Monday, May 18, 2026

Tulayhah Al-Asadi

Nama lengkapnya adalah Tulayhah bin Khuwailid bin Naufal Al-Asadi dari Kabilah Bani Asad Ibn Khuzaimah yang tinggal di Najd.

Ketika perang Khandak, dia berada dalam pasukan Ahzab  menokong kafir Musyrikin Makkah berperang melawan kaum muslimin.

Paa tahun ke-9H, Tulaihah Al-Asadi bersama lain-lain pemuka Bani Asad seperti Hadhrami bin 'Amir, Dhirar bin Al-Azwar, Wabisoh bin Ma'bad, Qotadah bin Al-Qa-if dan Nuqadah bin Abdullah bin Khalaf datang dalam rombongan kabilah bertemu dengan Nabi SAW.  Pemimpin puak Bani Aad ketika itu berkata kepada Nabi bahawa keislaman mereka itu telah menguntungkan Islam  dan mereka masuk Islam tanpa perlu diperangi sebagai puak-puak lain. Dengan sebab keadaan Islamnya mereka, mereka merasakan bahawa mereka berjasa kepada Islam dan Islam mendapat keuntungan

Menanggapi sikap rasa berjasa kepada Islam yang ada dalam dada mereka itulah , Allah SWT menurunkan ayat Quran yang berbunyi:

يَمُنُّونَ عَلَيْكَ أَنْ أَسْلَمُوا ۖ قُل لَّا تَمُنُّوا عَلَيَّ إِسْلَامَكُمْ ۖ بَلِ اللَّهُ يَمُنُّ عَلَيْكُمْ أَنْ هَدَاكُمْ لِلْإِيمَانِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Maksudnya:

“Mereka mengungkit-ungkit terhadapmu (wahai Muhammad) kerana mereka telah memeluk Islam. Katakanlah: Janganlah kamu mengungkit keislaman kamu kepadaku. Bahkan Allah-lah yang melimpahkan nikmat kepada kamu kerana Dia telah memberi petunjuk kepada iman, jika benar kamu orang yang benar.”
— Surah al-Ḥujurāt: 17

S


etelah pulang ke Najd seelpas masuk Islam, Tulaihah tidak benar-benar ikhlas dalam keislamannya. Dia menjalankan aktivatu sebagai kahin dan peramal nasib dalam kabilahnya. Kedatangannya bertemu nabi SAW di Madinah itu memberi inspirasi kepadanya untuk menapak tingkat penonjolan diri dengan mengaku sebagai Nabi. Dia mendakwa Jibrail datang kepadanya menyampaikan wahyu.

Dakwaan itu telah dibuatnya semasa hayat Rasululalh SAW lagi. Namun tidak cukup kuat untuk mempengaruhi kaumnya. hanya, apabila berita kewafatan Nabi SAW tersebar, dia menggencarkan lagi dakyahnya sehingga ramai menjadi pengikutnya.Bukan sahaja dari Bani Asad, Bani Ghatfan, Bani Fazarah, Bani Abs dan Zubyan juga mengikutnya.

Dia mengambil satu tempat bernama Sumairaa' yang terletak dalam perjalanan antara Najd ke Mekah sebagai markas gerakannya. Antara ajarannya ialah solat tanpa sujud. Baginya Allah tidak memerlukan sujud manusia kepadanya dan mengingati Allah SWT boleh dibuat sambil berdiri sahaja.

Nabi SAW utuskan sahabtnya Dhirar bin Al-Azwar yang merupakan anggota kabilah Bani Asad juga untuk memadamkan fitnah Tulaihah itu. Dhirar bin Al-Azwar telah bertarung dengan Tulaihah dan melibas pedangnya kepada Tulaihah. Namun Tulaihah tidak terluka. Ini menambahkan keparcayaan orang ramai kepada Tulaihah dan pengikutnya pun bertambah.

