Monday, November 24, 2025

ABDU YALIL BIN AMRU

 Dalam sejarah, banyak orang yang nubcul dengan pilihan masing-masing untuk berada di pihak mana. Untung rugi bergantung kepada pilihan masing-masing. 

Abdu Yalil adalah nama seorang okoh pemimpin Banu Tsaqif yang menghuni Kota Taif. Ketika Rasulllah berdakwah di Kota Taif ditemani anak angkatnya,  Zaid bin Harithah, baginda bertemu dan membentangkan Islam kepada 3 pemimpin utama Kota Taif. Salah satunya adalah Abdu Yalil. Abdu Yalil maupun 2 lagi pemuka Taif menunjukkan sikap penenrangan terhadap dakwah Nabi SAW bahkan mereka mengejeknya. Tidak cukup dengan itu, mereka mengupan anak-anak Taif untuk melemparkan batu kepada Nabi SAW.

Abdu Yalil itu sendiri telah meneyebutkan satu kata-kata yang dirakamkan dalam sejarah iaitu dia bersumpah akan mengoyak kelambu kaabah kalau benar Muhammad itu utusan Allah SWT.  Dia mengatakankan demikian sebagai tanda bahawa dia amat-amat tidak percaya bahawa Nabi Muhamamd SAW itu diutuskan Allah sebagai Rasul.

Apabila Rasulullah telah menakluki Kota Makkah pada tahun 9 H dan seterusnya berjaya menakutkan tenetra Rom di bumi Syam dalam peristiwa Perang Tabuk, maka penduduk Taif yang ketika itu masih degil untuk menerima Islam mengambil keputusan  untuk menghantar rombongan bertemu Rasulullah SAW di Kota Madinah. Rombongan itu dipimpin oleh Abdu Yalil. Mereka datang ke Kota Madinah bukanlah kerana redha dengan Islam tetapi mereka ingin bergabung dengan ISlam menurut syarat-syarat mereka. Mereka mag masuk Islam dengan syarat dibenarkan berzina, makan riba, minum arak, tak perlu solat dan dibenarkan terus menyimpan berhala Lata di Taif. Semua syarat mereka itu ditolak oleh rasulullah dengan baik sehingga akhirnya mereka tiada pilihan melainkan perlu masuk Islam secara kaffah. 

Terdapat satu hadis dalam Saheh Bukhari yang diriwayatkan oleh Saidaina Aisyah r.a, katanya:


هل أتى عليك يوم كان أشد من يوم أحد قال لقد لقيت من قومك ما لقيت وكان أشد ما لقيت منهم يوم العقبة  إذ عرضت نفسي على ابن عبد ياليل بن عبد كلال فلم يجبني إلى ما أردت فانطلقت وأنا مهموم على وجهي فلم أستفق إلا وأنا بقرن الثعالب فرفعت رأسي فإذا أنا بسحابة قد أظلتني فنظرت فإذا فيها جبريل فناداني فقال إن الله قد سمع قول قومك لك وما ردوا عليك وقد بعث إليك ملك الجبال لتأمره بما شئت فيهم فناداني ملك الجبال فسلم علي ثم قال يا محمد فقال ذلك فيما شئت إن شئت أن أطبق عليهم الأخشبين فقال النبي صلى الله عليه وسلم بل أرجو أن يخرج الله من أصلابهم من يعبد الله وحده لا يشرك به شيئا


Pernahkah ada hari yang lebih berat bagimu daripada hari Uhud? Dia berkata, "Aku telah banyak menderita di tangan umatmu, dan hari yang paling berat aku menderita daripada mereka adalah hari al-Aqabah, ketika aku menghadapkan diriku kepada Ibn Abd Yalil ibn Abd Kalal, tetapi dia tidak menyahut apa yang aku inginkan. Maka aku pergi, dalam keadaan tertekan, mengembara tanpa tujuan, dan aku tidak sembuh sehingga aku berada di Qarn al-Tha'alib dan mengangkat kepalaku... Kemudian awan muncul di atasku, dan aku melihat dan melihat Jibril di dalamnya. Dia berseru kepadaku dan berkata, "Tuhan telah mendengar apa yang dikatakan umatmu kepadamu dan bagaimana mereka menyahutmu. Dia telah mengutus malaikat gunung kepadamu, supaya engkau dapat memerintahkan kepadanya sesukamu tentang mereka." Malaikat gunung memanggil saya, memberi salam kepada saya, dan berkata, "Wahai Muhammad, itu adalah seperti yang anda kehendaki, jika anda mahu, saya akan menurunkan dua gunung ke atas mereka." Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sebaliknya, aku berharap agar Allah mengeluarkan dari sulbi mereka orang-orang yang menyembah Allah semata-mata, tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun.”

