Beliau adalah Abu Abdullah Asad bin Al-Furat bin Sinan, merupakan seorang hakim di Kota Qairawan dan merupakan murid kepada Malik bin Anas. Beliau lahir pada tahun 142 di Hurran, Syam. Leluhurnya adalah berasal dari Kota Nisabur. Bapanya telah membawanya berpindah ke Kota Qairawan bersama dengan pasukan tentera Muhammad bin Al-Asy'as pada tahun 144H. Lalu, Asad bin Al-Furat dalam usia kecil telah berada dan membesar di Kota Qairawan dan belajar menuntut ilmu di sana. Dalam pengembaraanya ke sebelah Timur pada tahun 172H, dia bertemu dengan Imam Malik bin Anas dan berguru dengannya. Kemudia dalam pengembaraanya ke Irak, dia berguru pula dengan Imam Abu Yusuf As-Syaibani dan mempelajari mazhab Abu Hanifah daripadanya. Ketika beliau masuk ke Mesir, dia bertemu dengan ramai murid Imam Malik yang menjadi ahli feqah di sana seperti Abu Al-Qasim.
Apabila pulang ke Qairawan, beliau menyibukkan diri dengan kerja mengajar di sana. Beliauy membawa kedua-dua pendekatan iaitu pendekatan Ahlul Hadis dan Ahlul Ra'yi. Daripadanya muncullah tokoh seperti Imam Sahnun dan boleh dikatakan bahawa Asad adalah orang pertama yang mengembangkan Mazhab Maliki di Maghribi.
Tahun 204H beliau dilantik jadi Qodhi di Qairawan dan di bawah arahan Sultan ke-3 kerajaan Aghlabiyyah iaitu Ziadatullah bin Ibrahim, dia memimpin pasukan tentera untuk membuka pulau Sicily pada tahun 212H. ketika itu usianya sudah menjangkau 70 tahun. Pun begitu, pemerintah Aghlabiyyah mempercayaknnya untuk tugas penting ini.
Beliau memimpin pasukan berjumlah 1900 personel mujahid dan telah berjaya dalam misinya memuka pula Sicily yang sewaktu itu dikuasai oleh pihak Byzintin.
Walaupun askar Byzintin lebih ramai 10 kali ganda, mereka kalah. Ketuanya lari balik ke Rom.
Ketika perjuangan diteruskan dengan mengepung Kota Syracuse, wabak kolera menyerang dan ramai tentera mujahid yang terkorban kerananya. Termasuklah yang terkorban adalah Asad bin Al-Furat.
Kota Syracuse itu kelaknya berjaya dibuka oleh pasukan tentera Aghlabiyyah yang dipimpin oleh Jaafar bin Muhammad At-Tamimi pada tahun 264H yang menjadi gabenor Sicily ketika itu.
No comments:
Post a Comment