Nama sebenar Sibawaih ialah Abu Bisy Amru bin Uthman bin Qambar Al-Harithi. Sibawaih itu merupakan laqabnya yang masyhur. Mengenai tahun kelahirannya, yang masyhur adalah tahun 148H. Maklumat asal usul keluarganya tidak tercatat dengan pasti. Apa yang jelas, dia adalah keturunan Parsi. Beliau dilahirkan di Qoryah Al-Baidha' di Parsi dan beliau membesark di Basrah apabila keluarganya berpindah dan tinggal di sana. Gelaran Sibawaih itu adalah panggilan manja ibunya yang bermaksud 'Bau Epal".
Antara guru Sibawaih adalah Hamad bin Salamah. Dia belajar hadis daripadanya. Berlaku satu kejadian yang mengubah arah pembelajarannya di satu hari. Ketika dia menulis hadis nabi yang dibacakan gurunya. Hadis itu berbunyi:
“ليس من أصحابي أحد إلا ولو شئت لأخذت عليه، ليس أبا الدرداء”
Apabila mengimlakkan hadis itu, Sibawaih telah menulis :ليس من أصحابي أحد إلا ولو شئت لأخذت عليه، ليس أبو الدرداء
Maka gurunya memarahinya dan berkata:
لحنت يا سيبويه، إنما هذا استثناء
Peristiwa itu membuatkan Sibawai bersumpah untuk belajar bahasa Arab sehingga tiada siapa yang boleh mengatakannya silap lagi. Lantas dia belajar dengan Khalil bin Ahmad Al-Farahidi. Beliau juga mendalami ilmu bahasa Arab daripada Yunus bin Habib dan Isa bin Umar. Sibawaih pernah ke Baghdad dan berlaku debat antaranya dengan Al-Kasa-i dan dia dikalahkan oleh Al-Kasa-i. Setelah meninggalkan Baghdad, dia tidak pernah lagi kembali Baghdad.
Sibawaih tidak panjang umur. Sebab itu muridnya tidak berapa ramai. Antara muridnya yang terkenal adalah Al-Akhfas dan Qutrab
Sibawaih meninggal tahun 180H di kampungnya , Qoryah Al-Baidha' di Syiraz. Sebab kematiannya dikatakan berkaitan penyakit perut yang dikenali dalam dunia perubatan sebagai penyakit Seliak (Celliac)
No comments:
Post a Comment