Khalifah Abdul Malik menyatakan sebab lain kenapa Raja Rom menulis demikian: Wahai Sya'bi, dia mahu buatkan aku rasa cemburu lalu membunuhmu.

Jawapan Khalifah Abdul Malik itu sampai kepada raja Rom dan dia berkata: Demi Tuhan Bapa, itulah yang menjadi tujuanku!

Bacaan : Islamway


No comments:

Post a Comment

WAKI' BIN AL-JARRAH

 Waki' bin Al-Jarrah bin Malih bin 'Adi bin Furs bin Jamjamah bin Sufyan bin Al-Harith bin Amru bin Ubaid bin Ruwwasi. Beliau lair p...