Monday, May 18, 2026

SAHABAT-SAHABAT NABI YANG MURTAD SETELAH MASUK ISLAM

Mereka yang masuk Islam kemudian murtad, jumlahbnya cuma sedikit. Antaranya ialah>

Menelurusi kes ini, kita pecahkan sahabat nabi kepada 2 Peringkat:

Peringkat Perama:

Mereka yang masuk Islam dan belajar serta didik oleh Nabi SAW dri kalangan Muhajirin dan Ansor. Kelompok ini hampir tiada yang murtad melainkan beberapa kes terpencil seperti:

1) Kes Abdullah bin Sa'ad bin Abi Sarrah

Beliau pernah dilantik sebagai penulis wahyu, tetapi dia terpedaya dengan permainan Syaitan lalu murtad dan lari ke Makkah. Namun pada hari pembukaan Makkah, apabila darahnya dihalalkan oleh Nabi, dia datang ditemani Uthman bin Affan kepada Nabi SAW untuk kembali masuk Islam dan minta jaminan keselamatan. Akhirnya Rasulullah berikan kepadanya keselamatan dan siirahnya Islam baik sesudah itu hinggalah matinya.


Peringkat Kedua

Mereka yang datang dalam rombongan dari dari luar Madinah dan masuk Islam depan Nabi SAW tetapi mereka tidak tinggal lama di Madinah. Mereka kembali ke penempatan mereka lalu setelah Nabi SAW wafat , mereka murtad. Tiada maklumat detail mengenai nama-nama mereka. Namun, merekalah yang dimaksudkan Nabi dalam sebuah hadis mengenai golongan yang dihalang minum daripada kolam Nabi di hari Akhirat. Mereka diitilahkan sebagai " Usoihabi" atau sahabat kecil.

Di anatara kelompok ini ada yang murtad dan mati dalam kemurtadannya. Namun, ada yang benasib baik, mereka murtad tetapi kembali kepada Islam semula selepas kewafatan Nabi SAW. Banyak kelompok ini terlibat dalam peristiwa Riddah pada zaman kekhalifahan Abu Bakar As-Siddiq.  Setelah diperangi, ada yang berkeras dengan kekafiran mereka setelah dulunya beriman. Ada yang mati terbunuh dalam kekafiran itu sepeti pengikut Nabi palsu dari Yamamah dan golongan yang engkar zakat. Ada juga yang kemudiannya bertaubat dan kembali kepada Islam. Antara individu yang mempunyai sirah seperti ini  adalah seorang yang bernama Al-Asy'ath bin  Qais bin Ma'adi Karb dari Puak Kindah dan Butun Bani Mua'awiyah. 

Kemurtadan selepas wafatnya Nabi SAW

Peristiwa murtad yang melanda jazirah Arab menampar habis banyak wilayah. Penduduknya murtad kerana ikut Nabi Palsu, pemimpin sesat yang membawa idea penolakan zakat dan kepimpinan pusat di Madinah. Wilayah yang selamat terpelihara ketika itu hanyalah Makkah, Madinah, Taif dan kawasan kabilah Abd Qays di Juwatha,  Bahrain dan beberapa penempatan puak tertentu di Yaman dan Oman.

Pada saat genting inilah Mussailamah Al-kazzab mengmpulkan dokongan dan mendakwa dirinya sebagai Nabi. Dia disokong pula oleh Sajjah Ada pula Aswand Al-Ansi yang juga mendakyah kenabian palsunya sejak Rasulullah masih ada. Namun, beliau telah dibunuh sebelum wafatnya baginda Rasulullah SAW.

Di sana juga muncul gerakan Tulaihah Al-Asadi dari kabilah Bani Asad di kawasan Najd yang mengaku sebagai Nabi dai diikuti oleh ramai pengikut. Namun, setelah tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Al-Walid menyerangnya, Tulihah al-Asadi cabut lari ke Syam  dan kemudiannya dia bertaubat dan sejarwan Islam mencatat bahawa keislamannya selepas itu amat baik. Dia telibat dalam perang jihad di zaman Khalifah Umar Al-Khattab melawan kerajaan Parsi, termasuk Perang Al-Qadisiyyah yang terkenal.

No comments:

Post a Comment

Tulayhah Al-Asadi

Nama lengkapnya adalah Tulayhah bin Khuwailid bin Naufal Al-Asadi dari Kabilah Bani Asad Ibn Khuzaimah yang tinggal di Najd. Ketika perang ...