(Hadis Riwayat Bukhari)


ASAD BIN AL-FURAT

 Beliau adalah Abu Abdullah Asad bin Al-Furat bin Sinan, merupakan seorang hakim di Kota Qairawan dan merupakan murid kepada Malik bin Anas. Beliau lahir pada tahun 142 di Hurran, Syam. Leluhurnya adalah berasal dari Kota Nisabur. Bapanya telah membawanya berpindah ke Kota Qairawan bersama dengan pasukan tentera Muhammad bin Al-Asy'as pada tahun 144H. Lalu, Asad bin Al-Furat dalam usia kecil telah berada dan membesar di Kota Qairawan dan belajar menuntut ilmu di sana. Dalam pengembaraanya ke sebelah Timur pada tahun 172H, dia bertemu dengan Imam Malik bin Anas dan berguru dengannya. Kemudia dalam pengembaraanya ke Irak, dia berguru pula dengan Imam Abu Yusuf As-Syaibani dan mempelajari mazhab Abu Hanifah daripadanya. Ketika beliau masuk ke Mesir, dia bertemu dengan ramai murid Imam Malik  yang menjadi ahli feqah di sana seperti Abu Al-Qasim.

Apabila pulang ke Qairawan, beliau menyibukkan diri dengan kerja mengajar di sana. Beliauy membawa kedua-dua pendekatan iaitu pendekatan Ahlul Hadis dan Ahlul Ra'yi. Daripadanya muncullah tokoh seperti Imam Sahnun dan boleh dikatakan bahawa Asad adalah orang pertama yang mengembangkan Mazhab Maliki di Maghribi.

Tahun 204H beliau dilantik jadi Qodhi di Qairawan dan di bawah arahan Sultan ke-3 kerajaan Aghlabiyyah iaitu Ziadatullah bin Ibrahim, dia memimpin pasukan tentera untuk membuka pulau Sicily pada tahun 212H. ketika itu usianya sudah menjangkau 70 tahun. Pun begitu, pemerintah Aghlabiyyah mempercayaknnya untuk tugas penting ini.

Beliau memimpin pasukan berjumlah 1900 personel mujahid  dan telah berjaya dalam misinya memuka pula Sicily yang sewaktu itu dikuasai oleh pihak Byzintin.

Walaupun askar Byzintin lebih ramai 10 kali ganda, mereka kalah. Ketuanya lari balik ke Rom. 

Ketika perjuangan diteruskan dengan mengepung Kota Syracuse, wabak kolera menyerang dan ramai tentera mujahid yang terkorban kerananya. Termasuklah yang terkorban adalah Asad bin Al-Furat.


Kota Syracuse itu kelaknya berjaya dibuka oleh pasukan tentera Aghlabiyyah yang dipimpin oleh Jaafar bin Muhammad At-Tamimi pada tahun 264H yang menjadi gabenor Sicily ketika itu.

Thursday, November 6, 2025

SYIAH BERPECAH SELEPAS JAAFAR SODIQ

Jaafar As-Sodiq bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abdin bin Hussain bin Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutallib adalah Imam ke-6 puak Syiah dan dia menjadi sumber nama Syiah Jaafariyyah yang juga dikenali Syiah imam 12 ( Ithna 'Asyariyyah) atau Syiah Imamiyyah.

Beliau lahir pada tahun 80H dan meninggal pada tahun 148H.

Sekalipun kaum Syiah mengangkatnya sebagai Imam yang Ma'sum atas dakwaan bahawa dia dilantik oleh Allah SWT sebagai pemimpin, terdapat riwayat yang menyebutkan penafiannya atas dakwaan sedemikian. Dalam sumber Syiah sendiri seperti kitab Baso-iru Ad-Darajat Lis Sofar menyebutkan kisah bagaimana sekumpulkan Syiah Kufah datang kepadanya dan bertanya tentang keimamannya.

جاء إلى جعفر "وسألوه: يا أبا عبد الله، إن أناساً يأتوننا يزعمون أن فيكم أهل البيت إمام مفترض الطاعة؟ فقال لهم: لا، ما أعرف ذلك في أهل بيتي، فقالوا: يا أبا عبد الله إنهم أصحاب تشمير وأصحاب خلوة وأصحاب ورع، وهم يزعمون أنك أنت هو؟ فقال: هم أعلم وما قالوا، ما أمرتُهم بهذا".


Jaafar As-Sodiq disebut sebagai As-Syahid kerana dia mati terbunuh semasa dalam pemenjaraan di bawah pemerintahan Khalifah kedua Bani Abbasiyah iaitu Abu Jaafar Al-Mansur. Beliau mati kerana diracun.