Tatkala naik Abu Bakar sebagai Khalifah, masalah Tulaihah ini terus menghambatnya. Tulaihah menambah idea-idea baru dalam ajarannya. Penolakan solat dan zakat adalah antara yang utama. Abu Bakar tidak ada jalan lain  kecuali mengirim pasukan jihad pembasmi penentang dan Khalid Al-Walid sebagai pemimpin pasukan.  Berlakulah peperangan yang disebut sebagai Peperangan Bazakha di mana dalam pertempuran itu Tulaihah Al-Asadi telah membunuh dua sahabat nabi yang bernama Ukasyah bin Mihson dan Tsabit bin Aqram.

Tewas dalam pertempuran Bazakha, Tulaihah lari menyelamatkan diri bersama isterinya naik satu kuda dan bergabung dengan puak Jufnah dari Ghasasinah. Orang kanan Tulaihah bernama Uyainah bin Hison dapat ditawan dan dikirim ke Madinah dalam keadaan diikat. Anak-anak Madinah yang melihatnya berkata sambil mengejeknya.

"Wahai musuh Allah, kamu murtad meninggalkan agamamu?".

Uyainah menjawab dengan katanya: " Aku tidak pernah sehari pun percaya kepada kenabian Tulaihah!",

Abu Bakar As-Sidik memaafkan Uyainah bin Hison dan  menerima taubatnya. Sejarah mencatatkan bahawa Uyainah bin Hison menjadi muslim yang soleh dan taat selepas itu.

Setelah hidup di negeri orang dan rasa dunianya makin sempit, Tulaihah mula menyesal. Dia lalu bertaubat dan kembali kepada Islam. dan pergi ke Makkah melaksanakan umrah Dia malu untuk bertemu Abu Bakar As-Siddiq. Pada masa Umar jadi khalifah, dia dilihat oleh Umar Al-Khattab dan Umar mengingatkan peristiwa dia membunuh Ukasyah bin Mihson dan Tsabit bin Aqram. Tulaihah sebaliknya mengatakan Allah memuliakan kedua mereka dengannya yakni mati syahid dengan sebab dia membunuhnya.

Dalam peperangan melawan Parsi, Khalifah Umar Al-Khattab mengirimkan Tulaihah dan Amru bin Ma'ad Yakrab membantu Saad bin Abi Waqqas dalam penyerbuan ke negara Parsi. Umar menyebutkan bahawa setiap orang daripada mereka berdua menyamai 1000 askar Parsi. Saad bin Abi Waqqas diperintahkan meminta pandangan mereka dalam mengatur strategi perang, namun jangan lantik mereka ke jawatan utama ketenteraan. Umar Al-Khattab faham prangai dan tabiat sukakan kepimpinan yang ada dalam diri Tulaihah dan dia tidak mahu semangat silamnya naik kembali.  

Dalam siri peperangan di medan Parsi, Allah memilih Tulaihah gugur syahid .dalam peperangan Nahawand pada tahun 21H. 

Iktibar:

Seorang yang masuk Islam depan Nabi SAW, kemudian jaid murtad. Mengaku nabi lagi. Sesat dalam sesat. Kemudia bertanggungjawab bunuh sahabat nabi yang lain. Tapi kemudiannya dapat hidayah dan masuk islam semula. Dia terjun dalam jihad para sahabat menumpaskan parsi. Akhirnya gugur syahid dalam peperangan  jihad itu.

Oh...aturan Allah sangat pelik dan di luar dugaan. Tiada siapa selain Allah yang mengatur hidayah dan husnul khatimah! Dia yang memilih siapa di antara hambaNya yang diberikan anugerah itu dan siapa yang disesatkan. Semua ini buat pelajarn untuk kita yang memerhati kejadian dalam sejarah.


No comments:

Post a Comment

Tulayhah Al-Asadi

Nama lengkapnya adalah Tulayhah bin Khuwailid bin Naufal Al-Asadi dari Kabilah Bani Asad Ibn Khuzaimah yang tinggal di Najd. Ketika perang ...