Monday, February 19, 2024

AL-KHATTABI

Beliau adalah Abu Sulaiman Hamdi bin Muhammad bin Ibrahim bin Al-Khattab Al-Busti Al-Khattabi As-Syafie (319-388H).


Beliau adalah seorang Ahli dalam hadis dan seorang faqih dan dibilang ulama besar dalam mazhab Syafie.

Beliau lahir di sebuah penempatan bernama Boost di Kota Lasykargah yang berada di dalam daerah Helmand (yang terletak di selatan negara Afghanistan sekarang).

Beliau mengembara mencari ilmu hadis ke Baghdad, Basrah , Kufah, Mekah dan juga wilayah-wilayah Khurasan. Antara tokoh ahli hadis yang ditemuinya adalah Abu Amru bin As-Sammak, Mukaram Al-Qadhi, Abu Umar Ghulam As-Tsa'lab dan Hamzah bin Muhamamd Al-Aqabi .(Rujuk Siyar a'lam)

Beliau mempelajari feqah mazhab Syafie darpada tokoh ulama Syafie seperti Abu Bakar Al-Kuffal As-Syasyi, Abu Ali bin Abi Hurairah dan lain-lain yang sezaman dengan mereka.


Ada yang mengatakan Al-Khattabi bermazhab Asy'ari dari segi akidah dan ada yang menisbahkannya kepada mazhab Salaf.

No comments:

Post a Comment

A'sya bin Qais , penyair yang hampir masuk Islam .

A'sya adalah gelaran kerana matanya yang rabun. Kalimah A'sya dalam bahasa Arab bermaksud seorang yang tidak nampak di malam hari ....