Selepas kewafatan Jaafar Sodiq, puak Syiah berpecah kepada pelbagai kumpulan:

1) Puak Nawusiyyah yang mengikut pemimpin mereka yang bernama 'Ajlan bin Nawus. Mereka mendakwa Jaafar Sodiq tidak mati tetapi dia akan datang semula sebagai Al-Mahdi Al-Muntazor.

2) Puak Sumaitiyyah/ Syumaitiyyah yang mengikut pemimpin mereka yang bernama Yahya bin Sumait/Syumait. Mereka mendakwa bahawa Jaafar As-Sodiq memang wafat dan keimaman diteruskan oleh anaknya yang bernama Muhammad.

3) Puak Fatohiyyah.Dianamakan juga Puak Ammariyyah , merujuk kepada pemimpin mereka yang bernama Ammar. Mereka mendakwa keimaman disambung oleh anak sulung Jaafar As-Sodiq yang bernama Abdullah. Namun puak ini bubar kerana akhirnya mereka sedar Abdullah tidak ada kelayakan sebagai Imam. Sementelahan Abdullah meninggal 70 hari sebelum meninggalnya Jaafar As-Sodiq.

4) Puak Ismailiyyah yang mendakwa bahawa anak Jaafar As-Sodiq yang bernama Ismail sebagai penerus keimaman. Sekalipun Ismail itu meninggal sebelum Jaafar As-Sodiq, pengikutnya mengatakan Ismail tidak meninggal tetapi dighaibkan dengan siasat ayahnya demi keselamatannya. Ismail kelak akan muncul sebagai Al-Mahdi. Puak ini terus ada , berkembang dan berpecah kepada beberapa puak lagi. Mereka masih ada hingga hari ini!

5) Puak yang mendakwa anak Ismail iaitu Muhammad sebagai penerus keimaman.

6) Puak yang mendakwa anak Jaafar As-Sodiq yang bernama Musa Al-Kazim sebagai penerus keimaman. Dipanggil Puak Al-Musawiyyah.

Perbezaan pandangan kalangan Syiah mengenai Imam mereka selepas Jaafar menjadi dalil ketempangan pegangan mereka bahawa beriman dengan Imam-imam adalah Usul dalam agama . Mengingkari imam adalah kafir, kata tokoh Syiah. Sebagaimana menjadi kafir orang yang ingkar kepada kenabian Muhammad Rasulullah, demikianlah kafir mereka yang menolak keimaman para Imam.  

Maka, persoalannya buat puak Syiah , bagaimana hendak mengimani keimaman sedangkan para Syiah sediri tidak sepakat siapa imam mereka sesudah Jaafar As-Sodiq!

Di sini, nampaklah kebatilan dan bid'ahnya apa yang dipegang oleh kaum Syiah bahawa mempercayai keimaman itu satu daripada Usul dalam agama!


Kemudian, selepas Musa Al-Kazim meninggal, berpecah pula Syiah kepada puak-puak yang lain:

1) Puak Al-Qat'iyyah: Mereka mengatakan Imam selepas Musa ialah Ali-Ar-Ridha.
2) Puak yang menolak dakwaan bahawa Musa meninggal dalam penjara, sebaliknya dia telah keluar secara senyap dan hilang. Akan muncul semula sebagai Al-Qaim
3) Puak Hasamayah

Selepas Ali-Ar-ridha ada lagi pecahan Syiah kepada 5 puak:


1) Puak yang mendakwa Imam selepasAli Ar-Ridha adalah Muhammad bin Ali yang mana telah berkahwin dengan puteri Khalifah Abbasiah , Al-Ma'mun.

2) Puak yang mendakwa Imam selepas Ali Ar-Ridha ialah ialah Ahmad bin Musa Al-Kazim, saudara Ali Ar-Ridha.

3) Puak Waqfiyyah

4) Puak Muhdisah

5) Puak 


Kesimpulan: Selepas mati seorang imam, akan berpecahlah para pengikut imam itu kepada ikutan baru yang berbeza-beza pemikirannya. 

Kalian lihat, demikianlah terjadi dalam dunai so call sunni Sufi, tarikat. Mati seorang syeikh tarikat, pecah lagi dan lagi. Kerana itu, Syeikh Ehsan Ilahi Zahir dalam kitabnya menyifatkan Juzur (akar kepada Sufi adalah Syiah!


SAHABAT YANG DIGELAR DAFINUL MALAA-IKAH

Seorang sahabat Nabi Muhammad SAW yang digelar dengan Dafiinul Mala-ikah( Dikebumikan oleh malaikat). Beliau adalah 'Asim bin Tsabit BIN...