Tuesday, May 26, 2026

AGAMA QADYANI

Antara agama baru yang muncul selepas Islam adalah agama Qodyani. Pengasasnya bernama Mirza Ghulam Ahmad yang berasal dari Qodyan , Punjab, India. Beliau lahir pada tahun 1255=1835M.


Mirza Ghulam Ahmad 

Awal mulanya dia adalah seorang yang mendakwahi untuk Islam. Namun, kemudiannya, pada saat usianya menjangkau 50 tahun, dia mendakwa kenabian untuk dirinya.  Dia menafsirkan turunnya Nabi Isa A.S itu bukanlah turunnya secara hakikat, melainkan ia hanya satu gambaran simbolik datangnya seseorang yang membawa tugas Nabi Isa itu. Orang itu, menurutnya adalah dia sendiri. Dia mengatakan Nabi Isa sebenarnya mati tidak disalib dan dia mati di Kasymir.

Selepas mengaku sebagai Nabi Isa dan mendapat wahyu serta menulis wahyunya dan dinamakan " ALKITABUL MUBIN", penerimaan tidak cukup memberangsangkan orang ramai. Dia pun  membuat dakwaan baru itu dia adalah penjelmaan baru Nabi Muhammad SAW. Dia mengaku bahawa Nabi Muhammad bertajassud (menyatu dalam dirinya secara jasmani). Pada akhirnya dia meletakkan dirinya sebagai Nabi yang lebih tinggi kedudukannya daripada Nabi Muhamamd SAW yang pernah datang sebelumnya.

Ayat-ayat dalam kitabnya yang didakwa wahyu itu hanya ciplakan daripada Al-Quran. Cuma dia ubah-ubah susunnya mengikut kemahuannya. Sebagai contoh, ada ayat dalam kitabnya yang berbunyi:

يا أحمد بارك الله فيك، وما رميت إذ رميت ولكن الله رمى . الرحمن علم القرآن، لتنذر قوما ما أنذر آباؤهم، ولتستبين سبيل المجرمين، قل إني أمرت وأنا أول المؤمنين ، قل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا 

Mirza Ghulam itu banyak bohongnya dan berdolak dalik dalam ramalan kenabian yang didakwanya. Dia pernah marah kepada seroang Nasrani kerana kalah dalam debat. Lalu dia mengatakan Nasrani itu akan mati selepas 15 bulan. Itu yang Allah wahyukan kepadanya. Kecuali jika bertaubat. Namun, selkepas 15 bulan, Nasrani itu mati dan untuk menutup kebohongannya, dia katakan Nasrani ityu teleh bertaubat. Padahal Nasrani tidak bertaubat , bahkan menulis membalasnya dan mengejek dakwaanya itu serta dakwaan messiahnya.

Demikian juga, Mirza Ghulam Ahmad mendakwa bahawa taun atau gempa tak akan masuk ke negeri Qodyan. Walaupun 70 tahun taun merebak di negeri sekitar, katanya, negeri Qodyan akan selamat selama mana dia masih di dalamnya. Namun, yang terjadi, taun masuk ke negerinya dan dia sendiri mati kerana wabak taun!

 Pemikiran serta ilham-ilham dan wahyu yang didakwanya turun kepadanya ditulis dalam kitabnya yang dinamakan "At-tazkirah"

Inti Aqidah Qadyani

1) Percaya kepada tanasukh al-Arwah
2) Beri'tioqad bahawa Allah solat, puasa, tidur dan buat silap.
3) Kenabian belum tamat. Allah melantik nabi bila ada keperluan. Dia adalah nabi yang paling afdhol.
4) Percaya bahawa AL-Kitabul Mubin kitabnya mengatasi Al-Quran.
5) Meletakkan darjat murid-muridnya sama macam sahabat Nabi Muhamamd.
6) Haji yang sempurna perlu ke Qodyan dan ziarah kubur Mirza Ghulam. Qodyan adalah tanah suci selain Makkah dan Madinah.
7) Menghalalkan arak, opium dan dadah,
8) Orang yang tidak masuk agama Qodyan adalah kafir.
9) Wajib taat kepada penjajah yang menguasai kerana meeka itu adalah waliyul amri.

Ghulam Ahamd pada masa hayatnya, di Mana Inggeris menjajah India, dia menyeru agar ketaatan diberikan kepada Inggeris. Dia menolak jihad melawan penjajahan Inggeris. Ummat Islam yang bangkit melawan Inggeris adalah golongan jahil kerana melawan ulil amri yang wajib ditaati. Kerana sikapnya sebegini, banyak pihak mempercayai bahawa kelompok Qadyani asalnya racun suntikan inggeris ke dlaam tubuh ummat Islam untuk mematikan semangat perlawanan kepad penjajahan mereka.

Tokoh-tokoh Qodyani:

1) Al-Hakim Nuruddin Al-Bahriri (Lahir: 1258)-khalifah kedua selepas Mirza Ghulam.
2) Mahmud Ahmad bin Ghulam Ahmad- anak Mirza
3) Khawajah Kamaluddin

Sebenarnya, Qodyani telah mengalami pecahan sejak tahun 1914. Ia terpecah kepada dua cabang iatu:
  1. Qadyani yang menjadi mainstream ahmadiah.
  2. Gerakan Ahmadiah di Lahore-Enggan mengiktiraf akidah kenabian Ghulam Ahamd tetapi mengangkatnya sebagai seorang mujaddid dalam agama.

Pemimpin Qodyani sekarang ialah Hadrat Mirza Masrur Ahmad yang dianggap sebagai Khalifah Al-Masih yang ke-5. Beliau tinggal di London.

Mirza Masrur Ahmad

Slogan Qodyani: LOVE FOR ALL HATRED FOR NONE















No comments:

Post a Comment

UQBAH BIN AMIR AL-JUHANI

Lihatlah bagaimana Islam mengubah hidup seorang Arab menjadi seorang yang menakluk wilayah. Mari kita mengimbau kisah seorang sahabat nabi b...