Pernahkah anda men dengar nama Muqatil?
Siapakah Muqatil?
Beliau adalah Abu Al-Hasan Muqatil bin Sulaiman bin Basyir Al-Azdi.Al-Balkhi seorang ulama Tafsir yang kepadanya dinisbahkan Tafsir Muqatil. Beliau berasal daripada Balkh (Dalam Afghanistan sekarang) dan kemudian bepindah dan tinggal di Basrah dan kemudian ke Baghdad dan meriwayatkan hadis di sana. Namun, dia dianggap sebagai Matruk dalam periwayatan hadis.
Muqatil meninggal pada tahun 150H.
Terdapat perkataan ramai ulama yang menisbahkan Muqatil sebagai Musyabbihah dan Murji'ah seperti Ibn Hazmin yang menukilkannya dalam kitabnya Al-Faslu Fi Al-Milal Wal Ahwa' Wan Nihal dan As-Syahristani dalam Al-Milal Wan Nihal.
Imam Az-Zahabi dalam kitabnya Al-Arsy menukilkan perkataan Imam Abu Hanifah:
Telah datang kepada kita dari sebelah Timur dua orang yang khabis (jelek) iaitu Jaham si Mu'attol dan Muqatil si Musyabbih.
Ibn Taimiyyah menyenaraikannya di kalangan Mutahham (orang yang dituduh dengan satu tuduhan) dan tidak wajar menaqalkan tafsir daripadanya.
Ibn Hajar Al-Asqalani dalam Fathul Bari menyifatkannya sebagai seorang yang menyerupakan Allah dengan makhluk dan padangan yang sama diteladani oleh golongan Rafidhah dan juga Karamiyyah
Cuma, perkataan yang menibahkan Muqatil sebagai pencetus Tasybih Al-Khaliq bil Makhluk adalah tidak tepat kerana sebelumnya sudah masyhur muncul golongan musyabbihah dari kelompok SABAIYYAH dan BAYANIYYAH.
Imam Al-Haramain Abul Ma'ali Al-Juwaini menyifatkannnya dalam As-Syamil Fi Usuliddin sebagai Mujassimah pelampau sama seperti Daud Al-Jawaribi dan Hisyam bin Al-Hakam Al-Kindi (Seorang tokoh ulama Syiah, sahabat kepada Jaafar Sodiq dan juga Musa Al-Kazim).
* Imam Az-Zahabi menyebutkan dalam MIzan Al-Iktidal bahawa Daud Al-Jawaribi itu adalah Ra'sun (kepala) dalam pemikiran Rafidahnya dan Tajsimnya.
Demikian berkata Abu Hasan Al-Asy'ari dalam Maqalat Al-Islamiyyin bahawa Muqatil itu adalah Mujassim yang menyamakan zat Allah dengan makhluk.
Walaubagaimanapun, pelebelan yang sedemikian disifatkan oleh Ibn Tamiyyah sebagai berlebihan. Beliau mencuirigai nukilan mengenai Muqatil yang disebutkan oleh Imam A'Asyari dalam maqalatnya dan mengandaikannya bersumber kitab-kitab muktazilah yang diriwayatkan daripada orang yang tidak tsiqah. Mereka berelebihan dalam menuduh Muqatil.
Ibn Tamiyyah menulis dalam Minhajus Sunnah (jil 2, ms 619):
No comments:
Post a Comment