Friday, February 23, 2024

Mufti As-Tsaqalain

Gelaran ini, pertamanya diberikan kepada seorangb tokoh ulama yang menjadi tuan punya karangan yang bernama "Al-Aqidah An-Nasafiyyah". 

Harus dibezakan dengan seorang ulama lain yang mengarang tafsir bernama Abu Al-Barakat Hafizuddin An-Nasafi. Nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad bin Mahmud  An-Nasafi. Dia mengarang kitab Tafsir yang dinamakan Madariku At-Tanzil Wa haqaiqu At-Ta'wil yang merupakan ringkasan kepada tafsir Al-Kasyyaf dan Tafsir Al-Baidhowi.Beliau meninggal antara tahun 701H ke 710H (khilaf)

Namanya adalah Najmuddin Umar An-Nasafi, kelahiran  tahun 461H dan meninggal tahun 537H. Beliau lahir di kota Nasaf yang terletak antara Jaihun dan Samarqand.



Selain beliau , gelaran Mufti As-Tsaqalain juga diberikan kepada seornag tokoh bernama Imam Syamsuddin Ahmad bin Sulaiman bin Kamal Basya. Disebut dengan kependekan Ibn Kamal Basya. Beliau meninggal pada tahun 940H.Beliau berasal Turki tetapi dianggap sebagao Arab.Beliau hidup pada zaman Sultan Salim I dan dan juga zaman Sultan Sulaiman Al-Qanuni dari khilafah Othmaniyyah. Sulaiman Al-Qanuni melantiknya menjadi Qodhi dan kemudian Mufti Kerajaan Othmaniyyah. Beliau bermazhab Hanafi.


Lahir pada tahun 873H di Kota Tuqat dalam daerah Siwaz di Timur Laut Turki.

Datuknya Kamal adalah salah seorang pembesar kerajaan Othmaniyyah.

Ayahnya Sulaiman bin Kamal adalah salah seorang pemimpin tentera yang Khan pada zaman Sultan Muhammad Al-Fatih dan turut serta dalam perang pembukaan Qostantina pada tahun 1453M=857H

Ibunya adalah seorang anak perempuan kepada ulama yang terkenal pada zaman itu bernama Ibn Al-Kublu (meninggal tahun 874H) yang dilantik oleh Sultan Muhamamd Al-Fatih sebagai Qodhi askar.

Mulanya Ibn kamal Basya ini terjun dalam bidang ketenteraan.





No comments:

Post a Comment

A'sya bin Qais , penyair yang hampir masuk Islam .

A'sya adalah gelaran kerana matanya yang rabun. Kalimah A'sya dalam bahasa Arab bermaksud seorang yang tidak nampak di malam hari ....